MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tiru, Itulah Cara Tercepat Untuk Berjaya!

July 18, 2022

Tiru! Itulah cara sebenar manusia belajar.

Bayi yang dibesarkan dalam keluarga Melayu, maka dia akan bercakap bahasa Melayu, selera makan makanan Melayu, dan cara hidup dia juga Melayu.

Walaupun ibubapa kandungnya adalah Mat Saleh, tapi kalau dia dibesarkan dalam keluarga Melayu, dia tetap akan membesar dengan cara hidup orang Melayu.

Ini kerana Tuhan memang ciptakan kita belajar dengan cara meniru. Sejak dari kecil lagi, kita melihat apa yang orang lain buat, dan kita meniru apa yang mereka buat.

Walaupun tiru sering disinonimkan dengan kelakuan yang tidak baik, tapi itulah fitrah. Fitrah suka meniru sebelum berbuat sesuatu. Siapa tahu cara manfaatkan fitrah ini dengan betul, dia akan berjaya. Tiru untuk berjaya!

Sebelum buat sesuatu perkara, kita sering perhatikan apa yang orang lain buat. Walaupun tak faham, tapi kita cenderung terikut-ikut buat apa yang mereka buat sebelum fikir apa yang betul, dan apa yang salah.

Siapa Yang Kita Ikuti

Pernah satu ketika saya balik dari menyampaikan seminar di Indonesia.

Setibanya di terminal KLIA2, saya orang terakhir keluar dari pesawat. Bila masuk ke terminal, saya tengok semua orang bergerak menghala ke kanan, sedangkan Balai Ketibaan ke sebelah kiri.

Saya confuse! Kenapa semua orang bergerak ke kanan, sedangkan Balai Ketibaan di sebelah kiri? Mereka sudah jauh ke depan - menghala ke sebelah kanan!

Adakah saya yang silap atau mereka yang silap? Sedangkan pada waktu itu, KLIA2 tu sudah macam rumah kedua saya. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu saya terbang. Saya sudah familiar sangat dengan terminal KLIA2 tu.

Jadi saya tak peduli. Saya terus sahaja ke kiri menghala ke Balai Ketibaan. Setelah beberapa minit saya sampai ke tempat pengambilan beg, barulah saya nampak 'rombongan' mereka sampai. Memang saya betul.

Rupa-rupanya mereka semua bergerak ke kanan sebab orang paling depan yang silap. Jadi yang lain hanya ikut sahaja. Ikut dulu sebelum berfikir!

Hati-hati dengan siapa yang kita ikut. Siapa yang kita ikut itulah yang menentukan siapa kita pada masa depan. Itulah ibrah yang saya dapat dari peristiwa di balai ketibaan sebaik saja tiba dari Indonesia satu ketika dahulu.

Ikut Dulu Sebelum Berfikir

Dalam tak sedar, kita pun sama juga sebenarnya.

Sedang menunggu traffic light, tiba-tiba ada kenderaan lain bergerak (di sebelah), kita pun bergerak sama. Lepas bergerak (langgar traffic light), baru kita sedar rupa-rupanya lampu masih warna merah!

Kita nampak ada kenderaan lain bergerak, kita pun ikut sama bergerak tanpa berfikir! Itulah kecenderungan yang Tuhan sudah built-in dalam diri kita.

Kita belajar dan bertindak dengan cara meniru.

Jadi kalau nak berjaya, kita kena gunakan fitrah ini dengan cara yang betul.

Nak berjaya, kita tak perlu jadi super genius - perah otak untuk fikir sendiri daripada kosong. Sebaliknya, lihat sahaja contoh-contoh kejayaan yang sudah ada. Kita hanya perlu tiru dan buat yang lebih baik.

Itu namanya TIRUVASI. Meniru dan membuat inovasi. Jadikan ianya lebih baik.

Burj Khalifa dan KLCC

Waktu saya dan isteri ikuti trip Public Gold ke Dubai (akhir bulan Mei 2022 yang lalu), kami berpeluang ke Burj Khalifa, iaitu bangunan tertinggi di dunia.

Apa yang kami lihat, konsep bangunan Burj Khalifa itu sebijik macam KLCC (Kuala Lumpur City Centre). Di KLCC ada Suria KLCC (mall), di Burj Khalifa ada Dubai Mall, mall terbesar di dunia.

Di KLCC ada Aquaria, tapi Dubai Mall pun ada aquarium besar yang konsepnya sama macam Aquaria (tapi Aquaria jauh lebih besar). 

Di KLCC ada kolam air pancut yang besar, di Burj Khalifa pun ada juga, tapi ia lebih besar dari KLCC!

Kalau di KLCC ada Petrosains, di Dubai pun ada juga, tapi namanya Museum of The Future!

Mereka tiru KLCC, tapi mereka buat lebih baik lagi.

Itulah namanya INOVASI!

Dan kalau kita baca sejarah Dubai pun, Dubai memang dibangunkan hasil daripada inspirasi bandar-bandar termaju di dunia. Bermula dengan inspirasi dari pembangunan kota London, hinggalah ke bandar-bandar lain seperti Singapore, dan Hong Kong.

Mereka tiru, dan mereka buat lebih baik.

Tiru Kejayaan Orang Berjaya

Saya lihat murid-murid saya di G100 Network, saya boleh katakan pencapaian mereka jauh lebih baik berbanding saya. Mereka grow lebih cepat berbanding saya.

Ada yang baru sahaja dua tahun buat bisnes, tapi pendapatan bulanan mereka sudah mencecah 5 angka! Dan yang lagi best, mereka buat bisnes secara part-time sahaja! Untungnya mereka...

Saya dulu ambil masa bertahun. Hampir 10 tahun (sejak 2003) juga saya belajar buat bisnes barulah pendapatan bisnes saya mencecah 5 angka setiap bulan. Banyak kesilapan-kesilapan bodoh yang pernah saya buat. 

Tapi bagi murid-murid saya, mereka tak perlu ulangi kesilapan saya. Mereka cuma tiru dan buat lebih baik! Mereka jimat masa, jimat duit, jimat tenaga, dan yang paling penting, mereka jimat usia!

Ketika kebanyakkan mahasiswa universiti terkial-kial cari pekerjaan, beberapa murid saya sudah 'bersara' sebaik sahaja tamat pengajian di universiti! Ini bukan hype, tapi realiti.

Itulah pentingnya kita ikut orang yang betul.

Dan itulah pentingnya kenapa kita perlu ada mentor untuk berjaya.

Kejayaan itu meninggalkan jejak. Kita hanya perlu tiru dan ikut jejak orang berjaya, kita juga akan berjaya, insyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
8 Julai 2022
8 Zulhijjah 1443H

Coretan FB berkaitan:

  1. Copycat the Mastercopy - FB Zareen (2021)
  2. Copy sahaja kejayaan itu - FB (2018)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >