MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cukuplah Isteri dan Anak-anak Jadi Motivasi Buat Kita

August 5, 2023

Tak perlu cari jauh. Motivasi hidup kita sebenarnya dekat dengan kita. Iaitu isteri dan anak-anak kita sendiri.

Ketika saya masih lagi hidup sebagai miskin bandar, saya sudah pasang cita-cita besar dalam kewangan. Iaitu nak capai financial freedom - tak kerja pun ada pendapatan kukuh.

Bukan sebab nak hidup mewah. Tapi sebenarnya untuk jaminan isteri dan anak-anak yang saya sedang membesar. Saya henyak diri saya dalam bisnes (booster kekakayan) untuk mereka semua.

More...

10 Ahli Keluarga, 1 Pendapatan

Bila fikir pasal masa depan isteri dan anak-anak, sudah cukup memotivasikan saya untuk bekerja kuat.

Secara profesyennya, saya seorang Akauntan. Isteri saya suri rumah yang tak ada pendaptan. Kami ada 8 orang anak yang sedang membesar. 

Kalau apa-apa terjadi kepada saya, apakah nasib mereka semua kalau saya cuma bergantung gaji sebagai seorang Akauntan? 

Kalau saya mati, jawatan saya sebagai Akauntan akan digantikan dengan orang lain pada bila-bila masa. Tapi bagi isteri dan anak-anak saya, hanya saya sahajalah tempat mereka bergantung (sumber kewangan) untuk teruskan hidup. 

Kalau saya mati atau jatuh sakit, semuanya akan habis!

Bimbang Masa Depan Isteri dan Anak-anak

Bukan sedikit isteri yang terpaksa berkahwin lagi selepas kematian suami. Bukan sebab dia nak kahwin lagi, tapi sebab dia perlukan orang lain yang sara hidup dia dan anak-anak dia.

Walaupun jauh di lubuk hati dia masih sayangkan suami yang sudah meninggal dunia, tapi demi kelangsungan hidup, dia terpaksa kahwin lagi.

Saya faham, bukan mudah nak bina kekayaan dan membangunkan bisnes yang besar. Dunia bisnes ni keras, tak ada belas ihsan. Sesiapa sahaja yang buat bisnes, mesti pernah lalui fasa-fasa yang kita rasa down, sangat penat, dan mungkin rasa nak give-up!

Dan saya pun lalui perkara yang sama.

Pasti Akan Rasa Nak Give-up

Tapi setiap kali rasa nak give-up, saya fikir balik tentang masa depan isteri dan anak-anak. Saya tak ada pilihan lain kecuali saya kena berjaya.

Saya tak boleh 'berehat' selagi belum ada backup kewangan yang kukuh. Walaupun penat, susah, dan banyak halangan, saya kena hadap demi masa depan mereka. 

Supaya kalau "apa-apa terjadi" kepada saya, mereka semua tak perlu mengemis minta bantuan dan simpati dari sesiapa.

Memang kita sentiasa harapkan yang terbaik dalam hidup kita. Tapi setiap kita kena bersedia apa yang terburuk bakal terjadi dalam hidup kita.

Akhirnya kebimbingan saya tentang "apa-apa terjadi" tu benar-benar terjadi. Saya ditimpa musibah yang tak pernah saya fikir akan terjadi dalam hidup saya, iaitu dihumban ke dalam penjara (selama 2 tahun) atas kesalahan yang saya tak buat!

Tuhan Uji Tepat Waktunya

Tapi syukur alhamdulillah. Tuhan uji saya sekeluarga tepat pada waktunya. Itu ketika saya sudah capai status financial freedom.

Walaupun saya dikurung dan dipenjarakan selama 2 tahun, isteri dan anak-anak saya tak merempat. Mereka boleh terus hidup hasil dari harta yang sudah saya persiapkan untuk mereka.

Harta kekayaan utama yang saya wariskan kepada mereka ialah bisnes Public Gold di bawah G100 Network, yang saya dan isteri bina sejak 2010 lagi. Hari ini merupakan network terbesar dealer Public Gold yang memberikan servis kepada lebih 400,000 penyimpan emas seluruh Asia Tenggara.

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Bila faham peluang yang disediakan oleh Public Gold yang mana bisnes itu boleh diwariskan, saya tak pandang ke belakang lagi. Saya fokus, fokus, dan fokus!

Sebab bisnes Public Gold boleh diwariskan kepada isteri dan anak-anak saya kalau apa-apa terjadi kepada saya... 

Impian Besar, Cabaran Nampak Kecil

Jadi walaupun antara cabaran besar saya ialah anak-anak yang ramai, tapi saya tak jadikan anak-anak yang ramai halangan. Sebaliknya anak-anak adalah SUMBER INSPIRASI bagi kami supaya bekerja lebih kuat!

Kami membina bisnes ini untuk mereka semua. Impian kami untuk mereka.

Bila impian kita besar, cabaran besar nampak kecil. Tapi bila impian kecil, cabaran kecil nampak besar.

Kalau nak bina kejayaan yang besar pada masa depan, mulakan dengan impian yang besar. Kenalpasti apa PUSH FACTOR (apa yang kita takut terjadi) dan PULL FACTOR (apa yang kita nak capai).

InsyaAllah kita akan terus bermotivasi tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain.

Allahu 'alam.

Zulkifli
Cyberjaya
5 Ogos 2023
18 Muharram 1443H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>