Gaji besar tak bermaksud kewangan kita kukuh.
Ada orang gaji ribuan ringgit, tapi hujung bulan tetap tak ada duit. Duit tabungan kecemasan tak ada... Yang ada hanyalah hutang - keliling pinggang.
Itulah yang pernah berlaku kepada En Bashir Mansor, seorang engineer di Pulau Pinang.
Masa mula kenal Public Gold pada tahun 2015, gaji dia bukan kecil; sekitar RM7,500 sebulan. Isteri dia seorang guru, dengan income lebih kurang RM4,000.
Walaupun income dia suami isteri ketika tu lebih RM10,000 sebulan, tapi mereka terbelengu masalah hutang yang sangat kronik.
Sampai pernah terdetik dalam fikiran dia, nak terjun Jambatan Pulau Pinang!
More...
Manalah tak stress... Hutang kad kredit saja sekitar RM100,000. Itu hutang paling mahal yang bank kenakan caj kepada kita (cecah 18% setahun!).
Loan rumah kena bayar dalam RM2,000 sebulan (total sekitar RM400,000).
Ansuran loan kereta Toyota Camry sekitar RM1,600 sebulan. Belum kira personal loan dan loan-loan lain.
Pendek kata, lepas tolak bayaran ansuran loan dan komitmen lain, berapa saja duit berbaki untuk survive sampai hujung bulan.
Sampai Nak Pinjam Duit Daripada Mak Ayah
En Bashir dan isteri stress dengan masalah hutang, sampai terfikir nak pinjam duit daripada ibubapa masing-masing.
Dia cakap dekat isteri dia,
“You pergi minta dekat mak you, saya pergi minta dekat mak saya.”
Tapi tiba-tiba dia tersedar yang “Ini kerja gila!...”.
Mak dia cuma seorang suri rumah. Ayah dia dah meninggal dunia. Sedangkan En Bashir ketika tu seorang senior manager dan senior engineer yang bergaji ribuan ringgit.
Sepatutnya dialah yang bantu ibu dia (kalau ibu perlukan duit). Bukannya pinjam duit daripada ibu yang tak ada income. Begitu juga dengan ibu bapa mentua yang dah pencen.
Sejak moment tu... dia sedar yang dia kena buat sesuatu... Dia kena berubah...
Cuba Macam-Macam Untuk Tambah Pendapatan
En Bashir dan isteri ingat, satu-satu jalan keluar ialah dengan naikkan income.
Maka mereka cuba macam-macam cara untuk tambah income.
Mereka pernah jual tudung dan telekung. Tapi usaha-usaha tu masih tak dapat sesaikan masalah utama mereka; hutang banyak, simpanan tak ada.
Sampailah En Bashir baca buku "Zero Hutang", iaitu buku yang saya tulis tentang pengurusan kewangan... Waktu tu dia jumpa satu prinsip yang sangat mudah:
"Dapat gaji, simpan dulu. Selebihnya baru belanja"
Selama ini dia buat sebaliknya.
Dapat gaji → belanja dulu→ bayar komitmen dulu → kalau ada baki, baru simpan.
Masalahnya, sampai ke sudah tak ada duit lebih (berbaki) untuk disimpan.
Paksa Diri Simpan 10% Daripada Gaji
Dia mula ubah cara...
Setiap kali dapat gaji, dia potong dulu sekurang-kurangnya 10% sebagai tabungan... Selebihnya baru berbelanja.
Masa tu, gaji dia sebagai senior engineer sebanyak RM7,500 sebulan. Maka dia paksa diri menabung RM750 sebulan.
Persoalannya, mampu ke nak menabung RM750 setiap bulan, sedangkan selama ni RM100 pun tak ada berbaki dalam akaun?
Kalau ikutkan "cukup", memanglah tak cukup. Tapi En Bashir sedar, kalau dia terus guna cara yang sama diamalkan selama ni, hidup dia tak akan berubah.
Jadi dia buat keputusan untuk paksa diri. Bukan tunggu duit lebih.
Setiap kali dapat gaji, dia terus asingkan RM750 dan simpan dalam bentuk emas. Dia menabung melalui Akaun Emas GAP Public Gold.
Harga emas ketika itu sekitar RM145 segram. Dengan RM750, dia dapat menabung lebih kurang 5 gram emas setiap bulan.
Bulan pertama memang terasa susah. Hujung bulan tetap tak ada duit.
Tapi ada satu perbezaan besar... Dulu hujung bulan tak ada duit dan tak ada simpanan. Sekarang hujung bulan tak ada duit, tapi dia dah ada 5 gram emas.
Itulah permulaannya...
..........
Terpaksa Ubah Gaya Hidup
Untuk pastikan RM750 itu boleh disimpan setiap bulan, En Bashir sekeluarga terpaksa ubah gaya hidup.
Kalau sebelum itu anak-anak dibawa ke shopping mall hampir setiap minggu, mereka kurangkan kepada sebulan sekali.
Isterinya pula bangun awal pagi untuk masak supaya En Bashir boleh bawa bekal ke tempat kerja.
Menurut En Bashir, amalan bawa bekal itu masih diteruskan sampai sekarang.
Mereka juga berpuasa pada hari Isnin dan Selasa.
Sedikit demi sedikit, kos hidup mula dikurangkan.
Bulan kedua, RM750 berjaya disimpan lagi.
Bulan ketiga, simpan lagi.
Lama-lama, menyimpan emas jadi satu kebiasaan.
Bonus Pun Masuk Emas
Bila dapat bonus sekitar RM20,000, En Bashir gunakan sebahagian daripadanya untuk beli emas.
Lebih kurang RM10,000 dimasukkan ke dalam emas.
Pembelian itu juga menyebabkan dia layak menjadi dealer Public Gold pada ketika itu.
Pada awalnya, En Bashir sendiri tak berapa faham apa maksud menjadi dealer.
Matlamat asalnya bukan nak berniaga.
Dia cuma nak selesaikan masalah kewangan.
Tapi dia terus konsisten menyimpan emas.
Sedikit demi sedikit, simpanannya semakin bertambah.
Kumpul 100 Gram, Jual dan Bayar Hutang
En Bashir kemudian guna satu strategi yang sangat praktikal.
Dia simpan emas sampai terkumpul sekitar 100 gram.
Bila dah cukup, sebahagian emas itu dijual dan duitnya digunakan untuk bayar hutang.
Kemudian dia kumpul lagi.
Bila cukup sasaran, jual lagi untuk selesaikan hutang.
Pada masa yang sama, dia tetap pastikan simpanan kecemasan dikekalkan.
Masalah kewangannya ketika itu memang serius. Dia pernah mendapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menyusun semula hutang.
Antara hutang paling kritikal ialah hutang kad kredit yang mempunyai kadar faedah tinggi.
Sedikit demi sedikit, dengan disiplin yang sama, hutang-hutang itu berjaya diselesaikan.
Alhamdulillah, dalam tempoh lebih kurang dua tahun lebih, masalah hutangnya di bawah AKPK berjaya diselesaikan.
Daripada Bayar Hutang Kepada Bina Dana Kecemasan
Selepas hutang semakin terkawal, En Bashir tak berhenti menyimpan.
Dia dah ada satu sistem yang terbukti berkesan.
Jadi dia cuma ulang sistem yang sama untuk matlamat seterusnya.
Pada awalnya, dia bina simpanan bersamaan 3 bulan pendapatan.
Kemudian naikkan kepada 6 bulan.
Selepas itu 9 bulan.
Akhirnya, dia berjaya bina simpanan bersamaan 12 bulan pendapatan.
Satu lagi perkara menarik yang En Bashir buat ialah setiap kali dapat kenaikan gaji, duit tambahan itu tak terus digunakan untuk naikkan gaya hidup.
Contohnya, selepas setahun dia dapat kenaikan gaji sekitar 8%.
Kenaikan itu terus dimasukkan ke dalam simpanan emas.
Lama-kelamaan, kemampuan menyimpannya semakin besar.
Daripada RM750 sebulan pada peringkat awal, akhirnya dia mampu simpan sekitar 10 hingga 20 gram emas sebulan.
Bila Dah Tahu Caranya, Cuma Ulang Untuk Matlamat Lain
Bila dana kecemasan dah cukup, En Bashir mula berfikir:
Kalau cara yang sama boleh digunakan untuk bina dana kecemasan, kenapa tak guna cara yang sama untuk beli aset?
Dia mula buat tabungan emas khas untuk beli tanah.
Bila cukup sasaran, dia beli tanah.
Kemudian dia bina tabungan baru.
Kali ini, sasarannya sekitar 500 gram emas untuk bina rumah sewa.
Dia fokus menyimpan sampai cukup.
Bila sasaran dicapai, emas itu dijual dan digunakan untuk bina rumah sewa.
Daripada strategi itu, En Bashir akhirnya berjaya memiliki empat buah rumah sewa yang dibina secara tunai.
Daripada rumah-rumah tersebut, dia memperoleh sekitar RM2,000 pendapatan sewa setiap bulan.
100 Gram Emas Untuk Pasang Solar
En Bashir kemudian perasan ada satu lagi perbelanjaan besar di rumahnya.
Bil elektrik sekitar RM700 hingga RM800 sebulan.
Dia mula buat kajian tentang pemasangan sistem solar.
Kosnya sekitar RM30,000.
Sekali lagi, dia guna formula yang sama.
Dia tetapkan sasaran untuk kumpul sekitar 100 gram emas.
Bila dah cukup, emas itu dijual dan duitnya digunakan untuk pasang sistem solar.
Hasilnya, bil elektrik rumah yang sebelum itu sekitar RM700 hingga RM800 sebulan turun sehingga sekitar RM30 sebulan pada waktu tertentu.
