MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kelebihan Emas Sebagai Simpanan Berbanding Silver

Kumpul Emas Dulu, Baru Silver

Rasa nak patah tulang paha saya pangku silver bar 30 kilogram ni! 😂

Walaupun 30kg taklah berat sangat... Tapi disebabkan ketumpatan logam silver tu, bila letak atas paha rasa terlalu berat.

Bayangkan 30kg tu betul-betul terbeban pada satu tulang paha tu saja! Memanglah cukup 'terasa' beratnya. 

Hari ni nilai 30kg silver sekitar RM350k.

1 kilogram = sekitar RM12k.

Berbanding awal tahun lepas, harga silver naik lebih 110%! Nampak lebih menarik berbanding emas. 

Tapi bila orang tanya saya, antara silver dengan emas, saya cadangkan kumpul emas dulu.

More...

Kumpullah emas sampai cukup simpanan 12 bulan gaji. Selebihnya baru consider beli silver.

👉 Kalau nak beli silver sekarang pun boleh, tapi beli sikit dulu untuk belajar dan faham tentang silver.

3 Sebab Emas Lebih Sesuai Sebagai Simpanan

Kenapa emas dulu?

Emas lebih sesuai dijadikan simpanan berbanding silver.

1️⃣ PERTAMA, harganya lebih STABIL... Naik tak banyak sangat... Turun pun tak menjunam macam silver...

Secara puratanya, harga emas naik sekitar 10% setahun sepanjang sejarah 20 tahun.

Ia sesuai dijadikan simpanan 2 tahun ke atas. Sebagai alternatif simpanan di ASB atau Tabung Haji.

Kalau harganya tak stabil macam silver yang naik banyak dan turun banyak, ia kurang sesuai dijadikan "simpanan". Ia lebih sesuai sebagai "pelaburan".

2️⃣ KEDUA, emas lebih CAIR (LIQUIDITY). Ia mudah dijual atau dipajak bila nak pakai duit.

Emas diterima di mana-mana seluruh dunia. Kalau nak pakai duit, boleh jual di mana-mana kedai emas.

Kalau tak nak jual, boleh pajak saja di mana-mana ar-rahnu ataupun pajak gadai.

Tak macam silver.... 

Tak banyak tempat yang terima buyback (beli) silver. Malah tak ada ar-rahnu terima pajakan silver di Malaysia selain Ar-Rahnu KDE.

Itu pun hanya silver keluaran Public Gold saja. 

3️⃣ KETIGA, emas jauh lebih mudah disimpan berbanding silver. 

👉 Emas itemnya kecil, tapi nilainya besar. 

Kita boleh simpan nilai sebuah rumah (RM600k) hanya pada sekeping gold bar 1 kilogram saja.

Simpan dalam poket pun orang tak perasan. 

Kalau sewa safe deposit box, sewa box paling kecil pun cukup kalau nak simpan emas yang nilainya RM6 juta sekalipun!

Tak perlu ruang besar. 

Emas Sebagai Tabungan Yang Kukuh

Bayangkan kalau nak simpan silver yang nilainya kecil. 30 kilogram silver ni bukan mudah nak sumbat dalam safe deposit box.

Nak bawa ni pun rasa nak patah pinggang! 😂

Nilainya baru RM350k.

👉 Jadi bagi siapa yang rasa excited tengok harga silver naik lebih 100% berbanding setahun lalu, saya nasihatkan fokus kumpul emas dulu.

Kumpul emas sampai cukup sekurang-kurangnya 12 bulan gaji sebelum consider kumpul silver secara serius.

Simpan emas ni pada saya lebih peace of mind bagi siapa yang belum ada tabungan yang kukuh.

#TipKayaDenganEmas

Zulkifli
Cyberjaya 

May 2026
14 Zulkaedah 1447H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}