1 Disember 2014, genaplah setahun saya berhenti kerja.
Pejam, celik, pejam, celik, rupa-rupanya dah setahun tak masuk pejabat.
Alhamdulillah, nikmatnya hidup sebagai usahawan bebas. Berkerja dari rumah, waktu kerja yang fleksible, tak perlu bersesak-sesak dengan jalan yang jammed pagi dan petang, bekerjasama suami isteri, waktu rehat ikut suka saya, dan cuti pun ikut suka saya!
Dan paling penting, saya bahagia dengan apa yang saya usahakan sekarang.
Syukur pada Allah. Sekarang saya dibayar untuk buat apa yang saya suka. Macam pemain bola sepak profesional yang dibayar untuk bermain.
Kehidupan Yang Saya Impikan
Samada Isnin pagi atau Jumaat petang, tak ada bezanya bagi saya. Samada hari bekerja atau cuti hujung minggu, semuanya saya rasa happy. Samada masuk kerja pukul 4.00 pagi, atau habis kerja pukul 12.00 malam, saya tetap rasa happy sebab saya buat apa yang saya suka, bukan sebab arahan bos.
Dalam bisnes saya, sayalah bos, dan saya jugalah pekerjanya.
Kehidupan beginilah yang saya impikan sejak 10 tahun lepas, hasil inspirasi dari guru bisnes saya. Ia bukan soal duit, tapi soal kehidupan.
Saya impikan kehidupan yang ‘balance’ antara kerjaya dan kehidupan.
Kalau nak dikirakan duit, semua orang ada duit, tapi yang lebih penting ialah kita ada MASA untuk buat apa yang bermakna dalam hidup kita.
Liku-liku Membina Bisnes
Apa yang saya dapat pada hari ni, bukannya hasil usaha secara “overnight”. Ia memakan masa.
Ramai orang fikir, saya buat bisnes 2, 3 tahun, lepas tu terus berjaya! Oh, tak semudah itu.
Sebelum tahu berniaga sendiri, saya sudah lalui banyak susah payah berniaga. Saya dah terbuat banyak benda-benda bodoh untuk jadi pandai.
Saya pernah dihina ketika saya tunjukkan produk jualan saya di rumah seorang customer, seolah-olah saya ni pengemis.
Dan yang paling penting, saya sudah buat persiapan selama 10 tahun sebelum akhirnya saya memberanikan diri menyerahkan surat perletakan jawatan sebab bisnes sudah sampai ke tahap mengganggu tanggungjawab terhadap majikan – bisnes dah maju.
Melepasi Ujian Tahun Pertama
Sejak bulan pertama saya berhenti kerja, beberapa kawan rapat yang nak ikut jejak langkah saya mula bertanya, apa persiapan saya sebelum berhenti kerja?
Saya tak boleh kongsikan banyak sangat sebab saya baru sahaja berhenti kerja waktu tu. Saya belum melepasi ujian tahun pertama tanpa gaji. Bukan ramai orang yang mampu survive lepas berhenti kerja.
Kebanyakannya akan berakhir dengan cari kerja lain sebab berhenti kerja tanpa perancangan yang rapi. Mereka berhenti kerja sebab dorongan emosi, bukan atas pertimbangan yang rasional.
Jadi sebagai tanda kesyukuran (Allah permudahkan saya melepasi ujian setahun tanpa duit gaji), ini saya kongsikan persiapan-persiapan yang saya buat sebelum berhenti kerja sebagai panduan sahabat-sahabat yang ada cita-cita untuk berniaga sendiri.
#1 – Langsaikan hutang-hutang negatif
Halangan utama untuk berhenti kerja ialah hutang.
Ibu-ibu yang nak berhenti kerja untuk fokus jaga anak-anak, kebanyakannya terhalang sebab hutang.
Alhamdulillah, Allah bebaskan kami suami isteri dari hutang sejak 4 Januari 2007 lagi. Sejak hari tu, kami tak menanggung sebarang bebanan hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Kalau disemak rekod bank, saya masih lagi ada hutang, tapi hutang-hutang tu dikategorikan hutang positif. Itu hutang-hutang yang membuatkan saya lebih kaya, dan ‘dibayar’ oleh orang lain!
Alhamdulillah.
#2 – Rendahkan komitmen kewangan
Sejak dari dulu lagi, saya berpegang dengan prinsip “hidup di bawah kemampuan”.
Walaupun saya seorang eksekutif, saya berbelanja macam seorang kerani. Walaupun pendapatan meningkat berkali ganda melalui bisnes, tapi saya masih berbelanja macam seorang kerani.
Bila kos sara hidup rendah, mudahlah nak berhenti kerja.
Saya tak terdesak untuk buat duit yang banyak dalam bisnes sebab kos sara hidup kami sekeluarga agak rendah. Saya tak perlu bimbang dengan jatuh bangun dalam bisnes.
Saya boleh berniaga dengan jujur. Apa-apa peluang untuk buat duit, saya akan utamakan manfaatnya untuk bakal pembeli, bukan kepentingan poket saya.
Saya boleh berniaga dengan happy sebab saya tak terdesak untuk buat ‘duit besar’ atas kepentingan orang lain.
#3 – Cukupkan simpanan setahun pendapatan
Di saat saya berhenti kerja, dalam akaun bank saya dah cukup duit untuk kos sara hidup at least untuk tempoh setahun.
Pendek kata, kalau tak buat apa-apa pun, saya masih boleh hidup macam biasa tanpa perlu bekerja selama tempoh setahun.
Bagi orang yang sudah berpengalaman dalam bisnes, tempoh setahun tu cukup untuk bangunkan semula bisnes kalau ianya jatuh. Sebab semua bisnes-bisnes yang kami pernah usahakan, semua bisnes tanpa hutang.
Kalau jatuh pun, mudah nak bangun semula.
Tapi dengan perkembangan bisnes kami sekarang, duit-duit tu cuma kekal sebagai dana kecemasan tanpa perlu disentuh. Alhamdulillah.
#4 – Pendapatan bisnes melebihi gaji bulanan
Ketika saya berhenti kerja, secara puratanya pendapatan dari bisnes saya sudah melepasi gaji yang saya terima dari perkerjaan sekitar tempoh 12 bulan.
Saya tengok prestasi 12 bulan bisnes saya, kalaupun bisnes tu down, ia masih lagi tinggi berbanding gaji yang saya terima.
Jadi saya fikir, kalau saya buat bisnes dalam keadaan sibuk dan kelam-kabut dengan bekerja pun dah melepasi gaji yang saya terima, insyaAllah bisnes saya akan berganda bila saya fokus sepenuh masa.
Setelah setahun fokus sepenuh masa, memang betul... Hasil dari bisnes meningkat berlipat kali ganda berbanding waktu saya bekerja dulu.
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.
#5 – Lengkapkan peralatan dalam home office
Sehari lepas saya meninggalkan pejabat, saya terus ‘lapor diri’ ke pejabat baru yang hanya beberapa langkah dari bilik tidur saya.
Hasil dari bisnes part-time dulu, saya tak gunakan duit tu untuk ‘berjoli katak’, tapi saya fokus tambahkan simpanan dan ‘laburkan’ untuk membeli kelengkapan bisnes.
Saya siapkan home-office yang selesa untuk saya bekerja.
Saya pastikan suasana pejabat baru saya sama standard dengan pejabat waktu saya bekerja dulu, bahkan lebih baik.
Buku-buku saya tersusun rapi dekat workstation saya. Lengkap dengan PC, printer 3-in-1, rak fail kerja saya, laptop dan tablet untuk saya bekerja secara on-the-go, dan yang paling penting, pejabat baru saya juga lengkap dengan air-cond.
Rumah saya tak pakai air-cond kecuali home-office saya! (“,)
Mood bekerja di home office saya sama sahaja dengan pejabat saya dulu. Bahkan lebih baik sebab siap dengan katil bujang untuk saya rehatkan diri bila-bila masa saya rasa perlu berehat...
#6 – Perancangan halatuju bisnes yang rapi
Sebelum saya berhenti kerja dulu, saya banyak tanya rakan-rakan yang sudah lama berhenti kerja dan berjaya dalam bisnes. Katanya, cabaran paling besar orang bekerja sendiri ialah DISIPLIN DIRI.
Kita tak ada bos yang suruh dan pantau macam waktu kerja makan gaji dulu.
Siap kerja atau tak siap kerja, tak siapa yang marah.
Waktu pagi orang sibuk pergi kerja, kita ada pilihan untuk terus membuta - sambung tidur.
Ketika orang sudah mula kerja, kita belum mandi lagi.
Akhir sekali, bisnes pun tak ke mana juga. Bahkan banyak orang, prestasi ketika buat bisnes secara part-time jauh lebih baik berbanding ketika dia buat full-time. Sebab kita terpaksa mendisiplinkan diri...
Jadi untuk disiplinkan diri, kita mesti tetapkan wawasan dan rancangan yang rapi untuk bisnes kita sendiri.
Enjoy dengan kerjaya
Sebelum berhenti kerja lagi, saya dah siap “kertas kerja” dan perancangan bisnes untuk setahun yang saya namakan “STRATEGI BISNES 2014”. Saya siapkan ‘job spec’ saya sendiri. Saya sudah gariskan polisi kerja saya sendiri.
Sebaik sahaja berhenti kerja, saya ikut apa yang saya sudah rancangkan.
Saya mulakan kerja sebelum orang lain masuk pejabat. Dan selalu juga saya habis kerja lepas orang lain sudah mula masuk tidur!
Saya bekerja lebih keras berbanding dulu, tapi dengan waktu kerja yang lebih fleksible.
Hasilnya, target yang saya sasarkan untuk capai pada Disember 2014, Allah rezekikan saya capai sejak September 2014 lagi! 3 bulan lebih awal dari apa yang saya rancangkan.
Sekarang saya sudah siapkan rancangan “STRATEGI BISNES 2015”. Alhamdulillah.
#7 – Siapkan contingency plan untuk bisnes
Apa-apa bisnes pun ada naik turunnya.
Suatu ketika dulu, semua orang pakai handphone Nokia, tapi sekarang, susah jumpa orang pakai handpone Nokia. Itulah lumrah bisnes, ada naik dan turun.
Jadi sebagai persiapan, kami suami isteri lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran untuk berhadapan sebarang ketidaktentuan dalam bisnes. Pendek kata, kalau satu bisnes tu jatuh dan tak boleh dibangunkan semula, kami sudah bersedia dengan bisnes yang lain.
Kami pernah buat berbagai jenis bisnes. Kami tahu banyak lubang-lubang buat duit sampai kami terpaksa pilih yang mana terbaik dengan halatuju hidup kami.
Dan kami setuju dengan kata-kata Chef Li, “malang kalau duduk di Malaysia tapi tak kaya”. Sebab peluang bisnes tu terlalu banyak. Dan hanya orang yang gigih berniaga sahaja akan nampak peluang-peluang tersebut.
Selagi tak mula, susah nampak walaupun peluang tu ada depan mata!
#8 – Persepakatan suami isteri dan restu ibubapa
Waktu saya buat keputusan untuk berhenti kerja dulu, isteri saya bagi sokongan sepenuhnya keputusan saya. Isteri saya tahu apa peranan dia untuk memajukan bisnes kami, dan isteri saya bersedia untuk execute “contingency plan” bila-bila diperlukan.
Tapi alhamdulillah, contingency plan tu masih tinggal sebagai sebuah “plan” dan terus kekal sebagai “plan” sahaja (insyaAllah) sebab bisnes yang kami usahakan terus berkembang maju berbanding dulu.
Yang kedua ialah restu kedua ibubapa.
Sebelum berhenti kerja, saya beritahu kepada Mama dan Abah tentang rancangan saya. Alhamdulillah, mereka berdua support keputusan saya walaupun sedikit bimbang.
Dalam keluarga kami, saya satu-satunya anak yang ambil keputusan berniaga sepenuh masa walaupun sudah ada kerja yang stabil.
Mama dan Abah mungkin risaukan kewangan kami sebab 7 daripada 12 cucunya ketika ialah anak-anak kami! Bila saya letak jawatan, maksudnya kami suami isteri dua-dua tidak ada pendapatan tetap... (“,)
Syukur alhamdulillah... Sekarang saya nampak Mama dan Abah tak lagi bimbangkan tentang kami.
Dulu selalu juga Mama tanya, “berapa pendapatan bulan ni?”.
Sekarang Mama sudah tak perlu tanya soalan tu sebab saya selalu update Mama dengan perkembangan positif bisnes kami.
Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan mereka, Allah permudahkan urusan kami.
#9 – Perlindungan insuran yang cukup
Waktu kerja dulu, kalau sakit demam, pergi jer klinik dan company yang bayarkan. Kalau masuk hospital swasta tak perlu risau. Semuanya company yang cover.
Tapi bila bekerja sendiri, semuanya kita kena tanggung sendiri. Kalau tak ada insuran, kita masih ada pilihan untuk ke klinik dan hospital kerajaan.
Cuma bila terpaksa berhadapan dengan “queue” yang panjang, dan memikirkan tentang suasana yang lebih kondusif untuk penyembuhan, saya pilih untuk ke swasta.
Jadi selepas berhenti kerja, saya cukupkan cover takaful; polisi kemalangan diri, polisi penyakit kritikal dan polisi medical card untuk cover bil hospital.
Kalau berlaku musibah, polisi-polisi tu dapat membantu dari sudut kewangan, dan tak perlu gunakan duit simpanan saya, insyaAllah.
#10 – Bina networking persahabatan luar pejabat
Siapa yang berhenti kerja (makan gaji), mereka hilang ramai kawan.
Kalau dulu, hari-hari jumpa kawan sepejabat. Habis waktu kerja, pergi lepak dan bersukan dengan kawan-kawan sepejabat. Hujung minggu, ada function dengan kawan sepejabat.
Tapi bila berhenti kerja, semuanya hilang!
Hari-hari tengok muka isteri dan anak-anak, dari pagi sampai petang.
Nak bersukan, dah tak ada kawan. Hidup jadi terasing dari orang lain.
Situasi begini boleh melemahkan motivasi kita untuk terus maju. Lagi susah bagi sesiapa yang berniaga secara offline.
Mereka tidak ada lagi peluang dapatkan pelanggan bisnes mereka, yang biasanya terdiri daripada kawan-kawan terdekat atau referral daripada mereka.
Mereka terpaksa cari kawan baru yang terdiri daripada “stranger” dan ianya tak mudah bagi siapa yang tidak ada ilmu dan pengalaman.
Bina Kehidupan Di Luar Pejabat
Tapi alhamdulillah, saya sememangnya sudah lama bina kehidupan di luar pejabat.
Lepas waktu kerja, saya terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan aktiviti sosial setempat. Saya mengurus 2 cawangan tadika Islam di Damansara Damai secara sukarela tanpa dibayar walaupun 1 sen.
Saya jadi AJK surau dan masjid di tempat saya. Saya join beberapa kumpulan usrah, dan saya juga handle usrah.
Kami ada aktiviti kemasyarakatan, sukan, dan program rekreasi kami sendiri.
Alhamdulillah, network persahabatan yang saya bina selama ni membuatkan hidup saya tak pernah sunyi dari aktiviti sosial walaupun lepas berhenti kerja.
Dan dengan persiapan rapi begini, ia membuatkan hidup kita terus bermotivasi walaupun tak lagi bergelar seorang pekerja.
Walaupun susah untuk saya jawab kalau orang tanya, “En. Zul kerja di mana?”... Tapi yang penting saya sangat happy dengan kehidupan saya sekarang... Alhamdulillah...
Allahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
1 Disember 2014
8 Safar 1436H
Siapa yang tabungannya kukuh dan hutang pun dah habis bayar, dia tak terikat dengan pekerjaan dia. Mudah nak pilih pekerjaan yang dia suka. Bila dibayar untuk buat apa yang kita suka, maka tiada lagi istilah "bersara" bagi kita. Kita dah bersara sebelum sampai usia bersara. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 16 Jun 2024
Coretan FB berkaitan:
- Nak berhenti kerja Petronas untuk jadi ejen hartanah? - FB Faizul Ridzuan
- Sebab dah bersedia, En Azlan hanya ambil masa beberapa jam sahaha untuk terima tawaran VSS! - FB Azlan Abdul Rahman (2024)
- Dari juruteknik kilang, cita-cita untuk fokus bisnes sendiri akhirnya tercapai - FB Syarif Jamil (2024)
- Bos offer VSS, list panjang tolak tepi. Dari berhenti kosong, terus grab the chance! - FB Nadrah (2024)
- Orang lain takot kena VSS. Kami? Mintak-mintak dapat VSS! - FB Hafiz Shafie (2024)
- Orang lain takut dapat VSS. Tapi bagi siapa yang bersedia, VSS tu bonus! - FB Azlan (2024)
- Bermula dengan menabung emas, akhirnya En Azlan dah bebas hutang, beli rumah pelaburan dan ambil VSS macam terima duit bonus! - FB Azlan (2024)
Assalamualaikum
Subhanallah Alhamdulillah Allahu akbar
Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua En Zul.
Amiin ya Allah.
Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Zubir juga. Amiin ya Allah.
Assalamualaikum en.Zul
Alhamdulillah semoga Allah s.w.t limpahkan rezeki halal buat en.zul & keluarga…amin
Wslm En Suhaime,
Alhamdulillah. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah melapangkan rezeki En. Suhaime sekeluarga juga. Amiin ya Allah.
Assalammualaikum Tn.Zul,
Jazakallah Khairan untuk Tn.Zul…Tahniah tuan sbb berjaya menjadi MAJIKAN untuk diri tuan…saya pun mengimpikan seperti tuan..mohon tuan doakan saya..dan saya dah x sabar untuk berhenti kerja..tapi proses untuk berhenti bukan mudah..perlukan byk perancangan seperti yang tuan katakan sebelum ini..in shaa Allah saya cuba..tuan boleh x kan saya x bolehkan..in shaa Allah.. 🙂
Wslm En. Hafiz,
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.
Saya doakan Allah melapangkan rezeki En. Hafiz juga. Amiin ya Allah.
Salam..
Abe pnyo lman web ni dh jdi satu tmpat yg hrus d baca..sapo2 yg nk ilmu free, kt cni la tmpatnyo..hrap apa2 ilmu yg abe kongsi free cni akan dpat sahamnya kt akhirat nanti..amiin…
Wslm En Izzra,
Alhamdulillah. Amiin ya Allah.
Assalamualaikum…
Saya suka membaca semua article, sangat jujur. Teruskan menulis & tahniah diucapkan kerana menjadi seorang yang begitu komited dengan apa yang ingin dilakukan dan berjaya melakukannya… Saya juga berharap saya dapat istiqomah…
Sebagai permulaan, saya ingin bebaskan diri daripada hutang piutang… Doakan saya yer…
Wslm Pn. Roziee,
Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Saya doakan Allah lapangkan rezeki Pn. Roziee sekeluarga, amiin ya Allah.
ya betul kata tuan,cabaran utama kita orang yg berniaga ialah DISIPLIN.sy selalu terbabas berniaga..buka 5 hari cuti 3 hari..hihi..bermewah2 dgn cuti seperti membalas dendam masa kerja makan gaji dulu yg mana selalu tidak cukup dan terkejar2 dan akhirnya terbawa2..nasib baik sempat sedar.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum
Subhanallah Alhamdulillah Allahu akbar
Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua En Zul.
Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2014/12/10-persiapan-sebelum-saya-berhenti-kerja.html#ixzz3KcLRLMzD
Wslm En. Saiful,
Alhamdulillah. InsyaAllah..
Alhamdulillah… saya makin lama makin termotivasi baca setiap entry post blog En Zul. Terima Kasih En.Zul. Teruskan penulisan yang sangat bermanfaat ini ye 🙂
Alhamdulillah En. Shukri,
Mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.
Alhamdulillah dan tahniah kepada En Zul. Semoga rezeki kita semua diberkati dan dipanjangkan oleh Allah Taala.
Saya ketika ini sedang dalam fasa mengurangkan hutang negatif dan menambah pendapatan.
Alhamdulillah. Terima kasih.
Saya doakan Allah melapangkan rezeki En. Fadhil sekeluarga, amiin ya Allah.
Artikel yang sangat bermanfaat dan sangat memberi inspirasi .. Jazakallah khairan.. Kak doakan tuan dan keluarga berjaya dan bahagia hingga ke Jannah.. amin ya Rab
Alhamdulillah. Terima kasih kak.
Saya doakan Allah berikan hasanah dunia akhirat kepada akak juga. Amiin ya Allah.
Salam tuan dh lame sy folow blog2 tuan n iyenye amat bgos untuk semua.apa kata tuan share bisnes2 yang bernas n harus di buat untuk menambh pndapatan.
Wslm,
Alhamdulillah.
Idea memulakan bisnes, saya pernah share dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/02/4-langkah-mudah-memulakan-bisnes-sendiri.html . InsyaAllah saya akan share juga ilmu-ilmu tentang bisnes setakat apa yang saya tahu.
Assalammualaikum
alhamdullillah anda berjaya..akak terdorong buka web ni apabila membaca buku “mudahnya menjemput rezeki”..sangat berharga ilmu yg anda curahkan ni. betul kata anda Ibu-ibu yang nak berhenti kerja untuk fokus jaga anak-anak, kebanyakannya terhalang sebab hutang. terima kasih banyak berkongsi ilmu. akak doakan semoga anda maju dah terus maju.
1- halalkan ilmu ini ya.
2. doakan akak bebas hutang dan dimurahkan rezeki yang halal yer..
Wslm Kak Earni,
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah. Saya halalkan. Saya doakan Allah melapangkan rezeki akak sekeluarga, amiin ya Allah.
Pengkongsian yang baik
Alhamdulillah.
Assalamualaikum…
Dua minggu yang lepas saya jumpa blog tuan, sangat menarik artikel-artikel yang dikongsikan. Terima kasih atas perkongsian pengalaman dan ilmu.
Wslm Pn. Iza,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.
Alhamdulillah Tn. Zul,
Semoga usaha dan tenaga tuan mendapat pulangan yang berbaloi. Ameen.
Terima kasih sebab tuan sudi berkongsi pengalaman sebab orang macam saya yang baru nak berjinak dengan bisnes amat memerlukan nasihat dan pandangan orang yang terdahulu menceburi bisness.
Semoga Allah melimpahkan rezekiNya pada kita semua.
TERIMA KASIH TUAN ZUL, TERUSKAN PERKONGSIAN!
Alhamdulilah. Amiin. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah melapangkan rezeki En. Abdul Halim juga. Amiin ya Allah.
Jazakallahukhair Tuan atas perkongsian yang bagi saya amat bermakna.
Meskipun saya masih lagi berstatus pelajar perubatan, ttp saya bercita2 nak menikmati hidup dengan menjalankan perniagaan sprt Tuan. Dan lebih utama ialah bab peluang untuk berbakti kepada masyarakat setempat melalui aktiviti kemasyarakatan sebagai nadi dakwah dan tarbiah. Moga saya mampu mencapai apa yg terbaik insha’allah. Dan saya doakan Tuan sekeluarga dipermudahkan rezeki dan kebahagiaan dunia akhirat juga insha’allah.
Barakallah En Adib. Alhamdulillah.
Saya doakan Allah melapangkan rezeki En. Adib. Amiin ya Allah.
Alhamdulilah.. Segala puji bagi Tuhan, semoga En. Zul dan keluarga terus sukses.
Alhamdulillah. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati tuan juga. Amiin ya Allah.
subhanallah,,, sangat membangun jiwa seorang pebisnis… saya terkesan dengan tulisan anda,, bisa disimpulkan “menutup langkah yang indah dan memulai lagi dengan langkah yg lebih indah” saya juga seorang pebisnis pemula tepatnya pebisnis perhiasan online,,, mohon do’anya agar istiqamah dalam berbisnis…
salam dari saudara indonesia
Alhamdulillah.
Terima kasih berziarah ke blog saya. Saya doakan Allah berkati usaha anda juga.
Salam ukhuwwah dari Malaysia.
assalamualaikum…saya kagum dengan tuan zul..bukan senang untuk bekerja sendiri..tapi dari hati yang ikhlas allah akan makbulkan niat tuan zul..saya jadikan tuan zul sebgai idola saya..saya juga belajar berniaga kecil-kecilan yang bermodal kecil..saya mendalami ilmu perniagaan..blog tuan selalu saya kunjung untuk dapatkan ilmu..terima kasih sharing…moga tuan sekelurga di murahkan rezeki ..
Wslm Pn. Haeida,
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.
Bagus tu. Saya doakan Allah melapangkan rezeki puan juga, amiin ya Allah.
Asalamuaalaikum…
En.Zul pengkongsian yang baik.En.zul saya ingin bertanya pendapat En.Zul .insyallah hutang rumah akan settle lg 2 tahun. sekiranya ingin membuat refinance balik rumah berkenaan untuk membeli aset hartanah (beli rumah lelong)secara tunai.adakah berbaloi untuk saya.dah aset berkenaan dibuat sewa.target kawasan yg strategi.untuk pengetahuan tuan perkhidmatan saya ada lgi 24tahun dan suami lg 10thn.kami berpakat untuk bersara awal..tetapi perlukan persediaan..
moga pandangan en.zul dapat memberi panduan pada saya. terima kasih atas perkngsian ilmu…Moga ALLAH SWT merahmati kita semua..aminnn
Wslm Pn. Faezah.
Kalau refinance rumah tu dibayar oleh hasil sewaan, bagi saya ok. Kalau puan sendiri terpaksa tanggung ansuran tu sebab sewaan tak berbaloi, bagi saya tak perlu refinance.
Wallahu a’lam.
yer..duit sewa bayar untuk refinance.terima kasih en.zul…pencerahan terbaik…
Alhamdulillah, tahniah Zul.
Salah satu nikmat kerja sendiri adalah kebebasan masa @ freedom.
Yang ini kita tak boleh letak harga.
Cuma orang yang ada kebebasan masa sahaja akan bersyukur dengan nikmat ini. Saya pula dah nak masuk 5 tahun (resign bulan 2, 2010).
Alhamdulillah, syukur. Buat biz full time.
Alhamdulillah…
Betul En. Syukor. Freedom tu memang tak boleh letak harga. Nikmatnya hidup sebagai “usahawan bebas”… 🙂
Assalamualaikum En Zul,
Saya dah follow blog tuan ni hampir 2 tahun. Pelbagai ilmu dah saya dapat dan manfaatkan sehingga saya berjaya juga menukar bidang dari makan gaji kepada bisnes (1 jan 2015 ni juga genap 1 tahun berbisnes secara full time).
Banyak tips yang En Zul share disini adalah kesimpulan dari kisah2 En Zul sendiri yang lepas2 kan?
Secara tidak langsung, saya follow dan share tips2 En Zul ni buat kawan2 saya diluar sana. Alhamdulillah, berjaya juga kami mengumpul harta di usia muda dan dapat berbakti pada orang tua sementara mereka masih ada.
Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua En Zul.
Wslm En Amir,
Alhamdulillah.
Betul, prinsip-prinsip kewangan dalam blog ni berdasarkan pengalaman sebenar saya tentang kewangan.
Saya gembira dengan status kewangan En Amir. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En Amir juga. Amiin ya Allah.
Tahniah en. Zul…saya amat teruja dgn artikel ni…satu perkongsian pintar..
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.
subhanallah ini sungguh bermanfaat. tq encik zul
semoga sentiasa diberkati Allah.
Alhamdulillah. Amiin ya Allah.
Pilihan pertama kurangkan perbelanjaan. Nak berjimat mungkin sudah tidak boleh sebab sudah banyak yang dikurangkan. Hehe.
Pilihan kedua, tambah pendapat. Moga-moga dapat sama-sama mengikut jejak langkah En. Zul.
Alhamdulillah. Saya doakan Allah berkati usaha En. Zaini. Amiin ya Allah.
Alhamdulillah cik zul.
Saya banyak belajar dari perkongsian cik zul. Saya sekarang dah menjebakkan diri dalam dunia bisnes online part time dan alhamdulillah pendapatan semakin meningkat dari bulan ke bulan.
cuma masalah saya sekarang susah nak fokus masa antara bisnes peribadi dan komitmen bekerja. Dilemma itu kadang2 buat saya rasa berbelah bagi antara masa bisnes dan komitmen kerja (makan gaji) sekarang
Mungkin cik zul boleh bagi nasihat untuk saya…saya dalam perancangan untuk membuka cawangan online shop kedua dalam masa terdekat. Mungkin cawangan kedua saya akan serahkan pada isteri. Isteri saya suri rumah sepenuh masa. 🙂
Mohon cik zul bagi nasihat dan tips..terima kasih
Wslm En. Khairul,
Kena banyak bersabar. Saya dulu pun ada cabaran begitu i.e. tak sabar-sabar nak berhenti kerja. Buat persiapan rapi dulu, lepas tu baru boleh berhenti kerja dengan senang hati, insyaAllah.
Salam..terima kasih atas perkongsian..saya juga dalam planning untuk berhenti kerja pejabat.insyaAllah..
Wslm. Sama2 puan Sharini.
Salam. Tuan,saya nak mohon pandangan tuan, saya ni xpandai berniaga. Tapi saya rasa saya perlu berniaga untuk tampung hidup ni disamping lerja tetap saya sekarang. Saya ad sedikit wang simpanan,cadang nak bli sebiji proton saga untuk dikadikan kenderaan sewa dan pakai sendiri. Saya belum ada kereta sbb kurang memerlukan buat masa ni,tapi isteri saya bakal bersalin dan mungkin perlukan kereta.. Pada pandangan tuan,elok ke saya beli saga,loan 10k(baki topop dari saving sendiri). Saya sewakan bila saya xperlu dan hanya pakai ketika saya perlu seperti masa nak balik kg,bawak anak pergi klinik,etc…Ataupun, saya xpayah beli kereta, nanti kalau nk p hospital naik je teksi sbb teksi banyak kawasan rumah saya,kalo balik kg,pinjam kereta adik je..so saya xperlu bisnes kerera sewa,n saving saya akn kekal dgn saya..mohon pandangan tuan. Terima kasih
Wslm En. Muiz,
Kalau kereta benar-benar keperluan, beli kereta tak ada masalah. Saya tak pasti apa bisnes yang sesuai untuk En. Muiz. Kalau nak buat bisnes kereta sewa, kena cari orang berpengalaman bisnes kereta sewa, dan belajar dari mereka dulu. Mulakan dengan ilmu, insyaAllah kita dapat jimat duit dan masa yang banyak, insyaAllah.
[…] Dan hari ini saya singgah kejap kat blog beliau.. dan tujuan singgah dah bertukar kepada bertandang. Sebabnya saya terjumpa artikel yang agak baru iaitu Persiapan Sebelum Berhenti Kerja […]
Allah..
Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ini.
.
Suntikan semangat dan hala tuju makin terang
.
Terima kasih Allah.. Terima kasih Tuan.
Alhamdulillah..
masya allah awak telah membuka minda saya
Alhamdulillah…
Salam. Saya mempunyai impian untuk bekerja sendiri tetapi tiada idea & keyakinan. Bila saya baca blog saudara, saya rasa kagum & ingin cuba.
Wslm Pn. Nafiyah,
Alhamdulillah. Satu impian yang bagus.
Tulis impian puan itu, dan usahakan dengan betul dan sabar. Sentiasa berdoa minta Allah perkenankan niat murni puan itu, insyaAllah.
[…] Akhir sekali tentang persiapan lain. Sebenarnya banyak lagi yang perlu dipersiapkan sebelum berhenti kerja. Kalau orang lain berhenti kerja, at least mereka masih ada suami atau isteri yang masih bekerja. Kalau bisnes tak maju, gaji suami atau gaji isteri masih boleh jadi tali hayat terakhir. Tapi saya tak begitu. Waktu saya serahkan surat letak jawatan, saya menanggung isteri yang memang suri rumah sepenuh masa, 6 anak yang masih kecil dan seorang anak yang bakal lahir lagi dua bulan. Itu satu keputusan yang serius dan saya telahpun buat 10 persiapan rapi sebelum serahkan surat letak jawatan. […]
Assalamualaikum..
Sy tertekan dgn kerja sy skrg.terfikir nk berhenti kerja..sy cuma ada angan2 nk mulakan perniagaan tapi xde modal.17thn sy kerja dgn kerjaan.yg dapat ialah sllu kena anaiya dgn peg atasan terutama peg wanita.
Wslm Pn. Anna,
Mulakan bisnes tak perlu modal besar. Kalau ada RM100 – RM500 pun dah cukup untuk mulakan bisnes sendiri. Puan boleh baca pengalaman saya di http://www.bit.ly/caramulabisnes .
Assalamualaikum tuan..
Sy sedang berniaga.. Baik produk kesihatan (Teh Herba Daun Belalai Gajah) ..dan
makanan (kuih muih,biskut raya (biskut sampan) , kek)
sblm ni sy berniaga di kantin sekolah.. Dan apabila tender tamat 2015..
Sy tercari2 cara2 untuk mempromosi produk2 sy ini dgn lebih meluas..melalui internet.. Yg mana skop pelanggan sgt luas.. Berbanding berniaga ditepi jln (sy pernah buat sblm kantin).. Sy mahu belajar berniaga yg tidak terikat dgn masa..yg mane segalanye sy blh buat dirumah sepenuh masa..
Mohon tunjuk ajar dari yg sudah menjadi usahawan bebas..
Wslm Pn. Yatie,
Saya syorkan puan belajar internet marketing. Cari guru-guru internet marketing.
Tuan ade cadangan guru2 tersebut? Betul2 mohon tunjuk ajar.. Terima kasih.. Semoga murah rezeki tuan..
Puan cuba semak kalau-kalau http://www.majalahniaga.com ada tawarkan kursus.
Assalamualaikum..
Terima kasih di atas perkongsian tips.
Kerana saya menanam niat hendak berhenti kerja untuk menyuruskan rumah tangga. Masih mencari kekuatan dan jalan untuk meneruskan niat ni.. =)
Owh ya.. tadika mana ye yang en Zul uruskan tu. Saya pun menetap di Damansara Damai.
Wslm Pn. Hanisah,
1. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan puan .
2. Saya pengurus tadika PASTI An-Nur Damansara Damai.
Alhamdulillah. Betapa beruntungnya tuan sekeluarga. Dikurniakan kesedaran sejak dari awal lagi. Diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana Tips yang dikongsi ini. Saya juga turut terkesan dengan perkongsian tuan dan turut berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Semoga ia benar-benar bermanfaat buat kami juga. Insya’Allah.
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, inysaAllah.
Saya doakan Allah merahmati puan sekeluarga atas usaha berkongsi ilmu ini. Amiin.
Assalamualaikum, pagi2 lagi saya buka page tuan. Page pertama dalam google. Saya dah ada kerja yang stabil, tapi saya rasa tak tenteram, kerja selalu mengejar saya hingga balik lewat malam, kacau cuti sabtu ahad. Kerja ini memang bidang saya, tapi saya tak rasa jadi diri sendiri.
Awal tahun ini saya dan isteri mula buat bisnes online. Pengetahuan online bisnes pun saya cedok dari page-page. Tiru,modify, testing Alhamdulillah, saya rasa gembira, dan lebih dekat pada Maha Pencipta, sebab saya perasan orang bisnes sekeliling saya Setiap hari berharap pada Allah.
Doakan saya berjaya seperti tuan.
Wslm En. Irfan.
InsyaAllah. Saya doakan Allah berkati usaha En. Irfan sekeluarga, amiin ya Allah.
[…] Perancangan beliau sangat teliti sebelum mengambil keputusan berhenti kerja. Baca artikel tersebut disini: 10 Persiapan Sebelum Saya Berhenti Kerja […]
No 1 adalah kriteria paling penting bagi saya sebelum berhenti kerja. Sebab penat lelah kerja kita kebanyakkannya untuk bayar hutang.
Betul En. Mohd.
Salam En Zulkifli,
Boleh kongsi kertas kerja yang en. telah buat dulu tu?
saya nak buat untuk rujukan..bole emailkan kepada sy ss_sko@yahoo.com.sg.
Maklum balas dari pihak en. amat saya hargai sangat2 🙂
Wslm En. Shukur,
Ikut sahaja perkongsian saya dalam artikel ni.
Saya seronok baca artikel tuan. Boleh menjadi suatu inspirasi pada saya. Syabas. Terima kasih berkongsi. Saya print dan tampal didinding jadikan sebagai motivasi diri saya.
Alhamdulillah Ustaz Zack.
Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
[…] Tulisan asal : Mod Zulkifli Shafie […]
Assalamualaikum En Zul, semoga urusan En Zul terus sukses. Saya juga mengimpikan untuk bekerja sendiri. Doakan saya En Zul.
Wslm, InsyaAllah
Saya suka baca ni, motivasi untuk saya..tq en Zul
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat untuk Pn Atiqah.