MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Jawatan Itu Bukan Milik Kita. Buat Dua Persediaan Ini Sebelum Terlambat!

November 14, 2021

“Menyesal tak simpan emas, tak beli hartanah, dan tak pernah memulakan bisnes sendiri…”

Sekitar tahun 2014 dulu, ada seorang pakcik yang usianya sudah menjangkau 50-an datang jumpa saya untuk dapatkan nasihat tentang emas dan bisnes.

Sambil kami berberbual, pakcik tu beritahu saya; kekesalan dia waktu dia masih bekerja (berjawatan), dia hanya fokus pada kerja semata-mata.

Dia tak ambil peduli langsung pasal membina harta. Dan dia tak fikir langsung untuk buat bisnes di luar waktu kerja sebagai “backup plan”.

More...

Kekesalan Pertama : Tak Bina Harta

Dia tak pernah simpan emas, dan dia tak pernah beli hartanah. Yang dia ada hanyalah simpanan duit dalam ASB sahaja.

Bila dia buat perbandingan, memang terbukti, emas dan hartanah jauh lebih baik untuk nilai jangka panjang.

Duit kertas (yang disimpan dalam bank, ASB atau Tabung Haji) tak berbaloi untuk jangka panjang. 

Saya pernah terangkan 5 risiko besar simpan duit kertas dalam artikel saya di link https://www.mohdzulkifli.com/2014/11/5-risiko-besar-simpan-wang-kertas.html

Kekesalan kedua ialah dia tak pernah fikir untuk memulakan bisnes sendiri (ketika dia tak perlukan bisnes).

Kekesalan Kedua : Tak Mulakan Bisnes Sendiri

Ketika dia berjumpa dengan saya, dia terpaksa ambil cuti sakit sudah hampir 7 bulan, dan mungkin dah tak mampu lagi untuk bekerja.

Dia terpaksa tinggalkan kerja dengan 'tangan kosong' sebab jawatan itu akhirnya bukan milik dia.

Jawatan yang dia sandang bertahun-tahun itu semestinya akan diserahan kepada orang lain. Jawatan kita bukan milik kita (yang boleh diwariskan). Tapi ia milik majikan.

Yang mungkin dia dapat hanyalah wang pampasan yang sememangnya tak cukup kalau ditakdirkan usia masih panjang.

Daripada kisah pakcik tu, ada dua perkara penting yang perlu kita ambil iktibar.

Simpan Emas, Beli Hartanah

Pertama, pastikan sebahagian hasil titik peluh kita setiap bulan disimpan dalam bentuk aset yang terjamin untuk jangka panjang.

Simpan emas, dan bila cukup jumlah simpanan, beli hartanah.

Simpan emas supaya duit simpanan kita tak bocor dan sentiasa bertambah. Dan juga nilainya terjamin walau apa pun keadaan ekonomi atau politik negara.

Beli hartanah supaya dapat memanfaatkan pinjaman bank untuk kembangkan lagi kekayaan, dan menjana pendapatan pasif hasil daripada sewaan.

Mulakan Bisnes Ketika Tak Memerlukan Bisnes

Kedua ialah, bina bisnes ketika tak memerlukan bisnes.

Kalau apa-apa terjadi kepada pekerjaan atau ekonomi, kita tahu cari duit sendiri hasil daripada pengalaman berbisnes secara sambilan sebelum ini.

Bila dah pandai berbisnes sendiri dan ada harta sendiri yang cukup (untuk menjana pendapatan pasif yang cukup), waktu itu kita adalah seorang yang telahpun MERDEKA dari sudut kewangan!

Maksudnya sudah sebelah kaki mencapai #FinancialFreedom.

InsyaAllah.

Mohd Zulkifli Shafie
Cyberjaya, Malaysia
14 November 2021
9 Rabiul Akhir 1443H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • Benar En. Zul. Jawatan atau pekerjaan yang disandang sekarang bukan hak milik mutlak dan tak boleh diwarisi. Terima kasih En. Zul tunjuk jalan melalui simpanan emas, mampu beli hartanah dan juga mulakan bisnes.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >