MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Harapkan Tongkat Kerajaan

March 22, 2016

Jangan harapkan kerajaan untuk kita jadi kaya dan keluar daripada masalah.

Mana-mana pun kerajaan memerintah, keutamaan mereka adalah survival politik mereka. Bukan tentang kesejahteraan kita.

Bahkan ada kerajaan yang sanggup memperjudikan masa depan rakyat dan negara, hanya untuk menyenangkan hati rakyat dan mendapat undian daripada rakyat.

Survival dan Kebijaksanaan Kerajaan

Dalam banyak tulisan Robert Kiyosaki, beliau selalu ingatkan, jangan harapkan kerajaan untuk urus kewangan kita. Kita mesti ambil tanggungjawab penuh tentang kewangan kita sendiri.

Bagi beliau, kerajaaan tak mempunyai kebijaksanaan dari sudut mengurus kewangan demi kepentingan rakyat. Kerajaan hanya pandai kutip duit kita (rakyat) melalui cukai dan skim-skim simpanan (hari tua) dan membelanjakannya...

Strategi kerajaan lebih cenderung kepada survival politik, bukan sangat pasal survival rakyat.

Jadi jangan tunggu bulan dan bintang dari kerajaan. Jangan mengharapkan janji-janji kerajaan. Jangan tunggu BRIM, jangan tunggu rumah PRIMA, jangan tunggu subsidi itu ini, tetapi binalah kekuatan ekonomi kita sendiri.

Buang Mentaliti Subsidi

Bagi saya, MINDA SUBSIDI perlu dibuang jauh-jauh kalau nak maju!

Saya tak pernah jumpa orang berjaya yang akhirnya dia kaya dengan mengharapkan BANTUAN KERAJAAN.

Sebaliknya mereka berjaya kerana mereka berusaha berdiri di atas kaki sendiri. Dan mereka membayar harga untuk sebuah kejayaan.

Bila nak belajar, mereka tak menunggu kursus-kursus percuma dari kerajaan, tetapi mereka bayar kursus-kursus itu dengan duit mereka sendiri.

Bila nak berniaga, mereka tak mengharapkan bantuan modal dari kerajaan, tetapi mereka usaha dengan apa modal yang ada ditangan mereka sendiri.

Pengalaman Chef Li

Semasa beberapa kali saya ikuti kursus usahawan makanan bersama Chef Li (Dato Dr Rusly Abdullah, penulis buku “Jutawan Senyap”) satu ketika dahulu, beliau sentiasa bagitahu; tak pernah ada mereka yang hadir ke kursus beliau atas tajaan kerajaan akhirnya berjaya dalam perniagaan.

Tak pernah ada.

Bahkan kebanyakkan yang datang itu tak bersungguh-sungguh untuk belajar dan tak menghargai ilmu yang diajarkan. Mereka semua tak ke mana kata Chef Li.

Barangkali sebab barang percuma (kerajaan yang bayarkan), maka ianya tidak berharga.

Bayar Harga Sebuah Kejayaan

Semua murid beliau yang berjaya ialah mereka yang keluarkan duit sendiri untuk belajar.

Bila keluar duit sendiri, mereka lebih bersungguh-sungguh untuk belajar dan lebih menghargai ilmu tersebut.

Kalau kita perhati, masyarakat Cina yang menguasai sebahagian besar rangkaian ekonomi di Malaysia, agak-agaknya berapa banyak SUBSIDI dan bantuan kerajaan yang mereka terima?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri...

Barangkali disebabkan tongkat itulah yang membuatkan kita tak mampu berdiri sendiri...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
22 Ma 2016
13 Jamadil Akhir 1437H


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • sebenarnya ada usahawan yg berjaya menggunakan loan dari kerajaan seperti TEKUN dan PUNB..bisnes mereka berkembang.sy sendiri meminjam dari TEKUN dan PUNB untuk besarkan lagi perniagaan sy yg sediaada..tiada masalah,bayaran balik sy gandakan hasil dari keuntungan.cepat habis..bagi sy masalah utama ialah jika bermula bisnes dgn loan.disiplin kita mudah goyang dgn tuntutan kehendak.kita boros tanpa sedar…loan/subsidi adalah perangkap naluri.
    tapi jika sekadar hendak berniaga jual nasi lemak,jual kek,jual kueh mueh,jual topup kad pon start pakai loan mmg bermasalah…bagi sy loan sesuai digunakan bisnes yg memerlukan modal besar seperti kedai dobi self servis,kedai motor,bangkel kereta dll…sebagai suntikan bukan pemula..

    • Masalahnya orang yang betul2 layak terima bantuan ni tak dapat pun peluang tu, tapi kebanyakan yang bertongkat ni tak berjaya sebab bantuan tu datang secara ‘wahyu’. Bayangkan kita minta tukang kasut buat songkok kita. Apa jadi dengan songkok tu nanti?

      • Mungkin yg tidak layak dapat kerana paperworknya tidak kemas.detail bisnes xde atau pakai copy paste dari paperwork org lain..dahulu sy buat paperwork saja setebal novel cinta..org kata x perlu,membazir..tapi hasilnya menjadi.yg penting sekarang sy dah ada track record yg baik..

