MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hasil Menabung Emas, Pensyarah Ini Bebas Hutang Kad Kredit!

March 19, 2024

Salah satu keajaiban bila menabung emas (dengan ilmu), kita mula tak selesa dengan hutang. Hutang akhirnya akan langsai satu per satu. InsyaAllah. 

Pengalaman Dr Shaza (seorang pensyarah Politeknik) ini salah satu daripada banyak feedback yang saya terima daripada penyimpan emas di bawah bimbingan saya sejak tahun 2010 lagi. 

More...

Masalah kewangan paling utama

Kenapa saya sangat obses edukasi masyarakat tentang menabung emas, sebab asbab menabung emas dapat selesaikan dua masalah kewangan paling utama bagi kebanyakan orang, iaitu;

  1. Tiada tabungan yang cukup, dan 
  2. Masalah hutang yang tak terkawal. 

Akibatnya, makin lama bekerja, harta tak bertambah. Tapi yang bertambah hanyalah hutang.

Sebaliknya bila mula menabung emas, mereka bukan sahaja dapat tingkatkan jumlah simpanan dengan cepat, tapi yang penting juga dapat lunaskan hutang satu per satu lebih awal dari apa yang mereka jangkakan. Alhamdulillah... 

Akhirnya bebas belengu hutang

Di bawah ini saya share pengalaman menarik Dr Shaza akhirnya bebas dari belengu hutang kad kredit berjumlah RM12,000 - yang membelengunya sejak awal bekerja lagi.

Mudah-mudahan sharing beliau di Facebook (bertarikh 17 Mac 2024) ini jadi inspirasi untuk kita, insyaAllah.

Doakan kebaikan untuk orang lain

Sama-sama kita doakan Dr Shaza dapat selesaikan hutang yang seterusnya - personal loan. Mudah-mudahan Tuhan kembalikan doa tersebut kepada kita juga. Amiin YRA... 

Dari Abu Darda' r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Tiada seorang hamba Muslim yang berdoa untuk saudaranya yang tidak ada di sisinya, melainkan malaikat berkata, 'Engkau juga memperoleh sebagaimana yang engkau doakan itu'.” (HR Muslim)

[Riyadus Solihin (1494), Sahih Muslim (2732), Sunan Abi Daud (1534)]

5 tip tutup hutang dengan emas

Bagi siapa nak settle hutang hasil menabung emas, saranan saya;

  1. Mulakan dulu tabungan emas melalui Akaun Emas GAP dengan bajet serendah RM100. Ini cara paling mudah, dan paling murah menabung emas. Mulakan dulu bajet kecil untuk belajar dan faham tentang emas.
  2. Baca buku "Wang Emas" dan "Misi Bebas Hutang". Dua buku kombo ni cara paling mudah untuk faham asas simpanan emas, cara tingkatkan tabungan, dan bebas masalah hutang. Emas tak membawa apa-apa makna tanpa ilmu.
  3. Menabung emas ikut bajet, bukan ikut harga emas semasa. Contohnya bajet RM200 sebulan. Berapa pun keadaan harga emas, top-up sahaja RM200 ke dalam Akaun Emas GAP. Paling baik menabung melalui kaedah GAP Auto-Debit, supaya menabung dengan lebih konsisten.
  4. Letakkan target tutup hutang satu per satu 2 tahun akan datang. Buat masa sekarang, fokus menabung sahaja dulu. Kalau nak tutup hutang lagi 6 bulan akan datang, ia kurang sesuai. Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Tapi confirm naik dalam jangka panjang.
  5. Join program-program edukasi emas dan kewangan yang dianjurkan oleh team saya, G100 Network. Kami adakan banyak program secara percuma kepada penyimpan-penyimpan emas di bawah bimbingan kami.

Ingat prinsip paling penting, "bukan emas yang menjadikan kita kaya, tetapi ilmu...". Kalau nak tingkatkan tabungan dengan cepat, nak bebas hutang, bahkan kaya raya hasil tabungan emas, pastikan menabung dengan ilmu.

InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
19 Mac 2024
8 Ramadhan 1445H

"Tabiat menabung emas bukan sahaja dapat tingkatkan jumlah simpanan, yang penting juga dapat kurangkan masalah hutang. Itulah sebab kenapa selain jumlah tabungan bertambah dengan cepat, penyimpan-penyimpan emas akhirnya dapat lunaskan hutang satu per satu lebih awal dari apa yang mereka jangkakan." #TipKayaDenganEmas - FB Mohd Zulkifli Shafie, 6 Mac 2024

“Simpan emas, bila cukup jumlahnya terus jual untuk tutup hutang. Bukan ke lebih baik simpan duit dalam akaun bank, bila cukup terus bayar? Betul. Teorinya simpan dalam akaun bank pun baik. Tapi realitinya duit tu mudah bocor. Akhirnya simpanan emas juga lebih berkesan.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 8 Mac 2024

Coretan Dr Shazarin; pengalamannya bebas hutang kad kredit

NEKAD TAMATKAN TAMATKAN RIWAYAT KREDIT KAD 

Saya rasa kejayaan ini besar untuk diri ini. Berada dalam belenggu hutang kredit kad semenjak awal bekerja lagi. Jumlah kesemua hutang kredit kad adalah RM12,000. 

Kenapa berhutang? 

Ingat pandai urus duit, sekali bila dah swipe, rasa macam dapat beli barang secara percuma. Ye lah kan, sebab duit dalam akaun simpanan tak menyusut, jadi feeling macam sentiasa berduit. 

Direzekikan oleh Allah S.W.T untuk mengenali simpanan emas dan melalui pembacaan Buku Misi Bebas Hutang dan Buku Wang Emas penulisan Tn Mohd Zulkifli Shafie serta banyak lagi buku kewangan dari Tn Azizi Ali, Dr Azizul Azli dan Dave Ramsey.

Pertengahan tahun 2023 saya nekad potong dua semua kad kredit saya dan berjaya selesai separuh hutang. 

Harga emas yang menaik tinggi bulan Mac ini saya ambil peluang jual 23 gram emas saya dan dalam masa 2 hari, masuk sahaja duit dalam akaun terus saya bayar lump sum baki hutang. 

Sekarang saya lega tiada lagi hutang kredit kad, dan tak sakit mata lagi tengok caj tambahan yang dikenakan.

Kad kredit bagus untuk orang yang boleh kawal diri, tetapi bukan saya. Selagi tak potong dua kad kredit, selagi itu tewas dengan godaan boros berbelanja.

Next, adalah hutang peribadi pula. Doakan saya ya!

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>