Ada satu cara lagi nak paksa kita "hidup bawah kemampuan" iaitu 'selamatkan' duit cepat-cepat sebelum sampai ke tangan.
Saya antara yang gatal tangan bila pegang duit. Dan saya yakin, ramai juga yang tak mampu kawal diri bila pegang duit.
Bila ada duit, ada saja benda dirasakan perlu untuk dibeli. Yang lebih bahaya, duit habis sebelum sampai ke tangan.
Macam mana tu?
Untuk elak masalah ni;
Potong Gaji Setiap Bulan
Pertama, saya biasanya akan 'selamatkan' duit gaji setiap bulan sebelum sampai ke tangan.
Sebahagian gaji telah saya tolak siap-siap masuk ke akaun Tabung Haji - melalui skim potongan gaji. Dan saya tak ambik kemudahan pengeluaran duit Tabung Haji melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat sebagaimana yang ditawarkan.
Terpaksa sulitkan cara pengeluaran duit supaya ianya benar-benar 'selamat'.
Kalau boleh, saya nak tinggalkan saja buku akaun Tabung Haji saya di kampung, supaya saya dapat lupakan duit tu dari diganggu (oleh diri sendiri).
Kerana duit tu sepatutnya cuma disentuh bila benar-benar 'kecemasan' (perlu).
Minimumkan Amaun Pengeluaran
Keduanya, saya minimumkan amaun pengeluaran. Minimumkan duit dalam dompet (cash-in-hand).
Sebabnya, kalau saya keluarkan duit RM50, duit tu mungkin habis dalam masa 3 hari.
Kalau keluarkan RM100 pun, mungkin akan habis dalam masa 3 hari juga!
Kenapa ya?
Saya pun tak pasti apa sebabnya... Kalau ada duit di tangan, ada-ada saja benda yang dirasakan perlu dibeli.
Hmn... Nak selamat, lebih baik saya pegang duit seminimum mungkin. Sekadar cukup untuk 'dapatkan bantuan' kalau-kalau ada kecemasan. InsyaAllah...