Ketika saya tahu pendapatan beliau seorang guru KAFA dengan anak-anak yang ramai, saya rasa bersalah ketika membiarkan Pn Khadijah (Acha) bersama suaminya membeli dua gelas kopi Starbuck ketika kali pertama sessi personal coaching dengan saya di Starbuck Cyberjaya.
Tanpa ada sedikit pun nampak keluhan pada riak muka beliau dan suami membayar 2 gelas ‘kopi kayangan’, saya nampak beliau serius datang nak belajar untuk kukuhkan kewangan dan bina kekayaan.
Kalau saya tahu, saya yang akan bayarkan untuk mereka. Sebab saya tahu, dulu pun saya pun tak akan beli secawan kopi semahal itu.
More...
Kami Dulu Pun Miskin Bandar
Tapi melihat pada kesungguhkan mereka datang belajar, saya percaya mereka juga akan berjaya.
Dan sentiasa doakan kejayaan buat mereka berdua.
Sebenarnya latarbelakang mereka hampir serupa dengan kami suami isteri.
Pendapatan cuma satu. Pendapatan sangat kecil. Tinggal di bandar metropolitan. Tapi mempunyai tanggungan anak ramai.
Sebenarnya, itulah kehidupan saya dan isteri kira-kira 15 tahun lalu.
Hidup miskin, tapi mempunyai cita-cita yang besar.
Jalan Short-Cut Bila Bermentor
Cuma untungnya mereka, mereka ada kami sebagai mentor.
Yang dulunya kami juga dari golongan B40. Hingga akhirnya kami mencapai apa yang capai pada hari ini - tak bekerja pun ada pendapatan. Alhamdulillah.
Kerana dengan bermentor, beliau tak perlu lagi lalui perjalanan yang panjang dan berliku macam apa yang kami lalui.
Tak perlu buat kesilapan-kesilapan yang pernah kami lakukan.
Sebaliknya mereka ikuti sahaja jejak short-cut yang kami sediakan untuk mereka.
InsyaAllah mereka akan sentiasa berada dalam landasan yang betul untuk capai financial freedom.
Boleh Survive Walaupun Pendapatan Kecil
Ketika orang kebanyakan mengeluh tak boleh menabung setiap bulan sebab harga barang mahal, dan kos sara hidup meningkat.
Tapi mereka berdua, walaupun anak dah nak masuk 6 orang, mereka tak ada hutang, dan boleh terus menabung emas setiap bulan secara konsisten .
Sambil menabung emas, mereka juga belajar membina pendapatan pasif sambil menabung emas bersama Public Gold.
Bila dapat pendapatan tambahan, mereka tak sesekali tingkatkan perbelanjaan ataupun hutang.
Sebaliknya mereka tambah tabungan.
Saya yakin tabungan emas mereka jauh lebih banyak dari mereka yang berpendapatan 4 - 5 kali ganda daripada pendapatan mereka! Alhamdulillah.
Prinsip Kewangan Untuk B40 Menjadi T20
Sekarang mereka dalam proses nak beli rumah pelaburan pertama walaupun hanya bergaji seorang guru KAFA.
Kejayaan meninggalkan jejak.
Walaupun masih B40, mereka sudah nampak jejak untuk naik jadi T20 dalam masa 3 - 5 tahun dari sekarang. InsyaAllah.
Saya yakin, sesiapa pun boleh jadi seperti Pn Acha dan suami. Amalkan sahaja prinsip kewangan yang sudah kami amalkan bertahun-tahun ini, iaitu:
- Hidup di bawah kemampuan. Ukur baju badan sendiri. Jangan berbelanja ikut kemampuan, tetapi berbelanjalah ikut keperluan.

- Jangan sesekali beli secara hutang. Kalau tak mampu beli sesuatu barang secara tunai, maksudnya kita tak mampu. Jadi kena menabung dulu. Bila duit dah cukup, baru beli.

- Konsisten menabung emas setiap bulan, walaupun kecil. Paksa diri menabung sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan melalui Akaun Emas GAP. Menabung bukan tentang berapa jumlahnya, tapi tentang disiplin dan tabiat.

- Fokus tingkatkan pendapatan. Menabung sahaja tak cukup, tapi kena cari jalan tingkatkan pendapatan. Bagi yang sudah konsisten menabung emas Public Gold, belajarlah cara jana pendapatan pasif sambil menabung emas. Gunakan pendapatan tambahan tu untuk tambah tabungan emas dan bina harta.

- Sentiasa tambah ilmu tentang kewangan. Baca buku, dan hadiri seminar tentang kewangan. Bagi murid-murid saya, mereka hanya ikuti sahaja program yang sudahpun disusun oleh saya bersama team G100 Network.

- Sentiasa berada dalam circle yang betul. Iaitu circle mereka yang sama-sama sedang berusaha bina kekayaan dan capai financial freedom. Tinggalkan circle yang toksik, kerana circle itulah yang akan menentukan siapa kita pada masa depan. Bak kata John C. Maxwell "Show me your friends and I'll show you your future."
- Cari mentor, iaitu mereka yang sudah terbukti capai apa yang kita nak capai. Gunakan otak mereka. Otak kita simpan dalam peti ais dulu.
Amalkan 7 prinsip kewangan ini dengan konsisten dan sabar. Sesiapa pun pasti akan berjaya. InsyaAllah.
Zulkifli

Cyberjaya
7 Mac 2023
14 Sya’ban 1444H
Coretan FB berkaitan:
Artikel berkaitan:
- Cara Betul Semak Cashflow Sendiri dan Bebas Masalah Kewangan
- Tak Bawa Shopping, Tapi Anak Tetap Happy!
- Tip Cukupkan Dana Pendidikan Anak-anak Ketika Gaji Kecil
- Berbaloikah Isteri Keluar Bekerja?
- Cara Selesaikan Konflik Bajet Suami Isteri
- Simpan Duit Awal Bulan, Akhir Bulan Korek Balik!
- Jimat 85% Buat Roti Canai Sendiri Di Rumah
- Hutang Memerangkap Masa Depan Keluarga
Sayalah insan yang bernama acha khadijah pertama kali baca artikel guru emas saya ini rasa sebak berair mata, saya akui segala yang guru saya ceritakan ini adalah benar.
Bukan mudah tapi semuanya akan menjadi mudah bila ada ilmu dan tekad yang besar di dalam hati.
Hidup kami sehingga ke hari ini masih seperti 11 tahun yang lalu ketika beranak 1 hingga anak nak masuk 6.
Kami amalkan prinsip berbelanja di bawah kemampuan, bukan tak mampu nak makan di kedai makan yang mewah atau makanan kfc Mcd, tapi mengenangkan kami punyai impian besar untuk dapatkan rumah pelaburan pertama kami ketepikan rasa hati itu.
Kami jadi semakin kreatif , anak² dapat makan kfc tapi ayah belikan seekor ayam dan buat sendiri resipi kfc hasil air tangan ayah.
Ketika orang ramai mengatakan mesti kena bawa anak² berjalan hibur bahagiakan anak-anak..
Kami juga buat begitu tapi dengan cara yang istimewa. Kami bawa anak-anak berhibur di pantai cari remis siput sama-sama, kami bawa ke sungai masak siap-siap tanpa keluarkan modal makan yang besar.
Ketika orang lain kata hutang banyak nak menabung tak dapat, kami usahakan beli barang tanpa hutang, kami pakai kereta saga kereta kebal dari anak 1 sampai 5 berhimpit² sabar pakai saja kereta apa yang ada kerana guru acha katakan kereta ini kegunaannya hanyalah untuk sampai dari point A ke point B.
Begitulah sedikit sebanyak yang kami lalui hingga ke hari ini.
Acha insan yang tak punya apa-apa tapi penuh impian yang besar dan yakin akan berjaya bila bermentorkan guru emas dan kewangan acha Tuan Mohd Zulkifli dan Puan Najdah.
Merekalah inspirasi hidup kami.
MasyaAllah. Terima kasih Pn Acha atas sharing diruangan ni. Mudah-mudahan jadi inspirasi untuk orang lain juga. InsyaAllah.