Motor baru pun tak boleh naik. Sakit punggung, sakit pinggang...
Itulah yang saya rasa semalam masa saya bawa balik motor baru untuk anak saya.
Sebelum bawa balik, saya ingatkan best naik motor baru ni. Saya ingat balik memori masa umur 20-an dulu. Rasa excited dan best sangat bila bawa motor baru.
More...
Tapi semalam sangkaan saya meleset. Walaupun motor baru, saya rasa sakit punggung walau bawa tak sampai pun 7 kilometer.
Faktor usia mungkin...
Usia meningkat, kos kesihatan meningkat
Bila usia meningkat, kesihatan dan ketahanan tubuh kita dah tak macam umur 20-an dulu.
Masa umur 20-an dulu, saya pernah bermotorsikal kapcai lebih 100km (pergi balik dari Gombak ke Kuala Selangor) dalam keadaan isteri mengandung 7 bulan tanpa sebarang masalah!
Bahkan langsung tak fikir pasal risiko...
Tapi bila masuk usia 30-an, mula rasa sakit pinggang naik motor kapcai. Hari-hari ulang alik lebih 50km sampai asyik sakit pinggang...
Bila tukar naik scooter yang seat besar dan kapisiti enjin lebih besar, tak ada lagi sakit pinggang...
Owh... Rupa-rupanya sakit pinggang tu sebab naik motor kapcai... Maksudnya umur makin bertambah, kita perlukan kenderaan lebih baik...
Risiko mudah sakit, susah sembuh
Bila umur bertambah, barulah fikir balik, tindakan saya bermotorsikal dengan isteri yang tengah sarat mengandung 7 bulan untuk jarak lebih 100 kilometer rupa-rupanya kerja gila!...
Bila umur bertambah, memang ada kos yang berkurangan. Tapi ada satu kos besar yang makin bertambah, iaitu kesihatan.
Kos kesihatan bukan sahaja ubat-ubatan dan rawatan hospital, tapi kos-kos lain bertambah disebabkan faktor usia.
Nak pakai motor, orang muda boleh je bergerak dengan selesa naik kapcai. Mereka yang dah masuk 40-an, boleh juga naik kapcai tapi kesan besarnya pada kesihatan.
Mereka perlukan kenderaan yang lebih baik disebabkan tubuh badan makin fragile - mudah sakit, susah sembuh.
Siapa yang kewangannya tak meningkat atau makin buruk, dia sebenarnya sedang bergerak masuk ke perangkap kemiskinan.
Masa depan ditentukan hari ini
Miskin di usia muda tu pengalaman (berharga). Tapi miskin di usia tua tu penjara kehidupan!
Kaya tu penting. Tapi yang lebih penting tak jatuh miskin...
Jadi mulalah bina kekayaan hari ni. Keadaan kewangan kita lagi 5 - 10 tahun akan datang sangat bergantung apa yang kita buat hari ni.
Dapatkan ilmu, mulakan menabung, lupuskan hutang, tambah pendapatan, dan binalah harta dari sekarang...
Walaupun takdir kita Tuhan tentukan. Tapi takdir Tuhan dihujung ikhtiar kita.
Bermulalah dan berusahalah...
Zulkifli
Cyberjaya
29 Mac 2024
18 Ramadhan 1445H
Miskin di usia muda, itu pengalaman mahal; pengalaman belajar jatuh bangun ketika kudrat masih ada, dan waktu masih panjang. Ia mendewasakan kita dengan kebijaksanaan, dan elakkan dari miskin di usia tua. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 15 Jun 2024
Bila umur dah 50-an, keutamaannya selamatkan duit yang ada tu dulu berbanding nak kembangkan. Kembangkan duit datang dengan risiko yang besar. Miskin di usia muda, itu pengalaman. Tapi miskin di usia tua, itu penjara kehidupan. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 8 Januari 2024
Artikel berkaitan:
- Jawatan Itu Bukan Milik Kita. Buat Dua Persediaan Ini Sebelum Terlambat!
- Untuk Pencen Umur 30 Tahun, Inilah Yang Pelajar Universiti Perlu Lakukan
- Berapa Harta Perlu Dimiliki Untuk Mencapai Kebebasan Kewangan?
- Pelaburan Terbaik Untuk Orang Pencen
- Umur 40 Tahun Bukan Lagi Waktu Mencuba-cuba
- Jangan Bazirkan Usia Pada Pekerjaan Yang Kita Tidak Suka Lakukannya!