MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Maksud “Kaya Dengan Emas”: Dulu Stress Dengan Hutang, Sekarang Jutawan!

March 21, 2026

"Dulu stress dengan masalah kewangan sampai rasa nak bunuh diri!... Sekarang bebas segala hutang dan ada simpanan emas bernilai ratusan ribu ringgit..."

"Dulu berbisnes bertahun-tahun tapi kekayaan tak bertambah. Yang bertambah hanyalah hutang... Sekarang dah bebas hutang, simpanan emas hampir RM1 juta, dan dalam proses nak beli rumah ke-6 untuk pelaburan..." 

Ini sebahagian kecil testimoni penyimpan emas di bawah bimbingan saya. 

Inilah yang saya maksudkan "kaya dengan emas". 

More...

Mazhab "pelaburan" vs "simpanan" 

Alang-alang menabung emas, biarlah sampai kaya. Bukan leka dengan permainan "buy low sell high" dan 'profit' yang semantara. 

Bila bercakap tentang emas, mazhab saya berbeza - berbanding sifu atau influencer kewangan yang lain. 

Orang lain lihat emas sebagai "pelaburan". Tapi saya lihat sebagai "simpanan".

Walaupun kedua-dua pun ada hujah masing-masing. Tapi sudah bertahun-tahun saya canangkan... 

> Jadikan emas sebagai "simpanan", bukan "pelaburan".

Jangan sibuk bermain dengan turun naik harga emas. Sebaliknya fokus bina kekayaan dengan emas. 

Bina kekayaan perlukan masa 

Yang baru bermula menabung emas, nasihat saya kena sabar. Kena banyak bersabar untuk mencari ilmu dulu...

Kejayaan besar yang kita lihat hari ni bukan bermula semalam, bukan bulan lepas dan bukan juga bermula tahun lalu.

Sekurang-kurangnya perlukan masa 3 - 5 tahun.

Bahkan apa pun lapangan, setiap kita boleh capai kejayaan besar dalam masa 10 tahun.

Ya, 10 tahun.

Nak cipta kejayaan besar, kena plan 10 tahun kedepan.

Tapi hakikatnya tak ramai yang sabar... Baru sahaja bermula, terus nak berjaya esok... bulan depan... dan tahun depan. 

Bila tak dapat apa yang dia harapkan dalam masa singkat, maka dia fikir usaha itu sia-sia sahaja.

Cipta kejayaan yang kekal 

Saya tak pernah janjikan instant success kepada followers saya. Dia boleh capai kejayaan besar sekurang-kurangnya dalam masa 3 - 5 tahun. InsyaAllah...

Tapi bila dia berjaya, dia akan berjaya sampai mati, insyaAllah...

Kenapa? 

Sebab saya tak pernah fokus pada short term profit. Tapi saya fokus pada perubahan diri. 

Ubah diri jadi orang kaya dulu, barulah kekayaan akan datang menyerah diri kepada kita. Dan kekayaan tu akan terus bertahan bersama kita sampai mati, insyaAllah...

Jadi "orang kaya" tu macam mana? 

Cara berfikir macam orang kaya.

Tahap ilmu dan skill sama orang kaya. 

Sikap, tabiat dan rutin sama macam orang kaya.

Buat apa yang orang kaya buat berkali-kali sampai jadi sebahagian daripada diri kita, barulah kita akan dapat apa yang orang kaya dapat. InsyaAllah...

Maksud sebenar "kaya"

Inilah jawapan sebenar kenapa saya tak sibuk update harga emas kepada penyimpan-penyimpan emas saya. 

Sebab saya tahu cara tu tak akan membuatkan mereka ke mana-mana. Bahkan ia akan membantutkan mereka untuk terus konsisten menabung emas dan jadi lebih kaya...

Kaya tu bukanlah profit "buy low sell high".

Kaya tu bilamana kita;

  • ✅ Ada tabungan yang kukuh sekurang-kurangnya 6 -12 bulan gaji 
  • ✅ Bebas dari semua hutang-hutang miskin 
  • ✅ Memiliki harta yang cukup sekurang-kurangnya RM1 juta, dan dapat jana cashflow yang cukup. 

Sampai akhirnya kita tak bekerja pun ada duit (passive income dari harta). InsyaAllah... 

#FinancialFreedom
#TipKayaDenganEmas
#TestimoniPenyimpanEmas 

Zulkifli
Pasir Mas
21 Mac 2026
1 Syawal 1447H

NOTA :

  1. Screenshot testimoni di bawah ni saya publish dengan izin penyimpan emas di bawah bimbingan saya, dari salah satu support group Whatsapp yang saya sediakan. 
  2. Owh ya, mereka berikan testimoni tanpa diminta dan tanpa dibayar apa-apa. Hanya sekadar inspirasi buat penyimpan emas baru supaya berjaya sama macam mereka. Moga Allah berikan ganjaran pahala dan kebaikan untuk mereka semua. 
  3. Mereka yang dah berjaya ni, life mereka lebih kurang saya sahaja; ada tabungan yang kukuh, bebas hutang, ada harta yang banyak, tapi mereka pilih hidup sederhana saja. Humble... Tak nampak beza macam orang lain dari sudut
    material. Tapi life mereka totally different.
  4. Untuk penyimpan emas baru, mulakan dengan budaya baru. Kena belajar dan sabar dalam belajar. Keep humble, supaya orang kaya-kaya dalam group ni sudi untuk share ilmu dan pengalaman mereka masing-masing dalam membina kekayaan. Harapan saya satu hari nanti, semua penyimpan emas di bawah saya akan jadi orang kaya-kaya belaka. Orang kaya yang baik-baik, insyaAllah..

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}