MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Harga Emas Jatuh? Penyimpan Emas Fizikal Senyum… Bukan Panik

March 23, 2026

Penyimpan emas fizikal, dia tak menangis bila harga emas jatuh banyak.

Sebab emas ada di tangan dia.

Harga emas jatuh, kepingan emas tak berkurangan. 

Kalau ada 100 gram, tetap 100 gram. Kalau ada 1 kilo, tetap 1 kilo. 

Gram emas masih kekal. 

Malah, inilah berita baik... 

Sebab inilah peluang tambah lagi kepingan emas pada harga murah. Dapat beli barang mahal pada harga diskaun kot!...

More...

Macam nampak barang yang kita memang nak beli... tiba-tiba sale 20% – 30%!

Mestilah kita happy sangat-sangat, kan?! 

Itulah yang boleh saya gambarkan; feeling (perasaan) sebenar penyimpan emas tegar bila harga emas jatuh... 

Emas digital, duit tersangkut 

Tapi bila harga jatuh, bukan ke rugi?

Tak rugi selagi kita tak jual.

Kalau nak pakai duit, tak perlu jual pun... Pajak saja di ar-rahnu. Nanti bila selesai urusan, tebus balik emas tu. 

Emas kita tak berkurangan pun. 

Tapi berbeza kalau beli "emas digital". Bila harga emas jatuh, apa yang kita ada? 

Tak ada apa-apa selain nombor di skrin telefon!

Walaupun emas digital pun tak rugi selagi tak jual... Tapi kalau nak pakai duit macam mana? 

Kena jual dan terpaksa rugi jugalah... 

Sebab duit simpanan kita dah 'tersangkut' pada bank (ataupun syarikat) - bila harga emas jatuh. 

Emas fizikal, kekal tenang

Berbeza kalau simpan emas fizikal...

Bila emas ada di tangan, kita tak panik bila harga jatuh. Sebab kita tak rugi apa-apa pun... 

Kalau pun harga emas naik mencanak, bukannya nak jual untuk "take profit" pun. 

Emas tu memang nak disimpan dalam jangka panjang... dan tak ada plan nak jual (kecuali dalam 3 keadaan saja). 

Jadi kalau nak peace of mind (tenang-tenang), pastikan beli emas fizikal. 

Bila emas tu ada di tangan kita, naik turun harga emas tak mengganggu emosi kita. Kita terus saja menabung sikit-sikit secara konsisten.

Bezanya bila harga jatuh, kita beli lebih banyak (borong)!

Bukan panik macam tengok harga saham jatuh... 

#TipKayaDenganEmas 

Zulkifli
Kuala Terengganu
23 Mac 2026
3 Syawal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}