MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

5 Risiko Besar Simpan Wang Kertas

November 23, 2014

Seminggu dua yang lepas, harga emas turun ke paras paling rendah tahun 2014.

Bagi mereka yang beli emas sekadar untuk “buy low sell high”, mereka sudah mula rasa panik kenapa harga emas turun banyak? Rugilah beli emas sebelum ni kan?

Harga 1 gram turun ke sekitar RM135 waktu tu. Kalau harga emas turun lagi hingga ke paras RM120 segram, lagi lah rugi (kalau siapa jual emas tu).

Tapi bagi yang beli emas untuk dijadikan pelindung kekayaan (wealth protection), mereka tak rasa risau bila harga emas turun, bahkan mereka rasa happy. Mereka berpeluang tambah lagi simpanan emas pada harga murah.

Emas tetap emas, dan emas itu tak berkurangan walaupun 1 gram. Emas tu masih ada NILAI MELEKAT (instrinsic value) pada berat dan ketulenan emas tu sendiri. Dan sejarah membuktikan, tak pernah ada orang jatuh lingkup sebab simpan emas, bahkan ramai yang kekal kaya sebab simpan emas.

# 1 –Duit Ringgit Malaysia Jatuh

Bagi yang rasa rugi, saya nak ajak anda berfikir, adakah simpan duit kertas tu lebih selamat berbanding tukarnya ke dalam bentuk emas?

Kalau tak beli emas, duit kita terbiar dalam bentuk duit kertas. Maka kita akan berhadapan dengan RISIKO YANG LEBIH BESAR, antaranya duit Ringgit Malaysia jatuh!

Ringgit Malaysia pernah jatuh hingga 50% setahun! Ianya tak pernah berlaku kepada emas – dalam sejarah 30 tahun harga emas.

Kalau ringgit jatuh, apa yang masih tinggal kepada kita?

Yang tinggal hanya kertas yang tak ada nilai sebenar padanya. Ia cuma keping-kepingan kertas yang ditulis nombor padanya. Nilai duit kertas bukan terletak pada kertasnya, tapi ia bergantung sejauhmana kekukuhan ekonomi dan politik negara. Ia sentiasa berubah-ubah.

Kalaupun duit simpanan kita masih kekal dengan nombor “RM10,000” ketika ringgit jatuh 50%, tapi kuasa belinya dah tinggal separuh. Harga barang keperluan naik mendadak (terutamanya barangan import), kos ke luar negara melambung tinggi, dan orang luar boleh beli kekayaan kita dengan separuh harga!

Waktu duit kita jatuh merudum tahun 1997 dulu, barulah Perdana Menteri Tun Mahathir sedar, duit kertas tak adil untuk digunakan sebagai dagangan antarabangsa. Ia boleh dimanipulasi dan dispekulasi. Beliau mula bercakap tentang dinar emas.

Daripada rentetan itulah BNM keluarkan syiling emas pertama negara iaitu Kijang Emas.

Ringgit Terus Merosot Jangka Panjang

Kalau anda perhatikan betul-betul, sebenarnya Ringgit Malaysia terus merosot dalam jangka panjang.

Semasa tahun 1997 dulu, untuk dapat USD1, kita cuma perlu membayar RM2.50, tapi sekarang kita perlu bayar RM3.40! Duit kita merosot 36% berbanding USD.

Kalau nak ke Singapore, dulu kita cuma perlu membayar RM1.80 untuk dapat SGD1, tapi sekarang kita perlu membayar RM2.60! Duit kita merosot 44% berbanding duit Singapore!

Kadar tukaran matawang asing tahun 1997. Sumber web BNM.

Kesan kemerosotan kuasa beli duit ringgit kepada usahawan oleh Tuan Suhaimy di FB beliau.

Jadi adakah selamat kalau simpan duit kertas? Duit kertas hakikatnya jauh lebih berisiko berbanding penurunan harga emas.

# 2 – Keruntuhan Nilai Matawang Negara

Dan jangan lupa, negara kita pernah berhadapan dengan keruntuhan nilai matawang.

Duit Pisang zaman Jepun yang pernah digunakan sebagai matawang rasmi di negara kita pada zaman dulu, hari ni sudah tak laku. Ia hanya layak dibuang di umbi pisang sahaja kata YB Dato Husam Musa.

YB Husam pernah menceritakan bagaimana bapa mentuanya pernah jatuh dari ‘jutawan’ menjadi ‘kosongwan’ bila duit tu tak laku. Dan itulah antara inspirasi kenapa Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan dinar emas pada tahun 2006.

