Parking apartment dah mula kosong.
Kawasan apartment pun dah mula sunyi sebab ramai orang dah pergi kerja.
Jam di tangan saya menunjukkan pukul 9.30 pagi. Saya tengah teman anak-anak bermain di playground sambil membelek-belek buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary. Suasana agak sunyi, angin waktu dhuha bertiup sepoi-sepoi bahasa sungguh mendamaikan.
Inilah antara kehidupan yang saya impikan sejak 10 tahun lepas. Saya nak jadi bapa full time. Iaitu bina kerjaya saya disamping keluarga, bukan keluarga disamping kerjaya. Keluarga no. 1, kerjaya no. 2.
Antara yang membelengu saya masa kerja sebagai eksekutif di dunia koprat dulu ialah waktu bersama anak-anak. Saya nampak, kalau saya terus buat apa yang saya buat, hidup saya akan semakin sibuk. Apa yang berlaku kepada senior saya sebenarnya itulah masa depan saya. Sibuk kerja yang tak ada kesudahan. Jadi saya fikir, saya perlu bina kerjaya yang boleh dapat apa yang saya impikan.
Saya bekerja, dan dalam masa yang sama saya perlu bina kerjaya kedua saya melalui bisnes. Saya bangun sebelum anak bangun. Settlekan beberapa hal bisnes, siap-siap pergi kerja dan kelam-kabut hantar anak-anak ke sekolah. Habis petang waktu kerja, saya sambung urusan bisnes. Tiap-tiap hari saya sampai depan pintu rumah lepas pukul 11.00 malam. Saya dah letih, anak-anak dan isteri pun biasanya dah tidur.
Impian Menjadi Baga Sepenuh Masa
Kalau ada yang belum tidur, itulah rezeki saya untuk waktu bersama dengan mereka. Kalau tak, cuma hujung minggu jer. Anak-anak terperuk dalam rumah seminggu. Itupun kalau saya tak ada apa-apa seminar atau kelas berkaitan bisnes hujung minggu. Jadi bila dapat waktu untuk bersama dengan anak-anak, itu antara nikmat yang sangat mahal bagi saya.
Jadi bapa full time ni tak glamour tapi ia cukup bermakna. Office saya di rumah jer.
Satu bilik saya jadikan pejabat operasi bisnes saya. Waktu rehat bekerja, itu waktu untuk kemas rumah, mandikan anak-anak yang kecil, kekadang suap anak-anak makan, bermain dengan anak-anak, dan melayan kerenah anak-anak semestinya. Walaupun tak glamour tapi itulah kekayaan bagi saya.
Kekayaan Adalah Kebebasan
Bagi saya, kekayaan bukanlah kemewahan tapi kekayaan adalah kebebasan. Bebas untuk buat apa yang bermakna dalam hidup saya.
Walaupun dari susut penampilan, saya lebih kurang sahaja dengan jiran-jiran saya. Saya pakai kereta yang biasa-biasa sahaja. Tak pernah beli kereta baru, pakai yang 2nd hand jer. Duduk di rumah apartment kos sederhana. Rumah pun basic jer (tak sempat renovate). TV pun masih TV lama yang besar gedabak. Beli motor pun yang second hand.
Tapi alhamdulillah, Allah bagi saya kebebasan masa dan sedikit kesenangan dari sudut kewangan. Lebih baik berbanding waktu bekerja dulu.
Allah bagi saya bebas masa untuk bersama anak-anak. Allah bagi saya kemampuan untuk sentiasa tambah pemilikan hartanah melalui hasil bisnes, insyaAllah. Dan saya tak menanggung sebarang bebanan hutang (bad debt). Alhamdulillah.
Hadiah Menghargai Waktu Berbaki
Bila saya pandang balik kebelakang, ini adalah hadiah dari sifat Ar-Rahman Tuhan atas kerja keras saya dulu. Waktu yang terhad dulu memaksa saya hargai setiap waktu berbaki untuk membina bisnes saya sendiri.
Saya tak ada masa tengok Maharaja Lawak dan cerita Hantu Kak Limah, tapi saya ruangkan masa untuk ikuti seminar-seminar daripada orang berjaya. Saya tak ada masa untuk layan sembang berlebihan di group wassap dan cek status orang lain di facebook, tapi saya update status ilmu yang saya belajar di blog dan facebook. Saya tak ada masa untuk baca Harian Metro, majalah Mangga, cerita-cerita artis dan surat khabar, tapi saya manfaatkan masa saya untuk baca buku-buku yang bermanfaat untuk masa depan saya.
Dan hasilnya ialah apa yang saya dapat pada hari ini. Bukanlah bagus sangat, tapi cukup untuk saya jadi seorang bapa yang full time, meruangkan waktu bila-bila masa sahaja keluarga saya perlukan (tanpa minta izin boss) dan mengisi saki baki umur muda dengan apa yang bermakna dalam hidup saya. Alhamdulillah…
Pahat Impian Dalam Minda
Jadi nasihat saya, kalau sahabat pembaca ada impian hidup, jangan sekadar berangan-angan dalam kepala, tapi ambil kertas dan tulis.
Jadikan anak-anak sebagai sumber inspirasi, bukan sebagai alasan untuk hadkan usaha kita. Lekatkan impian hidup tu di meja workstation, peti ais di rumah, dan bilik tidur! Baca impian hidup tu tiap-tiap hari. Nanti lama-lama akan masuk dalam sub-conciuos mind.
Bila impian tu dah masuk dalam kepala, insyaAllah kita akan terus bekerja dan bekerja ke arah itu secara automatik tanpa perlu berfikir lagi.
Kita tak akan peduli apa orang kata dan apa orang fikir sebab kita ada impian besar. Sesiapa pun tak boleh curi impian kita. You are what you think. Sesungguhnya Allah itu di sisi sangkaan kita kepadaNya.
Kalau kita fikir kita boleh berjaya, Allah pasti beri apa yang kita impikan, insyaAllah. Bila mindset kita dah betul, sebenarnya impian kita sudah dekat. Kita buat kerja kita, biarkan Allah buat kerja Dia.
Allahu a’lam.
En. Zul,seronok dgr pasal kebebasan kewangan ni.sy bnyak ambil tips yg en zul bg..nak minta pendapat sikit,blh tak en zul bg tips yg berguna utk membeli tanah?apa yg perlu sy ambil kira?tq
Alhamdulillah.
Saya tak berapa arif tentang beli tanah. Cuma apa yang saya tahu, biasanya orang gandakan keuntungan dengan beli dan pecahkan lot. Lot-lot tu mereka akan jual.
Asalamulaikum..
Sy bahagia membaca setiap penulisan ustaz..memang sy juga impikan sebegini..berhenti dari kesibukan dunia dan byk masa bersama isteri dan anak-anak insyallah akan ada rezeki saya suatu hari nanti..
Terima kasih ustaz segala perkongsian ustaz sudah memang menjadi kebiasaan saya untuk membaca dan menanti penulisan baru dari ustaz.Setiap apa yg ustaz kongsi sy akan cuba perbaiki diri sy sendiri..
Wslm En. Rosdi,
Alhamdulillah. Letakkan matlamat dan usahakan dari sekarang. InsyaAllah, 5 tahun akan datang, sekurang-kurangnya kita akan lebih dekat dengan matlamat tu, insyaAllah.
salam En,Zul …
saya terkesan . tetiba teringatkan anak2 kt rumah pengasuh /kdg2 kt rumah nenek ( bila pengasuh ada hal kecemasan ).
Wslm Pn. Rohaizah,
Jadikan anak-anak tu sebagai inspirasi untuk terus maju. Kejayaan kita lebih bermakna kerana anak-anak.
Slm en zul.bestnye hidup mcm en zul..byk waktu bersama family..keje sendri..boleh sentiasa ke masjid..mslh sy sekarg..susah nk ikut mcm en zul..sy keje goment..br sahaja buat loan rumah dgn kjaan..lau resign memg mslh pd sy n family..tq.penulisan yg membina.
Wslm En. Lie,
Alhamdulillah.
Buat perancangan 5 – 10 tahun akan datang. Letakkan matlamat dan usahakan dari sekarang. InsyaAllah, 5 tahun akan datang, sekurang-kurangnya kita akan lebih dekat dengan matlamat tu, insyaAllah.
Slm En Zul. Terima kasih atas perkongsian hebat di blog En. Tiap hari tgk blog En utk tgk new entry… Moga lbh byk ilmu dpt dikongsikan. Wslm.
Wslm En. Khairul,
Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Terima kasih atas segala ilmu yang tuan kongsikan. Apa yang tuan lakukan sekarang ialah impian yang saya cuba penuhi. Tuan sumber inspirasi saya..
Alhamdulillah En. Shaharin. Saya doakan Allah melapangkan rezeki En. Shaharin juga. Amiin ya Allah.
Bruce Lee dan Jim Carrey juga menulis impian mereka sebelum berjaya.Nampaknya menulis impian mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan.
Betul En. Nashar. 🙂
Tuan Lie saya pun keje gomen.cuma kita perlu buat sesuatu untuk berubah.
Tahniah En. Zul,
Saya salah seorang dari beribu pembaca setia blog ini. Banyak ilmu saya dapat, dah boleh jadi mentor dalam ilmu kewangan dan emas. Bersyukur sangat, pernah jumpa tuan masa beli emas dulu.
Alhamdulillah En. Zaini. Mudah-mudahan ilmu dalam blog ni bermanfaat, insyaAllah.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Semoga Allah Maha Agung merahmati Ustaz Mohd Zulkifli sekeluarga.
Terima kasih kerana meletakkan pautan ‘TIPS URUS KEWANGAN’. Mudah bagi saya menarik perhatian rakan-rakan yang tercari-cari jalan penyelesaian masalah kewangan serta mengambil kesempatan mengajar anak-anak murid ilmu kebijaksanaan kewangan.
Saya tetapkan matlamat saya bebas dari hutang dalam masa 5 tahun dari sekarang dan bebas kewangan dalam 10 tahun, InsyaAllah.
Langkah pertama saya, dengan kenaikan gaji RM225 pada 25 September 2014 ini saya akan bermula dengan membeli emas 1g. InsyaAllah.
Hasil dari membaca buku ‘Rich Dad, Poor Dad’, saya ada suka-suka membuat soalan-soalan MCQ dan gunanya di dalam kelas Bahasa Inggeris. Memang mencabar minda anak-anak murid yang tak pernah belajar bab ini tapi tujuannya MCQ itu hanyalah sebagai pengisi masa dan pengenalan.
Boleh Ustaz download dari https://dl.dropboxusercontent.com/u/14826262/How%20to%20be%20Rich.docx
Cantik juga kalau dibuat MCQ untuk artikel-artikel dalam blog Ustaz sebagai ulangkaji dan uji kefahaman kita. Apa kata Ustaz?
Wslm En. Syed,
Amiin ya Allah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat.
Bagus perancangan En. Syed tu. Saya doakan Allah memberkati usaha En. Syed untuk bebas hutang dan bebas kewangan.
MasyaAllah, bagus questionnaire tu. Itu ilmu kewangan yang tak pernah diajar di sekolah dan universiti, tapi diamalkan oleh orang kaya-kaya di dunia.
Tahniah Zul & Najdah, moga dapat membangunkan baiti jannati utk melahirkan lebih ramai insan rabbani; anak-anak yang soleh dan solehah insyaAllah
Alhamdulillah. Amiin ya Allah.
Tahniah Tuan Zul dan isteri.
Satu perkongsian ilmu dan pengalaman yang bermanafaat untuk kita semua terutama untuk diri saya sendiri.
Artikel – artikel yang dihasilkan banyak membantu saya menguruskan kewangan peribadi yang tidak diajar di mana mana sekolah terutama di sekolah perubatan seperti saya.
Ianya banyak menyedarkan saya tentang hakikat kehidupan, kebebasan dan kewangan.
Mengenali tuan sekeluarga juga satu anugerah Allah buat insan kerdil seperti saya.
Terima Kasih
Alhamdulillah. Terima kasih Dr. kerana sudi berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah. 🙂
Assalamualaikum En. Zul,
Alhamdulillah Allah menemukan saya dengan blog ni. Banyak ilmu yang bermanfaat saya dapat contoh tips bebas hutang dan sedang mengamalkannya sekarang ni. Saya juga mempunyai impian seperti ini. Semoga Allah permudahkan urusan saya.
Wslm Pn. Nor Hidayah,
1. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
2. Bagus tu. Saya syorkan tulis impian tu, dan usahakan dari sekarang. At least 5 tahun akan datang impian tu lebih dekat untuk dicapai, insyaAllah.
Impian ku..
salam,blog ustaz byk beri tips yg sgt berguna..
terima kasih ya Allah kerana dipertemukan blog ustaz
Wslm Pn. Erma,
Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
Semua orang ingin mengutamakan anak-anak. Tetapi kadang-kadang kekangan hidup menyebabkan kita mengabaikan mereka dengan mengutamakan kerjaya. Bagaimana anak-anak boleh menjadi sumber inspirasi? Sedangkan mereka kita abaikan.