MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

June 17, 2014

[Kemaskini 13 Jun 2017] Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM250 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.

Sebelum melabur, saya memang syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan. Tetapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, boleh mula beli dulu dengan bajet kecil, antaranya syiling 1 dinar atau gold bar 1 gram. Lepas tu baru fokus cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.

Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold sediakan alternatif terbaru penyimpanan emas yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal bawah RM250. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia. Kaedah belian Akaun Emas GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram.

Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas tu dan simpan sendiri. Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma!

(—–>> Untuk faham lebih lanjut tentang pembelian secara GAP, boleh baca artikel saya ″Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold″)

gold bar 1 gram public gold lbmaGold bar 1 gram keluaran Public Gold. Boleh dikeluarkan dari akaun GAP.

#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 – RM250 sekarang ni. Buat masa ini yang famous di Malaysia (selain Public Gold) ialah gold bar 1 gram keluaran Power Gold dan kedai-kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewal atau Wah Chan.

Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya boleh mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’ ataupun sekadar untuk koleksi, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.

gold bar 1 gram power goldGold bar 1 gram yang diedarkan oleh syarikat Power Gold.

gold bar 1 gram poh kongGold bar 1 gram keluaran Poh Kong

Apa yang perlu sahabat pembaca tahu, harga per gram untuk item “gold bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar bersaiz lebih besar. Maksudnya, HARGA PER GRAM untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.

Cuma berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, satu-satu cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP seperti point #1 saya di atas.

#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam sekitar RM800 – RM850, boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Coin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” -> harganya lebih mahal.

1 dinar lbmaSyiling 1 dinar keluaran Public Gold, berketulenan 99.99%, berat 4.25 gram.

Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tapi berdasarkan pemerhatian saya, coin 1 dinar Public Gold yang terbaik (buat masa ini) disebabkan harga per gram lebih murah, dan susut nilainya rendah iaitu 9% sahaja. Ia antara yang terendah (paling untung) di Malaysia. Dan paling penting juga, kita jimat daripada membayar caj GST 6% (disebabkan ia emas yang diiktiraf peringkat antarabangsa – London Bullion Market Association). Urusan jual beli pun mudah sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia.

(—–>> Untuk pembelian 1 dinar tersebut, boleh daftar secara PERCUMA di website Public Gold dan order secara online. Emas tu nanti boleh ambil di cawangan Public Gold terdekat″)

Selain daripada faktor itu, ada 7 lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Gold kalau sahabat pembaca nak melabur emas di Malaysia. Jangan percaya cakap saya sebab saya adalah ejen Public Gold, cuma apa yang boleh saya katakan, siapa yang nak buat pelaburan emas fizikal di Malaysia tetapi dia tak tahu tentang kelebihan Public Gold, itu sudah satu kerugian besar!

Wallahu a’lam.

Mudah-mudahan dengan tips ringkas ini, sahabat pembaca boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas, InsyaAllah…

Zulkifli
Damansara Damai
Kemaskini 13 Jun 2017 (artikel asal 17 Jun 2014)
19 Ramadhan 1438H

[Kredit foto : clovergold326, ]

[Artikel ini dikemaskini pada 13 Jun 2017. Mungkin sebahagian blog comments di bawah ini tidak lagi relevan selepas ia dikemaskini]

About the author 

  • Assalammualaikum,

    Terima kasih dgn ilmu yg bermanfaat ni,
    Saya setuju dengan permulaan 1 Dinar,bila dah rasa yakin baru beli yg seterusnya.,

  • Assalammualaikum, nak mintak advice sikit. Kalu Ada budget utk 100g, apa kah belian terbaik? Samada bar, coin atau dinar? Tq

  • Assalamualaikum tuan. Terima kasih atas info yang berguna. Sy nak tanya.. macam mana nak mendapat untung dengan pelaburan emas pg sedangkan semasa saya beli dulu let say total RM20K. Tp sekarang total nilai emas saya RM14K.. Sy dah rugi banyak dah ni dah masih belum pulang modal lg. So mcm mana yer? nak jual sayang..

    • Wslm En. Muk,

      Kalau En. Muk buat belian RM20k, maksudnya En. Muk adalah dealer Public Gold. Dealer paling mudah untuk generate profit dalam apa juga keadaan harga emas. Lagi harga turun, lagi besar potensi untung bagi dealer. Harga emas sekarang lebih murah dari saya beli tahun 2010 dulu. Tapi alhamdulillah, untung saya melebihi 200% setahun dari nilai yang saya beli dulu. Hanya dengan memanfaatkan posisi sebagai dealer.

      Untuk jana keuntungan bila harga jatuh, saya syorkan En. Muk baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2011/09/harga-emas-jatuh-apa-nak-buat.html .

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum En Zul,

    Saya nak tanya, macam mana yang dikatakan pelaburan emas tu ye? Soalan ke-2, macam mana pula perlaksanaan main ‘kutu emas’ tu ye? sama macam ‘kutu duit’ ke? sbb harga emas kan berbeza-beza..turun kejap naik..

    Terima kasih En Zul dengan pencerahan yang diberikan.

    • Wslm Pn. Faridah,

      Secara asasnya, emas ni sesuai dijadikan simpanan jangka panjang sbb harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang. Kalau nak beli emas, guna duit simpanan yang agak2 tak pakai dalam tempoh at least setahun. Lagi baik 2, 3 tahun.

      Pelaburan emas sebenarnya macam beli barang kemas jer. Beli dan simpan sendiri. Bila nak pakai duit baru jual.

      Cuma bila beli emas utk simpanan (bukan perhiasan), barang kemas kurang sesuai sbb:

      1. Harga lebih mahal
      2. Susut nilai lebih tinggi (sekitar 25%)
      3. Ada kos upah pembuatan yang boleh dimanipulasi pekedai emas.

      Emas yang lebih sesuai untuk simpanan samada gold bar atau gold coin (termasuk “dinar”).

      Emas fizikal terbaik untuk pelaburan di Malaysia buat masa ni ialah emas Public Gold. Senang beli, senang jual, untung maksimum berbanding emas lain yang ada di pasaran.

      Ada 10 kelebihan emas Public Gold. Antaranya:

      (1) harga lebih murah
      (2) susut nilai lebih rendah
      (3) jaminan beli balik harga tinggi.

      Untuk maklumat lanjut tentang kelebihan seterusnya, boleh baca artikel saya di link Secara asasnya, emas ni sesuai dijadikan simpanan jangka panjang sbb harga emas sentiasa naik dlm jangka panjang. Kalau nak beli emas, guna duit simpanan yg agak2 tak pakai dlm tempoh at least setahun. Lagi baik 2, 3 tahun.

      Pelaburan emas sebenarnya mcm beli barang kemas jer. Beli dan simpan sendiri. Bila nak pakai duit baru jual.

      Cuma bila beli emas utk simpanan (bukan perhiasan), barang kemas kurang sesuai sbb:

      1. Harga lebih mahal
      2. Susut nilai lebih tinggi (sekitar 25%)
      3. Ada kos upah pembuatan yg boleh dimanipulasi pekedai emas.

      Emas yang lebih sesuai untuk simpanan samaada gold bar atau gold coin (termasuk “dinar”).

      Emas fizikal terbaik utk pelaburan di Malaysia buat masa ni ialah emas Public Gold. Senang beli, senang jual, untung maksimum berbanding emas lain yang ada di pasaran.

      Ada 10 kelebihan emas PG. Antaranya:

      (1) harga lebih murah
      (2) susut nilai lebih rendah
      (3) jaminan beli balik harga tinggi.

      Untuk maklumat lanjut tentang kelebihan seterusnya, boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/03/10-kelebihan-utama-emas-public-gold.html .

      Tentang kutu emas tu saya tak pasti.

  • Salam En Zul,
    Saya adalah customer PG.. semua belian saya adalah melalui walk in ke branch. Saya beli sikit2 setiap bulan dalam 2 dinar begitu. Ada kawan saya berminat pula dgn aktiviti saya ni dan mahu jadi customer PG & mahu saya jadikan introducer dia.
    Jadi soalannya, boleh ke letak nama saya jadi introducer walhal saya bukannya dealer pun sbb tak pernah buat belian besar.

    Betul ke promosi bulan Jun boleh jadi dealer dengan modal RM10k? Kalau guna EPP boleh naik taraf jadi dealer jugak ke? Bagaimana nak tahu kita sudah diiktiraf jadi dealer? ada email dr pihak PG?

    Terima kasih in advance. Maaf sbb byk soalan.

    • Wslm En. Mohd,

      1. Cuma dealer jer yang boleh jadi introducer. Kalau customer introduce customer, new customer tu Public Gold akan register direct under Public Gold atau mana-mana dealer yang dia kenal.

      2. Untuk introduce new customer, En. Mohd kena upgrade jadi dealer. Grab promosi RM10k tu, beli secara EPP pun boleh. Bila buat belian RM10k bulan ni, memang automatik jadi dealer.

  • assalamualaikum en zul,

    nak tanye berkenaan konsep wakalah yang dibuat oleh DEPB emas @ tok belagak. adakah ianya bagus sebagai permulaan utk berjinak2 dgn pelaburan emas? lg satu adakah konsep emas delay ni patuh syariah?

    sekian
    terima kasih

    • Wslm En. Fahiyudin,

      1. Saya tak pasti ia bagus atau tak cuma apa yang saya tahu, syarikat tersebut dalam pemerhatian BNM. Ia tersenarai dalam Alert List BNM. Itu adalah senarai pelaburan yang tidak sah di sisi undang-undang. En. Fahiyudin boleh download senarai tu di http://www.bit.ly/alertlist2014mei . Biasanya kalau BNM nak serbu sesuatu skim pelaburan, mereka akan masukkan dalam Alert List tu dulu.

      2. Dari sudut kepatuhan syariah, saya tak pasti.

      Wallahu a’lam.

  • As salam..
    Saya br nk berjinak2 dgn emas ni.. katakn saya ada 10k utk pelaburan… bagaimana utk bermula?
    Terima Kasih

    • Wslm En. Daud,

      Kalau modal RM10k, saya syorkan beli dinar kesemuanya sebab itu item yang susut nilai paling rendah dengan bajet tu. Mungkin boleh beli coin:

      – 10 dinar x 1 keping
      – 5 dinar x 1 keping
      – 1 dinar x 2 keping

      Bulan ni promosi beli RM10k, automatik jadi dealer.

      Untuk buat belian, saya akan bantu orderkan atas nama En. Daud. Lepas order, En. Daud akan terima email order daripada Public Gold dan bank in duit terus ke akaun PG berdasarkan detail yang PG emailkan tu. Lepas bayar, En. Daud boleh ambil emas tu bila-bila masa di office PG terdekat.

      Untuk order, En. Daud bagi saya:

      1. Nama penuh
      2. No ic
      3. No telefon
      4. Email
      5. Item yang nak di beli.

      Sms / wassap kepada saya 019-336 8009. Nanti saya bantu orderkan, insyaAllah.

  • assalammualaikum.. kalo saya bermula rm200 untuk modal emas 916 contohnya.. subang.. cincin boleh ke en zul?

  • Assalammualaikum En. Zul,

    Saya nak tanya,
    1. Adakah Dealer akan dibayar komisyen bagi setiap pembelian oleh customer yg letakkan kod Intoducer tu 1% dr jumlah belian termasuk kos transport ataupun RM100.

    2. Komisyen ni akan berterusan sampai bila2, selagi kod Introducer digunakan? Boleh ke tukar kod introducer tu kalau kod intoducer ialah PG0000

    3. ‘Order for 3rd party’ hanya untuk pelanggan yg sudah ada Kod PG?

    4. Jikalau ada customer yang mahu beli,tapi tak ada masa nak collect dr branch, sebaliknya suruh dealer yg tolong collect. apa yg perlu dibuat. Letakkan sales order atas nama dealer kah?

    Terima kasih

    • Wslm Pn. Faz,

      1. Dealer akan dibayar komisyen atas belian customer, dan atas belian dealer-dealer di bawah rangkaiannya. Komisyen tu bergantung tahap dealership. Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5%, dan Master Dealer 2%. Kalau belian atas dealer di bawah rangkaiannya, PG akan bayar perbezaan tahap komisyen dengan dealer di bawahnya. Contohnya seorang Priority Dealer (tahap 1.5%) hanya di bayar 0.5% (1.5% – 1.0%) atas belian Normal Dealer di bawah rangkaiannya.

      2. Komisyen akan berterusan selagi dealer tu aktif. Kalau tak aktif, komisyen akan pass up kepada upline dealer.

      3. Order “3rd Party” tu order dikeluarkan guna kod PG dealer yang place order tu sendiri, bukan atas nama customer.

      4. Boleh order atas nama dealer, tapi kalau customer tu cancel order, dealer yang kena bayar atau nama dealer kena blacklist.

  • Salam En. Zul,

    Ada kawan saya mengatakan bahawa PG menjalankan urusniaga secara multi-level marketing (MLM).

    1. Mohon komen tuan dalam perkara ini.

    2. Bagaimana cara untuk memberi penjelasan kepada mereka bahawa PG memang bukan syarikat MLM.

    Terima kasih.

    • Wslm En. Mirul,

      Public Gold bayar komisyen dealer sehingga level ketiga. Pembelian sendiri, pembelian front-line dan pembelian generasi kedua sebanyak 0.1%. Saya tak pasti nak istilahkan sebagai MLM atau tak. Kalau MLM, Public Gold sepatutnya kena mohon lesen jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung. Tapi setahu saya, Public Gold tak ada lesen tu sebab Public Gold bukan direct selling MLM.

      Tak kisah samada MLM atau bukan MLM, persoalannya, apa permasalahnya yang sebenar?

      • Thanks atas komen En. Zul 🙂

        Sebenarnya ramai kawan saya yang berminat dengan gold investment, tetapi pada masa yang sama mereka tak suka dengan syarikat MLM hehehe.. Puas saya jelaskan bahasa PG bukan syarikat MLM.

        Kalau diperhatikan syarikat insurance juga menjalankan pemasaran dengan system upline/ downline, tetapi mereka bukan syarikat MLM.. Mohon pandangan En. Zul 🙂

  • Assalam,

    Mungkin saya agak terlewat dgn kesedaran utk membuat pelaburan emas..kurang faham..tp lepas baca blog tuan jadi berminat nk tahu dan nak cuba invest sikit2 dgn dinar PG..modal kecil jerpun Insya Allah. Saya ada beberapa kemusykilan ttg pelaburan emas yg dilaksanakan dari segi hukum..bukan PG yg saya maksudkan ttp pelaburan emas sykt Pegasus Bullion yg menwarkan dividen tetap setiap bulan bergantung jumlah emas yg dilaburkan. Adakah ianya sah dr segi syariah..hukum riba..kerana ianya adalah kontrak selama 2 tahun dan boleh renew setelah tamat tempoh tersebut. Saya dipelawa utk masuk skim tu…tapi modal tak de..

    Mohon pencerahan dari Tuan utk saya decide…sy kurang arif bab hukum hakam nie. Terima kasih.

    • Wslm Pn. Riana,

      1. Mulakan sekarang walaupun dengan coin 1 dinar. Tak ada istilah terlewat untuk usahakan kejayaan.

      2. Pegasus Bullion tu sekarang ni dalam pemerhatian BNM. Ia disenaraikan dalam Alert List BNM i.e. senarai pelaburan yang tidak sah. Bila tak sah dari sudut undang-undang, saya sangat khuatir dari sudut hukum terutama sekali menjanjikan pulangan lumayan secara tetap.

      Wallahu a’lam.

      • terima kasih En.Zul…terutama ttg sykt Pegasus tu..sy mmg ade tgk web dorang..pangkalan di Hong kong…ramai yg dh masuk..Alhamdulilah hari ni saya buka link En. Zul..patutlah rasa was-was..

  • Assalamualaikum

    Tuan
    Saya ingin bertanya
    Diantara dinar PG dgn dinar KGT
    Mana yang lebih baik?
    ada sebilangan kedai di beberapa negeri di malaysia
    Menerima dinar KGT sebagai alat utk berurus niaga selain wang tunai

    • Wslm Pn. Nana,

      Kalau nak beli, saya boleh bantu orderkan atas nama puan. Nanti puan buat bayarant terus ke akaun Public Gold berdasarkan email yang PG akan hantar nanti. Lepas bayar, emas tu boleh ambil bila-bila masa di office PG terdekat.

      Untuk order, puan bagi saya:

      1. Nama penuh
      2. No ic
      3. No telefon
      4. Email
      5. Item yang nak dibeli

      Sms / wassap kepada saya 019-336 8009.

      Dengan bajet tu boleh dapat 1 dinar x 2 keping. Kalau tambah dalam RM200 lagi, boleh dapat 3 keping, insyaAllah.

      • assalamualaikum en.zul….kalau bermodal kn 1000 apa yg sy boleh beli..dan stiap bulan sy bermodalkn seribu lepas tu saya nak jual balik mcm mana?

        • Wslm Pn Husna,

          Kalau nak beli dalam RM1,000 setiap bulan, cara termudah ialah beli melalui Akaun Emas GAP. Boleh dapat dalam 5 gram sebulan kalau ikut paras harga emas sekarang. Untuk faham tentang Akaun Emas GAP, puan baca artikel saya di link http://www.bit.ly/beliemasgap .

          Bila nak pakai duit nanti, boleh jual kepada Public Gold.

          Kalau ada apa-apa persoalan, puan boleh terus wassap saya di 019-336 8009.

  • salam tuan. saya nk tny sikit ni..dr mana sy nk mula kalu sy ada sekeping dinar emas..sy berminat utk menjalnkn pelabur emas tp kurang info dan pengetahuan tentangnya..minta cadangan utk panduan..terima kasih

    • Wslm En Naim,

      Saya kurang jelas dengan persoalan En. Naim. Dari mana nak bermula kalau dah ada 1 keping dinar?

      Pelaburan emas sebenar pada asasnya ialah beli dan simpan emas untuk simpanan jangka sederhana dan jangka panjang. Emas tu kita simpan sendiri. Untung rugi adalah mengikut pergerakan sebenar harga emas.

  • Assalamualaikum..nk mintak izin letak nama En Zul sebagai introducer di PG ye. Baru nak register dan nak start buat simpanan emas. Terima kasih.

  • Assalamualaikum Tuan Zul,

    Adakah brbaloi skiranya sy mngambil personal loan utk dijadikan modal bagi mmbeli emas?

    Jumlah loan tidak trlalu byk,mgkin dlm 10k untuk 2 tahun, dan ditambah dgn sdikit simpanan sedia ada utk mmbeli 100g emas, sama ada emas public gold ataupn pamp suisse ataupn mana2 jenis yg ada.

    Emas yg dibeli pula akn diniagakan dgn plbgai plihan cara yg ad dan hasil yg diperoleh akn digunakan utk byr loan trsbut.

    Keuntungan yg diperoleh tidaklah trlalu byk tp slps ditolak dgn byran loan stiap bulan,akn ad lg lbihan yg mn boleh disimpan atau dijadikan modal utk pmbelian yg strusnya.

    Adakah cara ini brbaloi dan apakah pandangan dr pihak tuan? Terima kasih.

    • Wslm En. Ikhwan,

      Saya setuju kalau buat loan beli emas kalau:

      1. Ia salah satu cara untuk disiplinkan diri menyimpan wang setiap bulan. Kekadang kita susah menyimpan, tapi bila ianya loan, maka kita terpaksa bayar secara berdisiplin. Lagi pun, emas tu bagi saya juga adalah duit tunai. Bila-bila perlukan duit, kita boleh pajak ataupun jual.

      2. Beli emas untuk jana pendapatan melalui perniagaan emas. Dan manfaatkan keuntungan bulanan tu untuk bayar ansuran bank. Kalau Public Gold, beli RM20,000 dalam satu resit baru automatik jadi dealer. Kalau betul untuk jana pendapatan, saya syorkan lepas jadi dealer, ambil masa belajar ilmu perniagaan emas dari mereka yang berpangalaman.

      Kalau 2 tujuan buat loan ni, insyaAllah berbaloi.

      Wallahu a’lam.

  • Helo.. Sy bru tahu psl plaburan emas sbb ada rakan yg introduce psl plaburan emas ni. Mcm mn nk tau keuntungan yg kta dpt kalo mlabur emas dgn PG? Mcm mn nk kira keuntungan?

  • Assalamualaikum
    Soalan yg diajukan oleh rakan sekerja,agk sukar utk sy menjawab boleh ustaz jelaskan.
    kenapa PG tetapkan sphread harga yg terlalu tinggi, dlm masa emas tiada berlaku knaikkan harga ape kebaikkan pelabur PG, beza sphread pd kadar tetap bukankah sama diibaratkan sbg menetapkan jumlah keuntungan dan kerugian pd kadar tetap, adakah dlm islam mmg tidak membenarkan pemberian pulangan keuntungan yg berkadar tinggi……

    • Wslm En. Fareez,

      1. Spread emas PG antara yang terendah di Malaysia. En. Fareez boleh cek perbandingan yang saya pernah buat dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/07/perbandingan-spread-emas-di-malaysia.html .

      2. Antara kebaikan simpan emas ialah (a) elak kebocoran wang, (b) selamat duit dari dimakan inflasi, dan paling penting (c) selamat dari bencana kewangan sebagaimana yang saya terangkan dalam artikel http://www.mohdzulkifli.com/2014/01/emas-penyelamat-bencana-kewangan.html .

      3. Oh, spread bukan kadar keuntungan atau kerugian. Ia penetapan perbezaan harga semasa yang syarikat jual dan beli balik. Untung rugi tu bergantung pergerakan sebenar harga emas, bukan bergantung kepada spread. Kalau kita beli barang kemas di kedai emas, dan nak jual balik, kedai emas beli balik dengan harga 25% lebih rendah dari harga semasa. Kalau harga emas dah naik 100% pun, mereka beli pada harga diskaun 25% dari harga semasa.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Tuan Zul,

    saya sekarang ini saya menyimpan emas bar 1gram setiap bulan, selepas itu pelan saya apabila cukup 10g gold bar saya akan pajak di ar-rahnu duit yg saya dapat saya akan beli dinar. selepas itu tiap2 bulan saya akan ambil balik gold bar yang dipajak. kira saya nak menambah gold saya dengan cara tersebut.

    tujuan saya buat begitu sebab susah nak simpan duit beli emas. untuk makluman tuan jikalau untuk simpanan saya bajet dalam rm200-300 sebulan.

    soalan saya adakah cara itu menguntungkan atau merugikan?

  • assalamualaikum,
    en zul, saya berminat dengan pelaburan emas ini tetapi saya tidak tahu langkah2 yang perlu saya turuti untuk melibatkan diri dalam pelaburan emas ini. mohon en zul beri tunjuk ajar dari mana saya patut bermula. untuk makluman en zul saya ingin bermula denagn modal yang kecil dahulu. mohon sangat tunjuk ajar dari en zul. terima kasih

    • Wslm Pn. Ana,

      Puan boleh mula dengan belian 1 dinar. Untuk pembelian, wassap / sms saya 019-336 8009 maklumat puan:

      1. Nama penuh
      2. No ic
      3. No telefon
      4. Email
      5. Item yang nak dibeli

      Nanti saya bantu, insyaAllah.

  • assalamualaikum..
    en zul, saya berminat dengan pelaburan emas ni tapi saya ni seorang student ipt.. ada cadangan x cara nak mula melabur dengan bajet seorang student. ingin bermula dengan modal rendah. mohon tunjuk ajar. terima kasih.

    • Wslm Cik Sha,

      Boleh mula beli 1 dinar atau beli 1 gram. Sekarang ni Public Gold ada produk terbaru yang dinamakan GAP (Gold Allocation Program). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram dan simpan dengan Public Gold secara percuma. Emas tu kita boleh keluarkan bila-bila masa sekecil 1 gram.

      Cik Sha boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). InsyaAllah saya akan bantu untuk bermula mengikut kesesuaian Cik Sha.

      • salam en.zul

        situasi saya sama juga macam cik sha.boleh en.zul guide saya bagaimanakah melabur emas.sebab sebelum ini duit simpanan saya hanya saya simpan dalam bank dan tidak menggunakan dalam jangka masa yang agak lama.sekarang baru tersedar lagi bgus simpan emas.dan juga ingin bermula dengan modal yang rendah.tq

  • assalamualaikum,

    en zul terima kasih reply comment saya. so saya nak confirmkan 1 dinar=Rm582 ke?bayaran macam mana?

    terima kasih

  • Salam en zul,
    Sekarang pb dah ada GAP,mana yg lebih baik,sy buat ansuran 4kali utk beli 1dinar atau masuk saja GAP,dan topup kedalam akaun?

    Lagi satu,menurut en zul kalau beli emas 1gram,susut nilai lebih tinggi,sekiranya sy tukarkan GAP pd bentuk emas fizikal,pb akan beri flexi gold 1g yg dipatah2kan tue kan?

    Maaf bertanya,sy baru nak cari ilmu 🙂
    Terima kasih.

    • Wslm Pn. Diana,

      1. Saya prefer beli 1 dinar bayar 4 kali ansuran sebab susut nilai cuma 6% jer. Berbanding beli GAP, kalau nak keluarkan gold bar 1 gram, susut nilai dalam 13%. Kalau keluarkan gold bar 10 gram, susut nilai 8%. Maksudnya, dinar lebih untung.

      2. Hari tu Public Gold bagi tahu akan bagi flexibar yang dipatahkan. Terkini, saya dimaklumkan Public Gold akan beri gold bar PG 1 gram yang LBMA certified. Gold bar tu berseal macam gold bar Kuwait Finance House (KFH).

      3. Kelebihan GAP, kita tak perlu fikir pasal simpanan. Berbanding belian secara ansuran, GAP lebih senang sebab kita boleh beli bila-bila masa kalau ada duit. Katakanlah bulan ni ada duit, kita beli 1 gram. Bulan depan tak ada duit, tak perlu beli lagi. Bulan berikutnya baru ada duit, baru kita beli. Kalau ansuran, kita kena bayar tetap setiap bulan sampai cukup 4 kali bayar.

      Wallahu a’lam.

  • Askum..sy berminat nak melabur emas ni tp cwagn ni tak ada di sibu sarawak. Yang ada cuma di kuching sarawak. Ada cara lain tak sy nak teruskan niat saya tu?

  • Assalam..
    saya ingin bertanya apakah hukum keuntungan dari pelaburan emas yang kita buat.Contohnya kita melabur RM100 dan keuntungan yang diperolehi RM50.

    • Wslm Pn. Norlia,

      Boleh tak ada masalah. Allah menghalakan jual beli dan mengharamkan riba. Untuk pelaburan emas ni atas jual beli. Kita beli masa harga rendah, bila harga tinggi kita jual. Itu aqad jual beli. Tak ada masalah.

  • As salam, En.Zul

    Saya tertarik dengan pelaburan emas ni. Baru-baru ni saya ada terlihat iklan di ruangan instagram mengenai emas 999. Dimana rupanya saya lihat seperti gold bar 1gm. Harga ditawarkan itu dalam RM170. Adakah ia baik untuk dibeli sekiranya saya ingin melakukan pelaburan ke atasnya? Atau saya mencuba ke atas dinar? Mohon pencerahan dari En.Zul

    Terima kasih.

  • Salam tuan..Sy cuba untuk membaca artikel tuan tentang “Hukum Jual Beli Emas Secara Ansuran” namun tidak berjaya kerana tidak lagi berada didalam archive.
    Untuk makluman tuan, sy betul berminat untuk memulakan langkah pertama membeli emas dengan menggunakan kaedah ansuran yang tuan terangkan. Mohon tuan perjelaskan tentang hukum tersebut. Terima kasih banyak tuan.

    • Wslm En. Mahmud,

      1. Artikel tu saya terpaksa hide sebab saya dapat laporan ada pihak tak bertanggungjawab menggunakan artikel tu untuk menghalalkan skim cepat kaya menggunkan emas.

      2. Berdasarkan parameter majlis fatwa kebangsaan, kaedah ansuran Public Gold tak isu penagguhan menyerahan duit dan barang dengan aqad jual beli. Aqad jual beli tak berlaku kita book harga ataupun semasa kita bank in ke akaun Public Gold. Aqad jual beli berlaku bila kita datang ke office Pulic Gold serahkan slip bayaran ansuran (terkumpul) dan Public Gold serahkan emas kepada kita. Ia tak berlaku penangguhan. Itu apa yang saya faham daripada mereka yang pakar dalam muamalat.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam. Saya dah baca komen dan ulasan Tuan ttg pelaburan emas ini Dan yakin dgn pelaburan ni. Tapi saya belum mula melabur dan ingin bertanya apakah langkah pertama perlu sy lakukan….

  • Assalam…sy amat berminat dengan pelaburan emas..tp x tau nak mula dr mana…katakan modal dlm tangan rm1.5k..apa yg boleh saya buat?..

  • Salam….saya bru nk berjinak2 dengan pelaburan emas,sy nk tye kt mane sy blh tgk turun naik harga emas?klu saya beli emas kat maner blh sy simpan emas tu dan ada caj x?

  • Assalammualaikum. Saya berminat dengan pelaburan dinar. Modal permulaan mungkim dalam rm2k. Tapi setahu saya di tempat saya alor setar, mungkin tiada public gold (atau saya yang tak tahu). Macam mana saya nak mulakan pelaburan ini. Terima kasih

    • Wslm Pn Hafiza,

      Dengan bajet tu, item paling untung 1 dinar x 3 keping. Itu item susut nilai paling rendah dengan bajet tu. Office Public Gold ada di Alor Star. Untuk pembelian, puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Nanti saya bantu orderkan (lock harga).

  • As-salam…
    Sya ni mmg x tau lansung ttg plaburan PG ni, blh tak En.Zul jd penasihat merangkap introducer kpd sya…..sya teringin nk cuba pelaburan yg minima yakni tunai sekitar RM2k je..

    T.ksh.

    • Wslm En. Jamil,

      1. Insyallah boleh. Kod saya PG002369, Mohd Zulkifli Shafie.

      2. Kalau dengan bajet tu, item paling untung coin 1 dinar x 3 keping.

      Kalau ada apa-apa persoalan, En. Jamil boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). InsyaAllah saya boleh guide.

    • Wslm En. Azlan,

      Dengan bajet tu, item paling untung (paling rendah susut nilai) ialah:
      – 5 dinar x 1 keping
      – 1 dinar x 2 keping

      Untuk pembelian, insyaAllah saya boleh guide. En. Azlan contact saya 019-336 8009 (wassap lebih baik).

  • Assalammualaikum.
    pertama saya nk katakan blog ini sgt2 bagus dan info yg dinyatakan sgt jujur. saya berminat nak melabur dlm pelaburan emas ni dah lama tapi langsung xda knowledge. Modal pun dah ada tp xtahu nak mula dan xbrapa yakin sbb dah byk syrkt2 dan bank2 tawarkan pakej masing2 berkenaan pelaburan emas ni. so jd pening yg mana bagus dan menepati syarak. byk lg persoalan sy ttg pelaburan emas ni terutama ttg PG.

    1. Adakah PG boleh menyimpan emas yg kita beli seperti ada sesetgh bank tawarkan?

    2. bagaimana pula hal zakat sekiranya saya membeli emas PG? adakah PG akan uruskan atau kita sendiri. kalau kita sendiri mcmana dan dimana nk dilakukan dgn mudah.

    3. andai kata saya melabur di PG adakah agen2 atau introducer akan guide dan sentiasa update kita masa sesuai jual dan beli?

    4.bagaimana nk mula skrg ? saya budak baru belajar kalau salah tlg tunjukkan 🙂

    Terima Kasih

    • Wslm En. Fitri

      Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

      1. Public Gold boleh simpankan emas untuk pihak kita sebagaimana ditawarkan oleh bank Kuwait Financei House (KFH). Untuk maklumat lanjut, saya syorkan En. Fitri baca artikel saya di http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .

      2. Zakat kita kena kira sendiri dan bayar sendiri.

      3. Dealer emas Public Gold akan guide cara yang betul, tapi mereka tak akan alert secara peribadi waktu bila masa untuk beli, dan bila masa untuk jual. Kalau saya, saya hanya update tentang perkembangan harga di facebook saya jer.

      4. En. Fitri contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Nanti saya guide cara memulakan simpanan emas sesuai dengan bajet dan matlamat En. Fitri, insyaAllah.

  • Assalamualaikum En.Zul,

    Saya amat berminat dengan pelaburan emas ini, tetapi saya tak tau nak mula di mana..sbb modal saya rendah iaitu rm200 jer..bolehkah saya mula dengan modal serendah itu?

    Selain itu saya nak tanye..mane lebih untung?kalo saya beli setiap bulan 1g emas..selepas beberapa bulan..saya jual balik dan duit tunai yang ada dalam tangan saya saya beli pulak dinar emas..ataupun saya beli je emas 1g setiap bulan?sbb planning nyer saya nak buat begitu..

  • Salam… nak tanya, bolehkah saya mula melabur dengan rm200 setiap bulan? Dgn modal rm200, apa yg blh saya beli? Slps itu, apa proses seterusnya yg perlu saya lakukan?

    • Wslm En. Mohd,

      Apa yang saya difahamkan, emas 916 (termasuk dinar) tak termasuk dalam kategori Investment Precious Metal (IPM). Maksudnya, ia akan dikenakan GST. Dengan perkembangan terbaru ni, saya dapat tahu Public Gold akan keluarkan dinar dengan ketulenan 999 untuk jadikan ia sebagai IPM.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum En. Zul…

    En. Zul boleh ajar sy serba sedikit tentang pelaburan emas?? Sy ingin melabur tetapi tak tahu nak mntk tolong sape ajar kn.. Harap En. Zul sudi berkongsi ilmu

    • Kalau belum ada pendapatan, fokus cari pendapatan dulu. Nanti dah ada pendapatan, dan dah ada duit lebih, baru fikir tentang pelaburan. Pelaburan dalam erti kata sebenar hanya ideal untuk orang yang ada duit lebih.

  • Terima kasih Tuan Zul kerana sudi berkongsi pengalaman. Amat berguna kepada mereka yang baru nk berkecimpung dlm simpanan/pelaburan emas nih. Semoga tuan sudi berkongsi lagi.

  • Salam en zul..sya bmnat dlm plbrn emas ni cma nk mnta pndpt dn cdgn tuan incase bdgt dlm 6 rts sbln plbrn emas mna stu yg lbh ssuai sbg pmulaan nk bjnak2 dlm dnia emas..tq

  • salam tuan. saya masih belajar dan mempunyai modal rm2k. jadi sy nk tanya pelaburan yang mcm mana yang sesuai dgn sy. terima kasih.

    • Wslm En. Fakhrul,

      Pelaburan terbaik bagi saya pelajar ialah ilmu. En. Fakhrul manfaat manfaatkan duit tu untuk beli buku-buku kewangan dan pelaburan. Dan kalau berpeluang, hadir mana-mana seminar berkaitan.

      Dengan modal tu, En. Fakhrul boleh beli emas sebagai simpanan. Mulakan belian dulu at least dengan 1 dinar atau pun 1 gram menggunakan kaedah GAP. Bila dah buat belian pertama, insyaAllah cepat faham tentang pelaburan emas.

      Wallahu a’lam.

  • assalamualaikum,
    en zul, saya berminat dengan pelaburan emas ini tetapi saya tidak tahu langkah2 yang perlu saya turuti untuk melibatkan diri dalam pelaburan emas ini. mohon en zul beri tunjuk ajar dari mana saya patut bermula. untuk makluman en zul saya ingin bermula dengan modal yang kecil dahulu. mohon sangat tunjuk ajar dari en zul.

  • As Salam Mualaikum,

    Kak zie berminat dengan pelaburan emas.
    Harapan pada landasan yg betul.

    Tlg bagi info sikit.

    terima kasih.

    Kak zie

  • salam en.zul,

    saya ada baca komen-komen diatas, soalan saya, kenapa student yg mmpunyai modal ttpi tidak mmpunyai pendapatan tidak digalakkan utk melabur sekarang?

    • Wslm Pn. Sakiinah,

      Melabur dalam erti kata sebenar hanya untuk mereka yang ada duit lebih. Kalau belum ada pendapatan, sepatutnya fokus cari pendapatan. Bagi yang berpendapatan kecil, fokus sebenar ialah tingkatkan pendapatan. Pelaburan ideal ialah guna duit lebih, bukan duit kecemasan. Bila kita labur dengan duit lebih, kita akan buat keputusan lebih rasional. Tapi bila labur dengan duit kecemasan, ia boleh mengganggu emosi kita dan mudah terjebak dengan “skim cepat kaya”.

      Wallahu a’lam.

  • salam en zul
    Saya masih baru dalam dunia emas
    Beli emas dicawangan public gold ni mcm beli emas di kedai emas ke….?
    Ada ditentukan nilai minimum ke utk dibeli….kalau kita pegi utk beli 5 dinar saja mereka layan ke?
    Boleh jual balik emas kat public gold ke?

    • Wslm En. Hishamuddin,

      1. Betul. Boleh beli terus di office Public Gold kalau belian bawah RM3k. Boleh beli serendah 1 gram. Mereka layan, insyaAllah. Boleh jual terus ke office Public Gold.

      2. Kalau buat belian di office Public Gold, boleh letak nama saya sebagai introducer supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa perlu follow-up dengan Public Gold. Kod PG002369, Mohd Zulkifli Shafie.

      3. Kalau nak senang, biar saya orderkan dulu. Lepas dapat email Sales Order dari PG, buat bayaran terus ke akaun PG. Emas tu boleh ambil bila-bila masa di offic PG lepas buat bayaran.

      • Salam en zul
        Terima kasih diatas nasihat dan kebenaran utk letak nama en zul sbg introducer.
        Jika ada modal RM +-2k….baik beli 1(10g) + 1 dinar atau 4 (1 dinar).
        Ar-rahnu boleh terima 1 dinar?
        Terima kasih…..

        • Wslm En. Hishamuddin,

          Item paling untung ialah 1 dinar x 4 keping sebab susut nilai lebih rendah. Cuma coin 1 dinar sesetengah ar-rahnu tak dapat test ketulenan dengan tepat sebab agak kecil (bawah 10 gram). Saya dapat tahu, Ar-Rahnu Bank Rakyat tak terima dinar atas isu ni. Ar-Rahnu lain macam Ar-rahnu Pos tak ada masalah.

  • Salam en.zul..tahniah atas blog tuan yg sangat bermanfaat pada orang ramai. Saya juga berminat membeli dinar PG. Soalan saya boleh ke tuan jadi introducer pd orang sabah macam saya sebab saya tak kenal mana2 dealer d sini. Saya cuma tau tentang public gold selepas membaca blog tuan . Terima kasih.

    • Wslm Pn Callyne,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

      Boleh, insyaAllah. Kod saya PG002369 Mohd Zulkifli Shafie. Kalau puan ada apa-apa persoalan tentang emas, boleh contact saya bila-bila masa 019-336 8009 (wassap, sms, call). InsyaAllah saya boleh guide stakat apa yang saya tahu.

  • Assalamualaikum en. Zul

    Saya nk minta pendapat. Sy ade buka akaun bank untuk ank saya dan saya simpan kn duit stiap bulan dalam akaun itu tanpa ade pengeluaran untuk dijadikan simpanan akan datang bg pelajarannya. Ape pendapat en zul kalau saya keluarkan duit itu dan beli emas untuk ank saya. Kemudian simpan emas untk pelajaran atau bagaimana? Adakah selamat untuk saya simpan emas sendri atau lebih baik pihak PG yang simpankn.

    Terima kasih.

  • Assalamualaikum En.Zul,

    Saya baca ada 3 jenis Dinar ;

    1. Dinar PG (916)
    2.Dinar Kelantan (917)
    3. Dinar Amethyst (999).

    Soalan saya, yang mana satu berbaloi untuk simpanan jangka masa panjang? Dan apa beza susut nilai untuk tiga jenis dinar ni.

    T.Kasih

  • Salam en zul sy brminat utk beli emas sbg investment bkn utk smpnan..sy ingin beli pd hrga murah dan jual jika hrga naik spya dpt untung..jika di PG en zul ckp cume utk beli emas shja

  • saya ade terbaca brkenaan dgn skim emas dari “Serambi Emas” jika En Zul pernah dengar? adakah skim tersebut berbaloi & apakah sebenarnya skim tersebut (jika tahu) berbeza dgn melabur dgn PG ?

  • Assalamulaikum… Boleh tak kalau saya nak guna nama Ustaz sbagai introducer/dealer ??…SBB sye baru nak mula sikit2 pelaburan emas ni…

    • Wslm,

      Silakan Pn Zainab. Kod saya PG002369 Mohd Zulkifli Shafie. Lepas buat belian nanti, puan emailkan kepada saya Sales Order sebagai rekod saya dan memudahkan saya bantu puan kalau ada apa-apa perlu follow-up dengan Public Gold, insyaAllah.

  • Assalamualaikum En Zul,

    Alhamdulillah saya terjumpa blog en zul sebab saya baru nak berjinak dalam dunia emas. Saya ada modal dalam RM3.6k untuk mulakan gold investment. Tapi saya ada soalan :

    Berbaloi kah kalau saya join program emas seperti beli 1gram RM180, dapat duit setiap bulan?

    Contoh saya beli 20g emas dengan modal RM3.6k. Bulanan saya dapat RM400 sehinggan 12 bulan. Selepas 12 bulan saya dapat emas 20g.

    Saya bercadang RM400 sebulan tu saya nak simpan untuk beli dinar.

    Apa pandapat en zul?

  • Salam. Sya ada kemusykilan. Sedara sya introduce 1 pelaburan. Cthnya sya bli ems bar 999 dgn brt 100g. Nilainya rm13 800. Sya blh gadai pd syarikat tersebut semula. Dlm tempoh 12 bln sya dijanjikan dibayar rm1200 sebln. Sya agak tertarik cuma bimbang ia skim cpt kaya ems. Mohon pencerahan. Tq

  • Assalamualaikum en. zul..bagaimana nak bermula dengan pembelian dan pelaburan emas? cth : Public Gold. Berapa nilai wang yang perlu di laburkan setiap bulan?Terima kasih.

  • salam..en. zul, mcm mana keadaan pasaran emas sekarang. dan macam mana saya nak tahu naik turun pasaran emas dunia.

    saya juga berminat untuk menjadi delaer PG…saya dah sudah simpan dinar emas kelantan dan dinar restu dari 2010… ada lebih kurang 13 dinar kesemuanya. berbalaoikah kalu saya jual kesemua dinar tersebut untuk jadi dealer PG. terima kasih banyak2…

  • Assalamualaikum En. Zul,

    Firstly, alhamdulillah & terima kasih utk info yg sgt berguna.

    Saya sekarang berhasrat tinggi utk mula menyimpan selepas lalai dan boros sebelum ni. Kalau ikut panduan En.Zul, kena ada simpanan at least 3 bulan punya pendapatan. Ini agak sukar utk saya dan tak selari dengan ‘azam’ saya sekarang ni.

    Jadi, adakah elok sekiranya sy terus buat pembelian 2 dinar (saya ada RM2000 pada masa ini), dan simpan?

    Mohon bantuan En. Zul…terika kasih

  • Assalam, saya sbebnarnya ingin memulakan pelaburan tapi tak tahu mana nak mula, apa yang terbaik, dan step-step mudah yang perlu saya ikut. Boleh bantu saya?

  • Salam,
    Sy ingin bertnya berkenaan pmbelian dinar emas pb gold dgn cara ansuran. Adakah pembelian emas secara ansuran dibenarkan mengikut syarak dan tidak berlaku riba dgn pembelian tersebut? Adakah pihak pblic gold tiada penasihat syariah utk meneliti urusan jual beli emas berlandaskan syariah?

  • Assalamualaikum….En.Zul,akk dh mulakan saving emas bermula dgn Gold Bar 1g. Skrg akk nk mulakn dgn Dinar.
    Byk syarikat Emas di Malaysia skrg.Akk tertarik dgn Public Gold.

    Ni terjumpa pula Website En.Zul..Mula baca dan faham sedikit demi sedikit ttg Public Gold ni.

    Mohon izin ye En.Zul.Akk nk daftar Public Gold introducer/dealer nama En.Zul

  • Salam en zul..saya berminat ngan pelaburan emas tapi bukan tuk 3 bln pertama tahun 2015.saya berminat tuk program GAP kerana modal kecil.boleh en.zul bantu saya..maaf sbb saya tak gune wassap..terima kasih..

    • Wslm Pn. Akma,

      Utk beli kaedah GAP, puan ikut langkah ni;

      #1 – Bank in Duit
      —————-

      Bank in duit ke akaun PG mengikut harga per gram di http://www.publicgold.com.my. Kalau hari ni RM155/gram.

      No akaun 5571 3923 8048 (Maybank), Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

      (Harga disemak sehari sekali jam 12.00 mlm)

      #2 – Emailkan Slip Bayaran
      ————————-

      Emailkan slip byrn ke gap@publicgold.com.my dan cc kpd sy ibnushafie@gmail.com utk memudahkn sy follow up PG (jika perlu)

      Dlm email tu, letakkn maklumat sama dgn langkah #3 kat bawah.

      (Slip byrn tu simpan baik2 utk rujukan masa depan)

      #3 – SMS / Wassap Maklumat
      ———————

      Hantar maklumat ke 017-4866 916, taip;

      a. Nama penuh
      b. No ic
      c. No telefon
      d. Email
      e. Jumlah yang dibank in
      f. Tarikh bank in
      g. Masa bank in
      h. Introducer : PG002369 Mohd Zulkifli Shafie

      (Kalau guna wassap, attachkan lagi skali slip byrn tu supaya senang mereka sahkn byrn)

      #4 – Tunggu GAP Statement
      ————————-

      Tunggu PG emailkan GAP Statement dlm masa 2 hari bekerja. Kalau tak terima juga statement tu, bagi tahu saya utk saya follow up dgn PG.

      (Bila2 nak keluarkan emas tu, dtg di office PG tunjuk i/c je)

  • Assalamualaikum En. Zulkifli
    saya mahu tanya sekiranya dealer ND seharusnya belian minima RM500 dalam tempoh 6bulan or RM1000 dalam 1tahun…sekarang ni masih begitu…??sebab kawan bagitahu dah tak ada…betul ke..??

    • Wslm En. Aiman,

      Untuk requalify sebagai Normal Dealer, kena ada belian sendiri atau introduce orang lain membeli emas RM10,000 dalam tempoh setiap 6 bulan i.e. Jan – Jun, Julai – Disember. Kalau tak cukup RM10,000 dalam tempoh tu, status dealership akan di downgrade menjadi customer biasa.

  • Assalamualaikum En. Zulkifli
    Terima kasih atas infomarsi yang diberikan.
    Saya sendiri sebenarnya baru nak berjinak dengan perkara emas ni.

    ***OOT:En. Zulkifli ni dulu pelajar UiTM Machang ke?(Ada join silat cekak)
    Sebab saya rasa En. Zulkifli senior saya.

  • ada ke kursus atau program berkaitan untuk beli atau jadi dealer?

    macam mana nak tau dealer yg kita nak beli tu sah atau tidak?tq. byk ilmu sini

    • Wslm Pn Asni,

      1. Biasanya introducer (dealer) berpengalaman ada strategi masing-masing untuk educate dealer2 di bawah bimbingan mereka. Antaranya boleh consult one-on-one, facebook support group, wassap group dll. Program khusus untuk dealer dah tak dibuat untuk masa sekarang.

      2. Untuk tahu dealer tu sah atau tak sah, boleh semak dengan Public Gold. Bagi no kod dealer tu untuk Public Gold sahkan. Tapi dealer yang sah tak semestinya TRUSTED. Samada boleh dipercayaai atau tak, itu isu lain yang lebih penting.

  • Salam en zul…adakah en zul boleh htr gold bar atau dinar ke pejabat saya sekiranya saya ingin beli dr en zul…saya risau ambil gold bar dari kedai public gold takut kena ragut dsb

  • Asslamualaikum En Zul,
    Saya ingin melabur dlm emas (gandakan wang).Saya ada modal dlm RM5k-RM6k..apa langkah pertama dan seterusnya?
    Tolong bantu saya..saya nk langsaikan hutang2 saya..
    TQ

    • Wslm puan,

      1. Kalau nak gandakan wang, caranya bukan melabur. Tapi berniaga. Berniaga apa sekalipun asalakan halal. Beli emas ni lebih kepada simpanan.

      2. Untuk beli emas, puan boleh wassap / sms saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.

  • Asssalamualaikum w.b.t

    Saya ingin meminta pandangan dari tuan, saya sekarang dalam proses menyimpan wang untuk mencapai target saya sebelum umur 40 tahun (Sekarang 30 tahun). Alhamdu lillah, duit simpanan saya semakin lama semakin berkembang dan saya cuba disiplinkan diri untuk menyimpan setiap bulan.

    Cuma selepas membaca blog tuan, adakah sesuai sekiranya saya menukar simpanan saya dalam bentuk emas?

    • Wslm En. Norazli,

      Kalau duit simpanan jangka panjang, saya prefer simpan dalam bentuk emas atau guna duit tu beli hartanah yang boleh mendatangkan hasil. Duit simpanan kecemasan 3 bulan – 6 bulan pendapatan, itu sesuai disimpan dalam bentuk tunai di bank.

    • Wslm En. Azmi,

      Kalau En. Azmi beli untuk jual bila harga naik, item paling baik ialah yang susut nilai paling rendah. Item yang saiz lebih besar susut nilainya lebih rendah. Dengan bajet tu, boleh beli gold bar 50 gram dan selebihnya boleh beli gold bar 20 gram (dengan tambahan bajet dalam RM400 lagi).

      Kalau nak mudah jual sikit-sikit pada masa depan, item yang kecil-kecil macam gold bar 1 gram dan 1 dinar lebih baik.

      Ataupun boleh mulakan belian kecil-kecilan dulu. Nanti tambah belian dari semasa ke semasa seiring bertambahnya ilmu, insyaAllah.

  • Assalamualaikum en zul,

    Saya ingin meminta pandangan en. Sy masih belajar dan dijangka setelah tamat, akan mmpunyai sejumlah hutang yg besar. Kerana sy dulu pernah belajar di luar negara setahun dan kemudian pulang menyambung di malaysia shj atas faktor tertentu. Jadi, sy mempunyai 2 pinjaman pelajaran yg perlu dibayar (1 utk the diluar negara, 1 di dlm negara). Sy bercadang utk melaburkan wang saku yg diterima setiap bulan utk membeli emas mulai skrg, kemudian stlah tamat pelajaran, menjual semua emas2 tersebut utk membayar hutang.

    -skrg modal yg sy ada kira2 rm7000-8000. Dn wang yg akan diterima masa akn datang adlh rm700+ setiap bulan. Jika sy tunggu setiap bulan utk beli cntohnya 1dinar, sehingga tamat pengajian (ada lgi 3tahun 1/2), saya bimbang ia tidak berbaloi kerana tahun2 akan datang pastinya harga emas akn jadi lebih mahal. Dan sekiranya sy tunggu cntohnya dlm 10tahun utk harga emas naik, kemudian langsaikan sbhgian besar hutang, tidakkah ia merugikan sbb emas yg begitu murah dikumpul byk2 bertahun2 habis begitu shj

    2) sy ingin

    • Wslm Cik Hannah,

      1. Emas lebih kepada simpanan. Untung rugi pelaburan emas bergantung pergerakan harga emas. Beli emas tak sentiasanya untung. Adakalanya rugi. Jadi bila beli emas, Cik Hannah perlu tahu, ia juga terdedah kepada risiko kerugian.

      2. Beli emas untuk dijadikan simpanan tu memang bagus. Nilainya lebih terjamin dalam jangka panjang berbanding simpanan wang kertas. Saya pernah terangkan lebih lanjut dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/11/5-risiko-besar-simpan-wang-kertas.html .

      3. Untuk dapat pendapatan lebih cepat bagi melangsaikan hutang, bagi saya lebih baik Cik Hannah fokus membina perniagaan. Untung daripada pelaburan paling banyak pun sekitar 15% setahun, tetapi kalau perniagaan, untung 200% setahun tu perkara biasa. Jadi kalau nak jana pendapatan lebih banyak, bagi saya bisnes adalah jalan lebih baik.

      Wallahu a’lam.

  • Saya dengar mcm menarik, tapi tak pernah mencuba. Bagaimana bagi orang yang masih baru mcm saya ini untuk memulakan perkara ini. Ada tak satu formula cara – cara dan penerangan melalui gambarajah bagi saya memahaminya.

  • salam..
    mohon pencerahan dari tuan mengenai syarikat Powergold.biz yg berurus niaga sama seperti PG. adakah syarikat ini sesuai utk sy mulakan pelaburan emas utk masa depan sy.. sbb Powergold.biz ada modal yg lebih rendah utk jd ahli.. adakah emas yg dikeluarkan bermutu atau sebaliknya.. terima kasih tuan

  • Assalamualaikum En. Zul,
    Saya nak tau cara2 utk pelaburan emas seperti yang En Zul beritahu dalam FB tempohari “Boleh mula dgn modal serendah RM180”. Adakah setiap bulan perlu labur RM180…kalu boleh nak gunakan simpanan anak2 saya beli emas dan simpan utk membiayai pendidikan mereka. Skrg ni saya terpaksa berdikit2 utk membayar hutang dan perbelanjaan persekolahan anak2. Mohon sangat2 bantuan dan terima kasih diucapkan.

    • Wslm Pn. Nor Azizah,

      Betul. Boleh mula dengan item sekecil gold bar 1 gram. Tak wajib beli setiap bulan. Puan boleh beli dan jual bila-bila masa.

      Puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call) kalau ada apa-apa persoalan tentang pembelian emas.

  • Salam En. Zul, saya merupakan pelajar berusia 19 tahun dan amat berminat dengan pelaburan emas. Namun tiada siapa dalam keluarga saya mempunyai ilmu tentang pelaburan ini. Jadi encik boleh tlg bg tips bagaimana nak mulakan pelaburan ini? Dalam bank saya ada kira-kira RM2.5k yg boleh dilaburkan. Dan saya juga nk tahu tentang zakat emas?

    • Wslm. Cik Syahirah boleh contact saya 019-336 8009 (wassap paling baik). Nanti saya guide setakat cara terbaik sesuai dengan Cik Syahirah, insyaAllah. Kena zakat kalau simpan minimum 85 gram untuk tempoh setahun (tahun hijrah). Kadar zakat 2.5% dari harga semasa emas. Wallahu a’lam.

  • Salam,
    Saya ada terfikir nak menyimpan emas. Tapi masih ragu2 dan tak yakin sebab selalu terbaca kes2 penipuan melibatkan ajen dan syarikat pelaburan emas. Pada masa yang sama sy berminat untuk mencuba. Boleh En. Zul berikan panduan atau nasihat tentang pelaburan emas yang selamat dan terjamin?

    Persoalan kedua, perlukah penyimpan membayar zakat selepas beberapa tempoh atau jumlah simpanan emas?

    Terima kasih.

    • Wslm Pn. Rafidah,

      1. Untuk rasa lebih selamat, puan kena beli emas dapat emas, dan simpan emas tu sendiri. Puan boleh beli emas ready stock secara cash and carry di office Public Gold terdekat.

      2. Perlu bayar zakat kalau simpan minimum 85 gram untuk tempoh setahun (tahun hijrah), kadarnya 2.5%.

  • Assalamualaikum En Zul
    Sy baru berjinak2 dlm simpanan dlm bentuk emas.
    Emas yg sy beli bukan lh dr Public Gold. Apabila sy baca blog tuan, tuan ade mengatakn yg beli emas dr Public Gold adalah disarankn. Antara kebaikan nye susut nilai nye rendah berbanding yg lain. Boleh tuan terangkn mcm mane ini boleh terjadi.
    Terima kasih

  • Assalamualikum,

    Satu persoalan sahaja nak tanya,bagi tuan perlu ke berguru untuk memulakan bisnes emas dan perak?

    Jazakallahu khair Akhi.
    Maaf jika saya mengambil sedikit masa tuan dan tersilap dari segi bahasa saya.

    • Wslm En. Hafiz,

      Tak berguru pun tak apa, tapi nanti kita terpaksa berguru dengan lebih banyak kesilapan. Kesilapan itulah adalah gurunya. Ianya mungkin menyakitkan, tetapi ia mengajar kita jadi lebih pandai.

  • Salam. .
    Sebagai student saya tertarik untuk membeli emas 1 gram setiap bulan… Tetapi saya tahu cara dan dimana patut membeli emas tesebut

  • Assalamualaikum,nak tanya macam mana cara untuk saya org baru yang nak mencuba membeli emas dengan bermodalkan RM 200 .Beri tunjuk ajar dan penjelasan.emas apa yang sesuai?

  • Assalamualaikum
    Sy nk tny ada member buat pelaburan emas ni tp dia beli Dr kwn dia la ..dia dapat duit hsil pelaburan tu tiap2 bulan..mcmmna tu?selama 6 bulan..pape whtapps sy sbb sy x fhm 0174272356

  • assalamualaikum
    Saya ingin mencuba pelaburan emas dengan modal yg kecil lebih kurang rm2000 sebagai permulaan. Mohon nasihat yang mana lebih baik samada emas fizikal atau membuka gold investment acc seperti di public bank atau kfh?

  • Assalamualaikum,

    Terima kasih diatas ilmu emas yg diberikan, sy baru untuk menyimpan emas dan mempunyai soalan. Sekarang sy mampu membeli 20g emas goldbar tetapi adakah lebih elok jika sy membeli secara asing 10g+10g? Kalau lebih baik atau sebaliknya atas faktor apa? Harap dapat memberikan nasihat, terima kasih

  • salam tuan, sy nak tanye kalau mampu beli 1 gram emas setiap bulan adakah untung? atau beli 3 keping dirham? boleh beri pendapat x tuan.. sy harapkan pandangn tuan yang pakar dalam simpanan/pelaburan emas ini

  • As salam tuan.

    Adakah dgn membeli emas kemudian dilaburkan dalam ar rahnu adalah cara yg berkesan utk mendapat keuntungan dan perkembangan emas makin bertambah.

    • Wslm Pn. Nina,

      1. Dari akaun GAP tu boleh keluarkan dinar juga. Asalkan cukup gram dalam akaun GAP.

      2. Boleh terus walk-in beli di office Public Gold terdekat. Limit RM3k.

      Masa buat belian tu boleh letak nama saya / mana-mana dealer sebagai introducer supaya ada dealer yang boleh bantu untuk guidance nanti. InsyaAllah.

  • Salam tuan..
    terima kasih atas segala info & maklumat berkaitan pelaburan emas,saya ad 2 soalan utk ditanya…
    1) blehkah saya beli emas di cawangan PG secara direct tanpa perlu melalui dealer?krn sy tdk kenal mana2 dealer..
    2)bolehkah bar/dinar tu saya jual atau pajak di institusi lain spt pajak gadai,ar-rahnu dsb..
    tq..

    • Wslm En. Faizen.

      1. Boleh. Masa belian di sana nanti, boleh letak nama saya sebagai introducer / dealer supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan PG. Simpan no. Kod saya dalam Hp, PG002369 Mohd Zulkifli Shafie.

      2. Boleh pajak di mana-mana ar-rahnu, tapi buat masa ini hanya ar-rahnu pos yang confirm terima pajakan tanpa perlu buka seal. Kalau nak jual dengan harga terbaik, jual kepada Public Gold atau mana-mana dealer Public Gold.

  • Assalam En. Zul,

    Saya dapati encik zul utamakan goldbar pg je, that’s why kata goldbar 1g powergold lebih mahal, pada pandangan saya 1g gb powergold lagi murah dan spread juga agak rendah.

  • Assalammualaikum Tuan Zul. Huhuhuhu kiranya saya ni banyak juga persoalan berkenaan emas nak tanya pada tuan Zul. Saya nak tanya soalan remeh dan terkeluar topik tapi harap tuan tak marah. Saya dapati banyak kedai emas jual emas lagi murah dari PG, tapi kenapa tuan memilih emas PG juga? Memandangkan sekarang berlaku kejatuhan nilai wang, saya nak beli sedikit emas untuk jadi penyimpan nilai bukan sebagai pelaburan. Jiran yang juga kawan emak saya kata harga emas akan jatuh tahun hadapan, jadi elok beli pada masa itu, betulkah berita tu tuan? Terima kasih atas kesudian tuan Zul menjawab semua persoalan saya sebelum ini.

    • Wslm En. Hanz,

      1. Kedai emas yang mana jual emas lebih murah daripada Public Gold? Berdasarkan pemerhatian saya dah 5 tahun, harga Public Gold biasanya lebih murah dalam 15% berbanding yang dijual di kedai-kedai emas.

      2. Sekarang ni harga emas dunia di paras terendah dalam tempoh 5 tahun. Pada saya sekarang waktu yang bagus untuk membeli. Harga masa depan tu tak siapa yang tahu.

  • Ustaz Zulkifli, cukup2la buat makan dengan company CINA ni. Dh banyak company melayu muslim bisnes gold skrg. Jgnlah bias sgt hanya sebab saudara cari mkn.

    • Terima kasih Pn. Hayati atas nasihat.

      Boleh Pn. Hayati jelaskan kepada saya, apa hukumnya menjadi ejen menjual produk dari company Cina? Mungkin ada sirah Nabi s.a.w yang saya belum pernah tahu tentang larangan Nabi berurusniaga dengan non-muslim.

  • assalamualaikum en.zul saya baru habis study diploma dan baru bekerja . just nak kan kepastian. ape yg saya faham tentang pelaburan emas ni maksudnya kita beli emas n simpan than masa harga naik kita jual ? mcm tu lah ?? dan saya nak tau mungkin bajet saya tak smpai beribu untuk start boleh ke ?? dan saya nak tau selain beli emas di PG saya boleh beli di kdai emas lain juga kan tpy dalam bentuk bar ?? betul ke ape yg saya faham niy ??

    • Wslm Cik Wanie,

      1. Betul. Asasnya beli harga rendah, jual harga tinggi.

      2. Boleh start dengan item sekecil gold bar 1 gram. Sekarang ni harganya RM200 ke bawah.

      3. Biasanya kedai emas tak berbaloi. Harga lebih tinggi, dan spread lebih tinggi. Lebih baik beli emas Public Gold.

  • Salam,

    Tuan minta maaf yea. saya ingin bertanya sbb saya masih baru lagi tentang emas nie. apa beza pelaburan emas di bank dan simpanan belian emas untuk simpanan sendiri dari segi keuntungan.mana yang lebih konsisten.

    terima kasih.

  • Assalamualaikum tuan, mohon pencerahan…katalah saya kumpul koin 1 dinar sebanyak 10 keping, adakah sama nilainya dengan seketul koin 10 dinar? Sebab ada sepemahaman saya setiap koin tu ada susut nilainya…terima kasih…

  • Assalam En.Zul.Boleh saya tanya?Kalau beli emas secara walk in di pejabat PG,perlukah dinyatakan nama introducernya?Kedua:Berapakah had maksimum jualan balik emas (dlm gram) yg PG setuju utk membelinya semula?Terima kasih atas jawapannya nanti.

    • Wslm Pakcik Man,

      1. Kalau beli terus di office Public Gold, staff akan tanya nama introducer. Tak ada introducer pun boleh, tapi nanti rugi sebab tak ada dealer yang boleh bagi bimbingan.

      2. Tak ada had. Public Gold pernah beli balik RM8 juta sehari, dan tak ada masalah untuk membayarnya.

      Sama-sama.

  • Assalamualaikum ustaz….. klu syer beli dinar tmpat lain..contohnyer dinar amsyid gold…tp skrg kdai dh tutup…pg beli x dinar emas dri tmpt lain??..brape nilai susutnyer..

  • Assalamualaikum en zul.
    Saya ada soalan:
    1) apa beza beli emas secara gap dengan beli emas dan pg simpan dengan charge 1% setahun.
    2) ada kah belian secara gap lebih murah dari cash and carry ?
    3) jika ingin menjadi dealer, jika tak yakin boleh maintain belian 10k setiap 6 bulan, baik batalkan niat kan ?

    • Salam Cik Puan Tuty Aisyah,

      1. Beza cuma kaedah belian dan kaedah simpanan. GAP tu kita beli emas tetapi Public Gold simpankan dalam bentuk “pool” dan “unallocated”. Apa item yang akan kita keluarkan tu kita putuskan masa nak keluarkan nanti. Yang caj 1% tu dipanggil Allocated Gold Storage Service (AGSS). Itemnya kita decide masa buat belian tu. Lepas beli, Public Gold terus asingkan item (bersama dengan serial no.) dan simpan bagi pihak kita.

      2. Kalau item gold bar 1 gram, 5 gram, dan 1/2 dinar, beli melalui GAP lebih murah. Item yang lain tu lebih kurang je.

      3. Memang itu syaratnya untuk kekal sebagai dealer. Register dan belajar (dapatkan ilmu dulu). Lepas tu baru boleh tahu yakin atau tak yakin. Yakin atau tak yakin tu bergantung kepada ilmu. Bila ada ilmu, semua benda akan jadi mudah, insyaAllah.

  • Hasrat hati, ingin jadi dealer utk kelebihan belian Sendiri je, tetapi syarat kekal belian 10k setiap 6 bulan tu, rasa tak bertahan posisi dealer tu.

    • Memang itu syaratnya untuk kekal sebagai dealer. Register dan belajar (dapatkan ilmu dulu). Lepas tu baru boleh tahu yakin atau tak yakin. Yakin atau tak yakin tu bergantung kepada ilmu. Bila ada ilmu, semua benda akan jadi mudah, insyaAllah.

      Lagi pun jadi dealer tu PERCUMA je. Beli emas dapat emas 100%. Tak ada yuran hangus untuk jadi dealer.

  • Assalammualaikum..tuan..Sye baru abis sklh..sye keje sementare gaji dlm rm900 ..sye nak buat simpanan untuk mase dpn..bleh bg cadangan x mcm mne nk buat simpanan yg terbaik..

  • assalamualaikum encik zul..nk tnye ckit..hari ni sy bru je bli emas kt pg kt pjbt pos..sy bli 15g..sy xthu pdl dinar ni..psl emas ni pn..sb kwn sy syorkn sy bli..sy dh bli dh..sb klau boleh lps ni stiap bulan dy nk bli 1g..bg pndpt e.zul yg mne lbih baik sy bli..dinar or bar..stu lg..sy nk tnye mcm mne cre yg btul sy nk smpn emas..emas dh ade..tp xthu cre..pning jgk ni..

    • Wslm En. Iskandar,

      Kalau nak beli harga lebih murah, beli terus melalui Public Gold.

      En. Iskandar wassap saya ke 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide cara terbaik sesuai dengan bajet dan matlamat En. Iskandar membeli emas.

  • assalamualaikum..e.zul..kirenye klau sy bli emas kt public gold hrga murh lg ke dri kt pjbt pos..sb start bulan pn sy nk mule bli dh 1g..skrng dh ad 15g..modal pn kecik je..sy google2 mcm brbaloi je klau smpn emas dri awl

  • Assalam ya Tuan,
    Bolehkah saya tukarkan barang kemas saya di cawangan PG terdekat bagi membolehkan saya mendapatkan serendah 1gram goldbar (mengikut berat barang kemas tersebut)

  • salam en zul..

    Maaf saya terlupa dekat artikel mana saya bertanyakan soalan mengenai ada seminar ke en zul buat?

    sorry..sebab saya nak beli emas lagi dan dinar..sebab dkt yapeim tidak jual dinar..

    tq.

    • Wslm Pn. Hawani,

      Saya ada buat seminar asas pelaburan emas sebulan sekali anjuran Public Gold. Untuk bulan ni, baru je malam tadi. Jadual seminar puan boleh semak di webiste Public Gold, bahagian Event > Seminar. Kalau ada apa-apa persoalan, puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call).

  • Assalamualaikum tuan, saya ialah seorang pelajar ipt dan berminat utk mencuba pelaburan emas setelah membaca artikel2 tuan. Namun saya tidak tahu bagaimana utk memulakan pelaburan ini. Boleh tak tuan memberi tunjuk ajar cara2 utk memulakan pelaburan ini?

  • Assalammualaikum En. Zul,

    Saya nak minta pandangan tuan.
    Adakah berbaloi saya jual sekarang barang kemas yg tidak saya pakai beratnya 22g, selepas itu saya masuk GAP?

    Terima kasih atas nasihat tuan

  • Assalammualaikum,
    Dah lama saya tercari2 pelaburan yg halal yang boleh mndpt keuntungan yg maksima. Daripada saya menyimpan sejumlah wang yg tidak dipakai ddlm masa terdekat 2-3tahun..di dalam bank saya rasa lebih baik saya melabur di PG.
    Modal permulaan saya kecil sahaja RM3000-RM3500.
    Apa kah cadangan yang boleh En Zul berikan..kerana saya mmg tidak aeif ttg pelaburan emas…cuma mendengar dari kawan2 dan media massa. Teeima kasih. Wasalam.

    • Wslm Pn. Rina,

      Kalau bajet tu boleh dapat sekitar 18 gram emas ketulenan 999.9.

      Puan tinggal di mana? Emas tu puan prefer simpan sendiri atau simpan dengan Public Gold.

      Puan wassap saya 019-336 8009, nanti saya syorkan kaedah yang sesuai dengan bajet puan.

  • Salam tuan,

    Saya ada kemusykilan sikit… Andainya saya sertai program GAP & beli 1 gram emas setiap bulan, boleh tak bila nak keluarkan emas GAP tu nanti, saya keluarkan dlm bentuk syiling 1 @ 2 Dinar? Terima kasih ya atas respon tuan. Wassalam

  • As salam En Zul, sy ingin bertanya..memandangkn spread 1 coin dinar lg rendah..tindakan manakah lg untung:

    1. Beli secara GAP rm100 setiap bulan
    2.Beli belian secara 1 coin dinar setiap 7 bulan dan simpankan di public gold dgn caj 1%

  • assalamualaikum tuan Zul..
    Mulai 15/12/16 boleh beli emas PG dan ambil dari cawangan Pos ArRahnu terdekat.yer ke..?kalau yer, macam mana caranya..

  • Salam Tuan Zul…
    Sy baru nk berjinak-jinak dengan pelaburan emas ni… Sy pun tak berapa pandai sangat dengan harga naik turun emas tp sy beminat.. Nk tnya Tuan Zul, Kalau nk jd dealer emas, berapa modal ye? PG masih ada promotion ke yg 10k tu??
    TQ

  • asalamualaikum tuan..

    saya ingin bertanya adakah emas dari public gold ini boleh di jual di kedai-kedai emas yg lain ??

  • Assalam tuan,
    2017 baru tergerak baca blog pelaburan emas. Nak tanya kalau nak mulakan pelaburan emas yg menghasilkan untung bulanan, apakah modal terkecil? step yang macam mana? perlukah menjadi dealer?secara ringkas.TQ

  • SALAM, sy berminat dengan pelaburan emas ini cuma kurang faham sikit cara nk tuai kuntungan tu. Sebagai contoh pada tahun ni sy beli 10g dengan harga rm 2000, dan dan dlm masa 5 tahun sy jual balik dgn harga rm 3000 ( untung 1000). Jadi dlm masa 5 tahun akn datang tidak mungkin sy dpt membeli 10g dengan harga rm 2000 sbb harga emas semakin naik kan. bgaimana cara rotation untuk jual beli yg memberi keuntungan utk sy? terima kasih

    • Wslm En. Zainal,

      Public Gold akan buka cawangan terbaru di Miri beberapa bulan lagi. Sekarang dalam proses mencari premis untuk disewa dan dijadikan cawangan Public Gold di Miri.

      Buat sementara waktu, En. Zainal boleh simpan emas melalui Akaun Emas GAP.

      Bila dah buka cawangan Miri, barulah keluarkan emas tu di cawangan Miri.

      Apa-apa persoalan, boleh terus wassap saya di 019-336 8009. Nanti saya guide, insyaAllah.

  • As salam..

    Saya duduk di klang, Selangor..ada ker cawangan terdekat untuk saya berurusan..sebab berminat dengan modal kecil sebagai permulaan.

    Sekian Terima kasih

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Subscribe to our newsletter now!