Musim gawat begini, production berkurangan. Maka ramailah perkerja yang terpaksa diberhentikan.
Zaman ekonomi gawat begini, banyak dengar cerita orang kena buang kerja terutamanya yang kerja dalam bidang manufacturing (perkilangan). Ekonomi gawat, production kurang, maka pekerja terpaksa dikurangkan.
Bonus, increament tak payah cerita la. Tak boleh harap banyak pada musim macam ni. Dapat sikit pun, syukurlah...
Berniaga Masa di Kampus
Mungkin ada baiknya sahabat kampus belajar/ berlatih berniaga masa di kampus lagi. Banyak manfaatnya. Tapi baru sekarang saya realise... Dah terlambat.
Dulu saya tengok sahabat Allahuyarham Rozi berniaga, saya buat tak kisah jer. Rupa-rupanya memang betul cara beliau. Dan sekarang baru saya realise beliau sebenarnya seorang yang sangat hebat.
Kenapa dia hebat?
Sebab zaman belajar lagi dia boleh survive hidup tanpa satu sen pun bantuan dari ibubapa atau apa-apa pinjaman. Semuanya hasil duit dia berniaga di kampus, dan duit dia berniaga musim universiti cuti. Dan yang menariknya, walaupun beliau sibuk dengan berniaga dan berpesatuan, beliau adalah antara pelajar yang cemerlang!
Latihlah Diri Dengan Berniaga
Kalau masa belajar dia dah boleh survive sendiri, inikan pula bila dah habis belajar. Saya perhati, orang berniaga ni orang yang hebat. Cara dia berfikir tak sama dengan orang makan gaji. Susah payah dalam berniaga membuatkan jiwa dia kental. Ada jati diri.
Mungkin itu sebab Nabi S.A.W juga Tuhan didik dengan berniaga.
Oh, ruginya dulu tak biasakan diri dengan berniaga. Bila zaman ekonomi meleset begini, orang macam Allahuyarham Rozi tu tak akan hadapi banyak masalah. Sebab orang berniaga otaknya ligat. Sentiasa ligat mencari peluang...
Harapkan majikan pada musim macam ni, oh... susah... Sebabnya, NILAI dan 'nasib' kita ditentukan oleh majikan, bukan diri kita sendiri seperti orang berniaga.
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Heights
3 September 2009
Assalammualaikum Encik Zul ,
Teringat Datuk Vida yang berniaga semasa di kampus.
kawan kampus mengantuk mencetus ideanya menjual kacang kuda untuk elak mengantuk.
kesukaannya terhadap berniaga telah meletakkan dirinya hebat sekarang .
Wslm Pn. Rohaizah,
Alhamdulillah. Pengalaman tu sangat menarik.