MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Penyimpan Emas Tak Akan Rugi? Ini Sebabnya…

September 1, 2023

Mereka yang simpan emas tak akan rugi. Kalau tak tahu nak melabur di mana, selain dari ASB atau Tabung Haji, saya syorkan simpanlah emas fizikal. Ia jauh lebih selamat daripada melabur sana-sini yang akhirnya duit lebur gara-gara melabur.

Lepas 13 tahun bimbing penyimpan emas (sudah lebih 400,000 penyimpan emas bersama saya dan team), ini pemerhatian saya kenapa saya katakan tak akan rugi;

More...

1. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin menurun. Harga turun naik dalam jangka pendek itu perkara biasa.

Penyimpan emas berilmu, dia akan beli emas menggunkan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2 tahun ke atas.

Sejarah 20 tahun membuktikan harga emas naik secara purata 10% setahun.

2. Emas adalah duit tunai juga

Kalau perlukan duit tunai, dia boleh jual emas atau pajak sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot!  

Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit! Tak perlu bimbang pasal duit bila ada emas...

3. Harga barang naik, harga emas turut sama naik

Harga barang naik itu petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama.

Siapa simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan oleh inflasi atau risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang.

4. Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham

Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG.

Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap atau kekayaan dia dibekukan sebab simpan duit kertas atau aset-aset lain.

Selagi emas ada di tangan, kekayaan kita selamat. InsyaAllah.

Tapi pokok pangkalnya, kena ada ilmu. Bukan emas membuatkan kita kaya, tapi ilmu.

Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas! InsyaAllah...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
1 September 2023
16 Safar 1445H

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>