MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beli Emas Sebagai Pelaburan atau Simpanan?

October 24, 2026

Beli emas untuk "pelaburan" ataupun "simpanan"? 

Emas boleh digunakan sebagai "simpanan". Dan emas juga boleh juga dijadikan sebagai alat "pelaburan". 

Tapi hakikat yang kita kena tahu, satu masa dulu tak pernah wujud istilah "pelaburan emas"... sehinggalah tahun 1971. 

Iaitu ketika emas diputuskan hubungan secara rasmi dengan duit kertas. 

More...

Sebelum tahun 1971, emas adalah duit 

Dulu, emas adalah duit.

Nak cetak duit kertas, kena ada emas.

Setiap kali nak cetak duit USD35, kena ada 1 oz (31.1 gram) emas.

Sebab hakikatnya, duit sebenar adalah emas. Bukannya kertas (duit kertas).

Duit kertas cuma "voucher" mewakili emas saja. 

Sebelum 1971, emas lebih dikenali sebagai duit dan penyimpan kekayaan, bukannya sekadar alat pelaburan seperti yang ramai orang faham hari ini.

Sebab emas tu sendiri adalah duit.

Emas adalah simpanan, bukan pelaburan. 

Benchmark kekayaan dalam agama

Nak simpan kekayaan, mereka simpan dalam bentuk emas.

Manusia sebenarnya dah gunakan emas sebagai "simpanan" sudah ribuan tahun. Ia bukan dakyah ejen emas.

Malah pakar percaya, emas tetap akan digunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan lagi ribuan tahun.

Hinggakan syariat agama jadikan emas sebagai benchmark kekayaan.

Salah satu kayu ukur nak tahu orang tu kaya ataupun tidak, kayu ukurnya ialah emas.

Nak kira zakat simpanan (zakat emas, zakat duit simpan di bank, ASB dsb), benchmarknya ialah berdasarkan 85 gram emas.

Tak kisah harga emas naik ataupun turun, tetap dikira berdasarkan 85 gram emas.

Kena zakat sebab kaya, bukan emas

Dalam agama, siapa simpan emas sebanyak tu, dan jumlah simpanan dia tu tak bergerak dalam masa setahun, maksudnya dia ada duit lebih... Dan menunjukkan dia kaya...

Maka dia dikenakan zakat.

Bukan sebab emas... Tapi sebab dia kaya... Kalau dia jual emas dan simpan duit tu dalam akaun bank sekalipun, tetap dia dikenakan zakat (kalau cukup haul dan nisabnya).

#TipKayaDenganEmas

Zulkifli
Cyberjaya
13 Jun 2026
27 Zulhijjah 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}