Apa dia buat dengan duit lebihan itu?
Simpan emas balik.
Begitulah kitarannya.
Simpan → capai matlamat → guna untuk perkara produktif → duit yang dijimatkan disimpan semula.
Target 1 Kilogram, Tapi 500 Gram Dah Cukup
Pada tahun 2022, En Bashir ada satu lagi sasaran besar.
Dia nak beli sebidang tanah bernilai sekitar RM300,000.
Berdasarkan harga emas ketika itu, dia anggarkan perlu kumpul sekitar 1 kilogram emas untuk capai sasaran tersebut.
Tapi dia hanya sempat kumpul sekitar 500 gram.
Menariknya, apabila harga emas meningkat, nilai 500 gram yang dikumpulkan itu akhirnya dah hampir dengan jumlah yang diperlukan.
Sasaran asalnya 1 kilogram.
Tapi akhirnya, sekitar 500 gram sahaja dah mencukupi untuk capai matlamat tersebut.
En Bashir kemudiannya berjaya membuat bayaran penuh secara tunai kepada pemilik untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang.
Tanah itu dirancang untuk dibangunkan sebagai homestay.
Emas Bukan Matlamat, Tetapi Alat
Apa yang menarik daripada perjalanan En Bashir ialah emas bukan matlamat akhirnya.
Emas cuma alat untuk bina tabungan.
Bila perlukan dana kecemasan, kumpul emas.
Bila nak selesaikan hutang, kumpul emas.
Bila nak beli tanah, kumpul emas.
Bila nak bina rumah sewa, kumpul emas.
Bila nak pasang solar, kumpul emas.
Bila satu matlamat dah selesai, bina tabungan baru untuk matlamat seterusnya.
Inilah kelebihan bila seseorang dah ada sistem menyimpan yang betul.
Kenapa En Bashir Kekal Dengan Public Gold?
Menariknya, En Bashir mengaku bahawa pada awalnya dia kenal Public Gold bukan sebab nak jadi dealer.
Bukan juga sebab nak kaya melalui bisnes.
Dia datang sebab ada masalah kewangan dan nak belajar menyimpan.
Tapi selepas berada dalam Public Gold, ada satu perkara lain yang buat dia terus kekal.
Circle.
Menurut En Bashir, emas boleh dibeli di banyak tempat.
Tapi apa yang buat dia kekal ialah circle yang memberikan ilmu, mentor dan persekitaran yang membantu seseorang jadi lebih baik dalam mengurus kewangan.
Harga emas semata-mata bukan segala-galanya.
Ilmu dan persekitaran yang betul juga memainkan peranan besar.
Pendapatan Ada Had, Tetapi Pendapatan Tambahan Boleh Tingkatkan Simpanan
Pada penghujung perkongsiannya, En Bashir berkongsi satu lagi pandangan.
Kalau seseorang bergaji RM10,000 sebulan, mungkin selepas semua komitmen dia hanya mampu simpan RM3,000.
Ada had berapa banyak yang boleh dipotong daripada perbelanjaan.
Sebab itu, selepas disiplin kewangan dah dibina, salah satu cara untuk tingkatkan kadar simpanan ialah dengan meningkatkan pendapatan.
Bagi En Bashir, salah satu caranya ialah melalui bisnes Public Gold.
Pendapatan tambahan itu boleh digunakan untuk mempercepatkan lagi pembinaan simpanan dan mencapai matlamat kewangan seterusnya.
Perubahan Besar Bermula Dengan RM750 Pertama
Kalau kita tengok perjalanan En Bashir hari ini, mudah untuk nampak hasil akhirnya.
Ada simpanan.
Hutang berjaya diselesaikan.
Ada empat buah rumah sewa yang dibina secara tunai.
Ada sistem solar yang mengurangkan bil elektrik.
Ada tanah yang dibeli secara tunai.
Tapi semua itu tak bermula dengan duit ratusan ribu ringgit.
Ia bermula dengan RM750.
RM750 yang pada mulanya dia sendiri rasa mustahil untuk disimpan.
Dia tak tunggu gaji besar.
Dia tak tunggu hutang selesai.
Dia tak tunggu duit lebih.
Dia paksa simpan dulu, kemudian baru sesuaikan perbelanjaan dengan duit yang tinggal.
Itulah perubahan paling penting.
Kadang-kadang masalah kita bukan sebab pendapatan tak cukup.
Masalahnya, kita belum ada sistem yang memaksa kita menyimpan.
Bila sistem itu dah terbina, kita cuma perlu ulang perkara yang sama untuk capai matlamat yang lebih besar.
Simpan sedikit-sedikit. Simpan secara konsisten. Dan beri masa kepada simpanan itu untuk berkembang.
Daripada RM750 pertama, siapa sangka akhirnya boleh membawa kepada kehidupan kewangan yang jauh berbeza.

