MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Terbaik Untuk Bertahan Ketika Ringgit Makin Lemah

July 27, 2023

Ringgit makin lemah, masih ada yang letakkan harapan pada orang politik?

Duit lemah maksudnya kuasa beli duit kertas ringgit Malaysia kita makin menyusut. Kita terpaksa bayar harga lebih mahal untuk dapatkan barang yang sama.

Jadi apa patut kita buat?

More...

Orang kebanyakan, salahkan orang lain. Salahkan kerajaan. Salahkan ekonomi dunia dan tak habis-habis mengomel "ekonomi sekarang tak okay..."

Ekonomi Sentiasa Tak Okay

Eh, ada ke zaman yang semua orang setuju ekonomi okay dan semua barang keperluan murah serta rakyat hidup senang lenang?

Sebenarnya "tak ada".

Sudah bertahun-tahun orang ulang percakapan yang sama, "ekonomi sekarang tak okay...". Dan cakap-cakap tu akan terus diulang-ulang dari tahun ke tahun...

Salahkan keadaan, itu paling mudah. Tapi ia tak mengubah apa-apa. Bahkan membuatkan kita makin tersepit.

Ada pilihan lebih baik berbanding salahkan keadaan.

4 Tip Untuk Terus Bertahan

PERTAMA, kawal perbelanjaan. Sentiasa berbelanja di bawah kemampuan. 

KEDUA, teruskan menabung sebahagian pendapatan setiap bulan, walaupun kecil. 

KETIGA, tabungan jangka panjang tukarkan kepada emas untuk selamatkan nilai kekayaan kita dari terus merosot. 

Mengharapkan dividen ASB dan Tabung Haji sangat tak memadai bila berhadapan dengan risiko kejatuhan ringgit.

Dan yang KEEMPAT, sentiasa cari jalan tingkatkan pendapatan

Kalau pendapatan kecil, jimat macam mana sekalipun pun tak banyak membantu untuk keluar dari kesempitan kewangan.

Maka tak ada cara lain, kena cari jalan besarkan pendapatan.

Cara Tingkatkan Pendapatan

Bagi yang kerja makan gaji, upgrade skill (tingkatkan kemahiran) sedia ada supaya majikan sedia ada sanggup bayar gaji lebih mahal. Kalau majikan sedia ada tak hargai skill tersebut, boleh cari majikan lain yang sanggup bayar lebih mahal pada skill dan pengalaman yang kita ada. 

Atau buat bisnes untuk cari sumber pendapatan tambahan di luar waktu kerja dan di luar tempat kerja. 

Berhentilah mengeluh dan menyalahkan sesiapa.

Apa pun kerajaan yang memerintah, sebenarnya tak ada kerajaan pun yang benar-benar peduli himpitan kewangan yang kita hadapi melainkan kita ambil tanggungjawab sepenuhnya pada diri kita sendiri.

Ekonomi Kita Bukan Di Tangan Kerajaan

Sesiapa pun memerintah, keutamaan mereka ialah survival politik mereka berbanding kita sebagai rakyat biasa.Inilah yang sentiasa diingatkan oleh Robert T. Kiyosaki dalam buku-bukunya bila bercakap tentang kerajaan.

Lepas beberapa kerajaan bertukar tangan dan kita sudah lihat corak pentadbiran semua blok parti politik yang bertanding, masih ada ker yang percaya kerajaan baru yang akan dibentuk akan datang akan menjadikan rakyatnya senang dan kaya raya?

Erm... Saya pilih untuk tak percaya janji-janji orang politik... Apa parti sekalipun...

Kewangan kita, tanggungjawab kita...

Zulkifli
Cyberjaya
5 Julai 2023
16 Zulhijjah 1444H

#TipKewanganPeribadi #TipKejayaan

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>