MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Harga Emas Tertinggi Dalam Sejarah, Apa Patut Kita Buat?

September 21, 2023

Lagi harga emas tertinggi dalam sejarah. RM320 segram! Saya bermula tahun 2010 dulu pada harga sekitar RM149 segram.

Lepas dah berkali-kali harga emas sentuh puncak tertinggi dalam sejarah, dan setelah 13 tahun menabung emas, tak pernah sekali pun saya jual emas-emas saya!

More...

Bukan tentang harga, tapi tabungan

Saya hanya beli, beli, dan beli.

Bila nak pakai duit, saya pajak dulu. Lepas tu tebus balik.

Setiap bulan konsisten menabung melalui Akaun Emas GAP secara GAP Auto Debit.

Bila dapat duit durian runtuh, top-up lagi tabungan emas...

Kalau asyik menabung, bila nak berbelanja?

Sebenarnya tak perlu pilih...

Sabar menabung dulu

Dulu pergi kedai order air suam sebab nak menabung. Tapi sekarang minum kopi kayangan pun masih terus menabung. Alhamdulillah...

Bila tahu UNLOCK kunci-kunci kekayaan bermula dengan tabungan emas, kita tak perlu memilih antara menabung dan berbelanja.

Sebab kita boleh buat kedua-duanya sekali bila tiba waktunya.... InsyaAllah. Hanya perlu bersabar dan tangguhkan dulu kepuasan untuk seketika... 

Jujurnya, saya tak akan jual emas kalau hanya semata-mata sebab harga naik.

Kalau jual, duit tu nak buat apa?

Waktu terbaik jual emas

Nak letak dalam ASB atau Tabung Haji lagi tak berbaloi.

Nak belanjakan? Itu bukan cara orang kaya berbelanja. Orang kaya tak akan tarah harta dia. Dia tak akan cantas pokok-pokok kekayaan dia.

Kalau nak makan, dia cuma makan hasil buahnya sahaja. Dia tak akan sesekali tebang pokok kekayaan yang dah lama dia tanam.

Waktu paling ideal untuk jual emas hanya 3 keadaan sahaja;

  1. Peluang tukarkan kepada aset menguntungkan - contohnya, beli rumah pelaburan di bawah harga pasaran.
  2. Sudah capai matlamat tabungan - contohnya, dah sampai masa pergi haji, hantar anak ke universiti
  3. Berlaku hal kecemasan, yang mana ketika itu duit dana kecemasan 3 bulan gaji sudah habis digunakan.

Itulah 3 keadaan yang sesuai untuk jual emas.

Kita tak akan jual emas-emas kita kalau hanya sekadar kaut keuntungan bila harga emas naik. Cara begitu cuma menjatuhkan taraf daripada aset mahal kepada aset yang murah. 

Menabung emas ni bukan macam main saham...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
21 September 2023
6 Rabiul Awwal 1445H

PERTAMA, tukar kepada aset yang lebih baik.

PERTAMA, 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝘀𝗲𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸; yang menghasilkan cashflow (pendapatan).

Antaranya,

✅ beli hartanah di bawah harga pasaran (capital gain),

✅ beli rumah yang boleh disewakan dengan sewaan berbaloi (cashflow),

✅ beli tanah yang mendatangkan hasil,

✅ beli saham syarikat berpotensi maju pada masa akan datang (beli untuk disimpan, bukan didagangkan),

✅ dijadikan modal kembangkan bisnes dan sebagainya.

KEDUA, bila berlaku hal-hal kecemasan

KEDUA, bila berlaku hal-hal kecemasan, ketika mana 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝟯 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀 digunakan (sebab hal yang mendesak).

KETIGA, bila capai target tabungan.

KETIGA, bila 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗿𝗴𝗲𝘁 𝘁𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻.

Contohnya;

✅ Sampai masa menunaikan haji

✅ Sampai masa anak nak masuk universiti

✅ Sampai masa mendirikan rumah tangga

✅ Sudah cukup deposit beli rumah duduk sendiri

✅ Sudah cukup untuk buat full-settlement hutang

Nak pakai duit tu dalam masa 6 bulan akan datang.

Kalau nak pakai duit dalam masa 6 bulan akan datang kerana 3 tujuan tersebut, saya sarankan jual emas sekarang. Kalau tak, teruskan menabung macam biasa. 

Persoalannya, kenapa perlu jual skg kalau nak pakai dalam masa 6 bulan akan datang?

Kenapa tak jual dalam masa terdekat yg memerlukan kerana 3 tujuan tersebut? Contoh seminggu sebelum nak guna wang tersebut ke. Kenapa mesti sekarang (ketika harga emas di puncak tertinggi)? 

Sebab selalu bila harga tertinggi ni, harga akan turun dulu sebelum naik balik. Cuma berapa banyak akan turun, tak siapa tahu. Walaupun akan turun, tetap ada potensi naik lagi dalam 6 bulan.

“Harga emas naik, jual semua untuk ambil untung. Lepas tu belanjakan sampai habis. Cara begitu tak membuatkan kita kaya. Secara idealnya, jual emas untuk ditukarkan kepada aset yang lebih baik. Supaya makin lama kita menabung emas, makin banyak harta kita.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 21 Februari 2024

“Saban tahun kita sentiasa dengar harga emas tertinggi dalam sejarah. Tapi tak pernah dengar harga terendah dalam sejarah. Nak menabung emas, tak perlu tunggu harga rendah baru beli. Sebab harga tinggi hari ini akan dianggap murah beberapa tahun akan datang.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 17 Julai 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>