Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar.
Itulah yang boleh saya simpulkan tentang tabiat simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving”.
Dulu saya tak sedar betapa bagusnya strategi ini. Tetapi saya dapat melihat hasil yang luar biasa pada penyimpan-penyimpan emas di bawah bimbingan saya yang menggunakan teknik ini.
Walaupun begitu, memang tabiat saya sejak 2010 lagi; setiap kali ada duit simpanan jangka panjang, saya akan terus beli emas tanpa melihat sangat kepada harga. Sehingga saya menulis artikel ini, saya belum pernah menjual emas simpanan saya.
Saya adalah penyimpan emas tegar. Orang seperti saya ini dipanggil Gold Saver, bukan Gold Investor.
Walaupun golongan Gold Investor lebih ambil tahu tentang perkembangan pasaran emas, dan analisis teknikal harga emas, tetapi apa yang saya perhati, akhir sekali penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang lebih kaya sebab:
- mereka memiliki emas yang banyak,
- duit simpanan mereka tak bocor bila ditukarkan kepada emas,
- harga purata setiap gram emasnya rendah sebab sentiasa beli,
- mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang.
Bukan Jumlah, Tapi Tabiat
Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu bergerak sangat perlahan berbanding arnab, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang.
Kemenangan kura-kura bukan sebab ia bergerak laju, tetapi sebab KONSISTEN! Buat perkara betul yang sedikit, tetapi berterusan. Itulah cara beramal yang paling baik kata Nabi s.a.w.
Jadi dari sudut simpanan emas, mereka yang simpan 1 gram 1 bulan ibarat kura-kura. Ia perlahan, tetapi akhirnya dia akan menang.
Sedar-sedar nanti, 1 tahun sudah ada minimum 12 gram, bahkan lebih. Kerana feedback yang sering saya terima, siapa yang letak target simpan 1 gram 1 bulan, akhirnya dia akan simpan lebih banyak daripada itu (sebab ia sudah jadi satu TABIAT)! Ia benar-benar di luar jangkaan mereka.
Tabiat itulah sebenarnya yang membuatkan mereka jadi lebih kaya, sebagaimana kata-kata seorang guru kewangan bernama Dave Ramsey, katanya;
“Personal finance is 80% behavior and only 20% head knowledge” – Dave Ramsey
Tip Simpan 1 Gram 1 Bulan
Jadi bagi sesiapa nak memulakan tabiat ini, ini strategi yang berkesan yang boleh saya cadangkan. Dan inilah juga yang saya buat setiap bulan:
#1 – Target simpan emas 1 gram 1 bulan. Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas. Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada lebih. Disiplin menyimpan yang betul; “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”. Simpan sebagai “forgotten saving” - simpanan untuk dilupakan. Simpan, dan lupakan.
#2 – Jangan tunggu harga terbaik. Kalau duit itu memang untuk simpan minimum 2 tahun dan ke atas, beli sahaja emas. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit itu pun sudah habis dibelanjakan!
#3 – Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 gram 1 bulan. Dan yang penting ianya disahkan patuh syariah.
#4 – Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping atau sekeping 1 dinar simpan sendiri! Bila emas sudah ada di tangan, anda akan terasa aura dan keseronokkan simpan emas! Memang “feel” akan berbeza. Ia mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas! InsyaAllah.
#5 - Simpan koleksi emas dalam gold album. Mengumpul emas memang seronok dan ketagih. Untuk tambah lagi keseronokkan, simpan kepingan-kepingan emas itu dalam gold album. Kepingan-kepingan emas yang bersusun cantik (seperti koleksi stem) itu nanti akan memotivasikan kita untuk penuhkan album tersebut.

Satu gold album ini boleh simpan 200 keping emas. Kalau dapat penuhkan 5 album, maksudnya kita sudah memiliki sekurang-kurangnya 1 kilogram emas!

Ini antara koleksi item yang boleh dikeluarkan daripada Akaun Emas GAP. Simpan emas sendiri “feel”nya berbeza. Bagi sesiapa tak selesa simpan sendiri, boleh simpan dengan Public Gold secara percuma.
Jadi itulah kelebihan, tips dan strategi simpan emas 1 gram 1 bulan.
Simpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit, insyaAllah.
Zulkifli
Damansara Damai
26 Oktober 2016
25 Muharram 1438H
“Mulakan tabiat menabung emas #1gram1bulan dulu. Nanti hujung tahun, bukan sekadar ada 12 gram. Bahkan lebih berpuluh gram. Emas berikan kesan emosi kepada penyimpannya. Tabungan pertama akan jadi magnet tarik lebih banyak emas kepada kita. InsyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 26 Januari 2024
“Simpan emas sahaja tak cukup untuk jadi kaya. Tapi ia satu permulaan baik sebagai asas untuk unlock lebih banyak kunci-kunci kekayaan yang lain” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Februari 2023
Alhamdulillah, suatu pencerahan yg mantap ustaz. In sha Allah, sy akn konsisten menyimpan aset berharga via gap.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.
Indeed Tuan Zul, kami berazam dan bertekad ke arah itu:GOLD SAVER tegar.
Alhamdulillah.
Berdisiplin menyimpan. Walaupun tidak nampak hasilnya hari ini. Insyallah akan ada keuntungannya dikemudian hari.
Betul En. Azrinros.
Emas ini penyimpan nilai yg ampuh. 1kg emas pun bernilai kira-kira Rm181ribu.
Emas, Perak dan Hartanah adalah lebih stabil utk jangka panjang.
Rumah2 sewa boleh create cashflow.
Rumah utk duduk sendiri adalah liabiliti selagi tidak disewakan.
Salam Tuan.
Betul En. Mohd Taufik.
Salam Tuan,
Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sebulan segram emas….ada x tuan buat ala2 main kutu emas atau seakan2 mcmtu untuk satu group yang boleh dipercayai untuk membeli emas..sebab x mampu rasanya nak beli segedebuk macam tu…
Wslm En. Fadzli,
Saya tak anjurkan kutu emas. Kutu tu berbahaya kalau ada ahli yang tak komited. Baik simpan sendiri, bila dah cukup duit baru beli emas.
Simpanan yang dilupakan…itulah yang saya buat..bila org tanya berapa dah emas ko? Ntah hehe…saya bukannya kira pun
Itulah cara simpanan yang berkesan. 🙂
Tapi jangan lupa puan, zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila telah sampai nisab dan telah cukup haul setahun. So kena kira jugak berapa dah simpan… beli buku 555 untuk buat catitan… hehe
Tuan Zulkifli, nak tanya pandangan tuan… berkenaan dengan program SAP (Silver Accumulation Program) oleh PublicGold. Adakah berbaloi membeli perak menggunakan program SAP ni, sebab saya berminat untuk menyimpan LBMA Dirham. Setakat ni saya hanya membeli menggunakan akaun GAP sahaja.
Salam En. Norhazlan,
Kalau untuk pelaburan, beli silver bar atau SAP sahaja. Dirham kurang sesuai buat masa ini sebab harga dirham dijual pada harga runcit, ia lebih mahal berbanding harga silver sebenar.
Perkongsian yang menginspirasikan dan sangat jelas.
Terima kasih En.Zul atas buku ‘Zero Hutang’. Buku tersebut telah banyak mengubah paradigma saya dalam berbelanja dan melakukan simpanan. Sejak dari itu, mula mengenali item emas fizikal dan kini sudah menjadi satu kewajipan untuk disimpan dalam jangka panjang.
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan ilmu dalam buku itu bermanfaat untuk En. Shah, insyaAllah.
Salam En Zul
Kalau saya berminat nak beli satu bulan, satu gram dr pihak encik..boleh ker?sebelum ini saya membeli dari Yapeim..Terima Kasih..
Wslm Pn. Hawani,
InsyaAllah saya boleh guide.
Puan wassap saya 019-336 8009.
Salam tuan,
saya berminat nak beli emas public gold.
soalan saya boleh tak saya walk in ke pejabat public gold dan beli terus tanpa booking atau buat appointment terlebih dulu??
Wslm En. Alif,
Boleh, tapi harga walk-in RM215 sekeping untuk gold bar 1 gram. Lebih mahal.
Kalau nak murah, beli melalui akaun emas GAP, lepas tu baru datang ke office Public Gold untuk collect emas tu. Harga lebih murah.
Kalau terus ke office Public Gold, beri tahu nama saya sebagai introducer supaya senang saya guide apa-apa urusan lepas pembelian nanti.
salam.en zul..
saya nak tanya..jika kita beli emas guna gap ni..selain kita sendiri boleh keluarkan emas adakah suami atau waris boleh keluarkan? contohnya sekiranya berlaku perkara yg tidak baik ke atas kita…sedangkan kita ada menyimpan as guna gap ni
Wslm Pn. Nurul,
Kalau berlaku kematian, waris boleh keluarkan. Bawa sijil kematian dan surat kuasa pentadbir harta pusaka sahaja.
Terima kasih En. Zul.
Salam En Zul,
Boleh tak Simpanan Pemegang Akaun Gap ‘A’ di transfer kepada pemegang akaun gap ‘B’ atau beberapa akaun gap yang lain, melalui website?
Mohon pencerahan.
Terima kasih En Zul.
Wslm Pn. Ain,
Buat masa sekarang, belum boleh lagi.
Salam En Zul, promosi utk student yg RM2500 tu ada lagi ke?
Wslm En. Bakri.
Dah tak ada promosi tu.
[…] yang seterusnya ialah “Gold Accumulation Program (GAP)”, platform membeli belah menggunakan emas yang dinamakan “PG Mall”, dan sistem pembayaran […]
[…] yang seterusnya ialah “Gold Accumulation Program (GAP)”, platform membeli belah menggunakan emas yang dinamakan “PG Mall”, dan sistem pembayaran […]
insyallah saya akan mulakan menyimpan 1 gram 1 bulan mulai gaji hujung bulan ni 🙂
Alhamdulillah. InsyaAllah.
[…] yang baru nak mula simpan emas, saya boleh cadangkan mula dengan tabiat menyimpan emas #1gram1bulan melalui #AkaunEmasGAP dulu. Itu cara paling mudah, dan paling murah untuk simpan emas yang […]
[…] yang baru nak mula simpan emas, saya boleh cadangkan mula dengan tabiat menyimpan emas #1gram1bulan melalui #AkaunEmasGAP dulu. Itu cara paling mudah, dan paling murah untuk simpan emas yang […]
[…] anda nak sarankan mereka membaca artikel di blog saya, saya rasa artikel bertajuk “Kelebihan Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan” antara yang terbaik dapat membuka ramai orang supaya turut menyimpan […]
[…] yang baru nak mula simpan emas, saya boleh cadangkan mula dengan tabiat menyimpan emas #1gram1bulan melalui #AkaunEmasGAP dulu. Itu cara paling mudah, dan paling murah untuk simpan emas yang […]