MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Awas, Perangkap Masa Untuk Duit!

[Semakan 1 April 2024]

“Berhutang maksudnya anda membelanjakan pendapatan masa depan. Duit belum dapat, tapi dah siap-siap dibelanjakan!”

Antara pesanan seorang rakan bisnes kami, Mr. David Lee. Ia cukup menarik perhatian saya.

Beliau seorang yang peramah, kaya dengan senyuman, suka membantu, dan sangat positif.

David Lee seorang Certified Financial Planner yang berpengalaman luas. Beliau jadi consultant kepada ramai jutawan.

Beliau membantu ramai jutawan mengurus kewangan dengan betul, dan mendapat pulangan yang optimum dengan dana yang mereka ada.

Bayar, Tetap Kena Bayar

Nasihat beliau tu, mengukuhkan lagi impian saya untuk kekal sebagai orang yang bebas hutang. Iaitu bebas dari segala hutang yang boleh memiskin kita.

Saya cuba jauhkan apa sahaja yang namanya ansuran, installment, skim bayaran mudah, kad kredit dsb. Walauapapun namanya, hutang tetap perlu di bayar!

Beli tunai, maksudnya bayar dengan pendapatan hari ini. Beli secara hutang, maksudnya bayar dengan pendapatan masa depan. Bayar, tetap kena bayar.

Nasihat David Lee sentiasa bermain-main di fikiran saya. Bila ada saja tawaran hutang, otak saya terus terbayangkan beban yang bakal saya tanggung bila membelanjakan pendapatan masa depan. 

Pendapatan masa depan tu belum lagi kita terima, tapi dah habis dibelanjakan! Poket kita cuma tempat transit. Duit masuk, duit keluar. Nilai kekayaan tidak sikit pun bertambah!

Segalanya Boleh Hilang Sekelip Mata!

Ramai orang bertungkus lumus besarkan pendapatan, tapi lupa mengurus pintu hutang dan perbelanjaan. Pendapatan membesar, tapi hutang pun turut membesar. Makin besar pendapatan, tapi makin besarlah keraknya.

Kerja dah lama, tapi tak kaya-kaya. Kalau berlaku musibah kewangan, segala-galanya hilang sekelip mata!

Apa taknya, serba serbi hutang. Kereta hutang, belajar hutang, isteri (kahwin) hutang, barang elektrik dan perabot hutang, perbelanjaan rumah hutang (pakai kad kredit), dan paling menyedihkan, buat bisnes MLM pun hutang! Hah... memang ngeri...

Kalau mati, tak ada apa-apa harta ditinggalkan kepada waris kecuali hutang!

Perangkap Masa Untuk Duit

Saya pernah terbaca buku tentang perangkap masa. Seorang penulis buku bisnes dan kewangan iaitu Burke Hedges terangkan tentang konsep “time-for-money trap”, iaitu bagaimana hutang memerangkap dan memenjarakan kita supaya terus bekerja, untuk terus bayar hutang!

Katakanlah si Abu berpendapatan RM4,000 sebulan. Tapi nilai hutang yang perlu dibayar ialah RM2,500 sebulan. Baki RM1,500 untuk makan minum dan perbelanjaan anak sekolah.

Rumahnya lengkap dengan perabot yang eksklusif, kereta yang boleh dibangakan bila balik raya, ada beberapa keping kad kredit yang nampaknya sungguh ‘exclusive’, dan pastinya tak ada apa-apa simpanan (sebab banyak hutang)!

Manakala si Baba cuma berpendapatan RM2,500, tak ada apa-apa hutang kecuali ansuran rumah yang dia beli RM500 sebulan. Kalau tak beli rumah, dia tetap kena menyewa RM500 sebulan. Jadi ansuran bank tu bukan bebanan tambahan.

Perbelanjaan bulanan Baba RM1,500 sebulan, bayar pinjaman perumahan RM500 dan bakinya disimpan RM500 setiap bulan. Hujung tahun, duit simpanan bertambah RM10,000 hasil simpanan bulanan dan tambah duit bonus.

Rumah biasa-biasa sahaja, pakai kereta second hand, gaya hidup pun biasa, tapi dalam akaunnya dah terkumpul RM30,000.

Ukuran Kekayaan Adalah Survival

Soalan saya, siapakah lebih kaya? Adakah Abu ataupun si Baba?

Saya memilih Baba.

Bila sebut kaya, ramai orang cuma fikir berapa besar pendapatan tiap-tiap bulan. Dan lagi teruk, kaya tu diukur dengan kereta apa dia pakai.

Tapi kalau tanya pakar-pakar kewangan, kekayaan ialah berapa lama kita boleh survive dengan gaya hidup sekarang kalau hilang pekerjaan? Mereka mengukur dari sudut survival, bukan sekadar berapa banyak pendapatan masuk.

Bagi mereka yang banyak hutang, tempoh survival mereka cukup pendek. Mungkin lepas tiga bulan hilang pekerjaan, mereka hilang segalanya.

Kereta kena tarik, rumah kena sita, dan hidup sentiasa dikejar bank dan along! Lagi menyedihkan kalau mereka tak ada second income sebagai ‘spare tyre’ (backup)! Mereka terpaksa terus bekerja dengan lebih keras untuk terus bayar hutang.

Bukan itu sahaja, lebih malang lagi, mereka masuk dalam satu perangkap yang dinamakan “perangkap masa untuk wang”. Pendapatan makin membesar bukan sahaja untuk tanggung hutang yang besar, tapi makin tak ada masa (makin sibuk) sebab terpaksa kerja lebih keras.

Hutang telah memerangkap kebebasan masa sebab terpaksa menjadi ‘hamba bank’.

Terpaksa Menjadi ‘Hamba Bank’

Dunia pekerjaan, lebih besar pendapatan kita, lebih besar tanggungjawab kita, dan lazimnya, makin kuranglah masa kita untuk bersama tersayang. 

Bukan sahaja stress di pejabat, bahkan kerja-kerja pejabat pun terpaksa dibawa sampai ke rumah!

Kalau pun tak bawa balik kerja ke rumah, beban fikiran terbawa-bawa sampai ke rumah. Hidup benar-benar seperti sebuah mesin kilang yang dicipta semata-mata untuk bekerja dan dikerjakan! Dihidupkan waktu pagi, dan dioff-kan waktu malam supaya esok dapat dion-kan balik untuk terus bekerja.

Lepas banyak baca buku-buku tentang kewangan, saya lebih memikirkan tentang ‘survival’ berbanding kemewahan. Saya mendefinasikan kekayaan bukan lagi sebagai “kemewahan” tapi kekayaan adalah “kebebasan”. Bebas untuk buat apa yang bermakna dalam hidup saya. 

Bila nak hidup bebas, saya cuba berbelanja mengikut keperluan dan hidup di bawah kemampuan (bukan ikut kemampuan), elakkan hutang-hutang ‘jahat’tingkatkan simpanan, dan bina pendapatan kedua yang lebih terjamin.

Saya mahu kerja untuk hidup, bukan hidup untuk bekerja...

Orang Kaya Buat Duit Daripada Harta

Simpan duit walaupun banyak sekalipun sebenarnya tak cukup. Tapi ia masih membantu.

Orang kaya, mereka bukan sekadar simpan duit, tapi mereka tukarkan duit menjadi harta (yang boleh jana cashflow). Dengan harta itulah mereka jana pendapatan untuk keperluan hidup dan tambah lagi kekayaan.

Pakar kewangan gelarkan ia sebagai “passive income”, iaitu pendapatan yang tak bergantung pada pekerjaan.

Contohnya, kita ada 4 buah rumah sewa dan dapat hasil sewaan bersih sebanyak RM2,000 sebulan (lepas tolak ansuran bank dan kos-kos berkaitan). Kalaupun hilang pekerjaan, kita masih ada RM2,000 sebulan walaupun ‘goyang kaki’ di rumah!

Kita pencen sebelum pencen...

Orang kaya sebenar, mereka buat duit daripada harta, bukan daripada pekerjaan. Mereka bekerja hanya sebagai ‘hobi’ sahaja. Mereka dibayar untuk buat apa yang mereka suka. 

Survival hidup mereka bukan setahun dua, bahkan mungkin seumur hidup tanpa terpaksa bekerja!

Kerja mereka ialah mengurus dan membesarkan harta sendiri, dan mereka buat duit lebih banyak daripada harta, bukan daripada pekerjaan.

Time + Money + Security = FREEDOM!

Wah... Bestnya... Mereka bukan sahaja ada duit, tapi ada masa lapang yang banyak untuk buat apa sahaja yang mereka suka. Dan yang lebih penting, mereka ada jaminan pendapatan.

Apa-apa berlaku pada mereka, pendapatan mereka terus berjalan. Itulah orang yang memiliki financial freedom (kebebasan kewangan) sebagaimana guru kami.

Lepas saya faham konsep ini, saya tak lagi rasa terjamin dengan pekerjaan di syarikat yang kukuh, hatta makan gaji dengan kerajaan sekalipun.

Walaupun pekerjaan mungkin terjamin, tapi tak ada jaminan kita mampu terus bekerja. Itu jaminan yang tak terjamin.

Hari ini mungkin kita jadi pegawai tinggi di sesebuah syarikat, dan pendapatan mungkin melangkaui RM20,000 sebulan.

Tapi, kalau berlaku musibah dan hilang upaya untuk bekerja, tahun depan RM20,000 sebulan akan jatuh kepada RM0 sebulan!

Cari Jaminan Yang Terjamin

Kenapa boleh berbalik kepada RM0?

Sebabnya pendapatan kita sangat-sangat bergantung pada kemampuan kita untuk terus bekerja. Ada kerja, ada duit. Kalau hilang upaya untuk bekerja, hilanglah segalanya...

Kes-kes sadis ini bukan hanya diingatkan dalam buku-buku kewangan, tetapi berlaku pada kenalan-kenalan saya sendiri.

Mungkin itu antara mesej Tuhan pada kami supaya manfaatkan sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, dan hidup sebelum mati...

Kita hidup tengah senang, itulah waktunya kita bersiap-sedia kemungkin perkara buruk terjadi dalam hidup kita...

Bagi sahabat yang berminat memahami asas dan selok-belok kewangan dan kekayaan, saya sarankan baca buku-buku kewangan seperti Rich Dad Poor Dad, atau Cash Flow Quadrant tulisan Robert T. Kiyosaki. Buku yang sangat membuka minda.

Ilmu ini yang tak pernah diajar di sekolah dan di universiti, tapi diamalkan oleh orang kaya-kaya di dunia. Buku versi bahasa Melayu pun dah ada sekarang ni.

Mudah-mudahan buku-buku tersebut membuka perspektif baru kita tentang kewangan dan kekayaan. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 April 2010
13 Jamadil Awal 1431

“Alat terpenting membina kekayaan ialah pendapatan kita sendiri. Siapa yang pendapatannya cuma habis untuk bayar hutang, dia dah jadi alat membina kekayaan orang lain. Dia terpaksa jadi hamba untuk jadikan orang lain lebih kaya.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 31 Mac 2024

“Gaji makin besar, belum tentu makin kaya. Kalau gaji besar, tapi hutang pun makin besar, dia sedang masuk perangkap (masalah kewangan). Kerja makin sibuk, kudrat makin berkurangan, beban hutang makin bertambah. Duit tak ada, masa pun tak ada. Terperangkap!” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 3 April 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Saya setuju dengan apa yang En. Zul katakan. Tapi saya ingin bertanya pendapat En. Zul tentang hutang. Bagaimana jikalau kita memanfaatkan hutang untuk membeli asset? Ia pernah disebutkan oleh Kiyosaki dalam ‘rich young retire young’ sebagai satu leverage untuk kita membina kekayaan. Seperti yang En. Zul ulas dalam post hutang baik dan hutang jahat, hutang ada masanya seperti perlu dan tidak dapat dielakkan dalam dunia yang serba terbeban dengan bebanan kewangan kini. Apa pendapat En. Zul.

