MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

7 Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan

January 27, 2015

[Kemaskini 10 Ogos 2022]

Harga emas sudah naik banyak berbanding kali pertama saya beli emas pada tahun 2010 dulu.

Secara puratanya, kadar kenaikan harga emas sekitar 10% setahun. Kalau saya jual emas pada hari ini, keuntungan yang saya dapat jauh lebih baik berbanding simpannya dalam Tabung Haji ataupun ASB.

Untuk simpanan jangka masa 2 tahun dan ke atas, saya tidak teragak-agak untuk simpannya dalam bentuk emas. Ini kerana aset fizikal seperti emas (dan perak), tanah dan hartanah, pasti lebih untung berbanding simpannya dalam aset kertas - seperti Tabung Haji ataupun ASB.

Walaupun harga sudah naik, saya tetap macam dulu. Saya tak jual emas-emas saya. Saya ialah “penyimpan emas”, saya bukan “pelabur emas”.

Harga emas naik, saya happy. Harga emas turun, saya lagi happy. Yang saya tak happy hanya bila kepingan-kepingan emas saya tak bertambah dari tahun ke tahun.

Harga Naik Happy, Turun Pun Happy?

Banyak tanya saya, kalau beli emas tapi tak jual-jual, mana untungnya?

Saya tanya orang tu balik, kalau simpan duit banyak-banyak dalam bank tu, apa untungnya?

Dapat dividen? Betul dapat dividen, tapi dengan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit, bagi saya dividen tu tak berbaloi. Lebih baik saya simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang.

Itulah jawapan saya kenapa golongan “penyimpan emas” tak jual emas-emas mereka. Mereka jadikan emas sebagai salah satu bentuk SIMPANAN jangka panjang.

Di Mana Untungnya Kalau Tak Jual?

Bila kita sebut “simpanan”, tujuannya untuk (1) digunakan ketika kecemasan, (2) pelaburan masa depan, atau (3) mencapai matlamat keperluan pada masa depan, seperti dijadikan deposit untuk membeli rumah, menunaikan haji, atau pendidikan anak-anak.

Selagi tak ada keperluan untuk digunakan bagi tujuan tersebut, lebih baik simpan sahaja emas-emas itu.

Untuk simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka simpan emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab:

  1. Nilai jangka panjang terjamin
  2. Mudah dicairkan – emas adalah tunai
  3. Kekayaan di tangan kita
  4. Boleh dijadikan modal pusingan
  5. Ia aset mudah alih – mobile
  6. Menutup nafsu berbelanja (kekayaan bertahan lama)
  7. Aset fizikal mampu milik

#1 – Nilai Jangka Panjang Terjamin

Semua orang tahu, harga barang dan kos sara hidup makin meningkat dari tahun ke tahun. Walaupun ia bukan salah kita, tapi kita terpaksa bayar harga yang lebih mahal untuk dapatkan barang yang sama.

Cuma banyak orang tak tahu, kenaikan harga barang keperluan dan kos sara hidup adalah disebabkan kesan inflasi dan kejatuhan duit Ringgit Malaysia (RM) dari tahun ke tahun. Walaupun nombor duit simpanan kita dalam akaun bank masih kekal, tapi hakikatnya kekayaan kita dirompak tanpa kita sedar!

Saya masih ingat, pada tahun 1980-an (lebih 30 tahun yang lalu), anak-anak sekolah dibekalkan duit 50 sen sehari. Ia cukup untuk mereka makan kenyang di sekolah.

Tapi hari ni, 50 sen itu hanya mampu beli segelas air minuman sahaja. Kalau anak-anak sekolah masih dibekalkan hanya 50 sehari pada hari ini, alamatnya kebulurlah mereka di sekolah!

Sekarang, RM5.00 barulah dianggap senilai dengan RM0.50 pada 30 tahun yang lalu.

Ia berbeza dengan emas. Nilai emas tetap bertahan dalam jangka panjang.

Zaman Nabi Muhammad s.a.w. iaitu kira-kira 1,400 tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Pada tahun 2022 ini, harga 1 dinar sekitar RM1,100 - RM1,200 sekeping. Secara relatifnya, ia masih mampu membeli seekor kambing.

Jadi ini bukti yang jelas; nilai kekayaan kita lebih terjamin dalam jangka panjang jika kita simpannya dalam bentuk emas.

Nisbah emas 1 dinar dengan kambing, secara relatifnya tak berubah sampai bila-bila. Nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya. Manakala kambing pada jenis, dan saiznya. Tapi di manakah nilai sebenar duit kertas?

Berdasarkan teori 1 dinar seekor kambing itu, hakikat yang boleh kita fahami; bukan harga barangan yang naik, tetapi kuasa beli duit kertas itu yang merosot. Kita memerlukan duit yang lebih banyak untuk membeli barang yang sama.

Selain bertahan dari kesan inflasi dan kejatuhan ringgit, emas adalah satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak akan sekali-kali menjadi kosong! Ia tidak ada tarikh luput, tidak perlu jaminan sesiapa, tak hangus dek api, bahkan dalam bentuk serbuk sekalipun ia tetap bernilai.

Aset lain seperti tanah dan hartanah pun masih ada kemungkinan nilainya jatuh kosong.

Lihat sahaja apa jadi kepada kondominium Highland Tower di Kuala Lumpur (yang telah runtuh)? Apa jadi kepada tanah-tanah dan hartanah di mana kawasan tersebut ditenggelami air? Dan situasi paling buruk, apa jadi kepada tanah dan hartanah di negara yang bergolak?

Tidak ada siapa lagi yang mahu membelinya…

Jadi bila menyimpan emas, kita tak perlu bimbang tentang nilainya dalam jangka panjang.

TAHUKAH ANDA?

Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% setahun ketika krisis kewangan 1997. Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding duit Dollar Amerika. Jadi kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal.

#2 – Mudah Ditukar Kepada Tunai

Emas mudah ditukar kepada tunai.

Ada emas maksudnya ada duit. Kalau nak pakai duit, kita boleh pajak atau jual sahaja emas itu pada bila-bila masa.

Pada saya, emas juga adalah duit tunai tapi dalam bentuk berbeza - yang lebih kukuh nilainya. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila ada emas, kita tak perlu bimbang kalau nak pakai duit.

Kalau bawa emas itu ke luar negara sekalipun, ia tetap laku sebab ia emas. Ia “duit antarabangsa” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, kita boleh pajak sahaja di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman (bercagarkan emas). Lepas selesai urusan, cari balik duit untuk tebus emas tu.

Tak perlu jual pun.

Emas adalah duit tunai dalam bentuk yang lebih kukuh. Kalau nak gunakan duit, boleh pajak atau jual sahaja pada bila-bila masa.

“Nak jual Emas 1 kilogram (RM300,000), jauh lebih mudah prosesnya berbanding nak jual tanah atau rumah yang berharga cuma RM50,000” - FB Mohd Zulkifli, 4 Mac 2024

#3 – Kekayaan Di Tangan Kita

Bila simpan emas, kekayaan itu ada di tangan kita sendiri. Apa pun terjadi di luar sana, selagi emas itu ada di tangan kita, kekayaan itu memang ada dengan kita sendiri.

Ini disebabkan nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri tanpa perlu jaminan daripada sesiapa.

Berbeza dengan duit kertas.

NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan. Dan jaminan itu juga tertakluk kepada kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.

Kalau duit itu ada di tangan kita sekalipun, nilainya tetap boleh hilang pada bila-bila masa!

Ini disebabkan duit kertas ada tarikh luput. Pada bila-bila masa, Bank Negara boleh isytiharkan duit tersebut tidak lagi sah diperlakukan dengan nilai yang dijamin seperti sebelum ini.

Masih ingat tak duit syiling seringgit dulu?

Bank Negara sudah gazetkan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.

Duit syiling seringgit ini dah tak laku untuk urusan jual beli hari ini.

Selain risiko duit itu tidak lagi bernilai, kekayaan yang kita simpan dalam bentuk selain daripada emas boleh dibekukan oleh kerajaan pada bila-bila masa sahaja. Walaupun kita orang baik dan tidak berniat membuat sebarang kesalahan dari sudut perundangan negara, tetapi ia tetap boleh terjadi kepada kita.

Dan ianya pernah terjadi kepada saya pada tahun 2019 dan 2020. Habis akaun bank saya dibekukan dan tidak ada satu sen pun duit hasil titik peluh saya boleh dikeluarkan untuk kegunaan isteri dan anak-anak saya ketika saya terpenjara.

Syukur alhamdulillah. Saya telahpun bersedia dengan simpanan emas yang cukup sebagai backup untuk isteri dan anak-anak saya meneruskan hidup.

#4 – Boleh Dijadikan Modal Pusingan

Simpan emas, duit kita tak beku sebagaimana simpan di bank.

Kalau simpan duit di bank, duit itu 'beku'.

Duit kita dipusing oleh bank dengan memberikan pinjaman kepada orang lain (atau kepada kita sendiri!) dan mengenakan caj keuntungan yang tinggi. Produk bank paling utama ialah hutang. Bank menjual hutang-hutang itu kepada kita.

Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit itu untuk menjana keuntungan. Itulah sebab bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman itu kepada kita. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan itu untuk menjana keuntungan.

Berbeza dengan emas.

Emas itu ada di tangan kita. Emas itu tidak beku sebagaimana simpan duit di bank. Kita boleh pusing simpanan emas itu untuk mengembangkan kekayaan kita sendiri.

Bagi peniaga kecil dan sederhana, emas itu boleh dijadikan modal pusingan bisnes.

Bila perlukan duit untuk rolling bisnes, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila sudah selesai urusniaga, tebus balik emas itu.

Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal itu tak akan bocor sebab kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. 

Modal bisnes itu akan lebih selamat dalam bentuk emas.

Emas-emas yang di pakai oleh akak peniaga Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu) tu bukan sekadar perhiasan, tetapi itu ialah simpanan dan modal pusingan mereka.

#5 – Aset Mudah Alih

Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kita boleh bawanya ke mana-mana sahaja, pada bila-bila mana. Dan ianya laku di mana sahaja, tanpa perlu geran atau surat pengesahan hak milik.

Kalau beli tanah atau hartanah, ia tidak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan.

Berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas itu. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.

Sewaktu zaman peperangan panjang antara Amerika dan Vietnam dahulu, ramai rakyat Vietnam lari meninggalkan negara dan jadi pelarian. Mereka jual segala harta yang ada dan ditukarkan kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakan Vietnam Kim Thant.

Kepingan emas itu bentuknya nipis. Mereka boleh sorokkan dalam jahitan baju. Bila sampai ke negara lain, mereka boleh memulakan hidup baru bermodalkan emas yang mereka bawa.

Di saat peperangan begitu, pastinya duit kertas negara yang bergolak itu tak lagi bernilai.

Emas menyelamatkan kekayaan pelarian Vietnam zaman peperangan dulu. Emas boleh di bawa ke mana sahaja pada bila-bila masa.

#6 – Menutup Nafsu Berbelanja

Kalau ada satu sebab kenapa kebanyakkan penyimpan emas bertambah kaya, jawabnya mudah; emas itu berjaya menutup nafsu berbelanja, dan menyelesaikan masalah kebocoran wang.

Bila duit sudah ditukar menjadi emas, automatik nafsu berbelanja akan hilang!

Pertama, emas itu sangat cantik. Bila sudah pegang emas di tangan, kita rasa nak kumpul lebih banyak dan sayang untuk jual.

Kedua, bila duit sudah ditukarkan menjadi emas, nombor duit itu hilang dari fikiran. Kita rasa tak berduit! Walhal, emas itu juga adalah duit. Maka kita tak pernah terfikir untuk belanjakan emas tersebut kecuali kalau ada hal yang penting dan mendesak sahaja.

Berdasarkan pengalaman saya membimbing lebih 6,500 penyimpan emas sejak 2010, belum pernah sekalipun saya terima feedback; penyimpan emas jual emas-emas mereka kalau sekadar nak tukar langsir baru atau tukar sport-rim kereta!

Tidak pernah.

Pengalaman saya pun sama. Sejak kali pertama beli emas pada tahun 2010 dulu, saya tak pernah jual emas-emas saya. Saya beli dan ‘campak’ sahaja dalam safe deposit box. Saya tak kira berapa banyak emas yang saya sudah beli kecuali ketika nak buat kiraan zakat simpanan emas setahun sekali.

Kesan psikologi berbeza bila simpan emas.

Berbeza dengan simpan duit.

Keseronokkan kita pada emas adalah pada menyimpan dan mengumpulnya. Sebaliknya keseronokkan kita pada duit adalah pada membelanjakannya. Gunalah apa teknik simpanan sekalipun, bila nampak duit, automatik otak kita fikir nak berbelanja.

Itulah sebabnya kenapa setiap kita mesti adakan satu bentuk simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan (forgotten saving)”. Simpan dan lupa.

Simpan emas adalah cara yang berkesan untuk melupakan simpanan dan menutup nafsu berbelanja.

#7 – Aset Fizikal Mampu Milik

Antara aset fizikal yang bagus disimpan untuk jangka panjang ialah tanah dan hartanah. Saya sendiri suka membeli hartanah.

Cuma untuk memiliki hartanah, kita perlukan modal yang besar untuk beli. Walaupun harganya dikira mengikut harga "kaki per segi",  ia tak boleh dibeli hanya dengan bajet satu kaki per segi.

Emas berbeza. Emas (dan perak) ialah aset fizikal mampu milik.

Kita boleh beli dan memiliki emas sekecil item 1 gram. Bahkan sekarang, kita boleh membeli emas dengan bajet serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP yang ditawarkan oleh Public Gold. Beli sedikit demi sedikit, akhirnya kita boleh dapat emas fizikal bersaiz besar bila sudah cukup gram yang kita kumpul.

Ia adalah kaedah menyimpan emas paling mudah dan paling murah. Dan yang penting, ianya sudah disahkan patuh syariah.

Dengan kemudahan yang ada ini, golongan mahasiswa dan suri rumah pun mampu menyimpan emas.

Now, everyone can buy gold! InsyaAllah.

Allahu a’lam.

Pelbagai design gold bar 1 gram keluaran Public Gold. Boleh dibeli terus di platform PG Mall (kedai PG Jewel) atau cara paling murah, keluarkan sahaja dari Akaun Emas GAP.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Januari 2015
6 Rabiul Akhir 1436

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • assalamualaikum… terima kasih kerana blog ini banyak memberi manfaat kepada sy. sy harap sy dpt menjadi penyimpan emas seperti en zul jg.

  • As Salam En. Zul. Masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada tuan. Saya setuju dengan keenam-enam point yang En. Zul berikan. Walaubagaimanapun saya berpendapat, portfolio jumlah emas (penambahan/pengurangan stok) yang kita simpan perlu dipantau & dikemaskini untuk menentukan kadar zakat yang wajib dikeluarkan supaya tidak terlepas pandang. So, saya terpaksa menahan godaan daripada mencairkan emas saya setiap kali update portfolio. Wallahu’alam.

    • Wslm En. Omar,

      Selamat tahun baru. 🙂

      Betul, saya setuju. Setahun sekali kena kira balik berapa emas yang kita ada untuk bayar zakat. Berbeza dengan orang berniaga emas macam saya. Saya dikenakan zakat perniagaan emas, bukan zakat simpanan emas sebab emas saya tu juga dijadikan stok untuk pusing bisnes.

      • Rasanya 2x zakat tu tuan. Bagi emas2 simpanan yg tak terjual cukup jumlah uruf kena zakat dan cukup setahun, kena zakat 2.5% dari nilai tu.

  • salam en zol.. syukur harga emas amat cantik beberapa minggu ni.. cuma ada tulisan tbaru d majalah usahawan ttg emas yg agak kritikal even dasar tulisan nya mengenai skim pelaburan emas.. masih ada insan yg sinis terhadap simpanan emas

  • assalam tuan,
    rasa rugi pulok tak buat simpanan masa mula msuk kerja dulu..tahun 1997, sebab kita hanya di dedahkan dgn simpanan duit dan plaburan spt asb aje. Nak masuk umur 40 an baru ada ksedaran nak buat simpanan dinar emas. tu pun baru nak mula sikit2 aje. Alhamdulilah syukur..kerana ketemu blog tuan. wassalam

  • Tengah fikir-fikir lagi, bila nak tambah stok. Tapi emas PG yang tak kena GST hanya LMBA saja. Tak syok sikit sebab tak boleh buka dan pegang.

    Tetapi selagi ianya emas, tetap bernilai tinggi.

  • Assalamualaikum.. Saya bermula simpan emas sejak 2012.. Simpan dan lupakan.. Walaupun sikit pasti tiap tahun nak beli.. Terima kasih dengan infonya.. Lebih bersemangat untuk jadi penyimpan emas tegar..

  • salam en zol. sy ade 20 kpg dinar pg 916. nak tnye en zol. pd bulan 4 kuatkuasa gst.so emas dinar 916 tu apa kesan nye.spt merosot atau harganya turun. utk kesan jangka panjang pula camne. tq en zol

  • salam tuan zol…saya nak tanye…ape kesan kepada jualan emas semasa gst dikuatkuasakan nanti? baru2 ni saya ade beli emas bar 5g lbma, ape perbezaan dengan gold bar biasa selain tidak dikenakan gst?

  • alhamdulilah…selepas baca blog tuan,byk yg saya sudah prakttikkann antaranya berjaya kumpulkan 6 bulan simpanan kecemasan…saya jga sudah membeli rumah di bawah kemampuan bukan ikut kemampuan bg memboleh kita mempunyai baki untuk dilaburkan..untuk simpanan emas pula,saya bermula dgn barang kemas bagi mempelajari selok belok emas ini dgnmenghadiahkannnya kpd ibu saya..insyaallah,seperti yg tuan sarankan beli emas dgn duit lebihan ,1 hari nt mgkin saya akan berjaya memulakan simpanan emas pelaburan ini..terima kasih ya tuan..semoga Allah memberkati segala yg kita lakukan di dunia ini..

  • Assalamualaikum En Zul. Nak tanya berkenaan dinar & dirham. Nilai kedua-dua elemen ni ikut harga semasa emas & perak juga ke? Apa pros & cons jika membeli dinar & dirham ni? T.kasih di atas perhatian.

  • Salam En Zul,

    Saya ada cash dalam 1.2k sekarang. Yang dah lama terperap dlm bank. Tak bertambah dan tak berkurang pon. Kalau saya tukarkan ia kpd simpanan emas…

    1. Emas apa yg boleh dan sesuai di beli? Saya tak minat pakai brg kemas. Kalau dinar coin tu, berapa harganya sekarang?

    2. Dimana saya nak simpan emas ni? Saya jenis tak cermat brg, dan byk kali kehilangan brg.

    3. Saya ada rantai, gelang, cincin pemberian suami dan emak yang saya tak endah pon dimana letaknya. Sebab saya mmg tak minat brg kemas. Apa perkara terbaik yg saya nk buat dgn brg2 kemas ni? Jual dan beli coin dinar? Atau terus saja simpan dlm bentuk asal dia (saving)

    Terima kasih Tuan atas pencerahan. Maaf jika soalan dan bahasa saya caca marba. Wassalam.

  • Salam En Zul,
    Saya telah jadi dealer PG sejak 3 thn lepas tapi amat kurang aktif. Saya ada simpan stok emas utk diri sendiri dan utk sebagai stok jika ada yg nak beli. Ada yg client saya jual balik tapi saya beli utk simpan setakat yg mampu. Minta pandangan En Zul tentang bayaran zakat. Adakah perlu dibayar zakat simpanan atau perniagaan? Kalau perniagaan – kaedah pengiraan bagaimana? TK.

    • Wslm En. Seli,

      Kalau En. Seli berniaga emas, memang confirm kena zakat perniagaan. Kalau emas yang ada lebih kepada simpanan, kena bayar zakat simpanan emas.

      Zakat perniagaan tu kalau nak mudah kira, bayar 2.5% daripada keuntungan perniagaan.

  • Assalamualaikum w.b.t

    En.Zul,

    Saya nak tanya antara Dinar Emas 999 dan 916 mana yang lagi bagus dari segi pelbagai aspek.. mohon pencerahan kerana saya baru berjinak2 ingin menyimpan emas..

  • assalamualaikum tn zul.. maaf sy nk btanya.. sy tgk dlm website PG ttg purchase order pbelian secara online..
    1. jika purchase order PO sudah keluar (order placed) dan saya sudah mbuat bayaran atas purchase order tsebut tetapi emas biasanya diterima dlm tempoh ttentu (ikut appointment dgn PG).. soalan sy, bilakah ‘timing of contract’ dianggap berlaku sama ada time PG terima PO, time terima notis byrn atau time serah emas?.. sy nmpk ‘masa akad’ berlaku sgt penting sbb mlibatkn soal fiqh lain spt qabd, contract lain spt wadiah yad amanah, hakmilik n dhaman t/jwp dll

    2. jika PO sudah keluar tapi bayrn blm dbuat.. soalan sy, bolehkah sy mbatalkan order tsebut?.. sbb ditulis di situ kalu tiada byrn T+4 akaun kita akan digantung dan caj akan dkenakan utk aktif semula (sbb setahu sy purchase order bukan kontrak jual beli lg.. justeru pbeli/pjual ada hak ke atas wang/emas utk batal dll).. atau adakah penerimaan PO sudah dianggap sbg tmeterai kontrak?

    t.kasih atas pkongsian tn zul

    • Wslm En. Faris,

      1. Aqad jual beli hanya berlaku bila kita serahkan slip bayaran, dan PG serahkan emas di office PG. Pembayaran yang kita buat lebih awal tu hanya sebagai security deposit, iaitu duit ‘amanah’ yang PG tak boleh gunakan. Maksudnya, jual beli berlaku on the spot.

      2. Boleh di batalkan, tapi PG akan kenakan caj penalti 5% sebagai langkah ‘pencegahan’.

      Wassalam.

  • Salam..
    Mohon pendapat..mana lebih baik beli emas guna kaedah GAP atau terus beli gold bar..contohnya kalau saya ada 1.5k..elok beli 10g GAP atau beli 10g gold bar..
    terima kasih banyak..

  • Assalamualaikum..

    Mohon pendapat tuan,Saya ada simpanan di tabung haji dalam RM30,000. Mana lebih baik masuk Gap atau beli dinar emas.? Jika masuk Gap adakah kita akan pegang asset fizikal tersebut. Saya juga beniat untuk membuat penambahan emas setiap tahun.Insya Allah.
    Lagi satu boleh ke saya pergi ke cawangan membuat transaksi atau memang kene buat online. Mohon pencerahan. Terima Kasih

    • Wslm Pn. Fariza,

      1. GAP tu emas fizikal juga. Cuma kaedah belian sahaja yang berbeza. Emas tu kita boleh keluarkan dan simpan sendiri bila-bila masa.

      2. Pergi di cawangan Public Gold. Kalau GAP, buat online lebih mudah.

      Apa-apa persoalan, puan boleh wassap / sms saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.

  • Saya menjadi pembaca blog tuan zul setahun yang lepas. Saya baru Nak berjinak2 dgn Emas coin. Bagaiman cara BG mereka yang modal kecil?

  • Assalamualaikum Tuan..mohon khidmat nasihat..saya sebelum ni dah membeli emas GAP pada harga 1gram RM 137 . harga semasa sekarang pada web PG RM 151/gram…senarionya saya skrg ada lebihan RM600 sebulan dari lebihan potongan dari sebuah koperasi yg telah maksimum simpananya..jadi saya bercadang untuk membeli emas GAP sbg. medium simpanan seterusnya..cumanya sekarang harga nya mcm terlalu tinggi jer ..apa pendapat Tuan? skrg lebihan duit tu saya simpan dalam tabung haji..TQVM

  • Assalam tuan .. saya ada mesej tuan di facebook minta pendapat . mungkin masuk di ‘other folder’ . saya takde whtsapp .

  • salam abg zul…Alhamdulillah sempat jgk saya convert dinar 916 ke dinar 999 pd hari terakhir semalam…nak tanya psl pembayaran zakat emas…kiraan ikut Pg Sell atau PG Sell…???br ni saya bayar ikut PG Buy…ke kene byr ikut harga 1gram 916..??

  • Assalamualaikum
    tumpang Tanya, saya baru nak mula beli emas
    kalau saya ada bajet rm2500, apa yang perlu saya beli & bagaimana hendak mula.
    saya tiada pengalaman dalam bidang ini.
    mohon tunjuk ajar.
    terima kasih.

  • Assalam,

    Andaikan sy seorg dealer PG, bagaimana prosedur utk mendaftarkan customer utk GAP?

    Adakah setiap penambahan GAP dr customer berdaftar under dealer PG akan nikmati rebat 1% juga?

    Terima Kasih.

  • Salam cik….sy nk tumpang tanya….sy baru nk bergiat dlm penyimpanan emas….apa yg perlu sy tau….terus trg ckp sy ni zero….dan jenis mas apa yg bagus utk sy simpan dan mudah utk sy tunaikan pd wang bila sy memerlukan

  • Saya belajar di Michigan, US. Cuma baru2 ni je saya start beli emas, pakai duit scholarship university bagi, dekat sini mudah sikit nak dapat info pasal emas dan beli online semua. Jadi harap tak terlambat untuk nak menyimpan emas ni daripada duit spend pada perkara2 yang xsepatutnya.

  • saya nak bertanye sekiranya en. zul ingin menggunakan duit yg banyak bagaimana en.zul buat?

    (1) digunakan ketika kecemasan, atau (2) pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik simpan jer emas-emas tu. kata2 en.zul di atas.

    jadi adakah en.zul pajak? atau jua ketika kecemasan. atau adakah saya x faham??

    • Kalau untuk belanja hangus, lebih baik jual. Kalau nak pajak pun, pastikan kenal pasti dulu sumber untuk bayar balik duit pinjaman ar-rahnu tu. Pajakan sebenarnya lebih sesuai kalau nak gunakan duit tu untuk sementara waktu seperti dijadikan modal pusingan bisnes.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >