Waktu susah dulu, nak apply kad kredit punyalah susah. Asyik kena reject. Tapi bila dah senang, bertalu-talu bank follow-up nak offer quick cash (kad kredit).
Beberapa kali saya tak pickup call minggu sebelumnya. Mereka call lagi, lagi, sampailah saya pick-up call dan jawab panggilan mereka...
More...
Tak payah datang ke bank. Mereka cuma call sahaja... Kalau saya setuju, dalam dua hari duit berpuluh ribu masuk ke dalam akaun! Boleh bayar 5 tahun katanya. Wah... Mudahnya dapat loan...
Tapi dengan sopan santun saya jawab, "Terima kasih ya Puan. Saya tak perlukan duit cash tu buat masa sekarang..."
Bank tak tolong orang susah
Saya nak nasihatkan kepada sahabat pembaca, bila dapat offer loan macam ni, janganlah fikir bank nak tolong orang susah... Bukan kerja bank untuk tolong orang susah... Itu kerja Jabatan Kebajikan dan AKPK...
Bisnes bank ialah bagi pinjaman kepada orang yang mampu bayar pinjaman...
Mereka akan tolong, tolong, tolong, sampailah kita susah!...
Kalau ada ilmu, loan bank tu boleh menjadikan kita lebih kaya. Tapi kalau tak ada ilmu, loan-loan tu semua akan menjerat kita ke dalam dunia perhambaan moden...
Kena terus bekerja bertahun-tahun untuk serahkan hasil titik peluh kita kepada bank...
Terpaksa jadi 'hamba' pada zaman moden...
Bukan salah berhutang. Tapi banyak orang berhutang dengan cara yang salah, untuk tujuan yang salah...
Permulaan kepada masalah kewangan
Kalau berhutang sebab tengah tersepit dengan masalah kewangan, ketahuilah hutang tersebut menjadikan kewangan sempit makin terhimpit. Ia tak akan menyelesaikan masalah kewangan.
Ibarat beri dadah kepada orang yang sedang ketagihan dadah!
Yang belum ada masalah kewangan, ingatlah... Hutang-hutang baru yang kita buat (tanpa ilmu) mungkin permulaan kepada masalah kewangan yang besar pada masa akan datang.
Kalau kena berhutang untuk beli sesuatu barang, itu petanda jelas yang kita belum mampu.
Jadi berhati-hati dan berpada-padalah dalam berhutang...
Kerana hakikat hutang ialah membelanjakan pendapatan masa depan. Kerja belum buat... Duit belum dapat... Tapi dah habis belanjakan!...