MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Dollar Cost Averaging (DSA): Teknik Kumpul Emas Sampai 1 Kilogram Tanpa Stress

March 25, 2026

Hari tu beli sekeping harga RM700 segram...

Sekarang harga dah turun ke RM600 segram. Kiranya rugilah yang beli hari tu?

Meh saya nak cerita pengalaman sebenar saya bagi siapa yang nak belajar...

Walaupun harga emas turun banyak (turun RM150 segram) dalam sebulan ni, penyimpan emas tegar macam saya masih untung besar. 

Ya... Untung besar... Alhamdulillah... 

Teknik DCA

Setiap kali harga emas jatuh banyak, saya akan borong lebih banyak.

Bila kita beli lebih banyak emas masa harga jatuh, 'kerugian' sementara tu makin kecil... dan untung tu makin besar. 

Contohnya:

1️⃣ Belian pertama RM700.

2️⃣ Belian kedua RM600.

👉 Maka kos purata dah turun jadi RM650.

Kalau beli lagi kali ketiga pada harga RM600, kos purata turun lagi ke RM633.

Nanti harga emas naik sikit ke RM650, dah terus untung.

Itulah yang serba ringkas tentang teknik DCA (Dollar Cost Averaging)

Beli sikit-sikit, tapi konsisten 

Sebab tu beli emas kena ada ilmu. Kita benar-benar tahu apa yang kita buat... Bukan ikut-ikut orang (FOMO).

At least kena baca #BukuWangEmas untuk faham.

Game "kaya dengan emas" ni, bukan sekali beli banyak, lepas tu bila harga naik terus jual. Bukan...

Beli sikit-sikit, konsisten dalam jangka panjang, kita tak akan rugi. InsyaAllah...

Bayangkan saya beli emas sikit-sikit dah 16 tahun. Saya beli konsisten sejak harga emas RM150 segram lagi.

Masa harga tinggi RM700 hari tu pun saya beli.

Sekarang harga emas turun ke RM600, agak-agak orang macam saya ni rugi ataupun untung?

👉 Jawabnya, saya masih untung besar - walaupun harga turun banyak dalam seminggu dua ni.

Sebab saya dah buat teknik DCA ni setiap bulan selama 16 tahun!... Ya, 16 tahun... Bukan sebulan dua. 

Bukan lari pecut, tapi marathon

Jujurnya... simpanan emas saya dari beberapa gram, dah cecah kilo... Bahkan banyak penyimpan emas di bawah saya pun dah capai simpanan 1 kilogram 1 keluarga. Alhamdulillah... 

(Nota: Harga 1 kilogram hari ni lebih RM600k)

Bagi saya, simpan emas ni bukan macam lari pecut 100 meter. Bukan...

Emas ni macam larian marathon.

Kita lari tak laju... Tapi konsisten dalam jangka panjang.

Akhir sekali kita tetap sampai ke garisan penamat. InsyaAllah... 

Kalau kita dah kumpul emas lebih 5 - 10 tahun, malah simpanan emas kita pun dah capai at least #1keluarga1kiloemas, agak-agak kita rasa panik tak tengok harga emas jatuh dalam jangka pendek?

Tentulah "tidak"... 

Malah kita senyum saja... Sebab inilah masanya kita borong lebih banyak... 

#TipKayaDenganEmas

Zulkifli
Cyberjaya
25 Mac 2026
5 Syawal 1447

Pergerakan harga emas 60 hari. Emas turun 13.95%

Walaupun berlaku penurunan dalam masa 60 hari, tapi berbanding setahun lalu, harga emas masih lagi dikira 'naik' sebanyak 29.43%. Kadar kenaikan sebenarnya luar biasa. 

Berbanding 10 tahun lalu, harga emas naik 255.39%. Secara puratanya, kenaikan emas sekitar 10% setahun. Ia lebih baik berbanding letak duit dalam ASB ataupun Tabung Haji.

Graf 30 tahun harga emas. Bila nampak gambaran lebih besar pergerakan harga emas jangka panjang, kita akan senyum saja dengan penurunan sementara harga emas.  

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}