MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ini Rahsia Saya Bertahan Bersama Public Gold

April 12, 2023

Trust. Itulah yang paling penting. 

Baru lepas meeting dengan Dato Wira Louis Ng untuk saya dapatkan update terkini tentang #PublicGold.

Supaya kami sentiasa sync antara satu sama lain. Dan juga peluang untuk saya dapatkan nasihat peribadi daripada beliau dari sudut bisnes dan kemajuan diri.

More...

Rahsia Bertahan Lebih 10 Tahun

Ini kerana, di belakang saya ada lebih 340,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara. 

Kalau orang tanya saya, apa rahsia saya bertahan dengan Public Gold hingga ke hari ini.

Jawapan saya simple, saya trust (percaya) kepada Foundernya. 

Sepanjang 13 tahun dalam bisnes tak pernah sunyi dari masalah. Dan setiap masalah tu dapat diselesaikan dengan baik kerana saya tahu saya berpartner dengan orang yang betul.

Yang saya betul-betul percaya kejujurannya dan juga kemampuannya membangunkan serta memimpin syarikat (dan hari ni memimpin industri emas di Malaysia).

Hinggakan setiap kali ada mana-mana penyimpan emas #PublicGold (yang berdaftar direct di bawah saya) yang ada hiccup dalam transaksi dan takut mereka "beli emas tapi emas tak dapat", saya bagi satu jaminan...

Jaminan Peribadi Buat Customer Saya

Kalau mereka tak dapat emas sebab kena tipu dengan Public Gold, saya akan refund 100% duit mereka, bahkan saya tambah lagi saguhati free gold bar 10 gram untuk mereka!

Ya, sampai begitu sekali jaminan saya khusus untuk penyimpan emas direct di bawah saya.

(Tapi sampai hari ni belum ada yang dapat free gold bar 10 gram yang saya janjikan tu, alhamdulillah).

Sebab saya tahu dengan siapa saya berpartner.

Yang kini saya makin rasa bertuah sebab telah berikan kepercayaan kepada beliau sudah masuk tahun ke-13. 

Makin lama kami kenal, makin kuat rasa saling percaya antara kami.

Alhamdulillah...

Zulkifli
Cyberjaya
10 April 2023
19 Ramadhan 1444H

#MisiUbahHidup1000Keluarga

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>