MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

3 Petanda Penting: Makin Lama Makin “Kaya Dengan Emas”

June 15, 2026

Alang-alang simpan emas, biarlah sampai kaya.

Bila musim harga emas naik mencanak tahun 2025 - 2026, muncullah ramai 'pakar' baru, yang sibuk juga nak bercakap pasal emas. 

Walhal, bukan semua yang nampak pandai bercakap tentang emas tu boleh pakai. 

Banyak yang cuma memandai-mandai saja. Walhal dia sendiri baru setahun jagung simpan emas. Malah yang lebih teruk, dia sendiri pun tak pernah tahu pun macam mana nak "kaya dengan emas". 

Yang dia nampak, emas ni sama macam pelaburan lain. Yang sekadar "buy low sell high"...

Dia rasa emas ni tak ubah macam saham saja. Tapi confident buat konten pasal emas. 

More...

Hati-hati ambil pendapat 

Saya tak kisah pun... Sesiapa pun boleh bercakap apa yang dia nak cakap.

Tapi kalau benar-benar nak berjaya, belajarlah dari mereka yang dah proven berjaya. Nak bebas hutang, belajar dari mereka yang dah berjaya bebas hutang.

Nak kaya dengan emas, belajarlah dari yang dah proven kaya emas.

Kadang nasihat percuma yang kita dapatkan di medsos tu berbahaya. Nasihat yang sesiapa pun boleh beri, tapi belum tentu dia bertanggungjawab.

Bila bercakap tentang emas, apa yang paling penting; macam mana emas tu boleh menjadikan kita lebih kaya.

Tak kisah apa hujah sekalipun, di hujungnya kita kena jelas... macam mana nak gunakan emas tu supaya kita makin lama makin kaya?

Bukan sekadar "profit", tapi "kaya"

Berdasarkan pengalaman saya educate masyarat menabung emas sejak 2010 (selam 16 tahun), saya dapati banyak orang beli emas, tapi tak ada ilmu.

Buku pasal emas tak pernah baca... Seminar tak pernah join... Tapi dia harap, emas tu jadikan dia kaya!

Dia cuma nampak; emas hanyalah satu daripada banyak pelaburan lain... yang hujungnya cuma nak tahu berapa % profit. 

Yang sedihnya, bila dapat profit pun, dia masih tak kaya-kaya.

Bertahun-tahun 'melabur' pun masih kena pergi kerja "kais sebulan makan sebulan".

Jauh di lubuk hati saya... Saya nak, penyimpan emas di bawah bimbingan saya bukan sekadar beli emas. Tapi saya nak mereka makin lama makin kaya dengan emas.

Sebab tu, saya dan team (G100 dan 5G Associates) buat banyak program.

Boleh dikatakan tiap-tiap hari kami adakan Tiktok live, seminar, dan webinar - yang kami buat semata-mata nak pandaikan penyimpan emas - supaya mereka makin kaya. 

3 petanda makin kaya

"Kaya dengan emas" maksudnya, hasil menabung emas, dia berjaya;

1. Selesaikan masalah TABUNGAN.

Dulu kerja bertahun-tahun, tapi tabungan kecemasan 3 bulan gaji pun tak lekat.

Tapi bila menabung emas dengan ilmu, akhirnya dia ada tabungan kukuh sekurang-kurangnya 12 bulan gaji

Ultimately, dia berjaya capai target #1keluarga1kiloemas sebagai  'bot penyelamat' masa depan keluarga dia.

2. Selesaikan masalah HUTANG.

Dulu dia tersangkut dengan masalah hutang. Makin lama kerja, makin banyak hutang dia.

Ada yang sampai bankrupt... Ada yang terpaksa masuk AKPK... 

Tapi bila mula menabung emas (dengan ilmu), dia berjaya bebas dari belengu hutang bertahun-tahun.

Asbab emas, dia berjaya bebas dari segala "hutang miskin". 

3. Kembangkan HARTA.

Dengan tabungan emas tu, dia berjaya beli property (rumah pelaburan) dan dapat cashflow positif... berjaya beli tanah yang mendatangkan hasil... berjaya kembangkan bisnes digunakan emas sebagai modal pusingan.

Ultimately, dia berjaya capai #FinancialFreedom hasil menabung emas dengan ilmu.

  • Emas dia makin banyak. 
  • Hutang dia berjaya lupus sepenuhnya. 
  • Dan harta dia makin lama makin bertambah. 

Itulah yang saya maksudkan "kaya dengan emas".

Dulu nak terjun Jambatan Pulau Penang!

Salah satu testimoni yang saya sentiasa kedepankan ialah pengalaman En. Bashir Mansor, iaitu salah seorang penyimpan emas di bawah bimbingan saya ni. Dulu, dia terbelengu dengan masalah hutang yang kronik.

Hutang kad kredit dia saja cecah RM100,000!

Kena masuk AKPK!

Tapi asbab menabung emas dengan ilmu, hari ni dia dah kaya. Ambil masa ikuti sharing beliau dalan klik video di bawah. Mudah-mudahan bermanfaat. InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
15 Jun 2026
29 Zulhijjah 1447H

Dapatkan inspirasi daripada kisah En Bashir ni yang dulunya terbelengu dengan masalah hutang. Hutang kad kredit saja cecah RM100k dan masuk AKPK. Lepas beberapa tahun, asbab menabung emas dengan ilmu, beliau bebas masalah hutang, ada tabungan yang kukuh, berjaya beli tanah dan buat 4 buah rumah sewa secara tunai.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}