KEWANGAN

bebas kewangan dan hutang

Orang yang financially free tak perlu fikir tentang duit sepanjang hayat mereka. Mereka mempunyai pendapatan yang kukuh dan bertahan lama. Samaada mereka seorang pemilik perniagaan yang mempunyai rangkaian yang besar, ataupun seorang pelabur dengan dana yang besar! Pilihlah antara dua!

Kami bekerja bukan untuk mencari duit, tapi untuk bebas dari memikirkan tentang duit – financially free. Duit hanyalah satu daripada KEPERLUAN hidup untuk mencapai TUJUAN hidup. Orang yang paling bahagia ialah mereka yang sedar akan tujuan hidup, dan sentiasa berusaha ke arah memenuhi tujuan hidup.

Bekerja Untuk Mencari Makna Hidup

Allah sebut dalam Al-Quran, Dia tak akan ciptakan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepadaNya dengan berperanan sebagai hamba dan khalifah Tuhan di muka bumi. Pesan Nabi, sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Wasiat Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna, tanggungjawab kita lebih banyak dari masa yang kita ada.

Walaupun duit penting untuk sempurnakan tujuan hidup, mencari duit sepatutnya bukanlah perkara pertama dan utama dalam hidup. Banyak lagi yang perlu difikirkan dalam hidup selain mencari duit.

Bebaskan Dari Memikirkan Tentang Duit

Orang yang financially free ialah orang yang tak perlu lagi fikir tentang duit siang dan malam. Walaupun mereka terus berkerja, tetapi mereka bukan lagi berkerja untuk duit. Mereka berkerja untuk mencari kepuasan dan makna hidup.

Orang yang financilly free bukanlah orang gaji besar, dan bukan juga sekadar berpendapatan besar. Tapi mempunyai pendapatan kukuh yang melebihi keperluan mereka, dan pendapatan tersebut bertahan lama tanpa perlu ‘bekerja’ lagi. Sumber pendapatan mereka ialah;

  1. BISNES: Mempunyai bisnes dengan rangkaian yang besar; dan
  2. PELABURAN: Memiliki asset yang banyak yang dilaburkan ditempat yang betul, dan menjana pendapatan berterusan.

Inilah dia dua jalan yang diusahakan oleh orang kaya-kaya di dunia.

Bermula Dengan Ilmu Pengurusan Kewangan

Untuk menjadi kaya dan kekal kaya, perlu bermula dengan asas-asas pengurusan kewangan yang betul. Menurut Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi katanya lagi banyak ilmu anda tentang kewangan, lagi kayalah anda.

Berikut beberapa arkib artikel satu sen saya tentang kewangan berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman sendiri;

Strategi Kekayaan

Motivasi Kewangan

Lindungi Kekayaan

Mengurus Simpanan

Pengurusan Hutang

Strategi Bisnes

Motivasi Bisnes

Sekiranya artikel-artikel ini memberi manfaat kepada anda, puji-pujian bagi Allah.

>