MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Berbaloikah Isteri Keluar Bekerja?

October 11, 2016

Salah satu pertimbangan penting untuk isteri bekerja (atau patut terus bekerja) ialah gaji yang dia terima berbanding kenaikan kos sara hidup disebabkan dia bekerja.

Bila isteri bekerja, kos tambahan yang perlu dipertimbangkan ialah:

  1. Kos hantar anak ke nuseri,
  2. Kos pengangkutan isteri pergi kerja,
  3. Kos makan meningkat disebabkan tak sempat memasak,
  4. Kos bayaran van sekolah, dan
  5. Kos kenaikan gaya hidup!
  6. Dan lain-lain kos (sila tambah sendiri) termasuk MASA bersama anak-anak dan masa melayan suami yang lebih terhad.

Kalau ianya tak berbaloi berbanding gaji yang diterima, lebih baik isteri duduk di rumah dan belajar jana pendapatan dari rumah sahaja.

Jangan sampai dia “pergi kerja untuk cari duit, tapi akhirnya duit habis untuk pergi kerja” sahaja.

Back to square one!

Kerjaya Sebagai Suri Rumah

Bila isteri jadi suri rumah, bukan bermaksud isteri tak bekerja, tetapi kerja isteri ialah sebagai suri rumah - mengurus anak-anak dan rumah tangga.

Cuba tanya wanita yang pernah bekerja pejabat, lepas itu berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa, yang mana lebih penat samada kerja di pejabat atau di rumah?

Saya jamin, jawapannya ialah kerja di rumah!

Maksudnya, jadi suri rumah bukan boleh “goyang kaki”, tapi tanggungjawab dan bebanan kerjanya lebih besar.

Kalau isteri tak bekerja di rumah, kita terpaksa bayar orang lain untuk kerja-kerja itu i.e. nuseri, van sekolah, pembantu rumah, kedai makan dan lain-lain.

Kerja-kerja isteri yang itu sahaja sebenarnya sudah menjimatkan kewangan keluarga sekurang-kurangnya RM1,000 – RM2,500 sebulan.

Penjimatan Bila Isteri Bekerja Di Rumah

Bagi mereka yang ber-anak 8 orang macam kami, penjimatan itu mungkin mencecah sehingga RM4,000 sebulan.

Itu belum dikira faktor lain seperti dapat berikan lebih perhatian kepada anak-anak, dan juga kesannya kepada peningkatan prestasi suami dalam kerjaya disebabkan dapat berikan lebih fokus dalam kerjanya.

Kalaupun isteri belum dapat menjana pendapatan sambilan dari rumah, bukankah peranan itu sahaja sudah memberi sumbangan besar terhadap kewangan keluarga?

Isteri Jana Pendapatan Dari Rumah

Pada saya, walaupun seorang suri rumah, isteri perlu juga belajar menjana pendapatan secara sambilan dari rumah disamping menjaga rumahtangga dan anak-anak.

Di rumah kita itu sebenarnya penuh dengan alat yang boleh buat duit. Kita cuma perlu celik dan belajar sahaja;

Dari oven itu boleh keluar duit.

Dari kuali itu boleh keluar duit.

Dari UNIFI dan handphone itu pun sudah tentunya boleh keluar duit.

Dan banyak lagi barang yang ada di rumah itu memang boleh keluar duit.

Duit yang dapat itu nanti, boleh dijadikan sebagai tambahan “Duit Poket Isteri” ataupun boleh juga sebagai tambahan bajet keluarga.

Dan lebih penting, jika kematian suami, isteri tak ada masalah untuk jana pendapatan sendiri walaupun dari rumah.

Bak kata Chef Li penulis buku “Jutawan Senyap”, jadikan keusahawanan sebagai BUDAYA dalam keluarga kita, insyaAllah.

Duit Poket Isteri

Akhir sekali tentang “Duit Poket Isteri”.

Saya perhati, ramai dikalangan wanita tetap mahu bekerja sebab nak ada duit sendiri. Dan bagi saya, kalau isteri bekerja sebagai suri rumah pun, suami kena bagi juga Duit Poket untuk isteri.

“Duit Poket” itu bukan duit belanja dapur, bukan duit keperluan rumahtangga dan bukan juga keperluan diri dia, tapi duit untuk dia beli apa yang dia suka.

Mungkin untuk “reward” diri dia setelah penat di rumah (i.e. ingat, kerja di rumah lebih penat berbanding kerja di pejabat).

Kalau tiba-tiba isteri nak beli apa sahaja yang dikategori sebagai BUKAN KEPERLUAN, maka duit poket itu adalah hadnya. Belilah apa sahaja yang dia mahu…

Kalau kewangan terhad, berikan berapa sahaja jumlah yang kita (suami) mampu. Dalam masa sama, kita kena tunjuk contoh kepada isteri; kalau duit poket dia sedikit, duit poket kita juga sedikit.

Itu baru dinamakan demokrasi terpimpin... ☺

Zulkifli
Damansara Damai
11 Oktober 2016
10 Muharram 1438

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • good artikal,cuma nak tambah ada juga isteri sengaja ingin berkerja hanya kerana inginkan kebebasan dan tidak mahu di cop malas oleh rakan2 yg lain.
    bukan kerana faktor kewangan

  • Pernah ada rakan tegur saya bila kata isteri tak bekerja,dia kata isteri kita bekerja suri rumah lebih besar pengorbanannya sebab tiada gaji tiada cuti.Suami sepatutnya menghargai dengan membawa mereka bercuti atau memberi sedikit saguhati samada wang,emas atau benda yang dia sukai.sekarang bila orang tanya ja isteri kerja apa saya menjawab suri rumah.

  • Orang sekarang majoriti isteri bekerja hanya untuk menampung hutang sebenarnya. Bayngkan hutang kereta dan rumah habis gaji suami. Jadi gaji isteri nak tampung perbelanjaan rumah. Itulah realiti hari ini sebenarnya. Yang kaya adalah bank.

  • Apa pendapat en.zul jika suami mencarum KWSP untuk isteri yang hanya surirumah sepenuh masa…?

    atau ada cara lain…

    Tq.

  • Lebih berbaloi duduk dirumah. Mula – mula jer masalah timbul terutama kewangan tapi lama-lama insyallah semakin baik.Saya sendiri pun dekat – dekat 6 bulan juga untuk stabil.Tapi seronok tengok anak-anak depan mata kata isteri saya..Cuti pulak pack barang terus jalan.Tak perlu isteri nak adjust cuti dia kalau dia kerja. Cuma betul cakap tuan kena pandai cari pendapatan tambahan.Start jer dulu..adjust kemudian.
    Penghargaan untuk isteri bagi saya kena bagi.Letih…jadi surirumah ni.Banyak dah berkorban untuk kita.

  • memang bagus isteri jadi suri rumah.dengan syarat kita buat persiapan untuk isteri dan anak2.contoh insuran..duit saving dlm tbg haji atau asb..jika umur kita x pnjg insyallah isteri kita dpt la survive dgn anak2..pendapat sy jew..tq tuan zul

  • Isteri saya start berhenti kerja tahun 2011. Mulanya memang fikir ‘macam’ tak cukup duit nanti tapi perancangan Allah Yang Maha Kaya Lagi Maha Mengetahui, Alhamdulillah kami mampu teruskan sehingga ke hari ini.

    Yakin lah dengan Allah Yang Maha Kuasa.

  • Saya sebagai seorang isteri yang bekerja lebih dari 20 tahun. Sehingga kini masih tidak mampu membuat simpanan tetapi hajat hati nak sangat jadi suri rumah sepenuh masa. Cuma kebimbangan saya, macamana nak selesaikan hutang-hutang rumah, kereta dan kad kredit sebab selama ini saya yang terpaksa menanggung semua komitmen ini. Semua hutang atas nama saya sebab suami tiada pekerjaan tetap. Jadi tak layak nak buat pinjaman. Pendapatan suami sekadar mampu tampung perbelanjaan bisnes dan makan kami sekeluarga. Setakat kemampuannya..kalau tak saya terpaksa top up. Apa pandangan saudara?

  • Assalamualaikum Encik Zul ,

    untuk memastikan isteri boleh tidak bekerja , suami kena pastikan bahawa dirinya ada insurans supaya apabila berlaku apa2 kelak , isteri tidak putus harapan /tidak terduduk .

    isteri pula memang kena pandai jana pendapatan sendiri seperti yang Encik tulis itu.
    banyak pengalaman saya lihat rakan2 sekerja yang meninggal kemalangan mahupun yang meninggal mengejut, isteri mereka kena bermula daripada KOSONG . mereka kena mula pandai menjana pendapatan sendiri, mula berdikari, belajar pandu kereta , belajar bayar bil sendiri dan sebagainya .

    sekarang ini ramai guna ayat ‘ zaman sekarang kalau suami isteri tidak bekerja , belanja bulanan tidak mencukupi’ .
    setakat manakah ayat ini benar ? mungkin ada benarnya jika perbelanjaan lagi besar daripada pendapatan tetapi tidak benar kepada yang bijak urus perbelanjaan malah boleh buat SIMPANAN.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >