MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Tak Jual Emas Walaupun Harganya Dah Naik Tinggi?

July 19, 2024

Harga emas tertinggi lagi dalam sejarah - RM403 segram pada 17 Julai 2024. 

Patut tak jual emas sekarang? 

Nasihat saya, jangan jual emas walaupun harganya dah tinggi.

Jual emas (untuk ditukarkan kepada duit kertas) tanpa apa-apa tujuan penting cuma menjatuhkan taraf aset yang baik kepada yang kurang baik.

More...

Jangan downgrade aset

Emas kalis boros, kalis inflasi, kalis kegawatan ekonomi dan politik.

Nilainya berdiri dengan sendiri tanpa perlu jaminan dari sesiapa.

Ianya ‘duit antarabangsa’ yang laku di mana-mana seluruh dunia pada setiap zaman.

Simpan emas, tak perlu bimbang tentang nilainya dalam jangka panjang. Tak bimbang pasal inflasi atau risiko kejatuhan ringgit. 

Harganya confirm akan naik saban tahun. Hari ni harganya tinggi, beberapa tahun akan datang harganya akan jadi lebih tinggi. 

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas secara puratanya naik sekitar 10% setahun.

Ia jauh lebih baik dari biarkan duit dalam ASB, Tabung Haji, fixed deposit, atau kebanyakan bentuk simpanan yang lain - yang rata-ratanya keuntungan sekitar 5% sahaja.

3 waktu terbaik jual emas

Penyimpan emas berilmu tak jual emas-emas mereka kecuali dalam 3 keadaan sahaja.

  1. Tukarkan pada aset lebih baik yang menjana pendapatan (cashflow)
  2. ⁠Bila berlaku hal-hal kecemasan, bila mana duit simpanan kecemasan 3 bulan gaji dah habis. 
  3. ⁠Capai matlamat tabungan.

PERTAMA, tukarkan emas kepada aset yang lebih baik; yang menghasilkan cashflow (pendapatan). 

Menabung emas, sepatutnya semakin kaya.

Salah satu petanda penting, jumlah harta kita makin lama makin bertambah. 

#1 - Tukarkan kepada aset lebih baik

Harta maksudnya aset yang membawa duit masuk ke poket kita. Kalau tak bekerja pun, duit tetap akan mengalir masuk ke poket kita - pendapatan pasif.

Antaranya,

  • beli hartanah di bawah harga pasaran (capital gain), 
  • beli rumah yang boleh disewakan dengan sewaan berbaloi (cashflow),
  • beli tanah yang mendatangkan hasil,
  • beli saham syarikat berpotensi maju pada masa akan datang (beli untuk disimpan, bukan didagangkan),
  • dijadikan modal kembangkan bisnes dan sebagainya.

#2 - Berlaku hal-hal kecemasan

KEDUA, bila berlaku hal-hal kecemasan, ketika mana dana kecemasan berjumlah 3 bulan gaji dah habis digunakan disebabkan hal yang mendesak.

Sebelum menabung emas, setiap kita sepatutnya mempunyai dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji - yang sesuai disimpan dalam ASB ataupun Tabung Haji.

Supaya kalau berlaku hal-hal kecemasan, kita tak perlu jual emas-emas tu.

Tapi bagi siapa yang sentiasa rasa 'cemas' bila nampak duit, duit simpanan 3 bulan gaji tu boleh juga disimpan dalam bentuk emas.

#3 - Sudah capai target simpanan

KETIGA, bila capai target tabungan.

Contohnya;

  • Sampai masa menunaikan haji
  • Sampai masa anak nak masuk universiti
  • Sampai masa mendirikan rumah tangga
  • Sudah cukup deposit beli rumah duduk sendiri
  • Sudah cukup untuk buat full-settlement hutang

Selain daripada ini, kekalkan sahaja simpanan dalam bentuk emas. 

Jual sekarang untuk 6 bulan akan datang

Kalau nak pakai duit dalam masa 6 bulan akan datang kerana 3 tujuan di atas, saya sarankan jual emas sekarang - ketika harganya di puncak tertinggi dalam sejarah (ATH - all time high).

Kalau tak, teruskan sahaja menabung macam biasa. 

Ada yang tanya saya; kenapa perlu jual "sekarang" kalau nak pakai dalam masa 6 bulan akan datang? Kenapa tak jual dalam masa terdekat, contohnya seminggu sebelum nak guna duit tersebut?

Berdasarkan pemerhatian saya, selalunya bila harga emas capai di puncak tertinggi (dalam sejarah), harganya akan turun dulu sebelum naik balik.

Cuma berapa banyak akan turun, tak siapa tahu.

Kalau takut duit bocor

Walaupun begitu, tetap ada potensi harga emas akan naik terus naik dalam 6 bulan akan datang. 

Tapi bagi siapa duit dia mudah 'bocor' (bila nampak duit yang banyak), simpan sahaja emas tu. Bila betul-betul dekat nak pakai duit baru jual.

Jangan jual sekarang.

Setiap kita lebih kenal diri kita sendiri.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
19 Julai 2024
12 Muharram 1445H

Harga emas tertinggi dalam sejarah. Harga Akaun Emas GAP Public Gold mencecah RM403. Kali pertama melepasi RM400.

Kenaikan harga emas Malaysia sebanyak 27.57% berbanding setahun lalu. Ia jarang berlaku. Purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun sepanjang sejarah 20 tahun.

Harga emas tertinggi lagi dalam sejarah - RM403 segram. Patut tak jual emas sekarang? Jual emas hanya sebab harganya naik cuma menjatuhkan taraf aset mahal kepada aset yang murah. Penyimpan emas berilmu cuma jual emas pada 3 keadaan sahaja. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 18 Julai 2024

Saban tahun kita sentiasa dengar harga emas tertinggi dalam sejarah. Tapi tak pernah dengar harga terendah dalam sejarah. Nak menabung emas, tak perlu tunggu harga rendah baru beli. Sebab harga tinggi hari ini akan dianggap murah beberapa tahun akan datang. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 18 Julai 2024

Simpan emas fizikal ni, harga naik mencanak pun tak kaya. Harga turun pun tak miskin. Nak kaya dengan emas, jangan sibuk dengan harga. Yang penting tabungan emas sentiasa bertambah. Bila ada emas lebih banyak, barulah kita lebih kaya. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 21 September 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>