MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

PG Jewel: Akhirnya Saya Tak Rasa Ralat Izinkan Isteri Beli Barang Kemas…

September 19, 2026

Khusyuk dia pilih barang kemas...

Dulu, isteri saya tak minat barang kemas. Cincin kami bertunang dan kahwin pun dia tak pakai. Dia simpan sampai lupa dah pasal cincin-cincin tu... 

Bila PG keluarkan barang kemas, pun dia cakap tak minat... Dia tak minat warna kuning emas katanya. Dia lebih suka putih silver... Nampak lebih muda katanya... 

More...

Sejak dua menjak ni... 

Tak tahu kenapa, sejak dua menjak ni dia nampak excited dengan barang kemas #PGJewel, sampai emas dalam #AkaunEmasGAP saya sekali dia 'tarah'!😂 

Masa pelancaran outlet PG Jewel di Kompleks Bukit Jambul tadi, dia minta phone saya. Katanya nak keluar sikit saja emas dari Akaun GAP saya. 

Dekat sejam phone saya ada dengan dia... Sambil saya bersembang dengan team di luar... 

Saya ingat kan dia nak keluarkan emas 3 atau 4 gram saja. 

Bila balik hotel, mak ai!... 14.3 gram dia keluarkan jadi barang kemas dia! Nilai RM8,708.00 tu...😅 

Aduh... Lain kali kena hati-hati ni kalau datang ke PG Jewel... Daripada tak minat, sampai emas yang saya kumpul pun dia tarah sekali!😅 

Haha... 

Tak apa lah... Asalkan dia happy... 

Tak sama macam barang kemas lain

Lagipun, barang kemas PG Jewel tak sama macam barang kemas lain.

Spread cuma 13% (emas 916) dan 9% (emas 999) saja. Tak macam barang kemas lain yang selalunya sekitar 25%. Malah ada yang sampai 40%!...

Tak lah rasa ralat sangat.

Emas tu sebenarnya duit.

Bezanya cuma, simpanan emas dari akaun saya dah berpindah ke tangan dia.

Emas makin lama makin mahal... Sepanjang 20 tahun ni, harga emas naik secara purata 10% setahun.

Satu hari nanti kalau nak pakai duit, boleh jual atau pajak saja barang kemas tu.

“Duit family” tak berkurangan pun...

Selain isteri happy berhias dan "jadi perempuan", hakikatnya "duit family" kami tak berkurangan pun...

Tapi kadang rasa bimbang juga... Takut nanti makin lama makin kurang emas dalam akaun GAP saya jadi barang kemas dia...😅

Sebab bila redeem dari akaun, dia tak perlu keluarkan duit walaupun 1 sen! Macam 14.3 gram dia dapat free saja!...

Haha...

Mudah-mudahan "happy wife, happy life"! InsyaAllah... 

Zulkifli
Penang
16 September 2026
3 Rabiul Akhir 1448H

Suami-suami yang pasrah Akaun Emas GAP kena 'tarah' dek isteri gara-gara barang kemas PG Jewel... 🙂

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}