    • En. Shukri,

      Jangan buat hutang melainkan benar-benar perlu. Kalau perlu berhutang, hutang dalam jumlah yang benar-benar untuk keperluan.

      Kalau hutang untuk beli aset seperti rumah sewa, tanah, hartanah, beli jer tak ada masalah. Asalkan mampu bayar. Kalau dapat cover ansuran bank dengan sewaan atau hasil dari hartanah, itu paling baik. Worst come to worst, aset tu nanti boleh jual balik dengan nilai yang lebih tinggi lepas beberapa tahun. InsyaAllah.

  • Moga Allah merahmati en.Zulkilfi Shafie sekeluarga..trlalu banyak ilmu yg saya peroleh dan mnyedarkan saya ilmu pngurusan hidup itu sgt luas,betapa ceteknya saya di umur 24.trima kasih!!

  • Salam,saya teruja dgn blog dan isi kandungan artikel tuan.baru2 ini sy baru sahaja habis mmbaca buku rich dad poor dad,tu pun sy beli dr kupon bookstore,dan byk yg sy baca,sy lbh faham hasil bacaan artikel tuan dr perspektif seorg muslim.. jazakallahukhair,insyaAllah sy akan follow blog tuan dan sudilah terima soalan dr saya jika tuan tidak keberatan. Atau boleh saya contect tuan secara private di whassapp atau fb?

  • Assalamualaikum Tuan Zul,
    Mohon izin untuk share apa sahaja ilmu dan artikel-2 berguna ini untuk di letakkan di blog saya http://ezywara.blogspot.com/. Saya baru hendak bermula.

    Semoga ilmu yang tuan kongsikan dapat membawa barakah kepada tuan dan sesiapa yang membacanya.. insyaAllah…

  • salam zul..nak tanya mcm sy suami isteri bekerja..rumah, kereta, perbelanjaan dapur saya bayar..isteri hanya bayar pengasuh anak kami..dan saya pesan duit gaji dia tu simpan sebanyak mungkin utk kecemasan..duit gaji saya je yang digunakan..betul ke perancangan kewangan sy ni? minta pencerahan

  • Salam, sebagai seorang isteri saya hanya mampu menyokong suami yang mencari rezeki. betulkan pendapat saya ini agar saya jadi positif apabila ego sang suami terlalu besar untuk mengaku bahawa kami hidup dalam hutang dan perlu keluar dari situasi ini. ilmu amat penting untuk mencari ilmu perlu membaca. dia tak suka membaca atau menambah ilmu. tolong betulkan persepsi saya.

  • Assalam tuan,

    Sy Nisa dari Putrajaya.berumur 31 telah menjawat gred 48.sy telah pun membeli Rumah teres 2 tingkat di pekan telok panglima garang dh menyewakan kepada penyewa.harga Rumah tu rm248k.skrg saya tinggal di kuarters dengan elun Rumah rm700 n COLA separuh RM 150.jumlah potongan kerana tinggal di kuarters RM 850.

    Sy telah berjaya mendapat Rumah penjawat awam PPA1M iaitu apartment yg dalam lingkungan harga 150k-220k.sy dapat tingkat 4.dijangka siap 2017.

    Persoalan sy patut kah sy membeli Rumah tersebut atau terus duduk saja di kuarters kerana kerja sebagai penjawat awam ini tidak akan kekal di situ selamat lamanya.

    Mohon pendapat tuan.

    Terima kasih.

    Nisa

    • Wslm Pn. Nisa,

      Saya tak pasti patut beli atau tak. Kalau nak beli, saya prefer beli rumah yang senang dan untung kalau disewakan supaya kita tak terikat dengan rumah tu. In case berpindah nanti, rumah tu boleh boleh disewakan dan duit kita tak terbeban.

      Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >