[Kemaskini 30 Oktober 2024]
Saya kagum dengan pelajar kolej dan universiti yang masa tengah belajar lagi dah rajin belajar ilmu-ilmu kewangan, pelaburan dan bisnes.
Itu ilmu yang tiada dalam exam, tetapi ilmu-ilmu tu sangat penting untuk survival bila habis belajar nanti.
Itu petanda mereka adalah graduan berwawasan. Ada cita-cita besar...
Tak diajar jadi orang kaya
Masa belajar dulu, saya tak pernah terdedah dengan ilmu kewangan, pelaburan dan bisnes.
Saya fikir, kalau nak berjaya, saya kena belajar tinggi-tinggi sampai dapat PHD. Atau sekurang-kurangnya kena ada bergulung-gulung sijil kelulusan.
Kalau dalam buku Robert T. Kiyosaki, mindset macam tu digelarkan sebagai “poor dad mindset”; mindset orang kebanyakan...
Tapi bila masuk ke dunia pekerjaan, saya kena belajar balik...
Baru saya sedar, rupa-rupanya ilmu nak jadi kaya tak diajar di universiti.
Di universiti kita belajar untuk jadi perkerja yang baik, bukan untuk jadi orang kaya; yang bebas hutang, ada tabungan kukuh, dan capai kebebasan kewangan seperti mana yang saya impikan.
Kena belajar dari orang kaya
Untuk jadi orang kaya, kita kena belajar dari orang kaya-kaya.
Realitinya, majoriti orang kaya ialah pemilik bisnes. Bisnes adalah harta terbesar mereka.
Mereka ada harta yang dapat jana pendapatan pasif yang cukup. Dengan kata lain, mereka tak kerja pun ada duit...
Beruntunglah mahasiswa yang dapat kesedaran awal...
Mereka dapat bina kekayaan lebih cepat, dan elakkan kesilapan-kesilapan yang graduan lain biasa buat sebaik sahaja masuk ke alam pekerjaan.
Untuk mahasiswa yang nak bina kekayaan dengan cepat, ini beberapa nasihat dari saya;
#1 – Target Pencen Sebelum 30 Tahun
Letak matlamat umur 30 sudah financially free, atau sekurang-kurangnya ada harta bersih bernilai RM1 juta.
Jangan fikir pencen pada umur 50 atau 60 tahun. Itu idea konvensional yang sudah lapuk.
Pencen bukan soal umur, tapi soal kedudukan kewangan.
Kalau kewangan dah kukuh masa umur 30-an lagi, waktu tu dah boleh pencen.
Tak perlu tunggu dah tua baru nak pencen.
Pencenlah ketika umur masih muda dan nikmatilah kehidupan sebagai seorang yang bebas; ada duit, ada masa.
Masa tu boleh pilih kerja apa yang kita suka, bukan kerja sebab terpaksa (perlukan cari duit untuk terus hidup)!
Bila kita dibayar untuk buat apa yang kita suka, itulah maksud sebenar "pencen"!
#2 – Bergaul Dengan Rakan Berwawasan
Nasihat kedua saya, sentiasa bergaul dengan mereka yang ada cita-cita yang sama.
Walaupun masih berstatus “pelajar”, bergaullah dengan mereka yang lebih matang tentang kehidupan dan punyai wawasan dalam hidup.
Jangan pedulikan kawan-kawan sebaya yang masih tengah “hooray-hooray” lagi. Mereka masih belum matang dan belum kenal realiti kehidupan.
Kat mana nak cari rakan-rakan yang berwawasan dalam hidup?
Hadirlah seminar-seminar kewangan, pelaburan atau bisnes.
Dekat sana kita boleh jumpa ramai orang berwawasan dalam hidup.
Bahkan kita berpeluang berjumpa ramai yang telah berjaya mencapai apa yang kita nak capai, insyaAllah.
#3 – Fokus Matlamat Kehidupan
Jangan peduli apa orang kata. Jangan ambil kisah sangat persepsi orang lain.
Sebaliknya fokus, fokus, fokus betul-betul apa yang kita nak capai dalam hidup.
Antara cabaran besar orang muda (yang baru habis belajar), mereka kurang fokus... Mereka nak cepat berjaya.
Kekadang peluang yang dah ada ‘di tangan’ mereka dah cukup bagus dan terbaik. Tapi mereka lepaskan, sebab mereka fikir apa yang ada di tangan orang lain tu lebih baik.
Akhir sekali, usaha mereka semuanya bersifat separuh jalan.
Untuk fokus, kita kena jaga mindset betul-betul. Jangan terdedah kepada input-input negatif.
Banyakkan membaca buku-buku kewangan, pelaburan, bisnes dan motivasi kehidupan. Tinggalkan TV dan akhbar sebab selalunya input negatif terlalu banyak berbanding yang positif.
5 – 10 Tahun Akan Datang
Pegang betul-betul nasihat saya ini.
InsyaAllah bila umur 30-an nanti akan capai “freedom” yang saya maksudkan.
Sedangkan kawan-kawan sebaya yang lain masih terkial-kial lagi nak bina kehidupan; tiada tabungan yang cukup, masih berbelit dengan hutang, dan makin stress dengan kerja.
Kalaupun belum capai status “bebas kewangan”, sekurang-kurangnya ketika umur 30 tahun dah capai tahap kewangan yang kukuh; bebas hutang, ada tabungan yang kukuh sekurang-kurangnya 6 - 12 bulan gaji.
InsyaAllah...
Ingat, apa yang kita dapat pada hari ini ialah apa yang kita usahakan 5 – 10 tahun yang lalu.
Maka di mana kita lagi 5 – 10 tahun akan datang bergantung apa yang kita rancang dan usahakan hari ni.
Bak kata bijak pandai, if you fail to plan, you plan to fail...
Zulkifli
Damansara Damai
1 Februari 2017
5 Jamadil Awwal 1438H

Azim dan Odah, pasangan yang pencen seawal usia-20 an lagi. Mereka dapat kesedaran bina kekayaan sejak usia 18 tahun lagi. KLIK DI SINI untuk baca coretan tentang pasangan muda ini.

Rumah pertama untuk pelaburan, bukan untuk duduk sendiri. Fokus bina kekayaan dulu. Rumah duduk sendiri adalah rumah terakhir yang patut kita beli.
“Bina kekayaan bukan soal umur tua atau muda. Berapa pun umur, setiap kita kena bermula dari bawah. Kena cari ilmu, kena menabung, kawal hutang, dan bina harta. Walau berapa pun umur, selagi tak bermula, kita akan sentiasa berada di bawah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 26 Mac 2024
“Miskin ketika muda, itu pengalaman. Tapi miskin di usia tua, itu penjara kehidupan. Ketika usia masih muda, badan masih bertenaga, binalah kekayaan untuk hari tua. Jangan sesekali harapkan anak-anak sebagai pelan persaraan kita.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 6 Ogos 2023
Coretan FB berkaitan:
Artikel berkaitan:
- 3 Nasihat Kewangan Graduan Baru
- Pencen Bukan Soal Umur, Tetapi Kedudukan Kewangan
- Kembali Kepada Semangat Ilmu, Itulah Rahsia Cemerlang Pelajaran Di Universiti!
- Beli Kereta, Kesilapan Biasa Graduan Baru
- Belajarlah Berniaga Ketika Masih Di Kampus
- Rahsia Student Ini Berjaya Buat Sales RM12 Juta Dari Meja Study!
- Miskin Usia Muda Itu Pengalaman, Bila Tua Itu Penjara Kehidupan
Nasihat yang sangat tepat, Tn Zul… saya juga selalu peringatkan anak buah saya supaya sentiasa jaga betul2 kewangan spt beli buku dan catit wang keluar/masuk (w/pun nampak macam kedekut) serta amalkan budaya keperluan vs kehendak….
Alhamdulillah..
Harap sangat ilmu kewangan diajar peringkat akar umbi selain belajar ilmu ilmiah.
tengkiu tuan zulkifli untuk artikel ini..sy pun ms universiti xtaw apa2 psl perancangan kewangan.
skrg dah umo 31 tahun dan mkn gaji.
Tuan,
Saya setuju dengan matlamat tu. Kita sebagai ibubapa lah yang perlu ajar anak2 kita supaya tak melaukakan kesilapan yang sama seperti kita atau generasi terdahulu dalam kewangan.
Tapi bagi saya ilmu tu sangat penting bukan dalam kewangan sahaja. Allah pun meningkatkan darjat orang yang berilmu bukan orang yang berharta.
Pernah tak kita dengar orang yang kaya raya, tapi hanya belajra setakat darjah enam sahaja, juga tak pandai menulis? Benar dia kaya, tapi setiap kali orang menceritakan perihal hidupnya akan timbul kisah tahap pendidikan dia bukan?
Tapi orang yang ada ilmu tinggi bekerja underempoyment orang amat mengagumi mereka. Contohnya minah jual nasi lemak ada degree tu kan.
Bagi saya ilmu nombor 1. Saya dan keluarga amat mengagumi 3 beradik KRU. Mereka semua berilmu, bukan calang-calang graduan. tapi mereka lakukan apa yang mereka suka. Sekaranag kita boleh lihat mereka semua berjaya. Mereka dihormati kerana ilmu, digilai kerana bakat, dikagumi kerana harta.
Salam,
Saya setuju ilmu no. 1. Tidak boleh kita pertikaikan kerana menurut hadis, menuntut ilmu hukumnya wajib, semua benda yang wajib automatik menjadi no. 1. Saya bekerja di universiti di bidang akademik selama 6 tahun dan admin selama 13 tahun dan saya sangat hampir dengan satu kepastian iaitu universiti dan kolej adalah tempat untuk mencapai satu tahap kematangan sahaja bukannya untuk tujuan mendapatkan sekeping sijil. Saya belum berani mengatakan perkara ini dengan pasti kerana mungkin banyak faktor lain juga. Sangat ramai pelajar yang saya tengok keputusan “cukup-cukup makan” berjaya sedangkan yang cemerlang masih lagi mengiak-ngiak ibarat anak burung menunggu ibu membawa makanan di petang hari. Yang cukup-cukup makan itu pula memang saya akui memang teknik dan kemampuan akal membatasi pencapaian mereka manakala signifikan juga angka tersebut terhadap pelajar-pelajar yang sangat aktif dalam berpersatuan dan bersukan. Keberanian menongkah rutin akhirnya menjadi bekal sebagai graduan yang matang dan berani, geng-geng yang kebanyakannya berjaya sebagai seorang “manusia” dan “insan”. Dengan keberanian inilah boleh juga menjadi bekal keberanian untuk memulakan bisnes, bijak mencari peluang dan juga pandai bergaul dengan masyarakat. Sekian.
“Rupa-rupanya ilmu yang diajar di universiti lebih menjurus untuk menjadi seorang perkerja, bukan untuk jadi orang kaya yang mempunyai kebebasan kewangan dan masa”
…. Statement TERBAEK!! Setuju 200%
setuju dengan semua point di atas 😉
memang betul cakap tuan zul. Harap umur 40 tahun dapat pencen dari makan gaji. Tapi masih mencari pendapatan pasif yang boleh menjana 5k sebulan dan aset bersih masih belum 1 juta. Apepun starting point yang penting
memang betul cakap tuan zul. Memang terbaik jika dapat pencen masa muda. Saya target nak pencen umur 40. Tapi masih mencari pendapatan pasif untuk ganti income dari makan gaji. Harap dapat capai dalam masa 6 tahun nie
tgh berusaha dgn gigihnya untuk menyimpan naik Haji. Doakan sy ye. TQ.
Yup, kalau nak bersara muda, kenalah usahakan income besar dari awal-awal. Di zaman teknologi ini, semuanya berkemungkinan cuma perlukan usaha besar-besaran.
Kerja makan gaji tu, profesion yang dah ketinggalan zaman. Ubah sikap, buka minda, go for it. You will get your shares.