Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold

Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Dari sudut keuntungan, secara peribadinya saya dapat terlalu banyak keuntungan sebagai dealer Public Gold.

Status sebagai dealer PG adalah bullet-train yang membolehkan saya capai financial freedom dengan sangat cepat.

Tapi sebagai panduan umum, inilah 6 keuntungan paling basic sebagai dealer emas Public Gold:

#1 – Rebat Belian Emas Sendiri

Beli untuk diri sendiri pun dapat rebat (insentif). Insentif ini dibayar mengikut level dealership masing-masing sebagaimana berikut:

  • Normal Dealer - 1.0%

  • Priority Dealer - 1.5%

  • Master Dealer - 2.0%

Insentif dikira hanya setelah berjaya mendapat status sebagai "Dealer". Belian pertama ketika grab promosi jadi dealer (ketika status masih lagi sebagai "Customer"), itu belum layak mendapat insentif.

Bila sistem PG telahpun upgrade status seseorang "Customer" menjadi "Dealer", barulah insentif akan mula dikira.

Contohnya sebagai seorang dealer; kalau buat belian sendiri sebanyak RM10,000, maka insentif yang diterima adalah seperti berikut:

  • RM100 (RM10,000 x 1.0%) bagi Normal Dealer
  • RM150 (RM10,000 x 1.5%) bagi Priority Dealer
  • RM200 (RM10,000 x 2.0%) bagi Master Dealer

Sudah la harga emas PG lebih rendah sekitar 15% berbanding kebanyakkan kedai emas, dealer PG dapat rebat (bukan diskaun) dalam bentuk insentif sebanyak 1%, atau 1.5%, atau 2%, mengikut tahap dealership masing-masing.

Insentif itu akan dibayar pada 20 hari bulan pada bulan berikutnya. Bukan bayar on the spot ketika buat belian.

#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri (0.3%)

kelebihan dealer public gold 2021 g100

Kalau nak jual balik emas kepada Public Gold, dealer dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Tak kira samada level Normal Dealer, Priority Dealer atau Master Dealer, level rebatnya adalah sama. Iaitu 0.3%.

Maksudnya, kalau jual emas RM10,000 kepada Public Gold, dapat la RM30 (RM10,000 x 0.3%). Rebatnya tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke office Public Gold.

Insentif itu akan dibayar pada 20 hari bulan pada bulan berikutnya. Bukan bayar on the spot ketika buat belian.

#3 – Royalti Introduce Pembeli

Bila dah simpan emas Public Gold, dan dapat banyak manfaat hasil menyimpan emas bersama PG, jangan simpan seorang diri.

Itu ‘selfish’ namanya. Sebaliknya, ceritakanlah kepada orang lain supaya mereka pun tahu tentang Public Gold - emas simpanan terbaik di Malaysia.

Kesian orang lain yang tak tahu tentang emas dan Public Gold. 

Pengalaman saya sejak 2010, siapa nak simpan emas di Malaysia tapi tak tahu tentang Public Gold, dia memang rugi.

Bahkan dia akan rugi lebih besar kalau mereka terbeli barang kemas, sedangkan dia nak beli emas untuk simpanan, bukan perhiasan.

Jadi ambillah tanggungjawab perkenalkan (introduce) kepada orang lain tentang emas dan Public Gold.

Sampaikanlah kebaikan itu kepada kenalan terdekat melalui whatsapp atau akaun media sosial sendiri. Jangan menjual, tapi niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen berbentuk royalti seperti berikut:

  • Normal Dealer - 1.0%

  • Priority Dealer - 1.5%

  • Master Dealer - 2.0%

Setiap kali orang tu beli, setiap kali itulah Public Gold bayar royalti, hatta kalau kita mati pun, waris kita dapat nikmati pendapatan royalti tersebut.

Kalau kesemua customer yang kita introduce itu membeli emas berjumlah RM50,000 (jumlah terkumpul) setiap bulan untuk simpanan mereka, Public Gold akan bayar insentif seperti berikut:

  • Normal Dealer - RM500 (RM50,000 x 1.0%)

  • Priority Dealer - RM750 (RM50,000 x 1.5%)

  • Master Dealer - RM1,000 (RM50,000 x 2.0%)

Kalau seorang penyimpan emas konsisten membeli emas sebanyak 1 gram setiap bulan, bayangkan berapa passive income seorang dealer PG yang mempunyai 1,000 penyimpan emas di bawah bimbingannya?

Dengan andaian harga emas RM250 per gram, maka royalti seorang dealer PG yang ada 1,000 penyimpan emas ialah RM5,000 (RM250 x 1,000 penyimpan emas x 2.0%)!

#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan

spread susut nilai emas public gold 2017

Kalau dah bimbing banyak penyimpan emas yang berdaftar dengan PG, selepas beberapa tahun, akan ada penyimpan emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit.

Waktu tu, dealer berpeluang beli emas pada harga “PG Buy” semasa (rujuk di website), iaitu harga diskaun selepas tolak spread 6.0% - 9.0% berbanding harga "PG Sell" semasa.

Biasanya mereka adalah dari kalangan penyimpan emas yang terdekat dengan kita.

Penyimpan emas ada pilihan untuk jual terus kepada PG. Dan inilah cara paling baik dan paling selamat yang saya sarankan.

Tetapi penyimpan emas juga ada pilihan untuk jual emas tersebut kepada dealer terdekat yang dia percayai. Selalunya dari kalangan ahli keluarga atau kenalan rapat mereka sendiri.

Dari sudut harga, sama saja samada jual kepada PG ataupun kepada dealer. Tetapi selalunya penyimpan emas terdekat suka jual kepada dealer sebab mereka boleh dapat duit on the spot.

Hari cuti, hujung minggu, dan waktu malam pun mereka boleh jual dan dapat duit on the spot.

Kalau jual emas fizikal kepada PG, ia terhad kepada waktu bekerja dan pada hari bekerja sahaja. Dan PG akan buat bayaran dalam masa 1 - 2 hari bekerja.

Sebagai dealer PG yang aktif, saya sentiasa dapat berpeluang tambah simpanan emas hanya dengan beli daripada customer (dari kalangan kenalan terdekat) pada harga diskaun “PG Buy”. Seolah-olah saya beli emas tanpa spread!

Kalau harga emas naik 5%, maksudnya saya terus untung 5%! Kalau saya beli RM10,000, nak dapat untung RM500 tu sekejap saja, insyaAllah.

TIP UNTUNG: Bukankah ini peluang yang lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB yang terpaksa tunggu SETAHUN untuk dapat 5%?

#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual

Bila orang jual emas kepada saya pada harga diskaun “PG Buy”, kekadang simpanan emas saya dah ‘berlebihan’.

Saya perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit. 

Jadi stok berlebihan tu, saya jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 6% - 9%! Kalau beli RM10,000, untung RM600 - RM900 tu sekejap sahaja, insyaAllah. 

Bukankah ini peluang yang lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB yang terpaksa tunggu SETAHUN untuk dapat 5%?

Tapi jujurnya saya jual emas cara begini hanya pada peringkat permulaan saya jadi dealer, iaitu sekitar tahun 2010 - 2013.

Waktu tu, branch PG belum banyak dan penyimpan emas terpaksa beli emas dengan dealer terdekat.

Bila branch PG dah banyak, dan pembeli emas boleh beli secara online, bahkan boleh minta PG poskan emas terus ke rumah mereka, saya syorkan beli emas terus dengan PG saja.

Saya tak syorkan beli emas dari tangan dealer. Ia sangat berisiko. Sehingga ke hari ini, saya sentiasa dapat berita ada pembeli emas yang kena tipu dengan dealer. Dan selalunya penipu ini pada permulaannya dikenali sebagai seorang trusted seller!

#6 – Komisyen Overriding “Dealer”

Dalam banyak-banyak penyimpan emas yang kita daftarkan, mesti ada yang buat belian yang melayakkan dia jadi dealer.

Jadi mereka bukan sekadar simpan emas untuk diri sendiri, tapi mereka turut sama mendidik ahli keluarga dan kenalan untuk turut sama menyimpan emas.

Mereka akan daftarkan customer mereka sendiri.

Kalau dealer atau customer mereka buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission” sebanyak perbezaan level antara kita (upline) dan dealer tersebut (downline).

pengasas public gold pg group dato wira louis ng 2021

Kalau anda seorang Priority Dealer (level insentif 1.5%), dan Normal Dealer (level insentif 1.0%) di bawah anda membuat sales (hasil dari belian sendiri + belian customer di bawahnya) sebanyak RM50,000 pada bulan tersebut, maka PG akan membayar anda sebanyak RM250 ([1.5% - 1.0%] x RM50,000).

Kalau anda ada 10 orang Normal Dealer yang buat sales (belian sendiri + belian customer di bawahnya) sebanyak RM50,000 setiap bulan, maka overriding commission anda adalah RM2,500 (RM250 x 10 dealer)!

Komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada belian dengan PG sampai bila-bila. Dan pendapatan ini pula boleh diwariskan kepada isteri atau anak-anak jika seseorang dealer itu meninggal dunia!

Itu janji Pengasas Public Gold sendiri.

>