PGG100 Network Leadership Training (PLT)

Peluang belajar terus dari top G100 Public Gold Master Dealer.

Kalau dulu di panggil Jutawan Emas Leadership Training (JLT), sekarang khas untuk dealer Public Gold dibawah network saya, kita panggil Kalau nak tahu apa itu PGG100 Network Leadership Training (PLT).

Program ini diadakan setiap Sabtu minggu pertama, dan ia antara core program yang dealer-dealer perlu sertai untuk mencapa

Copy Kejayaan Orang Dah Berjaya

Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Cara paling cepat untuk berjaya ialah cari orang berjaya dan belajar daripada mereka. Kita hanya perlu "copy" sahaja kejayaan mereka.

Apabila kita buat apa yang orang berjaya buat, cepat atau lambat kita akan dapat apa yang mereka dapat, insyaAllah.

G100 mengadakan program "PGG100 Network Leadership Training (JLT)" untuk memberi berpeluang kepada semua dealer belajar daripada dealer yang paling berjaya dalam Public Gold, dan terbukti membina empayar bisnes emas yang besar dan kukuh.

Ia adalah program latihan paling penting yang wajib dihadiri oleh dealer Public Gold yang serius mahu menjana pendapatan lumayan walaupun secara sambilan.

Program pada satu hari penuh ini akan mendedahkan rahsia dan merungkai persoalan berikut;

  • Bagaimana nak mendapat pendapatan pasif RM4,000 - RM8,000 sebulan 3 tahun dari sekarang bersama dengan Public Gold?
  • Apakah teknik dan strategi paling berkesan membina bisnes Public Gold walaupun tak mempunyai kenalan yang ramai dan tidak mempunyai pengalaman menjalankan bisnes?
  • Bagaimana menjalankan bisnes Public Gold secara part-time tanpa perlu berhenti kerja, dan menjimatkan 80% masa tetapi mendapat hasil sama seperti mereka yang menjalankan bisnes secara full-time?
  • Apakah kesilapan dan pantang larang yang perlu diketahui bagi mengelakkan kerugian masa dan kerugian wang yang besar dalam menjalankan bisnes?

Ini antara testimoni peserta yang telah hadir dalam PLT.

Berapa Kerap Perlu Hadir?

Bagi dealer yang belum pernah hadiri program ini, saya syorkan wajibkan diri hadir ke program ini untuk dapatkan gambaran yang jelas tentang strategi berjaya dengan bisnes Public Gold.

Master Plan untuk berjaya dalam Public Gold hanya diajar dalam program ini, dan tidak diajar dalam mana-mana program lain.

Lepas hadiri lebih 30 siri JLT dan PLT berturut-turut, saya highly recommend mana-mana dealer yang betul-betul nak jana pendapatan yang serius melalui Public Gold (PG), hadir program ini setiap bulan! 

PLT bukan program one-off dan khatamkan silibus, tapi ia program yang RECHARGE ENERGY dealer untuk maju dan mempunyai progres dalam bisnes. Apa yang saya perhati, dealer-dealer yang datang 2 - 3 kali ke JLT, mereka sentiasa "on-track" dan menampakkan kemajuan dalam bisnes.

Setiap kali mereka hadiri JLT, pasti akan ada idea-idea baru dan update terbaru yang boleh digunakan untuk kembangkan bisnes.

Testimoni oleh En. Mohamad Hafiz Shafie setelah menghadiri JLT ke-2 di Sabah. Beliau juga adalah dealer Public Gold aktif di Tawau, Sabah.

Manfaat Menghadiri JLT dan PLT

Secara ringkasnya, manfaat JLT:

(1) dapat ilmu baru
(2) recharge energy
(3) fine tune halatuju bisnes
(4) networking dengan dealer-dealer seluruh Malaysia yang ada kemajuan
(5) networking dengan staff utama PG di Malaysia.

jlt jutawan emas leadership training public gold networking

Peluang bernetworking dengan dealer-dealer yang ada progress serta bersama staf utama PG seluruh Malaysia

Anda berpeluang belajar terus dari top 3 dealer Public Gold yang digelarkan sebagai "system mentor"

seminar gunung jerai

Daftar Program Akan Datang

Untuk daftar program PLT akan datang, pastikan rujuk dealer atau introducer anda bagi yang sudah membuat belian emas dibawah bimbingan dealer G100 Network.

Bagi yang belum pernah buat belian emas Public Gold. Boleh mula dulu belian pertama minimum RM100 melalui bimbingan dealer G100 Network. 

Kemudian, dapatkan link pendaftaran PLT dari dealer tersebut.

>