Bagi anda yang sudah membuat belian pertama dan menjadi pembeli emas Public Gold yang berdaftar di bawah network saya, saya ucapkan tahniah!
Kalau belum buat belian pertama, anda boleh daftar di sini secara free dan membuat pembelian pertama, seterusnya menjadi penyimpan emas di bawah bimbingan saya.
Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya (serta dealership dealer-dealer di bawah bimbingan saya).
Sebagai menghargai kepercayaan anda, saya menyediakan support system bagi memastikan anda menjadi penyimpan emas yang "merdeka", iaitu anda menjadi penyimpan emas yang berilmu, serta tahu menguruskan sendiri ‘pelaburan’ tanpa perlu meletakkan nasib pelaburan anda di tangan orang lain.
Buat permulaan ini,
Saya nak hadiahkan beberapa ebook dan bahan rujukan penting dalam pelaburan emas khas dari saya. Antaranya;
- eBook - Panduan Lengkap Akaun Emas GAP (akan dikemaskini)
- eBook - Manual Pelabur Emas Merdeka (masih dalam pembikinan)
- Slide Seminar Simpan Emas & Bisnes Emas
- Video Klip Seminar Simpan Emas
- Direktori Pos Ar-Rahnu
- Parameter Pelaburan Emas Majlis Fatwa Kebangsaan
---- > Sila dapatkan secara percuma DI SINI.
Saya tak menjanjikan bulan bintang dalam pelaburan emas ini,
Tetapi insyaAllah saya akan tunjukkan cara yang betul menjana keuntungan optimum daripada pelaburan emas berdasarkan pengalaman saya membimbing lebih 5,500 pembeli emas sejak 2010.
Selagi anda mempunyai keinginan dan kesanggupan yang kuat untuk belajar, saya bersedia memberikan bimbingan. InsyaAllah.
Tips paling penting yang saya nak kongsikan ialah pesanan Robert T. Kiyosaki (penulis buku “Rich Dad Poor Dad” katanya, bukanlah emas yang membuat kita kaya, tetapi yang membuatkan kita kaya ialah ILMU kita tentang emas itu sendiri!
Ilmu itulah kuncinya yang sebenar. Lebih banyak ilmu anda, lebih besarlah peluang anda mendapatkan keuntungan!
Kunci Keuntungan Maksimum
Sesiapa yang membeli emas dengan ilmu, dia akan sentiasa senang hati walau apa pun keadaan harga emas.
Sebaliknya, siapa yang beli emas tanpa ilmu, dia akan sentiasa susah hati. Bila harga turun, dia susah hati. Bahkan bila harga emas naik pun dia turut sama susah hati!
Faktor utamanya ialah, dia tidak tahu apa yang dia buat dan hanya mengharapkan “bulan jatuh ke riba” sahaja. Melabur tanpa ilmu bukanlah dinamakan pelaburan, tetapi hakikatnya ia hanya sebuah perjudian!
Dalam apa juga pelaburan sekalipun, paling penting ialah ilmu.
Kalau hanya mengharapkan nasib, itu bukanlah pelaburan sebenar. Sebaliknya itu hanyalah satu perjudian.
Tetapi bila kita ada ilmu, kita boleh mengulangi kejayaan itu lagi dan lagi. Kejayaan itu akan dapat kita kecapi banyak kali. InsyaAllah.
Itulah bezanya orang yang melabur dengan ilmu dan orang yang melabur tanpa ilmu.
Orang berilmu, bila harga emas naik, dia “happy”, bila harga emas turun, dia lebih “happy”. Kenapa jadi begitu? Sebabnya, dia tahu apa yang dia buat.
Bila harga emas naik, dia “happy” nilai kekayaannya meningkat. Bila harga turun, dia “happy” sebab dia berpeluang membeli aset yang mahal (iaitu emas) dengan harga lebih murah! Pendek kata, dia sentiasa senyum walau apa pun keadaan harga emas, insyaAllah…
5 Tips Mendapat Keuntungan
Jadi saya sarankan, lepas pembelian pertama ini, fokus tambahkan ilmu tentang emas dari semasa ke semasa.
Untuk dapatkan ilmu dan menjana keuntungan maksimum dalam pelaburan emas, saya cadangkan anda buat 5 perkara di bawah:
#1 – eBook 5 Minit Review Tentang Emas
5 Minit Review Tentang Emas 3.0
#2 – Buku Asas Pelaburan Emas
Saya telah menulis sebuah buku bertajuk "Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat".
Ini buku bacaan santai tentang emas, mudah difahami dan sangat praktikal untuk orang kebanyakkan.
Ia membongkarkan manfaat sebenar menyimpan emas selain daripada "beli harga rendah, jual harga tinggi".
Dalam buku ini, saya tunjukkan juga bagaimana emas boleh menyelesaikan banyak masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakkan orang, seperti tiada wang simpanan walaupun sudah bertahun-tahun bekerja, masalah wang simpanan yang sentiasa bocor, masalah boros dalam berbelanja,
Dan juga bagaimana emas itu boleh dimanfaatkan untuk mencapai tahap kewangan yang diimpikan semua orang, iaitu kebebasan kewangan ataupun "financial freedom".
Boleh dapatkan di kebanyakkan kedai-kedai buku termasuk Popular, MPH atau Kinokuniya. Kalau nak beli secara online, boleh terus beli daripada penerbit Galeri Ilmu.
Pihak Galeri Ilmu menawarkan servis pos secara free (hanya untuk Semenanjung Malaysia) bagi yang membeli pakej Buku Wang Emas + Buku Misi Bebas Hutang. Buku Wang Emas lebih lengkap jika dibaca bersama Buku Misi Bebas Hutang.
#3 – Ikuti Seminar Emas (FB Live)
Public Gold aktif mengadakan seminar asas simpanan emas sejak 2008 lagi untuk mendidik masyarakat dengan ilmu yang betul.
Ia diadakan setiap bulan di hampir setiap negeri di Malaysia (termasuk Singapore, Brunei dan Indonesia). Dan seminar-seminar ini adalah percuma (free)!
Sejak wabak Covid-19 melanda dunia, seminar-seminar ini di adakan secara FB Live di Facebook Public Gold International Bhd. Dalam G100 Network juga akan adakan seminar mingguan percuma setiap hari Rabu di FB Public Gold by G100 Network dan Youtube Public Gold by G100 Network
Saya juga salah seorang daripada penceramah rasmi yang dilantik oleh Public Gold untuk menyampaikan seminar ke seluruh Malaysia (termasuk Singapore, Brunei dan Indonesia).
Kalau berpeluang, kita boleh bertemu-mata di mana-mana seminar (offline) sebagaimana dijadualkan.
#4 – Follow Facebook & Telegram “Mohd Zulkifli Shafie”
Untuk pastikan pelabur dan penyimpan emas sentiasa mendapat informasi terkini tentang emas (dan kewangan), saya sentiasa berikan tips terkini melalui Facebook dan Telegram rasmi saya Mohd Zulkifli Shafie.
Facebook Peribadi
Tetapi saya mohon maaf, quota “Friends” saya hampir penuh. Jadi saya nasihatkan anda klik butang “Follow” dan “See First” supaya anda tak terlepas informasi terkini daripada saya, insyaAllah.
Atau boleh subcribe Telegram Saya
#5 – Bina Komuniti Emas Sendiri
Untuk dapat harga tertinggi bila jual emas nanti, saya boleh katakan tempat terbaik menjual emas ialah kepada kenalan sendiri sebab anda boleh “runding” harga lebih baik berbanding menjualnya kepada Public Gold atau dealer Public Gold.
Dan kenalan anda itu juga mestilah penyimpan emas seperti anda! Mereka menyimpan emas dan mereka juga faham tentang ilmu simpanan emas. Bila nak jual emas nanti, anda boleh “offer” sahaja kepada mereka sebelum anda menjualnya kepada Public Gold.
Jadi jangan simpan ilmu emas seorang sendiri, sebaliknya sebarkan ilmu itu kepada kenalan anda terutamanya ahli keluarga dan kenalan-kenalan rapat. Anda boleh cadangkan mereka membaca blog www.mohdzulkifli.com ini dan jemput mereka untuk turut ikuti mana-mana seminar emas bersama anda.
Kalau anda nak sarankan mereka membaca artikel di blog saya, saya rasa artikel bertajuk "Kelebihan Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan" antara yang terbaik dapat membuka ramai orang supaya turut menyimpan emas.
Artikel itu saya menjelaskan bagaimana tabiat menyimpan emas hanya "1 gram 1 bulan" akan memberi impak yang besar kepada kewangan kita, insyaAllah. Lebih besar “komuniti emas” yang anda bina, lebih besarlah peluang anda menjualnya dengan harga yang lebih tinggi, insyaAllah.
Oh ya, sekiranya anda memperkenalkan (dan mendaftarkan) 50 kenalan anda untuk turut sama membeli emas dengan Public Gold, pihak Public Gold boleh mempertimbangkan anda untuk diberi status sebagai Normal Dealer (tahap insentif 1%) secara free!
Hubungi dealer anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang peluang ini.
Cara Hubungi Saya
Itulah 5 tips penting cara mendapat keuntungan dalam pelaburan emas. Kalau ada apa-apa persoalan tentang emas, anda boleh contact saya melalui Whatsapp +6019-3368009 (atau terus klik link www.wasap.my/60193368009) pada bila-bila masa dan sila beritahu PG Code anda sebagai rekod peribadi saya.
Kalau nak jumpa saya secara peribadi untuk membincangkan tentang emas, jemput datang ke tempat saya di Cyberjaya, Selangor.
Dan paling penting, kalau anda jumpa saya dalam mana-mana seminar Public Gold, jangan lupa ‘tegur’ saya. Perkenalkan diri dan bagi tahu anda ialah “pembeli emas di bawah saya”. Saya sangat gembira untuk berkenalan dengan anda. ☺
Akhir sekali, saya doakan Allah berkati kita semua, dan memberikan kejayaan dalam apa juga usaha baik yang kita lakukan. Selamat maju jaya!