        • Cerita pasal paperwork la kan, dulu ada anak muda graduan nak buat ladang feedlot. Dia buat paperwork sangat lengkap, tujuannya nak dapatkan sebidang tanah daripada kerajaan N9 untuk projeknya. Lagipun projek ni untuk food security. last2, apa pun tak dapat. Tiba2 keluarga seseorang (suami la) ambik je paperwork tu, dapat tanah kat Gemas, dapat loan RM250j dengan faedah hanya 2% sahaja untuk usahakan feedlot ni. Tapi hasilnya? jadi la kan, orang lain yang harapkan tongkat, orang yang boleh berlari pula dibaginya tongkat. Wassalam.

  • Saya sendiri merupakan kakitangan kerajaan. tetapi masih merasa tidak selamat dengan kewangan sekarang. Sedang berusaha untuk mengembangkan perniagaan yang mulanya dimulakan secara online di internet..

    Mungkin saudara boleh beri sedikit komen tentang perniagaan atas talian atau perniagaan offline dengan membuka kedai/ premis perniagaan

    • Pn.Nurul ni rasa tak selamat sebab hutang banyak dan belanja lebih dari pendapatan. Baca balik artikel pasal hidup bawah kemampuan tu. InsyaAllah cukup dan berkat rezeki yang kita terima. lagipun sebagai penjawat awam, untuk kemaslahatan umum banyak pahal yang puan dapat bila bekerja dengan ikhlas.

      • Alhamdulillah..sy bersyukur mnjadi penjawat awam..n dgn kemudahan sbg penjwat awam juga sy gunakan kelebihan utk beli rumah n sewakan..setakat ini sy baru mempunyai 2 buah rumah flat kos rendah yg disewakn lingkungan 500-600 sebulan…salah sebuah artikel tuan zulkifli bkenaan 2 kerugian beli rumah paling mampu mmberikn saya pnfuan utk mbeli rumah tsebut..

        Cuma, pd pndpt sy, bekerja sebagai pnjawat awam ni mnjd kn kita berasa terlalu selesa sbb setiap bln kita akn mnerima gaji tidak seperti mereka yg bkerjavatau membuka perniagaan sendiri dan tidak terikat dgn jadual kerja 8pg-5ptg..

  • Tuan, bila jual beli emas ni ada susut nilai bukan? Bagi barang kemas biasanya berapa peratus, manakala bagi emas jongkong/coin seperti public gold pula apa peratusan susut nilainya. Ramai yang tak tahu benda ni. Boleh jelaskan?

      • Saya ingatkan barang kemas je ada susut nilai sebab susut nilai tu biasanya upah tu kan. Rupanya Emas Public Gold pun ada juga ke. Kalau macam tu, masa beli emas 1 gram RM160, bila emas naik jadi RM170 masa nak jual tu cuma dapat RM156.40 sajala.

        • Susut nilai tu bukan upah. Ia perbezaan harga Jual dan harga Beli balik semasa.

          Tak ada orang jual emas fizikal dalam dunia tanpa susut nilai (spread). Kalau tak ada spread, seminggu berniaga dah boleh lingkup peniaga emas tu.

  • Kadang kala, ILMU itu penting bagi menentukan hala tuju seseorang. Andainya dulu, datuk harapkan bantuan kerajaan, anaknya akan ikut, maka cucunya juga akan ikut. Jadi, tidak pelik kalau setinggi mana pun belajar, pasti akan ad suara2 bertanya ” tidak mohon kerja kerajaan ke”. Sebab bagi mereka, aturan itu telah kekal sejak datuk dan ayah mereka lagi. Mengeluh pada gaji yang statik dan kenaikan yang rendah ditambah bebanan GST, melayu khususnya paling bersorak kalau dapat tahu nilai BRIM akan naik tahun demi tahun. Perit untuk katakan tetapi itu lah yang harus diterima. Jiwa subsidi masih menebal dalam masyarakat kita

  • Zaman skrg bisnes MLM sgt mudah utk jana pndapatan besar..
    Sy ada kenal sorang sifu MLM yg sy kira jujur di mata sy..sy kenal secara xsengaja dr flyes yg sy jumpe di puduraya semasa sdg tercari2 pluang bisnes.. Tahun 2010..
    Alhamdulillah Allah temukan sy dgn sifu yg baik,bagus dan jujur..bukan jenis lompat2 company Dn sy kira ramai juga yg sependapat dgn sy..sesiapa yg kenal beliau mmg ramai akui beliau baik dn mmg guide kite utk berjaya dlm MLM smpi berjaya.. Maafkan sy kalau sy khilaf.. Tuan yg sy adalah Tuan Fauzi Misnan.
    Walaupun sy dah xbuat MLM skrang..tp beliau berjaya buat sy ubah mindset dari seorg yg mkn gaji kpd mindset seorang usahawan..
    Mudah2an Allah memberkati tuan fauzi misnan dan Allah panjangkan umur beliau..supaya dapat.melahirkan lebih ramai lg usahawan di malaysia..
    Sesiapa yg nk kenal atau follow beliau..boleh google je nama Fauzi Misnan..
    Ikhlas dari sy..
    hanya sekadar perkongsian shja..untuk org yg dahagakan kejayaan dlm dunia MLM.. Untuk berjaya falam MLM perlu berguru dgn leader yg betul..
    Semoga Allah memberkati umur..berkati pendapatan dan berkati usaha kita dizaman yg serba mencabar ini.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >