MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Scam Emas, Tidak Wajar Saya Berdiam Diri

April 12, 2023

Kena beratus ribu... Habis segala duit simpanan hasil kerja bertahun-tahun. Sudahlah kerugian, ditambah pula ada yang terpaksa menanggung hutang yang besar!

Sakitnya tu hanya yang pernah terkena je yang tahu... 

Kalau kita tak belajar dari sejarah, kita akan ulangi kesilapan yang sama. 

More...

Petanda Sejarah Akan Berulang

Sejarah akan berulang bagi siapa yang tak tahu sejarah dan tak pernah ambil iktibar dari sejarah. 

Saya lihat petanda yang sama di depan mata saya, sebijik ketika zaman Tok Belagak dan pengikut-pengikutnya "menyerang" saya sedangkan saya cuma ingatkan tentang "beli emas mesti dapat emas".

Kemaruk sangat nak cepat kaya. Sampai buat tak endah jer bila pakar-pakar (seperti Tuan Azizi Ali, Tuan Alwi Adam, Tuan Afyan, Dr Sufyan Muamalat.my) bercakap.

Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada saya ketika itu. 

"Barua Cina". 

"Nak jatuhkan bisnes orang Melayu". 

"Dia takut bisnes dia dah tak laku". 

"Teknik emas dia ketinggalan zaman, kita ada teknik yang lebih bijak". 

"Dia tak faham teknik kita, tapi pandai-pandai..."

Bimbang Masyarakat Jatuh Lingkup

Hakikatnya... Peringatan-peringatan tu bukan untuk saya, tapi untuk selamatkan masyarakat daripada jatuh lingkup.

Siapa yang mempromosikan kononnya beli emas tak perlu dapat emas, maka saya tak boleh berdiam diri.

Jangan berbohong dengan mengatakan "beli emas dapat emas (fizikal)" adalah kaedah yang ketinggalan zaman. 

Kerana saya jadi saksi satu per satu skim-skim emas yang melingkupkan pelaburnya yang naif (dan tamak!)sepanjang 13 tahun mendidik masyarakat tentang emas dan kewangan.

Semuanya menggunakan alasan yang sama.

Kesannya bukan sahaja tentang duit. Tapi kehidupan mangsa itu nanti.

Kalau saya berdiam diri, nanti akan ada yang sakit mental gara-gara jatuh lingkup.

Akan ada yang jadi gila. Bahkan akan ada rumahtangga yang bercerai berai!

Back to Basic!

Maka tidak wajar bagi orang berilmu berdiam diri kalau dia nampak kerosakan yang akan berlaku di depan matanya sendiri, sedangkan dia orang yang mengetahui... 

Tinggalkanlah kaedah pelaburan emas yang merepek-repek tu.

Beli emas, pastikan dapat emas (fizikal). Back to basic!

Jangan terlalu percaya orang lain tolong 'niagakan' atau simpankan emas untuk kita. Belajarlah dari sejarah dan pastikan emas yang kita beli tu ada di tangan kita sendiri.

Selagi emas itu ada di tangan kita, kita tak akan jatuh lingkup, insyaAllah.

"Maka berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang yang mukmin..." (Surah Adz-Dzariyat 51 : 55)

Zulkifli
Cyberjaya
11 April 2023
20 Ramadhan 144H

#SkimCepatKayaBertopengkanEmas

Orang bijak belajar dari kesilapan sendiri. Tapi orang yang lebih bijak belajar dari kesilapan orang lain.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>