Matawang rasmi negara ketika penjajahan Jepun hilang nilai 100%

Kekadang kita fikir perkara tu tak logik berlaku sebab ia tak pernah berlaku di zaman kita. Ia cuma berlaku di zaman datuk nenek kita.

Tapi dalam sejarah, banyak matawang jadi tak laku bila berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik. Bila negara tak stabil (seperti banyak belaku di negara-negara Arab sekarang), mereka terpaksa simpan US Dollar ataupun simpan emas untuk selamatkan kekayaan mereka.

Bulan lepas, ada seorang perempuan yang suaminya orang Yaman beli emas yang banyak dari saya sebab negara Yaman tak stabil sekarang. Mereka terpaksa selamatkan kekayaan mereka kepada emas!

Jadi adakah selamat kalau simpan duit kertas? Kalau nak dikirakan risiko, duit kertas hakikatnya jauh lebih berisiko berbanding penurunan harga emas.

# 3 – Keruntuhan Sistem Matawang

Dalam worst case scenario, kita berhadapan dengan risiko sistem matawang itu sendiri yang runtuh.

Dalam sejarah wang fiat (termasuk wang kertas), ianya pasti berakhir dengan duit tu tak laku sebab orang hilang kepercayaan bila kerajaan mencetak wang secara berlebihan.

Dalam sejarah, sesuatu kerajaan mula ‘mencetak duit’ secara berlebihan bila menanggung hutang yang banyak terutamanya bila terpaksa membiayaai kos peperangan. Dan itulah yang dibuat oleh US sekarang!

Apa kaitan duit Malaysia dengan US?

Duit Malaysia dan duit-duit negara lain di dunia ialah duit terbitan US Dollar. Duit kertas yang dicetak hari ni dah tak ada kena mengena lagi dengan emas.

Kalau duit US Dollar runtuh, seluruh dunia akan runtuh sebab rizab terbesar negara kita (dan kebanyakkan negara lain di dunai) ialah foreign currency (iaitu US Dollar).

US adalah penyimpan emas terbesar dunia, tapi US suruh negara-negara lain simpan kertas US Dollar untuk dagangan antarabangsa. US tukarkan kertas hijau mereka dengan kekayaan kita. Kita pula hulurkan kekayaan kita untuk dapatkan kertas hijau US!

Mana-mana negara cuba ubah dasar ini, US Marine (tentera) akan ‘turun’ kata Sheikh Imran Hosein. Dan itulah apa yang berlaku kepada Iraq dan Libya yang ramai orang tak tahu!

Matawang US Dollar menyusut disebabkan ia dimanipulasi i.e. dicetak berlebihan.

Jadi adakah benar-benar selamat kalau simpan duit kertas? Kalau nak dikirakan risiko, duit kertas hakikatnya jauh lebih berisiko berbanding penurunan harga emas.

# 4 – Kuasa Beli Susut Dimakan Inflasi

Risiko pertama, kedua dan ketiga mungkin kita rasa ianya mustahil berlaku kepada kita. Ia cuma berlaku kepada orang lain dan kepada orang di zaman lain. Bukan tempat kita, dan bukan zaman kita.

Tapi yang pasti berlaku kepada kita ialah kuasa beli kita merosot dari tahun ke tahun di makan inflasi!

Kekadang kita sedih dengar cerita ibubapa kita dulu bawa duit ke sekolah tak sampai 10 sen hari, sedangkan zaman kita bersekolah, kita bawa RM1.00 sehari.

Tapi jangan lupa, duit 10 sen zaman ibubapa kita dulu cukup untuk mereka makan kenyang waktu itu! Ia tak sama dengan duit 10 sen yang anak-anak kita campak merata-rata sekarang.

10 sen zaman sekarang memanglah kecil sebab RM1.00 hari ni dah tak mampu beli walaupun sebungkus nasi!

1 dinar emas mampu beli seekor kambing sejak 1,400 tahun lalu hingga sekarang.

Jadi kalau simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB, dividen 5% – 8% tu sebenarnya sekadar cukup untuk cover inflasi sahaja. Kalau kita belanjakan duit dividen tu, kita sebenarnya semakin miskin walaupun nilai pokok tu tak disentuh.

Jadi duit dividen tu tak wajar disentuh sebab ia bukan menambahkan kekayaan kita, tapi ia cuma untuk cover inflasi sahaja. Itupun mungkin tak cukup bila diambil kira dengan kenaikan kos sara hidup sebenar yang mencecah 10% – 15% setahun!

Jadi adakah selamat kalau simpan duit kertas? Kalau nak dikirakan risiko, duit kertas hakikatnya juga berisiko, tapi kita tak sedar sebab psyco dengan nombor-nombor.

# 5 – Simpanan Bocor Dek Desakan Emosi

Semua faktor no. 1, no. 2, no. 3 dan no. 4, itu semua faktor luaran.

Sebenarnya ramai orang susah nak kaya bukan disebabkan faktor luaran, tapi faktor dalaman iaitu tentang disiplin menyimpan. Ia bukan faktor ekonomi, tapi faktor psikologi.

Tak ada orang jatuh miskin dengan menyimpan emas, tapi ramai orang jatuh miskin sebab boros berbelanja, terjebak skim cepat kaya, dan juga, duit lebur sebab orang lain tak bayar hutang yang kita pinjamkan!

Ini semua penyakit yang melekat dengan duit kertas.

Orang simpan emas, mereka tak ada penyakit-penyakit ni sebab faktor psikologi.

Orang simpan emas, mereka melekat perangai orang kaya-kaya. Dalam kepala mereka ialah simpan, simpan, dan simpan. Mereka seronok dengan menyimpan koleksi-koleksi emas mereka.

Emas tu sangat cantik. Naluri manusia memang sukakan emas dari dulu sampai kiamat hingga Allah gambarkan, antara ganjaran-ganjaran di Syurga ialah emas. Jadi, nak jual rasa sayang.

Kalau nak pakai duit, mereka akan cari duit lain. Kalau terpaksa jual, mereka akan cari duit untuk beli balik emas-emas tu. Akhir sekali mereka semakin kaya.

Itulah pengalaman saya memerhati perangai orang menyimpan emas sejak tahun 2010.

Simpan emas mempunyai kesan emosi suka kumpul harta

Bukan Semua Duit Perlu Beli Emas

Simpan duit kertas, kesan psikologinya berbeza. Seronoknya duit kertas bukan pada menyimpan, tapi pada membelanjakannya.

Sebab tu bila orang mati, jarang sekali kita dengar mereka ada simpanan tunai yang banyak. Yang ada cuma harta-harta fizikal macam rumah, tanah dan emas. Duit tak boleh bertahan lama sebab secara psikologinya, kita ‘kalah’ dengan duit.

Jadi itulah bezanya simpan emas dengan duit kertas. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, tapi akhir sekali yang akan ‘menang’ ialah emas!

Walaupun begitu, bukan bermaksud kesemua duit dan kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas. Duit yang nak digunakan, lebih baik disimpan dalam bentuk tunai di bank (termasuk Tabung Haji). Duit simpanan jangka panjang, lebih baik ditukarkan kepada aset-aset fizikal seperti emas, tanah dan hartanah.

Aset-aset begitu terbukti membuatkan kita jadi lebih kaya dalam jangka panjang, insyaAllah.

Aallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
23 November 2014
20 Muharram 1436

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Terbaik bang..maklumat yang disorok oleh orang tertentu untuk kepentingan mereka..terima kasih atas perkongsian ini..

  • Info yang sangat berguna. Kes saya duit lebur sebab orang lain tak bayar hutang yang kita pinjamkan. Terpaksa menanggung hutang orang lain. Harap suatu waktu nanti tuan akan menulis tentangnya.

  • Alhamdulillah, betul sangat kata En Zulkifli simpan emas sayang nak guna dan belanjakan. Sejak mengikuti blog En Zulkifli saya telah mula berubah cara berbelanja dan beli apa yang perlu sahaja hasilnya ada baki pendapatan yang boleh disimpan atau diinfaq. Kredit kad pun tinggal satu shj yg digunakan secara berhati-hati. Terima kasih moga Allah memberikan ganjaran kpd En Zulkifli atas ilmu yg dicurahkan.

  • Subhanallah..penerangan En Zul yang sangat jelas dan dapat membuka mata orang Islam supaya menyimpan emas dan bijak dalam berbelanja..Ramai yang tidak tahu tentang kelebihan menyimpan emas..Semoga ALLAH memberi kesihatan yang baik utk En Zul supaya dapat terus memberi pencerahan dan kesedaran kepada Ummah..Keep it up!

  • Salam En Zulkifli,

    Sejak kenal blog En. Zulkifli, saya dah mula sedar kepentingan menyimpan emas. Alhamdullillah, saya dah mula membeli sedikit2 emas dinar. Insyallah, saya akan menukarkan sebahagian simpanan untuk membeli emas dinar.

    Selain itu, saya ingin memohon tunjuk ajar dari En Zulkifli untuk menjadi entrepreneur emas.

  • salam cik zul..

    skali lagi trima kasih krana info berguna dr tuan.saya selalu follow up blog tuan.Memang banyak mencerahkan lagi pemahaman saya.Dan,saya ada 2 soalan:
    1)katakan dunia mengalami deflasi ekonomi di mana semua nilai2 aset akan jatuh,adakah emas dan perak still best defender dlm sistem kewangan peribadi kita?
    2)adakah wujud kemungkinan yang deflasi akan terjadi lagi seperti yang berlaku di amerika pada era 1920-an sehingga era itu dikenali sebagai the great depression?sekiranya ada kemungkinan itu,berapa peratus wujudnya kemungkinan itu mengikut pengalaman tuan?dan apa pulak aset best defender untuk meghadapi waktu itu? ..tq

  • Salem bang zul. Saya nak ucapkan terima kasih pads abang kerana membuka mata saya terhadap emas. Kupasan menarik Dari abg akan sentiasa di nanti. Abg memang sifu saya.

  • Terima Kasih tuan Zul keluarkan artikel mmg jelas sangat Dan faham….patut hari tu nk jual emas tapi x tergamak….rupenya De jugak lekat perangai org kaya….

  • Salam Tuan Zul,
    Saya ingin bertanyakan pada tuan zul adakah tuan zul boleh menjadi trader emas hasil production tuan zul. Seumpamanya tuan zul membina sistem public gold tapi produk kilang muslim. Mohon pencerahan.

    • Wslm En. Nasir,

      Saya cuma jual emas Public Gold sahaja. Mulai 1 Disember 2014, semua gold bar Public Gold ditempah dari kilang Muslim di Turkey namanya Nadir Metal Rafineri. Itu kilang emas terbesar di Turkey milik muslim dan mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA).

  • Assalamualaikum..
    Buat masa ni saya dh berjaya beli dan simpan emas sebanyak 4 dinar, hasil simpanan duit ank2.. seorang 2 dinar (simpanan untuk masa depan ank).. insyaAllah, akan ditambah dari semasa ke semasa.

    Tapi saya dan husband baru ada simpanan 1 dinar. Alangkah bagusnya klu dapat keluarkan duit EPF tu.. Sayang klu tak keluarkan duit dalam tu kalu duit dah tak laku nanti.. ada tak cara untuk menggunakan duit dalam EPF ni (sekurang2nya keluarkan untuk beli emas)? heheh, klu ada tunjuk ajar, minta tlg tunjukkan. TQ 🙂

      • Assalamualaikum..
        hmm, terima kasih atas cadangan di atas. 🙂

        Saya nk Tanya berkenaan dinar.. baru2 ni saya nk beli 1 dinar, tapi agent nasihatkan, jgn beli lg. sbb dinar skang ada masalah, klu timbang susah nk dpt bacaan tepat di ar rahnu.. betul ke? rugi plak tak dapat nk beli emas time2 harga rendah skang ni.

        • Wslm puan,

          Dinar tak ada masalah. Yang masalah ia alat penimbang ar-rahnu (biasanya Bank Rakyat). Mereka tak dapat ketulenan yang tepat kalau dinar tu bawah 10 gram. In feedback yang saya dapat dari pegawai Ar-Rahnu Bank Rakyat sendiri.

  • Assalammualaikum En Zul,
    Sy belek2 FB,terjumpa pulak tentang artikel en zul dan rasa berminat melabur emas.boleh en zul bantu dan bolehkah sy jadikan satu kerjaya?

  • Assalam tuan . saya berminat dengan emas . boleh tolong ajrkan .. sy nak beli emas tapi macam takut2 pulak .hihi .. kalau nak beli emas PG , kena beli di mane ye .. sy di melaka

  • Salam tuan,nk tanya,pada pandangan tuan, apa faktor kenaikan harga emas awl tAhun ni??adakah efek dari kejatuhan harga minyak dunia?

  • Assalamualaikum …

    Saya simpan duit anak2 saya di TH ..sekali pun tak pernah saya keluarkan,
    selama 5 thn ……pada masa itu saya buta tentang emas namun celik dan begitu disiplin dalam bab menyimpan RM .

    bila usia anak saya cecah 5 thn ..saya ke kaunter TH dengan anak saya ..saya rasa bersalah nak keluarkan sejumlah Rm2k++ daripada Rm25k itu kepada permulaan sekeping 5 dinar utknya sempena harijadinya ke 5 thn tahun lepas.

    akhirnya rasa bersalah tidak lagi menghantui krn semestinya saya bertindak betul utk anak saya itu.
    Alhamdulillah …
    kini anak kedua dan ketiga juga saya kekal berdisplin menyimpan utk mereka dan membelikan sekeping 1 dinar setiap tahun sempena hari jadi mrk .

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >