10 Kelebihan Utama Emas Public Gold

by on March 5, 2014

Post image for 10 Kelebihan Utama Emas Public Gold

[Kemaskini 13 Jun 2017] Kalau tanya saya, mana bagus beli emas Public Gold atau emas jenama lain? Jawab saya, tentunya Public Gold. Saya syorkan Public Gold bukan sebab saya jadi dealer, tapi sepanjang pemerhatian saya sejak 2010, emas Public Gold yang paling senang beli, senang jual, untung maksimum dan urusniaganya sangat telus. Public Gold platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia buat masa ni.

Jangan percaya cakap saya, tapi cuba teliti 10 point yang saya senaraikan ni. Dan cuba bandingkan emas Public Gold “secara pakej” dengan emas-emas lain yang ada dalam pasaran.

Bila nak beli emas, tak boleh tengok cuma satu kriteria jer, tapi kita kena nilaikan secara PAKEJ, at least 5 kriteria sebagaimana artikel saya “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan”. Kalau emas tu susut nilainya paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik sebab ada emas yang susut nilai rendah, tapi bila kita nak jual balik, syarikat tak mampu bayar! Itu kes yang pernah saya jumpa.

FB boleh beli tak boleh jual balik emas 3 jutaKisah akak ini, dia beli emas jenama X hanya disebabkan harganya lebih murah, tetapi bila nak jual balik, company tak nak beli! Jadi kalau nak beli emas, mesti menilai secara ‘pakej’ supaya dapat maksimumkan keuntungan.

Cuba teliti 10 kelebihan utama emas Public Gold ni, dan buat perbandingan:

#1 – Harga Lebih Murah dan Bebas GST!

Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram atau sekitar 15% berbanding kedai emas sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-olah kita beli terus dari kilang. Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.

emas public gold vs poh kong

Cuba bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas di pasaran. Secara umumnya, saya boleh katakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran.

Dan satu lagi perkara penting iaitu sejak perlaksanaan GST pada April 2015, Public Gold satu-satunya emas jenama tempatan (selain Kijang Emas BNM) yang bebas GST. Ini disebabkan emas Public Gold versi terbaru mendapat pengiktirafan daripada London Bullion Market Association (LBMA) sebagaimana saya jelaskan dalam artikel “Kesan GST Ke Atas Pelaburan Emas“. Jadi pembeli emas Public Gold jimat dari membayar kos GST 6%! Kos 6% bagi emas sebenarnya terlalu besar berbanding barangan runcit. Kalau emas yang kita beli nilainya RM10,000, maksudnya kita jimat RM600! Oh, banyak tu…

#2 – Kadar Spread Terendah Di Pasaran

Spread (atau selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.  Spread emas Public Gold cuma 5% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Kadar spread tu antara yang terendah di pasaran, selain Kijang Emas Maybank, emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH).

Kalau sahabat pembaca perhati, pembeli emas Public Gold lah yang paling aktif jual beli emas di Malaysia! Ini disebabkan spread yang rendah atau nipis. Bila harga emas naik sikit jer, pembeli dah boleh jual untuk dapat untung. Tak perlu tunggu lama-lama. Bila harga emas turun sikit, dah boleh start beli balik.

gold bar 250 gram lbma public goldSusut nilai gold bar 250 gram cuma 6%. Kalau barga emas naik 10%, dah untung at least 4%.

spread susut nilai emas public gold 2017Senarai spread emas Public Gold. Spread berbeza mengikut item. Lebih besar saiz item emas, lebih rendah / nipis kadar spreadnya. Maksudnya, item lebih besar lebih cepat untung bila berlaku kenaikan harga emas.

Kalau jadi dealer Public Gold, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer).

Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 6%), susut nilai sebenar cuma 3.7% (6% – 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 5% pun dah untung 1.3%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.

#3 – Stok Tiada Had

Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock . Hentikan jualan buat sementara waktu. Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”. Contohnya, siapa yang beli emas sekitar hujung Disember 2013, bulan Mac 2014 dia dah boleh jual dan nikmati keuntungan sekitar 5% – 7% bergantung kepada item yang dia pilih.

mesej public gold harga rendahSaya perhati, ada syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Harga murah pun tak berguna. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu. Bila macam ni, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.

#4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia

Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat tahun 2017, Public Gold ada lebih 18 cawangan termasuk satu di Singapura dan satu di Jakarta (Indonesia). Setiap negeri ada cawangan Public Gold (kecuali Perlis). Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

pejabat office cawangan public gold 2017Cawangan seluruh Malaysia.  Senang beli, senang jual. Sila klik untuk dapatkan alamat dan no. telefon pejabat Public Gold Malaysia, Public Gold Singapore, dan Public Gold Indonesia.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik terutamanya dealer yang modal tak besar. Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat.

#5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak

Sejak tahun 2010 saya melibatkan diri dalam pelaburan emas, saya perhati, Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dsb asalkan berat masih kekal. Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.

Emas public gold kemek calarUntuk emas Public Gold yang non-LBMA (versi lama), tak perlu risau emas calar atau lekuk. Janji berat masih kekal. Public Gold jamin beli balik mengikut harga PG Buy di website.

dinar emas public gold 24k buka seal rosakUntuk emas jenis LBMA (versi baru) begini, kalau sarung plastik atau sealnya rosak, spread hanya 10%. Berbanding kebanyakkan pengeluar mengenakan potongan harga 25%.

Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal atau sarung plastiknya rosak pun dah jatuh nilai yang sangat banyak. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka sarung plastik, dia akan tolak at least 25%. Ia dikira sebagai “used gold” atau “emas terpakai”. Kalau emas tu calar, kemek atau bengkok, tak payah cerita lah…

#6 – Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir semua institusi ar-rahnu termasuk dua ar-rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu, dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yang lebih menarik, terdapat 4 ar-rahnu yang terima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik untuk uji ketulenan iaitu:

  1. Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)
  2. Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
  3. Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)
  4. Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE)

Ar-rahnu lain yang juga terima gadaian emas Public Gold (tetapi disyaratkan potong sarung plastik untuk diuji ketulenan) ialah Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Exchange, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress.

ar-rahnu public goldAntara ar-rahnu ternama yang terima pajakan emas Public Gold.

#7 – Sistem Booking Harga 24 jam Sehari

Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.

harga emas kitcoHarga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia www.kitco.com

#8 – Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar

Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Dah beberapa syarikat dah yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli! Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari. Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran! Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.

jualan balik emas Public Gold secara besar-besaranJualan balik emas Public Gold secara besar-besaran oleh sahabat saya tanpa sebarang masalah dari sudut pembayaran daripada Public Gold.

#9 – Emas Disertakan Sijil Ketulenan

Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.

jongkong emas gold bar 5 gram public goldGold bar 5 gram Public Gold. Setiap keping emas disertakan sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Bagi emas LBMA, sijil ketulenan dilekatkan terus pada bahagian belakang emas.

#10 – Tiada Yuran Sebenar Menjadi Ejen

Kalau beli emas RM30,000 dalam satu resit, anda secara AUTOMATIK jadi dealer Public Gold secara PERCUMA! Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu e.g. RM1,000 untuk layak jadi dealer. Tapi Public Gold hakikatnya percuma sahaja. Kalau beli emas RM30,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian KEDUA dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping coin 1 dinar.

Ada 6 kelebihan utama sebagai dealer emas Public Gold. Anda boleh pilih samada menjadi dealer Public Gold yang aktif dan menjana pendapatan lumayan sebagai dealer, atau sekadar untuk dapat rebat atas belian sendiri.

Kalau nak beli untuk simpanan sendiri pun, saya syorkan buat belian yang melayakkan jadi dealer (kalau cukup bajet) sebab boleh dapat REBAT belian 1% (belian RM30,000), dan 1.5% (belian RM200,000). Dan Public Gold akan bayar rebat 0.3% bila kita jual balik emas tu. Maksudnya bila jadi dealer, kita boleh jimat susut nilai sebanyak 1.3% atau 1.8% bergantung tahap dealership.

Bagi yang berminat membeli emas Public Gold, DAFTAR dulu secara PERCUMA sebagai “registered customer” Public Gold. KLIK DI SINI untuk berdaftar di website Public Gold. Kalau ada apa-apa persoalan, wassap saya pada bila-bila masa di +6 019 336 8009 (Zulkifli) atau isteri saya +6 019 927 2780 (Najdah). Kami adalah dealer Public Gold yang aktif sejak 2010.

Zulkifli
Damansara Damai
13 Jun 2017 (artikel asal 5 Mac 2014)
19 Ramadhan 1438H

[Kredit foto : Jutawanemas.Com]

[Artikel ini dikemaskini pada 13 Jun 2017. Sebahagian blog comments di bawah ini mungkin tidak lagi relevan setelah ia dikemaskini]

{ 245 comments… read them below or add one }

1 Fudhlana March 6, 2014 at 9:16 am

Salam dan selamat sejahtera encik Zul.
Saya nak bertanya,kalau saya nak membeli emas PG sekarang adakah berbaloi kerana saya tengok harga emas sekarang tengah naik. Awal Januari tahun ini saya dah beli 1 keping 5 Dinar yang berharga RM 2,884.00 sekarang dalam RM 3,089.00 . Apa pendapat encik Zul, adakah saya kena menunggu lagi sehingga harga turun semula atau mungkin saya terus sahaja buat pembelian baru pada harga sekarang?Terima Kasih.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2014 at 4:05 pm

Wslm Pn. Fudhlana,

Memang betul harga dah naik. Tapi harga sekarang ni masih rendah kalau dibandingkan harga emas sejak 2010. Paras harga sekarang sama dengan harga tahun 2010. Saya sendiri tak pasti samada harga akan turun ke paras yang puan beli hari tu sebab itu paras paling rendah dalam tempoh 3 tahun.

Reply

3 MIN March 6, 2014 at 1:46 pm

En. Zul, boleh tak kita jual kesemua emas yang telah kita beli dengan PG dan kemudian beli semula dengan dengan PG dengan jumlah 20k untuk melayakkan kita menjadi dealer.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2014 at 2:10 pm

Boleh En Min.

Reply

5 skyfun March 6, 2014 at 3:39 pm

En zul,boleh ulas x ttg forex yg berasaskan emas sebagai sandaran.apakah berbezaannya dgn emas fizikal

tq, \m/__\m/

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2014 at 4:08 pm

Apa yang saya tahu, ianya tak patuh syariah. Beli emas, mesti dapat emas. Emas tu mesti betul-betul wujud. Kalau beli emas maya, saya rasa lebih baik beli saham yang patuh syariah. Wallahu a’lam.

Reply

7 Amirul February 27, 2016 at 4:20 am

Adakah GAP itu termasuk”beli emas maya”?

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie February 27, 2016 at 6:07 am

Bukan. GAP tu emas fizikal juga. Emas maya tu, beli emas dan emasnya tak ada. Antara emas maya ialah akaun emas di bank-bank. Ia hanya akaun semata-mata.

Reply

9 Irfan March 7, 2014 at 9:37 am

Assalamualaikum En Zul.

Saya merupakan seorang mahasiswa tetapi berminat untuk melabur emas. Apakah saranan En Zul untuk pelaburan emas bagi seorang mahasiswa yang tidak mempunyai modal yang besar. Sekiranya saya ingin membeli emas untuk simpanan sendiri berapakah modal minimum yang saya perlu sediakan?

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie March 7, 2014 at 10:18 am

Wslm En. Irfan,

Untuk mahasiswa, boleh bermula dengan simpan 1 dinar. Harga 1 dinar sekarang ni dalam RM600++ jer. Atau mula menyimpan coin 10 dirham. Sekarang ni sekitar RM110. Mulakan dulu dengan apa yang ada. Bila dah mula, nanti lebih cepat faham ilmu tentang emas.

Reply

11 irfan March 7, 2014 at 12:24 pm

Bagaimana pula sekiranya membeli emas dan kemudianya dijual semula untuk dapatkan untung. Belian emas mana yang sesuai?

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie March 7, 2014 at 7:06 pm

Item paling sebenarnya item yang besar macam coin 10 dinar sebab susut nilai lebih rendah. 1 dinar susut nilai 6%, 10 dinar 5%. Maksudnya, 10 dinar lebih untung. Tapi kalau nak senang jual sikit-sikit, 1 dinar lebih baik.

Pasal item mana yang paling baik, En. Irfan boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/07/4-pertimbangan-pilih-item-terbaik-pelaburan-emas.html

Reply

13 irfan March 7, 2014 at 9:23 pm

nampaknya masih perlu tambah modal untuk mulakan pelaburan ni. Apa2 pon terima kasih atas maklumat y berguna ni En Zul =D

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie March 8, 2014 at 3:48 am

It’s ok En. Irfan. Mulakan dulu walaupun dengan 10 dirham ataupun 1 dinar.

Reply

15 irfan March 8, 2014 at 5:47 pm

setakat yang saya baca 1 dirham adalah silver kn? adakah kadar turun naik harganya sama?

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie March 8, 2014 at 8:20 pm

Betul. Dirham tu silver. Pergerakan harga silver lebih kurang dengan emas. Cuma kalau emas naik, silver naik 2, 3 kali ganda berbanding emas. Kalau turun pun sama.

Reply

17 irfan March 8, 2014 at 9:33 pm

susut nilai dirham pula bagaimana?

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie March 8, 2014 at 10:01 pm

Susut nilai coin 10 diham Public Gold 16%.

19 irfan March 10, 2014 at 4:57 pm

saya masih kurang jelas maksud jual kembali emas untuk dapatkan untung. Jika dilihat pada susut nilai dan harga PG beli seolah2 akan rugi. Boleh jelaskan lagi?

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie March 10, 2014 at 5:47 pm

Kalau lihat di website Public Gold, kat situ dipaparkan 2 harga pada setiap masa ialah “PG Sell” dan “PG Sell”. Kalau beli emas, kita beli pada harga “PG Sell”. Kalau nak jual balik, Public Gold akan beli balik pada harga “PG Buy”. Kalau beli dan terus jual on the spot, kita rugi perbezaan 2 harga tu. Perbezaan itulah dipanggil susut nilai.

Untuk dapatkan untung, kena jual bila harga PG Buy dah naik lepasi harga masa kita beli dulu.

Reply

21 irfan March 15, 2014 at 12:34 am

okay. terima kasih En Zul

Reply

22 Cik Zam March 12, 2014 at 12:03 pm

Salam cik Zul… nk minta pandangan cik zul sikit… sekiranya kita mmpunyai modal yg kecil… katakn hanya mmpunyai lebihan duit rm100… mana yg lebih baik? membeli 1 dirham dgn duit tu… (1 dirham PG @ 13/3 ~ rm98.00) atau pun menyimpan dahulu duit tersebut sehingga ckup utk mmbeli 1 dinar (1 dinar PG @ 13/3 ~ rm627.00) sbb.. ada mmber yg kata… priority pada emas dulu… tp bila fikir utk mnyimpan rm100/mth utk dptkn 1 dinar… mngambil masa juga tu… silap2 masuk bln ke 6.. harga emas dah naik lagi…. atau beli saja emas dgn skim EPP?

Terima Kasih…. :)

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie March 12, 2014 at 12:23 pm

Wslm Cik Zam,

Kalau saya dalam situasi Cik Zam, saya prefer coin 1 dinar secara EPP. Saya prefer bemula dengan emas dulu.

Reply

24 Cik Zam March 12, 2014 at 10:07 pm

Oo.. ok.. mmber2 yg myimpan emas pun ckp mcm ni jgk… terima kasih byk2…

*ralat – hrga emas bdasarkn 12/3/14.. bkn 13/3/14.. :)

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie March 13, 2014 at 7:47 am

It’s ok Cik Zam.

Reply

26 Hj Ali March 20, 2014 at 4:07 pm

Salam.

En Zul, saya ada membeli goldbar 10gram publicgold ni,
kemarin saya ada keperluan untuk guna tuni, maka saya cuba memajak di arrahnu bank rakyat, namun staf bertugas tidak mahu terima emas saya kerana tiada resit jualbeli dari publicgold,saya cuma ada resit dari dealer sahaja. macamana saya nak buat sekarang ni?

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie March 20, 2014 at 4:32 pm

Wslm Hj Ali,

Oh, pelik tu. Biasanya dia minta sijil ketulenan jer. Dan resit dealer pun sepatutnya valid. Public Gold tak akan keluarkan resit kecuali beli direct dari office Public Gold. Cuba Tuan Haji bincang dengan manager dia. Kalau 1 resit tu ada 10 item macam mana sedangkan kita nak pajak satu jer. Dan satu lagi pajak di cawangan lain.

Reply

28 Samilla May 25, 2017 at 5:36 pm

salam tuan

Sya Ada beli public gold 10g.tdi sya nk gadai kat ahrahnu sbb perlu duit.tpi ahrahnu xnak.ahrahnu ckp mesti Ada invoice Dari public gold.sya pun xpaham.tolong penjelasan tuan.terimakasih

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie May 25, 2017 at 5:42 pm

Wslm.

Kalau macam tu, puan gadai di ar-rahnu lain. Setiap ar-rahnu polisinya berbeza-beza. Paling memudahkan gadai di Pos Ar-Rahnu.

Reply

30 wan mohamad izzat March 24, 2014 at 7:32 pm

Assalamualaikum en zul…sy PG bar 100g..thn lps rm16.3k..tp selepas beli tu..harga turun trs….paling tggi naek rm15k…ada peluang x sy jual pada harga lebih dr jumlah yg sy beli??

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie April 19, 2014 at 8:26 am

Wslm En. Izzat,

Kalau macam tu, mungkin ada 2 option untuk jana keuntungan iaitu:

1. Berniaga emas. Kalau En. Izzat jadi dealer PG, manfaatkan posisi dealer untuk jana keuntungan. Tapi kena belajar cara berniaga emas. Hadir kelas New Dealer Orientation dan jumpa dealer emas Public Gold yang berjaya.

2. Trading emas. En. Izzat kena belajar untuk trading emas dengan Public Gold, belajar cara baca chart untuk cari timing membeli dan menjual. Saya syorkan En. Izzat join kelas Analisis Teknikal Harga Emas yang dibuat oleh En. Syukor (www.jutawanemas.com) dan En. Shufaad.

Wallahu a’lam.

Reply

32 melissa aziz March 28, 2014 at 8:01 am

Assalamualaikum en zul,
saya baru nak menceburi bidang pelaburan emas.dah dua minggu google pasal emas.dah bace blog jutawan emas etc.semlm masa google emas 995 baru terjumpa blog ni.satu mlm saya sibuk bace semua artikel.
sebelum jumpa blog ni saya conclude nak bukak kfh gold account je,mudah dan boleh beli online and patuh syariah.lepas bace rasa nak solid gold sbb dr bnm. Now mcm nak beli PG based on artikel ni.
but saya nak tanya gold bar yg calar and kemek etc PG jual balik ke?or dia leburkan buat baru?syilling dinar boleh ke guna diluar malaysia? Ke negara2 yang trade in dinar?

Harap dapat membantu.oh ya..saya punya bajet sgt kecil sbb dah terikat dgn rumah baru.PG terima ke order walau sekeping dinar?

Reply

33 Mohd Zulkifli Shafie March 28, 2014 at 4:39 pm

Wslm Pn. Melissa,

Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

1. Untuk buat belian, saya boleh bantu, insyaAllah. Saya akan orderkan atas nama puan. Nanti puan buat bayaran terus ke akaun Public Gold berdasarkan email yang puan akan terima nanti. Lepas bayar, puan boleh ambil emas tu bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan di office Public Gold terdekat.

Untuk order, puan bagi maklumat kepada saya di 019-336 8009 (wassap/ sms).

1. Nama penuh
2. No ic
3. No telefon
4. Email
5. Item yang nak dibeli

Nanti saya orderkan, insyaAllah.

2. Kalau kondisi emas tu dah tak elok, Public Gold akan leburkan balik dan minting baru.

3. Boleh beli walalupun 1 dinar.

Reply

34 melissa aziz March 28, 2014 at 8:02 pm

Terima kasih En Zul,biar saya buat kira2 dulu nanti saya beri details yer.saya kerja di Jalan Ampang.rasanya cawangan terdekat di Ampang point kan?..area Kepong rasanya takde kan

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie March 28, 2014 at 9:19 pm

Ok Puan Melissa. Betul tu.

Reply

36 acu April 7, 2016 at 4:14 pm

assalam…..kalau saya nak beli dinar emas ni……yg termurah berapa? nak beli byk byk x mampu

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie April 7, 2016 at 5:32 pm

Wslm Pn. Acu,

1 Dinar sekitar RM730 +/-. Item paling kecil yang Public Gold ada sekarang ialah 1 gram. Harga sekarang ni sekitar RM170 – RM180. Puan boleh contact saya 019-336 8009. Nanti saya guide cara yang terbaik sesuai dengan bajet puan, insyaAllah.

Reply

38 En nyzam April 30, 2014 at 2:39 pm

Assalm en zul sy nk minta pndpt, sy ada ambilkan utk anak takaful siswa /pelajaran dr syrkt takaful Malaysia sejak dilahirkan berjumlah 100 /bulan. skrg anak sy berada di tingktn 1 berumur 13 thn. spjg tempoh itu sy blm pernah mengeluarkan sebarang amaun.Sy bercadang nk keluarkan max jumlah simpnn tersebut utk membeli emas PG sbgi simpanan pelajaran slps spm kelak.Pd pndpt en zul adakah lbh baik sy keluarkn jumlah tersebut atau biarkan sahaja di takaful malaysia.

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie April 30, 2014 at 4:39 pm

Wslm En. Nyzam,

Saya tak pasti yang mana terbaik. Kalau saya di tempat En. Nyzam, saya simpan jer dalam Takaful Malaysia tu sebab pelan takaful yang lama pakai model mudharabah (tapi sekarang pakai wakalah). Model dulu, sumbangan rendah tapi pelindungan tinggi. Jadi bagi saya, teruskan bayar macam biasa. Nak beli emas, pakai duit lain.

Wallahu a’lam.

Reply

40 nyzam April 30, 2014 at 10:09 pm

Terima kasih en zul atas pencerahan. Semoga Allah sentiasa merahmati en zul sekeluarga. Aamiin ya Allah.

Reply

41 Mohd Zulkifli Shafie May 1, 2014 at 12:34 am

It’s ok En Nyzam. Amiin ya Allah..

Reply

42 Liza Saidin June 16, 2014 at 6:22 pm

Kalau sijil gold bar hilang nak buat mcm mana?? Boleh re claim sijil baru ker?? Saya x boleh nak buat urusan pajak gadai tanpa sijil. Huhuhu….

Reply

43 Mohd Zulkifli Shafie June 16, 2014 at 7:03 pm

Kalau hilang sijil ketulenan, terpaksa jual balik emas tu kepada Public Gold, dan Public Gold akan tolak RM10. Public Gold tak keluarkan sijil baru.

Reply

44 Abdul Zahin August 6, 2014 at 4:11 pm

Salam En. Zul,

Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih atas perkongsian ilmu & maklumat encik zul. Saya, seperti saudara2 yang lain, kerap melawat blog2 encik zul dari semasa ke semasa.

Seperti saudara Irfan, saya seorang mahsiswa yang ingin berjinak-jinak dengan emas. Selepas hampir 2 bulan dalam mencari apakah sumber side income yang paling terbaik, saya rasa emas adalah pilihan saya. TETAPI,
Saya kurang jelas sedikit dengan cara beli-jual emas.
1) Bagaimana hendak agihkan keuntangan dan roll balik modal?
2) Jika saya mendapat keuntungan, pada tahap bila saya boleh luaskan modal saya?

Ini antara soalan yang kerap saya tanya. Mungkin En. Zul boleh beri sedikit pandangan atau tambah untuk saya kongsi dengan rakan-rakan saya disini. Terima kasih En. Zul!

Reply

45 Mohd Zulkifli Shafie August 6, 2014 at 9:34 pm

Wslm En. Abdul Zahin,

1. Alhamdulillah. Terima kasih juga sebab berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

2. Untuk buat side income bagi pelajar, buat bisnes lebih baik. Tak kisah bisnes apa pun. Ia lebih baik berbanding pelaburan termasuk emas. Secara asasnya, emas ni sesuai dijadikan simpanan jangka panjang sebab harga emas sentiasa naik dlm jangka panjang. Kalau nak beli emas, guna duit simpanan yang agak2 tak pakai dalam tempoh at least setahun. Lagi baik 2, 3 tahun.

Pelaburan emas sebenarnya macam beli barang kemas jer. Beli dan simpan sendiri. Bila nak pakai duit baru jual. Cuma bila beli emas utk simpanan (bukan perhiasan), barang kemas kurang sesuai sebab:

(a) Harga lebih mahal
(b) Susut nilai lebih tinggi (sekitar 25%)
(c) Ada kos upah pembuatan yang boleh dimanipulasi pekedai emas.

Emas yang lebih sesuai untuk simpanan samaada gold bar atau gold coin (termasuk “dinar”). Emas fizikal terbaik untuk pelaburan di Malaysia buat masa ni ialah emas Public Gold. Senang beli, senang jual, untung maksimum berbanding emas lain yang ada di pasaran.

Ada 10 kelebihan emas PG. Antaranya:

(1) harga lebih murah
(2) susut nilai lebih rendah
(3) jaminan beli balik harga tinggi.

Untuk maklumat lanjut tentang kelebihan seterusnya, boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/03/10-kelebihan-utama-emas-public-gold.html .

Wallahu a’lam.

Reply

46 Sya August 19, 2014 at 1:37 pm

Assalamualaikum wbt..

Sebelum ni saya ada beli emas PG 50g, share dengan kawan waktu belajar dulu-dulu. So, if kami nak split kan emas tu 50-50, bagaimana ye? jika mahu dalam bentuk emas, bukan duit, is it possible?

Terima kasih

Reply

47 Mohd Zulkifli Shafie August 20, 2014 at 4:22 pm

Wslm Cik Sya,

Emas tu boleh trade in dengan FlexiBar 50 public gold. Kena tambah duit sikit. Lepas tu boleh patah-patahnya emas tu jadi kepingan 1 gram.

Reply

48 Mohd August 21, 2014 at 4:52 am

FlexiBar tu ada sijil assayer tak? kalau dah dipatah2kan, macam mana nak buktikan ketulenannya kalau tak ada certificate?

Reply

49 Mohd Zulkifli Shafie August 21, 2014 at 6:54 am

Flexibar ada certificate. Kalau dah patah-patahkan, memang tak ada sijil. Ia jadi “used gold”. PG masih terima used gold, tak ada masalah.

Reply

50 kak ku August 22, 2014 at 6:37 pm

Assalamualaikum.
Baru2 ni sy ditawarkan untuk melabur dalam pelaburan emas, tapi hanya melabur wang, tidak mendapat ems dan menunggu bonus sahaja sperti yg telah ditetapkan. Adakah pelaburan ini patuh syariah?
Sekiranya sy hanya mempunyai rm500-1000, apakah yg patut sy beli sebagai pelaburan pertama. Sy mula nampak pelaburan emas ini lebih mudah, wpun kurang faham. Terima kasih.

Reply

51 Mohd Zulkifli Shafie August 23, 2014 at 2:36 am

Wslm Kak Ku,

Saya tak pasti ianya patuh syariah atau tak skim begitu, tapi setakat yang saya faham, beli emas mesti dapat emas. Saya risau skim begitu sebenarnya skim cepat kaya yang bertopengkan emas sebagaimana saya ulas dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/awas-skim-cepat-kaya-bertopeng-emas.html .

Kalau dengan bajet tu, saya syorkan Kak Ku mulakan dengan belian syiling 1 dinar Public Gold.

Wallahu a’lam.

Reply

52 ana August 25, 2014 at 9:43 am

assalamualaikum en zul,
saya mempunyai niat untuk melabur dalam pelaburan emas. banyak rakan saya yang terlibat dengan pelaburan emas tetapi hanya mendapat dividen di atas pelaburan tersebut bukan mendapat emas. tetapi saya tidak berapa yakin dengan pelaburan sebegitu. apabila saya membaca laman web en zul saya tertarik dengan cara pelaburan ini tetapi saya tidak tahu langkah-langkah yang patut saya mulakan. oleh demikian saya mohon bantuan daripada en zul untuk memberi tunjuk ajar apakah langkah permulaan yang patut saya buat di dalam menceburi pelaburan emas ini. untuk makluman en zul saya ingin bermula dengan modal yang kecil dahulu. sekian mohon tunjuk ajar dari en zul..terima kasih

Reply

53 Mohd Zulkifli Shafie August 25, 2014 at 11:53 am

Wslm Pn. Ana,

InsyaAllah saya boleh guide untuk bermula. Puan boleh mulakan dengan beli coin 1 dinar. Untuk pembelian tu, puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Nanti saya bantu, insyaAllah.

Reply

54 Zihan September 13, 2014 at 8:51 am

Salam En. Zul, pertamanya nice info. Ini merupakan basic yg sy cari sebelum bermula dgn pelaburan emas. Sy seorang peniaga dan kini ada sedikit duit simpanan yg tidak berganjak. Jadi ingin mencari pelaburan samada jangka masa pendek/panjang untuk mendapatkan sedikit rezeki lebih.

Sy ada ditawarkan oleh seorang kawan tentang skim pelaburan emas, sy kurang jelas tapi namanya Contra, TB dan ETA. Kadar keuntungan sekata setiap bulan dan ada juga keuntungan dalam masa 2 bulan. Adakah skim sebegini benar-benar wujud dan selamat?

Sy perhatikan Gold Bar 100g sekarang agak murah iaitu 13k++, dan jika sy belinya sekarang, hold di PG selama kurang dari 2 bulan dan ingin menjual balik dalam tempoh tersebut kepada PG adakah itu possible?

Terima kasih diatas masa dan nasihat tuan :)

Reply

55 Mohd Zulkifli Shafie September 13, 2014 at 10:39 am

Wslm Pn. Zihan,

1. Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel bermanfaat, insyaAllah.

2. Kalau berdasarkan ciri-ciri yang banyak tersebar di facebook, saya syak ianya skim cepat kaya. Saya ada komen dalam artikel saya di http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/awas-skim-cepat-kaya-bertopeng-emas.html .

3. Betul, harga sekarang ni memang murah. Kalau ikut sejarah harga emas, bila harga turun serendah ni. Biasanya ia akan ambil masa 3 bulan untuk naik dan berbaloi (untung) untuk dijual. Tapi apa-apa pun, ia bergantung perkembangan ekonomi dunia terutamanya yang memberi kesan kepada matawang US Dollar.

Wallahu a’lam.

Reply

56 wani September 14, 2014 at 10:40 pm

as salam en.zul..
tq sb ilmu yg brmanfaat sy dpt dr blog ni..in sha Allah.
dgn modal rm6k hsil simpnan,sy fkir utk mbeli dgn PG..
adkah sesuai utk sy brusniaga skrg dgn niat utk mgandakan keuntngn
dalam bulan yg akn dtg..krn sy ingin mjna kuntugan jgka pendek?
tq

Reply

57 Mohd Zulkifli Shafie September 14, 2014 at 10:59 pm

Wslm Pn. Wani,

Saya tak syorkan beli emas untuk jangka pendek. Walaupun harga emas sekarang memang di paras yang sangat rendah, tapi tak siapa tahu pergerakan sebenar harga lepas ni. Saya cuma risau bila puan nak jual dalam masa terdekat, harga belum naik lagi.

Reply

58 syida October 3, 2014 at 3:41 pm

Assalamualaikum encik zul, saya berminat sangat nak kumpul emas, tapi xda perbankan elektronik bole ke gunekan cara manual?

Reply

59 Mohd Zulkifli Shafie October 4, 2014 at 12:23 am

Wslm. Boleh puan.

Reply

60 salwa September 26, 2014 at 2:53 pm

assalam en zul.
thanks utk info terutamanya utk org yg baru nak tau pasal pelaburan emas. saya ada bbrp soalan nak tanya.
apa beza amethyst dgn public gold.? adakah dua company ni sama dlm urusan jual beli emas.? mana yg lagi better kalau nak beli emas.?
dan kalau beli emas dgn dealer, boleh je kalau nak jual balik kat branch PG.?
PG ada goldbar emas 999 tak.?

Reply

61 Mohd Zulkifli Shafie October 12, 2014 at 5:24 am

Wslm Pn. Salwa,

1. Untuk beli emas, puan kena cek 5 kriteria penting. Jangan percaya cakap saya sebab saya dealer Public Gold. Semestinya saya lebih condong kepada Public Gold. Puan boleh bandingkan 5 kriteria yang saya tulis di http://www.mohdzulkifli.com/2012/05/5-kriteria-penting-memilih-emas-pelaburan.html .

2. Kalau beli dari dealer, boleh terus jual kepada branch Public Gold. Tak ada masalah.

3. PG memang ada gold bar 999.9.

Reply

62 syida October 3, 2014 at 11:37 am

Assalamualaikum encik zul, saya berminat sangat nak kumpul emas, tapi xda perbankan elektronik bole ke gunekan cara manual?

Reply

63 Mohd Zulkifli Shafie October 3, 2014 at 3:08 pm

Wslm. Boleh puan, tak ada masalah. Puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Nanti saya guide cara yang paling sesuai dgn situasi puan, insyaAllah.

Reply

64 Wan October 13, 2014 at 2:41 pm

Salam En.Zul,

Adakah kesemua produk emas di Public Gold (gold bar, gold coin dan dinar emas) mempunyai susut nilai yg sama?

Terima Kasih.

Reply

65 Mohd Zulkifli Shafie October 13, 2014 at 11:31 pm

Wslm En. Wan,

Susut nilai setiap item tu berbeza. Ini saya senaraikan susut nilainya:

Gold bar
– 1g (8%)
– 10g (8%)
– 20g (6%)
– 50g (5.5%)
– 100g (5%)
– 250g (4.5%)
– 500g (4.5%)

Dinar
– 1 dinar (6%)
– 2 dinar (6%)
– 5 dinar (5.5%)
– 10 dinar (5%)

Reply

66 eyan October 19, 2014 at 4:41 pm

Salam En. Zul.

Sekiranya sy mempunyai budget dlm 3k-5k, apakah yang patut sy beli.sebagai pelaburan pertama sy.Terima kasih.

Reply

67 Mohd Zulkifli Shafie October 19, 2014 at 8:07 pm

Wslm puan,

Dengan bajet tu, item paling baik beli dinar sebab susut nilai lebih rendah. Kalau bajet RM5k, sekarang ni boleh dapat 9 dinar. Kalau nak cepat untung, beli 5 dinar x 1 keping + 1 dinar x 4 keping.

Reply

68 dila October 22, 2014 at 2:48 am

Assalam en.zul,

Bagaimana sy nak buat pembelian emas sekiranya sy menetap di oversea?dpt balik setahun sekali.jadi agak susah membuat urusan pembelian.

Reply

69 Mohd Zulkifli Shafie October 22, 2014 at 5:31 am

Wslm Pn. Dila,

Kalau tinggal d oversea, boleh beli melalui kaedah GAP Public Gold. Beli dan simpankan dengan Public Gold. Pembelian tu pun secara online dan pakai wassap jer. Bila balik Malaysia, boleh ambil emas tu di mana-mana office Public Gold.

Puan boleh dapat maklumat lanjut di http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .

Reply

70 khidhir October 24, 2014 at 9:48 am

*pembetulan*
Assalamualaikum En Zulkifli. saya seorang penganggur berumur 22 yang baru tamat pengajian. saya nak tanya, contoh kalau saya beli 1 dinar agaknya berapa lama saya perlu menunggu utk harga emas itu naik? paling lama berapa tahun ye harga emas tu naik? sebab kalau bertahun takut saya tak mampu utk membeli 1 dinar yg seterus. Mohon tunjuk ajar. sekian daripada saya :)

Reply

71 Mohd Zulkifli Shafie October 24, 2014 at 10:49 am

Wslm En. Khidhir,

Tak siapa tahu bila harga akan naik dan bila akan turun. Pergerakan sebenar bergantung perkembangan ekonomi dunia terutamanya melibatkan kesan terhada US Dollar. Beli emas ni lebih kepada simpanan. Kalau untuk jana pendapatan, saya syorkan beli emas. Tapi dengan cara samada:

(a) cari kerja dan tingkatkan kerjaya
(b) mulakan / majukan bisnes sendiri

Itu jauh lebih baik berbanding En Khidhir tunggu kenaikan harga emas.

Reply

72 khidhir October 24, 2014 at 2:52 pm

Terima kasih atas info yg diberi En Zulkifli. saya ada juga membaca buku mengenai pengurusan kewangan dan saya tahu serba sedikit mengenai emas ni. Seperti Negara kita yang sedang pesat membangun, hutang Negara tidak dpt dipisahkan. dengan kadar peningkatan penerima EPF, SOCSO dan wang pencen dari kerajaan kita akan dapati suatu hari nanti inflasi akan berlaku dan lebih teruk lagi jika hiperinflasi akan berlaku. pada masa tu harga aset sprt rumah akan menurun secara drastik seperti yang kita dapat lihat di Negara maju US. so, bila hiperinflasi terjadi wang simpanan kita didalam bank sudah tidak bernilai ekoran daripada kemerosotan. sebab itu Islam menggalakkan Umatnya menyimpan atau meniaga emas, sebab emas seperti yg En Zulkifli cakapkan tadi harga dia tidak menentu, ada masa naik ada masa turun nilainya ianya tak konsisten.

apabila saya mula membaca minat saya dlm beli/jual emas menjadi semangat. saya suka dgn artikel yg ditulis En Zulkifli. bahasanya mudah difaham dan tidak menggunakan bahasa profesional. terima kasih untuk info yg diberi. salam ukhwah dari saya 😀

Reply

73 Mohd Zulkifli Shafie October 24, 2014 at 3:19 pm

Alhamdulillah. En. Khidhir dah nampak jelas kepentingan emas. Memang itulah asasnya.

Saya ukhuwwah juga dari saya. :)

Reply

74 Liana October 27, 2014 at 9:55 pm

Assalamualaikum..en.zul,
sy merancang nk bli dinar.. sy confius sama ada nk bli dinar dr Public Gold or GCP.. blh bg pdgn x?

Reply

75 Mohd Zulkifli Shafie October 27, 2014 at 11:03 pm

Wslm Pn. Liana,

Kelebihan Dinar GCP ialah emas 999.9, tapi kekurangannya harga mahal dan susut nilai jauh lebih tinggi. Kelebihan dinar Public Gold, harga lebih murah dan susut nilai lebih rendah. Maksudnya, dinar Public Gold lebih untung dari sudut investment.

Reply

76 edru November 6, 2014 at 11:20 am

As-salam en.zul
bolehkah en.zul terangkan membeli emas melalui kaedah GAP.
Terima kasih

Reply

77 Mohd Zulkifli Shafie November 6, 2014 at 11:31 am

Wslm En. Edru,

Pasal GAP, boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .

Reply

78 Idaham Zen November 6, 2014 at 11:39 pm

Assalamualaikum wbt.
Blog yang menarik.
Tuan, just nak tanya. Jika seseorang ada RM20k. berhajat untuk saving saja. mungkin dalam masa setahun atau lebih. adakah lebih kalau dibuat belian emas atau disimpan dlam bentuk dinar emas. cuba terangkan secara ringkas agak agak keuntungannya tu.
Terima kasih

Reply

79 Mohd Zulkifli Shafie November 7, 2014 at 8:26 am

Wslm En. Idaham,

Alhamdulillah.

Untuk cepat untung, pilih item yang paling rendah susut nilai. Dengan bajet tu, boleh beli kombinasi 10 dinar dan gold bar 100 gram sebab kedua-dua item tu susut nilai cuma 5% jer. Berapa banyak untung rugi tu bergantung pergerakan harga emas. Sekarang ni harga emas di paras terendah 2014. Biasanya siapa beli di paras rendah begini, dia tak perlu tunggu lama untuk jual balik emas tu.

Wallahu a’lam.

Reply

80 fedo jacob November 10, 2014 at 3:53 pm

salam cik zul.. trlebih dahulu trima kasih saya ucapkan atas artikel2 brmanfaat ini,sblm ini xda sorang pun bgtau saya ttg emas.and,saya nak tanya kalau saya nak beli produk Public gold,syarikat ini ada tak perkhidmatan pos kat tempat saya ini di daerah beluran?sebab stahu saya setakat ini,1)emas yg d beli harus diambil sendiri d cawangan Public gold terdekat.2)cawangan d sabah hanya 1 shaja iaitu kota kinabalu(360 km dr daerah saya)

Reply

81 Mohd Zulkifli Shafie November 10, 2014 at 5:24 pm

Wslm En. Fedo,

Alhamdulillah.

Kalau En. Fedo nak beli emas Public Gold, insyaAllah saya boleh bantu. Contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). InsyaAllah saya boleh bantu.

Reply

82 mere_tola November 14, 2014 at 4:13 am

As salam. . Mana lebih baik gold bar or dinar emas..

Reply

83 Mohd Zulkifli Shafie November 14, 2014 at 7:15 am

Wslm. Ia bergantung kepada bajet dan matlamat membeli emas. Kalau nak cepat untung (untuk jual balik bila harga naik), item susut nilai paling rendah yang paling baik. Kalau bajet RM30k ke bawah, selalunya dinar lebih baik.

Reply

84 hafiz December 8, 2014 at 8:19 pm

Salam en.Zulkifli,
perkongsian yg sgt bermanfaat. Alhamdulillah
(1) saya nak tanya kalau sebagai seorang mahasiswa, bajet dlm rm500, apa yg saya patut buat untuk pelaburan ni ?
(2)adakah saya akan mendapat sijil ketulenan kalau beli online?
(3)kalau saya beli online dan biarkan item tersebut di PG mcm mana?
(4)kalau nak jual boleh online atau kena ke cawangan PG?

terima kasih, maaf banyak bertanya. inginkan pencerahan

Reply

85 Mohd Zulkifli Shafie December 9, 2014 at 6:30 am

Wslm En. Hafiz,

1. Dengan bajet tu, boleh dapat gold bar 1 gram x 3 keping. Kalau boleh tambah bajet RM50 lagi, boleh dapat coin 1 dinar x 1 keping.

2. Semua gold bar dan dinar ada sijil ketulenan sekali.

3. Boleh beli dan simpan dengan Public Gold melalui kaedah belian GAP. Boleh refer di http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .

4. Kalau belum keluarkan emas tu, boleh jual beli secara online.

En. Hafiz boleh wassap saya 019-336 8009 kalau perlukan penjelasan selanjutnya.

Reply

86 Adam December 23, 2014 at 9:23 am

Salam,
En. Zul, kalau nak beli emas dari PG, terus sahaja ke kedainya je ke? Maaf bertanya sebab saya baru nak berjinak2 dengan pembelian emas ni.

TQ

Reply

87 Mohd Zulkifli Shafie December 23, 2014 at 12:48 pm

Wslm En. Adam,

Boleh terus ke office Public Gold. Masa buat pembelian nanti, boleh letak nama saya sebagai introducer supaya saya boleh bantu kalau ada apa-apa perlu follow up dengan Public Gold. Simpan dan bawa kod ni masa nak ke office Public Gold nanti. PG002369 Mohd Zulkifli Shafie.

Reply

88 sue January 6, 2015 at 12:11 pm

assalamualaikum en zul…

saya berminat dalam pelaburan emas ini,cumanya sy ada sejarah dalam pelaburan emas sebelum ini. saya pernah melabur 11k dengan VGMC dan akhirnya duit sy hangus mcm tu saja…pada mulanya saya mmg serik nak ceburi apa2 perniagaan skalipun.tp bila difikir kembali,itu kisah lalu yg wajar saya jadikan pengajaran. Di sini sy ingin dapatkan nasihat dan pandangan dari en zul berkaitan jika sy ingin ceburkan diri dalam pelaburan emas dan dari mana perlu saya mulakan?

Reply

89 Mohd Zulkifli Shafie January 6, 2015 at 2:45 pm

Wlsm Pn. Sue,

Pelaburan emas sebenar, beli emas dapat emas. Puan boleh mulakan belian emas Public Gold dengan duit simpanan jangka panjang. Mulakan dulu walaupun dengan 1 dinar.

Reply

90 ayu January 18, 2015 at 4:59 pm

Salam..saya pernah beli emas public gold 20 ribu..dan saya simpan sahaja sbb org kata x rugi beli emas..tp skrg dh tahun 2015..saya kira..saya rugi dekat 3 ribu jika jual balik emas saya dekat public gold

Reply

91 Mohd Zulkifli Shafie January 18, 2015 at 6:57 pm

Wslm Pn Rohayu.

Bukan emas tu yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu tentang emas tu yang akan membuatkan kita kaya. Saya nasihatkan bukan sekadar beli emas, tambah ilmu emas dari semasa ke semasa.

Reply

92 nazaruddin md rozi January 18, 2015 at 11:50 pm

Salam en.zul
Di mama sy boleh join training class utk JD dealar, DLM mass terdekat nie.
Lokasi SG.petani Kedah .

Reply

93 Mohd Zulkifli Shafie January 19, 2015 at 7:04 am

Wslm En. Nazaruddin,

1. Public Gold tak ada training khas untuk jadi dealer. Biasanya dealer-dealer Public Gold dapat coaching terus dari Master Dealer (dealer berpengalaman) masing-masing.

2. Bagi dealer-dealer di bawah bimbingan saya, mereka banyak belajar dari Facebook Support Group yang saya sediakan. Tips-tips menjalankan bisnes Public Gold tu mereka boleh belajar dan berdiskusi terus dalam group tu. InsyaAllah.

Kalau En. Nazaruddin ada apa-apa persoalan untuk jadi dealer, wassap / sms saya terus di 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

94 yusman yahaya January 23, 2015 at 11:23 am

assalamualaikum.
sudah dua tahun saya beli PG.
Tak ada masa untuk berurus niaga. saya beli 100 gm.
Apakah jalan yang terbaik untuk saya lakukan selain menjual semula.
Tolong berikan cadangan yang amat berguna.
Sekian terima kasih

Reply

95 Mohd Zulkifli Shafie January 23, 2015 at 8:45 pm

Wslm En. Yusman,

Alhamdulillah.

1. Kalau En. Yusman dealer Public Gold, manfaatkan posisi sebagai dealer untuk jana keuntungan. Dealer at least ada 6 cara jana keuntungan sebagaimana dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/6-keuntungan-menjadi-dealer-public-gold.html .

2. Kalau En. Yusman bukan dealer, emas boleh dijadikan modal pusingan. Boleh pajak emas tu untuk dapatkan pinjaman bercagar untuk apa-apa urusniaga yang menguntungkan. Lepas urusniaga, tebus semula emas tu.

Wallahu a’lam.

Reply

96 ahmad January 27, 2015 at 11:00 pm

kenapa 1 dinar dgn ½ dinar begitu ketara perbezaan nilainya…boleh citer sikit….

Reply

97 Mohd Zulkifli Shafie January 28, 2015 at 7:08 am

Beza nilai yang mana En. Ahmad?

Reply

98 ahmad January 30, 2015 at 4:42 pm

cth harga beli 1 dinar RM656.00 manakala½ bernilai RM 380.00…mohon penjelasan….

Reply

99 Mohd Zulkifli Shafie February 1, 2015 at 6:08 am

Oo.. ok. Harga RM380 tu harga suggested retail price untuk item yang kecil-kecil. Item yang kecil2 macam gold bar 1 gram, gold bar 5 gram, dan 1/2 dinar, Public Gold galakkan beli melalui kaedah GAP (refer http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html) untuk dapat harga murah. Harga suggested retail price tu telahpun di marked up dari harga sebenar emas untuk beri ruang kepada dealer-dealer dapat keuntungan lebih daripada menjual item-item tu. Kalau tak, ianya tak bebaloi bagi dealer untuk jual item2 kecil.

Reply

100 ahmad February 1, 2015 at 5:49 pm

saya ada budget sekitar RM1500.00 dan bercadang utk mmbeli 2 keping emas 1 dinar dan 5 keping perak 10 dirham, apa pendapat saudara dan berapa caj gold premium yg akan dikenakn sekiranya saya mahukn dlm bentuk fizikal….

Reply

101 Mohd Zulkifli Shafie February 1, 2015 at 7:07 pm

Salam En Ahmad,

Sekarang, total harga untuk kesemua item RM1,807 termasuk premium. Premium untuk setiap keping 1 dinar dan 10 dirham RM5 (sekeping).

Reply

102 ahmad February 4, 2015 at 1:58 pm

ooo…kalau camtu sy beli 2 keping 1 dinar dgn 2 keping 10 dirham je la…ada rezeki lebih blh tambah lg….

Reply

103 ahmad February 4, 2015 at 8:15 pm

boleh tlg guide camna nk beli, sy dduk kt klang….

Reply

104 Mohd Zulkifli Shafie February 4, 2015 at 8:45 pm

InsyaAllah saya boleh guide. En Ahmad wassap / sms saya 019-336 8009.

Reply

105 faisal February 5, 2015 at 12:09 am

Assalam En.Zulkifli

saya mempunyai budget awal dlm linkungan RM1000 dan secara bulanan menyimpan lingkungan RM200~RM300. saya ingin menjadikan simpanan emas sebagai pilihan untuk simpanan jangka panjang berbanding menyimpan nilai wang di bank2 atau ASB. Mohon panduan dari tuan bagi kaedah terbaik dan lebih selamat dari segi simpanan emas tersebut.

Reply

106 Mohd Zulkifli Shafie February 5, 2015 at 7:19 am

Wslm En Faisal,

Dengan bajet tu, saya syorkan beli emas melalui kaedah GAP. En Faisal boleh dapatkan maklumat lanjut tentang GAP dalam artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .

Reply

107 khairi February 21, 2015 at 9:46 pm

As salam encik zul….
Pertanyaan saya adakah cawangan public gold… membeli emas fizikal (rantai..gelang dll) terpakai…. atau bolehkah PG membuat tukar beli dengan emas fizikal lain.. untuk mendapatkan gold bar public gold?
Terima kasih atas jawapan encik zul….

Reply

108 Mohd Zulkifli Shafie February 21, 2015 at 9:59 pm

Wslm.

Boleh En. Khairi. Public Gold terima trade in emas lain. Pergi ke office Public Gold terdekat bawa barang kemas tu. Nanti staff akan test ketulenan emas tu.

Reply

109 mohd hadi March 1, 2015 at 6:54 pm

Salam..
Soalan: cth kalau membeli emas di public gold dan atas alasan keselamatan kita hendak publicgold simpankan emas tu utk kita..adakah perkhidmatan seperti itu dan kalau ada ape prosedur dan fee sekiranya kena bayar fee?

Sekiranya ada perkhidmatan simpan emas oleh publicgold,adakah apa2 jaminan keselamatan dari publicgold sekiranya apa2 terjadi seperti rompakan, publicgold jatuh muflis dan sebagainya?

Reply

110 Mohd Zulkifli Shafie March 2, 2015 at 12:02 am

Wslm En. Hadi,

Boleh beli dan simpan dengan Public Gold. Kaedah tu dipanggil Gold Accumulation Program (GAP). Boleh refer artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html. GAP tu dilindungi insuran.

Reply

111 Amirul March 1, 2015 at 10:25 pm

Assalamualaikum En Zul.

Bole x saya bli emas terus dari mane2 branch PG? Ikut harga semasa kat website PG atau ad cas lain? emas tu saya beli terus dapat atau sebaliknye? Terima kasih En. Zul

Reply

112 Mohd Zulkifli Shafie March 2, 2015 at 12:06 am

Wslm En. Amirul,

1. Boleh beli terus di office Public Gold. Harga mengikut harga semasa di website + gold premium (refer http://www.bit.ly/pggoldpremium). Kalau item yang ready stok, boleh dapat terus.

2. Masa beli tu pastikan letak nama saya atau mana2 dealer sebagai introducer supaya En. Amirul ada mentor yang boleh memberi panduan pada masa depan, insyaAllah. Kalau nak letak nama saya, bagi kod PG002369 Mohd Zulkifli Shafie.

Reply

113 mohd hadi March 2, 2015 at 12:28 am

Soalan: adakah Public Gold Patuh syariah?..kalau betul patuh syariah,siapa yg mengesahkan nya?..adalah Public Gold ada panel syariah dan sebagainya?

Reply

114 Mohd Zulkifli Shafie March 2, 2015 at 12:42 am

Wslm En. Hadi,

Buat masa sekarang, belum ada mana2 syarikat jual beli emas yang ada panel syariah termasuk Public Gold. En. Hadi pergilah mana-mana syarikat / kedai yang jual emas di Malaysia pada masa sekarang, tak ada satu pun syarikat yang ada penal syariah. Public Gold cuma syarikat jual beli emas sama macam Poh Kong, Habib Jewel dan kedai2 emas yang lain. Belum ada mana2 requirement di Malaysia yang mewajibkan perlunya ada penal syariah untuk syarikat jual beli emas sebagaimana institusi kewangan.

Dari sudut syariah, jual beli Public Gold sangat straight forward. Beli emas dapat emas. Setakat apa yang saya rujuk dari pakar-pakar muamalat Islam, jual beli emas Public Gold secara asasnya patuh syariah.

Reply

115 mohd hadi March 2, 2015 at 12:51 am

Tapi bagaimana kes yg bank duit hari ini tapi emas dpt esok hari..dah delay sehari..delay tu yg kira riba kan?..ke mcm mana?..kalau dtg ke cawangan beli secara COD..rasannye takde masalah..

Reply

116 Mohd Zulkifli Shafie March 2, 2015 at 8:07 am

Bila jual beli emas, yang penting mesti faham dimana berlakunya AQAD jual beli berlaku.

Bila beli emas Public Gold, masa lock harga belum berlaku AQAD sebab kita masih boleh cancel order (walaupun dikenakan caj cancellation). Masa bank in duit, itu belum lagi berlaku AQAD dan Public Gold belum menganggap duit itu sebagai pembayaran. Duit yang kita bank in lebih awal tu dianggap sebagai refundable security deposit. Ia duit amanah (wadiah) yang Public Gold sendiri tak boleh ambil manfaaat daripadanya.

AQAD jual beli hanya berlaku bila kita serahkan slip bayaran original di office Public Gold dan staff Public Gold serahkan emas itu kepada kita. Masa itu baru Public Gold recognise duit itu sebagai pembayaran. Jadi urusniaga Public Gold tetap berlaku on the spot. Tak ada penangguhan. Kaedah begini memang diiktiraf oleh syarak.

Kalau nak beli secara terus di office Public Gold, itu lagi jelas. Tak ada masalah

Wallahu’alam.

Reply

117 hajar April 13, 2015 at 7:29 pm

Salam en. Zul. Sy x pasti ruangan ni masih aktif atau tidak. Sy cuba jelah ye.
Saya ade membeli PG 30gm tahun lalu. Sekiranya saya berada d luar negara..adakah ia akan menimbulkan kesukaran sekiranya saya ingin menjualnya di sana.. terima kasih.

Reply

118 Mohd Zulkifli Shafie April 14, 2015 at 9:02 am

Wslm puan,

Tak ada masalah untuk jual. Asalkan ia emas, asalkan ianya tulen. Boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.

Reply

119 hajar April 13, 2015 at 7:21 pm

Salam en. Zul. Sy x pasti ruangan ni masih aktif atau tidak. Sy cuba jelah ye.
Saya ade membeli PG 30gm tahun lalu. Sekiranya saya berada d luar negara..adakah ia akan menimbulkan kesukaran sekiranya saya ingin menjualnya d sana.

Reply

120 Mohd Zulkifli Shafie April 14, 2015 at 9:01 am

Wslm puan,

Tak ada masalah untuk jual. Asalkan ia emas, asalkan ianya tulen. Boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia.

Reply

121 ana April 16, 2015 at 1:34 pm

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya mengenai penjualan emas. Semasa saya menuntut di universiti, saya telah membeli seutas gelang tangan hasil lebihan pinjaman pelajaran pada tahun 2012. Sekiranya saya ingin menjual semula gelang tangan tersebut, di manakah tempat yang terbaik untuk saya menjualnya?

Reply

122 Mohd Zulkifli Shafie April 16, 2015 at 2:33 pm

Wslm Cik Ana,

Boleh jual emas tu di mana-mana kedai emas. Atau boleh jual emas itu di mana-mana pejabat Public Gold.

Reply

123 ana April 16, 2015 at 3:34 pm

Bolehkah saya tahu cara pengiraan mereka? Menurut hasil googlelan saya, terdapat susut nilai yabg akan dikenakan. Benarkah?

Reply

124 Mohd Zulkifli Shafie April 16, 2015 at 9:59 pm

Kalau kedai emas, biasanya mereka potong 25% daripada harga semasa mereka. Public Gold biasanya akan potong RM5 – RM10 segram daripada harga barang kemas d-series mereka. Refer http://www.publicgold.com.my .

Reply

125 nizam April 17, 2015 at 4:40 pm

Salam En Zul, bagaimana saya nak mula dengan public gold dan membeli emas dengan harga ahli…terima kasih

Reply

126 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2015 at 8:44 pm

Wslm En. Nizam,

Public Gold tak ada harga ahli. Harga dealer dengan pembeli biasa sama jer. Cuma dealer di bayar komisyen. Harga emas Public Gold dah murah, spread rendah, dan bebas GST.

Saya syorkan En. Nizam mulakan langkah pertama dengan membeli at least gold bar 1 gram. Cara paling mudah, boleh mulakan dengan pembelian kaedah GAP sebagaimana saya terangkan dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .

Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

127 She April 27, 2015 at 4:01 pm

Assalamualaikum En. Zulkifli,
Tumpang tanya ya, saya ada membeli 2 gram PG daripada kenalan saya pada harga RM140/g hujung tahun lepas.
1) Bolehkah saya jual semula emas 2 gram PG tersebut di mana2 kaunter PG seperti Bank Rakyat/Pos Malaysia tanpa resit? Saya ada membaca komen diatas menghadapi kesukaran yang sama kerana tidak mempunyai resit jual beli.
2) Jika saya tak mahu jual semula emas tersebut, ada cadangan tak bagaimana saya nak rolling semula emas tersebut dan dapatkan keuntungan walaupun sedikit. (Lebih baik untung 10 sen dari rugi)

Terima kasih.

Reply

128 Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2015 at 2:28 am

Wslm Pn. She,

1. Boleh jual kepada Public Gold atau mana-mana dealer Public Gold.

2. Kalau nak untung kena tunggu harga emas naik. Atau pajak emas tu untuk dapatkan pinjaman, guna duit tu untuk berniaga. Niaga apa pun tak apa. Risiko rugi tu sentiasa ada dalam mana-mana pelaburan.

Reply

129 Amalina June 8, 2015 at 8:58 pm

Assalamualaikum en.zul, saya nak tnya if saya beli gold dr dealer public gold tp xdpt resit mcm mane ye? Ke mmg xde resit if bli dgn dealer?

Reply

130 Mohd Zulkifli Shafie June 9, 2015 at 12:25 am

Wslm Pn. Amalina,

Dealer boleh keluarkan resit. Kalau tak ada resit pun tak apa, kecuali beli dalam jumlah yang besar (itu mesti ada resit sebab takut bermasalah bila nak jual direct kepada PG nanti).

Reply

131 AHMAD FAHMI June 9, 2015 at 1:48 am

Assalamualaikum..en.zul,sy ade beli emas dekat powergold.biz tetapi apabila sy tengok balik dekat PG macam menarik jugak cara pelaburannya.jadi sekarang ni sy confuse kat mane tempat yang sesuai untuk sy laburkan,boleh tak en.zul jelaskan? dan dekat powergold.biz tu dia ade memberikan bonus apabila kita menjadi ahli contoh nya sy beli emas dengan syarikat tu kan sy akan dapat bonus dan kalau sy mengajak kawan² sy untuk menjadi ahli bawah sy maka sy akan mendapat bonus.pelaburan ni macam mane en.zul.adakah memberi keuntungan kepada sy?Harap en.zul dapat menjawab pertanyaan sy ini.

Reply

132 Mohd Zulkifli Shafie June 9, 2015 at 6:35 am

Wslm En. Fahmi,

Kalau nak beli emas untuk dapat harga tertinggi bila jual balik nanti, tak kisah emas syarikat mana sekalipun, tapi kena pastikan 5 kriteria penting di bawah:

1. Harga per gram murah
2. Spread rendah
3. Stok tiada had
4. Cawangan jual beli banyak
5. Syarat jual semula tak cerewet

Untuk faham 5 kriteria penting tu, saya syorkan En. Fahmi baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .

Reply

133 Kamsiah June 26, 2015 at 4:55 am

Assalamualaikum En.Zul..

Apa pendapat encik berkenaan Powergold?
Tk

Reply

134 Mohd Zulkifli Shafie June 26, 2015 at 11:24 pm

Wslm Pn Kamsiah,

Saya tak berapa expert tentang company tu. Lebih baikn puan refer terus dealer company tu. Cuma kalau puan nak beli emas untuk dapat harga tertinggi bila jual semula nanti, puan kena pastikan 5 kriteria penting:

1. Harga per gram rendah
2. Spread / susut nilai rendah
3. Stok tiada had supaya dapat membeli bila harga rendah
4. Cawangan jual belinya banyak
5. Syarat jual semula tak cerewet

Untuk faham 5 kriteria penting ini, puan boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .

Reply

135 lieya July 31, 2015 at 10:06 am

assalam en. Zul,
sy nk mntak pndpt en.zul, antara Gold Bar dan Gold Dinar, mne yg lebih ok lg klu sy nk bli n smpan utk jngka msa pnjg?
Trm ksih…

Reply

136 Mohd Zulkifli Shafie August 9, 2015 at 5:40 am

Salam Pn. Lieya,

Kalau emas Public Gold, gold bar dan dinar sama sahaja. Bezanya cuma bentuk segi empat dan bentuk bulat sahaja.

Reply

137 lieya August 17, 2015 at 8:27 am

tp rujuk pd web publicgold.. emas dlm bntuk gold bar kta bley phm sbb ade gram. tp emas dinar tiada info bape gram.. mksd sy, 1 dinar brsamaan bape gram? dan saya nk bli n simpan utk jngka masa lame, yg mna akn lbh menguntungkan smada bar atau dinar? mohon pencerahan…

Reply

138 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 3:04 pm

Salam Pn. Lieya,

1 dinar bersamaan 4.25 gram.

Dinar dan gold bar sama jer. Beza cuma bentuk bulat dan segi empat jer.

Reply

139 Annes Jalil August 7, 2015 at 2:39 am

Assalamualaikum En.Zul,

Saya baru bermula buat simpanan emas. Baru2 ni saya sudah terbeli gold bar pamp suisse. Ternyata harganya jauh lebih mahal dari public gold. Oleh itu saya bercadang untuk beli gold bar dari public gold. Tuan cadangkan beli emas fizikal terus atau buka akaun GAP?

Drpd artikel ni, tuan lebih sarankan untuk membeli dinar dahulu. Jadi yang mana lebih untung dinar atau gold bar?

Terima kasih.

Reply

140 Mohd Zulkifli Shafie August 7, 2015 at 5:39 am

Wslm Pn. Annes,

Mana-mana pun ok. GAP hanya kaedah belian sahaja berbeza. Item emas tu tetap sama.

Dinar dan gold bar, bezanya hanya bentuk bulat dan segi empat sahaja. Yang lain tak ada beza.

Reply

141 Annes Jalil August 7, 2015 at 2:47 am

Apa komen en.zul terhadap perbandingan harga emas dari powergold dgn public gold? sebab keduanya menawarkan harga yang rendah.

Terima kasih.

Reply

142 Mohd Zulkifli Shafie August 7, 2015 at 5:40 am

Komen saya berbalik kepada 5 kriteria penting memilih emas pelaburan. Boleh baca penerangan saya di http://www.bit.ly/kriteriaemas .

Reply

143 Annes Jalil August 8, 2015 at 1:31 pm

Assalamualaikum en.zul..

Dinar yg tuan syorkn tu dinar 22k atau 24 k? sebab public gold ada 2 jns dinar.

Terima kasih.

Reply

144 Mohd Zulkifli Shafie August 8, 2015 at 10:43 pm

Wslm Epn. Annes,

Public Gold dah tak jual dinar 22k sebab kena GST. Sekarang ni cuma 24k jer.

Reply

145 Rashidah August 10, 2015 at 11:44 pm

Saya ada kemusykilan berkenaan riba dalam jual beli emas. Saya terbaca bahawa jual beli emas yang halal ialah pembayaran yang tidak tertangguh dan penerimaan emas juga tidak tertangguh. Jika berlaku penangguhan samaada dari segi pembayaran atau penerimaan emas, ini dianggap riba. Masalah di sini, emas PG tidak boleh diambil secara terus. Perlu membuat panggilan ke branch dahulu dan tertakluk kepada stok di sana. Minta pencerahan tentang isu riba ini.

Reply

146 Mohd Zulkifli Shafie August 11, 2015 at 8:13 am

Jual beli emas PG tak ada penangguhan. Masa lock, belum berlaku aqad sebab kita masih boleh cancel. Masa bank in duit, itu belum berlaku aqad dan belum dianggap pembayaran. PG anggap duit tu sebagai refundable security deposit. Ia duit wadiah (amanah) yang PG sendiri tak boleh ambil manfaat dari duit tu.

Aqad cuma berlaku masa kita serahkan slip bayaran original di office PG dan PG serahkan emas tu. Masa tu baru PG anggap duit yang kita bank in tu sebagai pembayaran. Jadi, urusniaga jual beli berlaku on the spot. Tak ada penangguhan.

Reply

147 Syahmi August 12, 2015 at 2:24 pm

Salam,
Saya baru join GAP. Nak tanya, if saya beli 1g emas GAP tu, berapakah tempoh masa yang saya perlu ambil emas fizikal tersebut? Adakah boleh sekiranya saya nak kumpul sehingga 5g baru ambil yang 5g punya bar?

Maaf andai terms saya sebut salah. Masih belajar. :)

Reply

148 Mohd Zulkifli Shafie August 14, 2015 at 7:06 am

Wslm En. Syahmi,

Tak ada had tempoh. Boleh ambil bila-bila masa dan simpan berapa lama pun kita mahu. Nak keluarkan bila dah banyak nanti pun boleh.

Reply

149 faizal August 15, 2015 at 12:01 pm

assalam en zul..sye dpt tahu jika kita membuat pelaburan emas..sbg contoh kite membuat contract selama 2 tahun..dalam masa 2 tahun trsebut kita akan mendapat cash setiap bulan mengikut kadar yg ditetapi..betul ke macam tu ye??kalau betul sye sngt berminat untuk membuat pelaburan emas..cuma masih dalam pembelajaran..

Reply

150 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 3:08 pm

Wslm En. Faizal,

Pelaburan emas sebenar tak ada income bulan-bulan. Yang ada income bulan-bulan tu skim cepat kaya bertopengkan emas.

Reply

151 Mat Yie August 22, 2015 at 9:27 am

Salam Tuan,
Terima kasih atas pencerahan. Cuma saya terjumpa info di blog yg juga dealer PG, katanya PG juga akn membayar bonus penajaan atas setiap dealer baru yg direkrut (bonus tambahan selain bonus-bonus yg tuan sebutkan di atas). Soalan saya: adakah ini benar & adakah pemberian bonus penajaan ini patuh syariah?

Reply

152 Mohd Zulkifli Shafie August 22, 2015 at 12:15 pm

Wslm En. Mat Yie,

Alhamdulilah.

Public Gold tak ada bonus penajaan. Itu mungkin Power Gold, bukan Public Gold.

Reply

153 Mat Yie August 22, 2015 at 1:34 pm

Terima kasih atas jawapan.

Sekiranya ada syarikat yg memberi bonus penajaan kepada dealer atas setiap dealer baru yang direkrut (di samping bonus jualan sendiri & kumpulan), adakah ia patuh syariah?

Wassalam.

Reply

154 Mohd Zulkifli Shafie August 22, 2015 at 4:37 pm

Sama-sama.

Saya tak pasti En Mat Yie samada patuh syariah atau tak. Tapi saya rasa ada yang tak kena dengan cara begitu.

Reply

155 Saufi Adam August 28, 2015 at 12:00 pm

Assalamualaikum Tn Zul,

Terima Kasih kerana tidak lokek berkongsikan maklumat2 didalam blog ini.
Saya ada pertanyaan untuk diajukan dan sebelum itu, saya minta maaf sekiranya soalan saya ini terjawab dalam artikel Tn yang lain atau telah ditanya oleh pembaca lain. Soalannya ialah:

1) Tn ada menyatakn kita boleh lock harga emas untuk beli di PG dengan hanya menelefon. Boleh saya dapatkan no telefon tersebut? atau adakah boleh lock dengan menghubungi branch atau dealer? Masih boleh untuk dihungi even after office hour kah?

2) Adakah penting untuk ada sijil assayer bagi proses pajakan dan jual beli?

3) Adakah dinar emas PG juga boleh dilock? adakah harganya juga berubah2 bagi setiap 20 minit?

4) Bagaimana permintaan emas PG pada public? saya lihat ramai group emas di FB banyak yg menjual jenama emas lain.

5) Beli pada dealer atau branch yang lebih untung atau adakah sama based on PG S/B pada website/harga locked?

6) nilai mata wang Malaysia semakin susut, adakah dengan susutnya mata wang RM, kita lebih sukar untuk membeli emas? ada hubung kait tak dengan urusan pembelian emas?

Minta maaf sekali lagi jika soalan saya ini telah byk kali Tn jelaskan pada masa lalu.

Terima Kasih Tuan.
Wassalam

Reply

156 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2015 at 5:51 pm

Wslm En. Saufi,

Sama-sama. Alhamdulillah.

1. Paling mudah lock harga ialah contact dealer. Mereka boleh bantu untuk pembelian. Ataupun boleh lock sendiri melalui website. Ikut step http://www.bit.ly/caralogin. Jangan lupa letak nama mana-mana dealer sebagai “introducer” supaya mereka dapat beri panduan bila-bila En. Saufi perlukan.

2. Biasanya ar-rahnu nak sijil ketulenan tu.

3. Boleh. Harga disemak setiap 20 minit ikut harga emas dunia.

4. Emas Public Gold jenampa paling banyak permintaan di Malaysia.

5. Harga sama sahaja. Semuanya ikut website Public Gold.

6. Ringgit makin susut, harga emas akan makin mahal.

Sama-sama En. Saufi. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh terus wassap kepada saya 019-336 8009. InsyaAllah lebih cepat saya reply.

Reply

157 ayu August 29, 2015 at 11:38 am

Assalamualaikum En Zul…

Saya berminat utk membeli emas public Gold n nak jadi dealer.
Adakah minimum pembelian pertama rm10,000 yg melayakkn kita menjadi dealer?

Reply

158 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2015 at 12:39 pm

Wslm Pn. Ayu,

Sekarang, minimum belian RM30k baru layak jadi dealer. Tapi promosi Ogos 2015, beli 100 gram kaedah GAP (refer http://www.bit.ly/beliemasgap) dah layak jadi dealer. Hari ini RM16,400 untuk 100 gram GAP.

Reply

159 Vie September 27, 2015 at 3:09 pm

Assalam,,,
Sy nk tny,,,kl lah ada org asing yg nk beli Emas dkt PG boleh ke?
Kl boleh,apa syaratnya ye
Terimakasih

Reply

160 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2015 at 4:38 pm

Wslm En Vie,

Boleh, tak ada masalah. Boleh guna passport masa nak beli di office Public Gold.

Reply

161 Firdaus September 27, 2015 at 4:00 pm

Assalamualaikum Tuan, terima kasih atas perkongsian mengenai perkara ini, saya macam sudah mulai risau, sebab main beli sahaja emas tanpa ada ilmu, sekadar ikut2 sahaja. Hasil daripada pembacaan blog tuan dan carian internet, saya dapati emas PowerGold yang saya beli ini tiada sebarang cawangan diseluruh negeri, saya mulai risau mengenai Point no. 8 yang tuan maklumkan mengenai “Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar”.

Memang ada upline orang atas saya sebagai stokis, tapi saya serba tahu yang dijuga tidak mempunya wang yang sangat besar, jadi sekiranya saya mahu jual pada dia balik dalam masa sekarang, dia mesti berasa susah hati sekiranya tiada wang untuk berikan pada saya. Perkara disini sajalah sudah boleh menyebabkan “delay”

Saya rasa mahu jual balik semua emas yang saya sudah beli, dan buat belian semula dengan Public Gold

Reply

162 Mohd Zulkifli Shafie December 25, 2015 at 7:28 am

Wslm En. Firdaus,

Memang betul, kalau jumlah yang besar, selalunya banyak company bermasalah untuk beli balik. Kalau beli sikit-sikit tak ada masalah.

Reply

163 Zek October 1, 2015 at 7:45 am

antara dinar dgn gold bar…… mana yang lebih mudah? TQ.

Reply

164 Mohd Zulkifli Shafie October 1, 2015 at 9:36 am

Sama jer sekarang ni En. Zek. Beza cuma bentuk bulat dan segi empat sahaja. Yang lain semua sama i.e. harga per gram, spread, ketulenan.

Reply

165 mira October 2, 2015 at 12:46 am

salam en zul,

sy kurang jelas pada bahagian booking harga tu. sy kira ia sama dgn term kunci harga (lock price). sy bru shj buat research berkenaan jual beli emas yg patuh syariat. sy ada baca –> sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan. sebenarnya sy tak faham dgn ayat trsebut dan mohon pencerahan dari tuan. tq.

Reply

166 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2015 at 9:38 am

Wslm Pn. Mira,

Lock harga bukan aqad jual beli. Kaedah jual beli emas Public Gold patuh syariah, tak ada masalah. Cuma ruang ni tak cukup untuk saya terangkan pasal isu syariah dalam jual beli emas.

Reply

167 shah lan October 25, 2015 at 7:57 pm

Salam tuan..

Saya baru nk berjinak2 dengan PG.. Saya meniaga kecil kecilan.. Sekarang ada dlm RM 1000-2000 sebulan lebihan yg tak di usik..

Mana lebih baik saya buat?.. Beli bar 5-10 gm setiap bulan.. Dlm setahun ada 100gm.. Atau beli 100gm bar dgn cara EPP?..

Untuk makluman tuan, Saya ni takde kad kredit.. Nama pun black list lagi dari loan niaga yg terdahulu..

Terima kasih atas perhatian tuan

Reply

168 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2015 at 6:56 am

Wslm En. Shah,

Saya prefer beli sikit-sikit, tak perlu EPP.

Reply

169 Siti fatimah October 26, 2015 at 11:08 am

Sy berminat nk bli ..tinggl di damansara.. blh bgi no cntc. Tq

Reply

170 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2015 at 6:57 am

No. contact saya 019-336 8009.

Reply

171 Nor Izaidi November 12, 2015 at 7:19 pm

assalamualaikum, saya ada beli dinar emas 999.9 tapi tiada sijil. dimana saya boleh dapatkan sijil tersebut?

Reply

172 Mohd Zulkifli Shafie November 12, 2015 at 8:38 pm

Wslm,

Kena tanya tempat tuan beli tu.

Reply

173 Sham November 24, 2015 at 2:54 pm

Tuan Zul,

sy nk beli emas dr PG untuk simpanan saya, untuk secure asset sy dr inflation. saya bukan agen. boleh sy tahu syor tuan sama ada nk beli gold bar atau dinar?

khidmat nasihat tuan amat dihargai.

-Sham-

Reply

174 Mohd Zulkifli Shafie November 24, 2015 at 8:11 pm

Salam En. Sham,

En. Sham wassap kepada saya 019-336 8009. Nanti saya guide item sesuai dengan bajet En. Sham. InsyaAllah.

Reply

175 Sham November 24, 2015 at 3:25 pm

Soalan kedua, di website mana saya boleh monitor trend bagi harga emas?

Reply

176 Mohd Zulkifli Shafie November 24, 2015 at 8:12 pm

Harga emas dunia boleh semak di http://www.kitco.com .

Reply

177 rafidah November 28, 2015 at 10:51 am

salam..
en sy rafidah bminat nk beli emas publice gold …sy tggl area kuantan pahang..boleh en tlg camne utk permulaan…

terima kasih..

Reply

178 Mohd Zulkifli Shafie November 28, 2015 at 2:46 pm

Wslm Pn. Rafidah,

Puan wassap / sms kepada saya 019-336 8009. Nanti saya guide cara paling sesuai dengan bajet puan, insyaAllah.

Reply

179 natrah December 22, 2015 at 5:06 pm

assalamualaikum en.zul
saya nak tanya kalau nak beli emas public gold mesti kena order dulu atau boleh terus ke cawangan public gold dan terus bayar cash? macam saya tinggal jauh dari cawangan jadi nak kena set masa. saya amat tertarik untuk membeli emas PG selepas membaca blog en.zul cuma sekarang saya ada komitmen dengan pembelian rumah dan pendapatan yang kecil jadi apakah cara terbaik yang saya boleh buat bagi memulakan pembelian emas sebab duit pun tengah simpan untuk lawyer dan rumah yang bakal dipotong gaji tak lama lagi. sekian terima kasih.

Reply

180 Mohd Zulkifli Shafie December 23, 2015 at 11:26 am

Wslm Pn. Natrah,

Puan boleh wassap saya 019-336 8009. Nanti saya guide cara yang sesuai dengan situasi puan.

Beli emas ni sesuai dengan duit LEBIHAN untuk SIMPANAN jangka panjang. Settlekan dulu apa yang perlu disettlekan tu.

Reply

181 natrah December 28, 2015 at 9:13 am

asmkm en.zul
terima kasih untuk jawapan en.zul. insyallah dalam masa terdekat sy akan menghubungi en.zul bagi memulakan pembelian emas pertama memandangkan terdapat sedikit duit lebihan yg tidak ada komitmen untuk benda lain. Sebelum ni sy ada membuat pelbagai bentuk simpanan tp tidak memberi banyak kelebihan, jadi sy rasa simpanan dan pelaburan emas ini adalah paling terbaik memandangkan saya bercita-cita untuk bersara awal. Tetapi sy xada wassup henset sy henset koman ja. apa pun sy akan menghubungi en.zul bila sampai masanya nanti. sekali lagi terima kasih sy ucapkan.

Reply

182 Mohd Zulkifli Shafie December 29, 2015 at 7:05 am

Wslm Pn. Natrah.

Sama-sama.

Puan boleh sms je kepada saya.

Reply

183 Sufri January 18, 2016 at 2:26 pm

Assalamualaikum tuan..saya berminat untuk membuat pelaburan emas..tapi bagaimana caranya..adakah memang terpaksa ke branch public gold? Berdasarkan senarai branch yg saya lihat,lokasi branch terdekat dari saya sejauh 1000km jaraknya..sekitamya pemanduan mengambil masa 7-8 jam..adakah ada cara yang lebih mudah untuk saya menguruskan pelaburan ini.

Reply

184 Mohd Zulkifli Shafie January 18, 2016 at 6:14 pm

Wslm En. Sufri,

InsyaAllah saya boleh guide cara yang sesuai dengan En. Sufri. Wassap saya 019-336 8009. Nanti saya bantu, insyaAllah.

Reply

185 Hannah January 26, 2016 at 4:32 pm

Assalammualaikum tuan…nak pencerahan sikit. Sy ada membeli gold bar 10g (jenama precinox kalau x silap) tahun lepas tetapi resit belian telah hilang. (1) Boleh tak saya exchange gold bar 10g tersebut kepada gold bar PG? Bagaimana caranya dan apa/berapa kos yang terlibat? Adakah sijil ketulenan dan resit akan dikeluarkan oleh PG?
(2) Sekiranya sy nak jual gold bar terseut kepada PG, bagaimanakah caranya dan berapakah susut nilai yang dikenakan? terima kasih :)

Reply

186 Mohd Zulkifli Shafie January 26, 2016 at 4:57 pm

Wslm Pn. Hannah,

Boleh jual terus kepada Public Gold. Lepas dapat duit, baru beli emas Public Gold. Harga harian kena semak dengan office Public Gold terdekat dengan puan.

Reply

187 Hannah January 26, 2016 at 9:48 pm

Ribuan terima kasih tuan atas makluman…

Reply

188 Mohd Zulkifli Shafie January 26, 2016 at 10:01 pm

Sama-sama puan.

Reply

189 khairia January 27, 2016 at 11:56 pm

assalamualaikum.
saya ingin bertanya apakah beza antara dinar emas 24K dan dinar emas 917. adakah harganya sama?

Reply

190 Mohd Zulkifli Shafie January 28, 2016 at 7:01 am

Wslm Pn. Khairia,

Beza ketulenan. Emas 24k tu ketulenan dia 99.99%. Emas 916 (bukan 917) ketulenan dia 91.6%. Harga emas 24k lebih mahal sebab lebih tulen.

Reply

191 khairia January 28, 2016 at 1:59 pm

terima kasih en zulkifli. saya ada membeli dinar emas (1 dinar sebanyak 15 keping) dari salah satu company. ketulenan 917. saya baru sedar spreadnya terlalu tinggi iaitu 26%. memang rugi jika saya jual balik kpd syarikat tersebut. apa patut saya lakukan.

Reply

192 Mohd Zulkifli Shafie January 28, 2016 at 7:37 pm

Sama-sama Pn. Khairia.

Sebenarnya itu emas 916 juga. Harganya ikut harga emas 916. Tak ada standard emas 917 sebenarnya.

Reply

193 khairia January 29, 2016 at 5:56 am

terima kasih en zulkifli. jika saya jual 15 keping dinar (1dinar) ini kepada public gold, berapa nilai yang saya dapat. saya bercadang ingin menukar utk membeli emas publicgold kerana harganya lebih murah dan nilai spread lebih rendah.

Reply

194 Mohd Zulkifli Shafie January 29, 2016 at 9:06 am

Sama-sama Pn. Khairia.

Puan wassap saya 019-336 8009. Nanti saya semakkan untuk puan.

Reply

195 zaini February 11, 2016 at 9:42 am

AsSalam En. Zul. Sy Zaini dr Rawang. Sy nak mula menyimpan utk anak saya, dimana sepatutnya sy bermula. Maksud sy produk emas apa yg terbaik utk mendapat pulangan maksimum.
Apa perbezaannya berbanding menyinpan dlm ASB.
Contohnya jika sy meyinpan RM300 setiap bulan pd kedua-dua kaedah itu, mana yg lebih untung. Mohon pencerahan.

Reply

196 Mohd Zulkifli Shafie February 12, 2016 at 5:58 am

Wslm En. Zaini,

1. Kalau nak simpan emas untuk anak, saya syorkan guna kaedah akaun emas GAP. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.bit.ly/beliemasgap .

2. Keuntungan emas berdasarkan harga turun naik. Selain potensi untung jangka panjang, ia ada juga risiko rugi. Kalau ASB, dah tetap ada dividen setiap tahun. Dari sudut nilai jangka panjang, saya percaya emas jauh lebih baik dari ASB.

Wallahu a’lam.

Reply

197 Kudut February 12, 2016 at 1:11 am

Sy Di kota Damansara… Mana branch yg terdekat ya?

Reply

198 Mohd Zulkifli Shafie February 12, 2016 at 5:34 am

Terdekat di Sunway, Jalan PJS 8/6 .

Reply

199 amin February 23, 2016 at 12:27 pm

salam en zul. saya mempunyai produck rantai tangan emas 999.9 sebanyak 50g. sekiranya saya ingin menjual kepada PG adakah akan diterima..dan adakah harga juga berbeza dengan gold bar…sekiranya PG tidak menerima rantai tangan emas, adakah pilihan lain yang boleh saya lakukan..

tq

Reply

200 Mohd Zulkifli Shafie February 23, 2016 at 12:44 pm

Wslm En Amin.

Boleh jual terus di office Public Gold. Public Gold beli apa sahaja jenama dan jenis emas. Asalkan ia emas tulen. Pasal harga tu, kena call office Public Gold untuk dapat harga terkini.

Reply

201 farr March 9, 2016 at 1:37 am

assalamualaikum. jika ada lagi, sy berminat nak beli . hubungi sy di 0162563977. t.kasih.

Reply

202 zairi February 26, 2016 at 3:41 pm

salam encik zul,,,saye baru nk bminat dlm plburan mas ni,,sya bkn ahli..sbb xdaftar apa lgi..ssuai x sya nk join dlm tmpoh skarang n beli mas skrng,,adakah ssuai dgn keadaan ekonmi skrg?sebb tkut beli dgn harga tggi tpi akan trun hrga nnti…tolong bg pncrhan..

Reply

203 Mohd Zulkifli Shafie February 27, 2016 at 6:33 am

Wslm En. Zairi,

1. Apa yang En. Zairi perlu tahu, mustahil untuk beli harga emas paling rendah sebab tak siapa tahu berapa harga yang dianggap paling rendah itu. Untuk faham harga emas, mulakan dulu belian walaupun cuma 1 gram. Nanti bila dah ada benchmark tersendiri, baru senang faham harga tinggi rendah. Yang membuatkan untung rugi dalam emas bukan harga tinggi rendah, tetapi ilmu kita tentang emas itu sendiri.

2. Untuk semak graf harga emas dunia, boleh refer di http://www.bit.ly/pricehistory .

Reply

204 SHAH Bana March 1, 2016 at 11:35 am

Assalamualaikum…en.Zul,
Adakah pelaburan emas PG 100 gram boleh melayakkan menjadi speaker sekarang. Macamana nak buat pembelian.

Reply

205 Mohd Zulkifli Shafie March 1, 2016 at 2:42 pm

Wslm En. Shah,

Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30,000 dalam satu belian.

En. Shah boleh wassap saya 019-336 8009. Nanti saya guide untuk pembelian. InsyaAllah.

Reply

206 Hawani March 22, 2016 at 1:17 pm

Salam En Zul

Saya baru berjinak beli emas..setakat beberapa gram sahaja..tetapi bukan dari public gold tetapi dari Yapeim…Saya nak bertanya,En Zul ada conduct kelas/ceramah mengenai emas?

Terima Kasih

Reply

207 Mohd Zulkifli Shafie March 23, 2016 at 7:03 am

Wslm Pn. Hawani,

Saya ada buat seminar pada 25hb Mac (Jumaat) di Putrajaya. Boleh cek jadual di web Public Gold bahagian Event > Seminar.

Reply

208 dzulkarnain May 26, 2016 at 10:55 am

Assalamualaikum En Zul, Merujuk statement ini,

Kalau nak beli untuk simpanan sendiri pun, saya syorkan buat belian yang melayakkan jadi dealer (kalau ada modal) sebab boleh dapat REBAT belian 1% (belian RM30,000), 1.5% (belian RM200,000) dan 2.0% (belian RM1 juta). Dan Public Gold akan bayar rebat 0.3% bila kita jual balik emas tu. Maksudnya bila jadi dealer, kita boleh jimat susut nilai sebanyak 1.3%, 1.8% atau 2.3% bergantung tahap dealership.

Maksudnya bagi belian pertama RM30k (jadi dealer) tu kita boleh terus dapat rebat / susut nilai 1.3% bagi 30k tersebut…atau belian yang seterusnya baru boleh dapat rebat?…mohon pencerahan..

terima kasih

Reply

209 Mohd Zulkifli Shafie May 27, 2016 at 1:12 am

Wslm En. Dzulkarnain,

Belian kedua dan terusnya baru dapat rebat. Belian pertama hanya melayakkan jadi dealer je.

Reply

210 dzulkarnain May 27, 2016 at 10:40 am

maksudnya 30k emas tu kena simpan la utk maintain sbg dealer?…kalau jual sebahagian atau jual habis, kelayakan dealer ditarik balik ke..? maaf byk bertanya..

Reply

211 Mohd Zulkifli Shafie May 28, 2016 at 10:32 pm

kalau jual semua pun, masih tetap jadi dealer.

Reply

212 yuss May 31, 2016 at 11:23 am

Assalamualaikum,
Saya bercadang nak register,boleh tak En, Zul jadi introducer saya?
manakah yg lebih menguntungkan menjadi ahli PG atau tak?sebab saya lihat rakan aktif berjual beli public gold dlm fb tanpa menjadi ahli…adakah dgn menjadi ahli PG saya terikat dgn apa juga terma dan syarat syarikat selepas ini krn dikhuatiri mungkin mendatangkan msaalah pd saya pd masa akan datang?

Reply

213 Mohd Zulkifli Shafie May 31, 2016 at 6:33 pm

Wslm En. Yuss.

Boleh. Silakan. Kod saya PG002369 Mohd Zulkifli Shafie.

Public Gold tak ada sistem ahli. Yang ada cuma customer dan dealer je. Dan nak jadi dealer, tak perlu bayar yuran satu sen pun. Beli RM30k, automatik jadi dealer.

Reply

214 yuss June 1, 2016 at 9:24 am

trima kaseh diatas pencerahan:)

Reply

215 Mohd Zulkifli Shafie June 1, 2016 at 8:15 pm

Sama En. Yuss.

Reply

216 SAMSINOR BINTI KAMARUDIN June 24, 2016 at 8:53 am

assalam… en zul nak tanya nak jadi dealer beli rm30K tu satu resit y?

Reply

217 Mohd Zulkifli Shafie June 24, 2016 at 11:16 am

Wslm.

Betul Pn. Samsinor. Beli RM30k dalam 1 belian automatik jadi dealer Public Gold.

Reply

218 Liza June 17, 2016 at 11:12 am

Assalamualaikum En. Zul..
Saya cadang untuk saving 1 dinar setiap bulan. Adakah dengan membeli 1 dinar automatic menjadi ahli PG? Adakah keahlian seumur hidup? Boleh diwariskan?

Reply

219 Mohd Zulkifli Shafie June 17, 2016 at 5:59 pm

Wslm Pn. Liza,

Public Gold tak ada sistem ahli. Yang ada cuma customer berdaftar. Bila beli, automatik jadi customer berdaftar. Emas boleh diwariskan kepada sesiapa sekalipun.

Reply

220 azilaa June 20, 2016 at 11:12 am

nak tanya perbezaan public gold dan power gold?

Reply

221 Mohd Zulkifli Shafie June 20, 2016 at 11:27 am

Salam Pn Azilaa,

Saya tak berapa expert pasal Power Gold. Saya cuma dealer Public Gold. Pasal Pwr Gold, lebih baik tanya terus dealer dia.

Cuma kalau beli emas utk dapat harga tertinggi bila nak jual balik nanti, kena pastikn 5 kriteria penting;

1. Harga per gram murah
2. Susut nilai rendah
3. Stok tiada had
4. Cawangan jual beli banyak
5. Syarat jual beli tak cerewet

Utk faham 5 kriteria penting tu, boleh baca artikel sy di link http://www.bit.ly/kriteriaemas.

Cuma apa yang saya perhati, kelebihan Public Gold;

1. Harga lebih murah
2. Spread rendah
3. Diterima meluas oleh ar-rahnu d Malaysia
4. Jimat 6% sbb bebas GST.
5. Urusan jual beli mudah sbb ada 18 cawangan seluruh Malaysia.

Selebihnya boleh baca di http://www.bit.ly/kelebihanemaspg

Reply

222 Hisyam Baharin July 13, 2016 at 8:45 pm

Assalam en zul..saya nak tanye sekiranye en tahu la..adakah powergold atau public gold berbaloi untuk melabur?sy skunk melabur dkt powergold.

Reply

223 Mohd Zulkifli Shafie July 14, 2016 at 10:14 pm

Wslm.

Kalau En. Hisyam nak pilih emas terbaik untuk pelaburan, kena semak dan banding 5 kriteria penting. Boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .

Reply

224 Suhaini August 8, 2016 at 9:25 pm

Assalamualaikum En. Zul. Saya berminat untuk menyimpan emas utk jangka masa panjang. Saya bercadang utk menyimpan setiap bulan mengikut kemampuan setidak-tidaknya 1gm sebulan. Bagaimana harus saya mulakan? Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai ahli public gold? Harap En. Zul dapat membantu. Terima Kasih.

Reply

225 Mohd Zulkifli Shafie August 9, 2016 at 6:37 am

Wslm Pn. Suhaini,

Cara TERMUDAH dan TERMURAH menyimpan 1 gram 1 bulan buat masa sekarang ialah melalui Akaun Emas GAP yang ditawarkan oleh Public Gold. Untuk maklumat lanjut, puan boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .

Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya 019-336 8009 (wassap / sms / call). InsyaAllah saya boleh guide.

Reply

226 YUZALINDA August 16, 2016 at 11:17 am

Salam En. Zulkifli,

Saya melihat membuka akaun untuk membeli emas di Public Gold ni lebih mudah kerana boleh top up secara online. Adakah cara ini diluluskan syariah kerana ianya tidak melibatkan fizikal emas di tangan dan harganya lebih rendah 1 gram berbanding harga fizikal emas?

Reply

227 Mohd Zulkifli Shafie August 16, 2016 at 6:10 pm

Wslm Pn. Yuzalinda,

GAP tu emas fizikal, bukan akaun emas macam bank. Cuma kita diberi pilihan samada nak simpan sendiri atau simpan dengan Public Gold.

Kaedah GAP patuh syariah, syaratnya mesti beli dalam gandaan 1 gram, bukan gandaan RM100. Untuk faham pasal isu syariah, saya syorkan puan hadamkan Parameter Pelaburan Emas Majlis Fatwa Kebangsaan.

Reply

228 Sorani September 28, 2016 at 2:13 pm

Salam en Zul. Jika dlm acc GAP sy ad 2g, boleh ke sy topup lg 2.25g utk ckupkan 4.25g (1dinar)???..Dan withdraw as 1 dinar..Kira patuh syariah tak?..
Sekian terima kasih

Reply

229 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2016 at 1:30 am

Wslm.

Boleh puan.

Reply

230 Nazrifah November 4, 2016 at 5:50 pm

Assalamualaikum.
Alhamdulillah melalui komen2 dan pembacaan yg disiarkan, sya sudah mula memahami sekiranya nk mmbuat dan memulakan perjlnnn jual beli emas…tq atas pencerahan.Sya cuma ingin mmberi sedikit pandangan agar selain jual beli emas,kepentingan pembayaran zakat perlu juga di beri pencerahan agar kita sebagai umat Islam tidak terlepas pandang.
Tq En.Zul.

Reply

231 Mohd Zulkifli Shafie November 4, 2016 at 6:27 pm

Wslm Pn. Nazrifah.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat.

Pasal zakat, saya sudah berikan pencerahan dalam ebook “5 Minit Review Tentang Emas” dan juga ditulis dalam banyak buku-buku pelaburan emas.

Reply

232 Haziq November 11, 2016 at 1:05 am

Assalamualaikum encik zul,sya baru je berminat tentang emas PG ni so kalau saya nak oder mcm mana eh?? Nak daftar dulu ke?? Kalau di sabah dan sarawak sini ada x kedai utk PG?? Bukan apa cik… Sya berminat sangat tentang emas ni.. Sya takut kalau berhubung dgn not trust deller,sya xdpt emas tu nanti.. Tq… ?

Reply

233 Mohd Zulkifli Shafie November 13, 2016 at 7:32 am

Wslm En. Haziq,

Wassap kepada saya 019-336 8009. Nanti saya guide cara pembelian yang sesuai dengan situasi En. Haziq.

Reply

234 biah December 3, 2016 at 10:43 pm

Salaam. Sy tumpang bertanya kpd En. Zulkifli. Boleh ka sekiranya saya bercadang untuk menjual dirham atau dinar public gold yg sy beli dari kawan (walaupun sy bukan dealer) kepada ar-Rahnu bank yg menerima pembelian?

Reply

235 Mohd Zulkifli Shafie December 13, 2016 at 8:44 am

Wslm puan.

Kalau nak dapat harga terbaik, jual semula kepada Public Gold.

Reply

236 Ramlis December 28, 2016 at 12:34 pm

Salam En Zul,

Jika Dinar public gold di pajak di Arrahnu Xchange, perlu ke koyakkan seal dahulu? atau memadai sahaja resit pembelian? Terima kasih.

Reply

237 Mohd Zulkifli Shafie December 28, 2016 at 4:01 pm

Wslm En. Ramlis,

Setakat ni beluma ada pengesahan rasmi daripada Ar-Rahnu Xchange. Cuma saya diberi tahu oleh dealer Public Gold, ada cawangan Ar-Rahnu Xchange yang tak perlu buka seal. Apa-apa kena call ar-rahnu tu sendiri.

Reply

238 Nur Fitri January 11, 2017 at 11:28 am

Assalamualaikum tuan,

Saya cuba register PG ne melalui website powergold.com.my dan diberi pilihan sama ada nak GAP atau Non GAP registeration.

Bole saya tahu apa kelebihan dan perbezaan antara dua pilihan tersebut secara terperinci?

Terima kasih.

Reply

239 Mohd Zulkifli Shafie January 11, 2017 at 7:53 pm

Wslm En. Nur Fitri,

GAP tu akaun emas. Kita boleh beli dan simpan emas dengan Public Gold (bukan Power Gold) secara percuma. Maklumat lanjut boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/beliemasgap .

Reply

240 Nadiah January 15, 2017 at 3:45 pm

Salam . Nak tanya , apa pendapat encik untuk student yang berminat nak beli emas dgn tujuan side income ni ? Saya kurang mahir bab bab pembelian emas . Dan saya lihat ada student yang boleh buat side income dengan emas emas ni . Cemana ye ?

Reply

241 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2017 at 7:42 am

Wslm Cik Nadiah,

Emas boleh buat side income, caranya dengan jadi ejen syarikat emas.

Reply

242 lyana March 21, 2017 at 4:21 pm

Salam,
Nak tanya , kalau kita nak jual balik emas 100g untuk dapatkan duit segera, nilai emas tu akan ikut nilai emas semasa atau nilai yg ditawarkn public gold?

Reply

243 Mohd Zulkifli Shafie March 21, 2017 at 6:56 pm

Wslm Pn Iyana,

Mana-mana emas pun akan dikira mengikut harga semasa. Cuma harga semasa setiap pengeluar emas ada sedikit perbezaan.

Reply

244 Joharie April 27, 2017 at 11:03 am

Assalam Tn Zul,
Ada customer nak jual balik LBMA dinar, tapi ada sedikit kecacatan kerana lamination plastik dah di buka..
Jual balik/menukar ke produk lain di PG agency boleh tak?

Reply

245 Mohd Zulkifli Shafie May 1, 2017 at 6:14 pm

Wlsm En. Joharie,

Emas yang dah rosal sarung plastik masih boleh dijual semula kepada Public Gold dengan spread cuma 10%.

Reply

Leave a Comment

{ 12 trackbacks }

Previous post:

Next post: