MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Si Kaya dan Si Miskin Saling Memerlukan

February 8, 2015

Baru 2 minggu saya berpindah ke kawasan kediaman ‘orang kaya’. Minggu pertama saya agak kurang selesa sebab prosedur dan peraturan di sini. Security yang agak cerewet, peraturan yang agak ketat, dan ada penduduk yang saya rasa agak selfish. Yang saya rasa peristiwa yang agak keterlaluan bilamana anak saya umur 3 tahun nak gapai makanan, dia tolak kerusi 2 kali. Saya rasa bunyi tu tak lama. 15 minit lepas tu datang security guard katanya, ada jiran report rumah saya bising tolak-tolak kerusi! Aduh… Sampai macam tu sekali?! Bising sikit-sikit pun dah call security guard?!

Minggu kedua ni saya dah mula kenal security guard (orang Nepal) di sini. Katanya, sebahagian penduduk di sini sebenarnya ‘problem’. Selfish. Malam tadi ada Birthday Party sebelah swimming pool. Jemputannya lebih kurang 60 orang. Biasalah… birthday party mestilah bising. Takkan senyap sunyi macam majlis kematian! Yang problemnya, ada penduduk report dekat sekuriti! Bising katanya… Aduh… Saya sembang dengan sekurity guard pagi tadi, dia pun stress dengan komplen begini. Macam mana sekuriti nak tutup 60 mulut? Inikan birthday party… Bagilah peluang mereka berparty. Hari ini hari dia berparty, mungkin satu hari nanti hari kita pulak. Berlebih kurang lah bila hidup berjiran.

Hebatnya Kita Kerana Orang Lain

Kekadang bila Allah bagi kita sedikit kesenangan, kita lupa, nampak hebatnya orang kaya sebab adanya orang miskin. Nampak hebatnya kita sebagai boss sebab kita ada staff bawahan kita. Nampak hebatnya kita sebagai senior sebab ada yang lebih junior dari kita. Dan nampak hebatnya seorang raja dan pemimpin sebab adanya rakyat. Tanpa ada orang lain, kita sebenarnya tak hebat pun.

Kalau semua orang kaya, semua orang akan susah. Tak ada yang sanggup jadi security guard. Tak ada yang sanggup jadi cleaner. Tak ada yang sanggup jadi tukang kebun. Tak ada yang sanggup cuci kolam renang tempat orang kaya mandi. Tak ada yang sanggup jadi kerani management office kediaman orang kaya. Pada waktu itu, hebat tak orang kaya? Tentunya tak hebat. Sebab walaupun dia orang kaya, dalam masa sama dia juga kena jadi tukang kebun sendiri, jadi cleaner sendiri, terpaksa bergilir-gilir jadi sekuriti guard sendiri, dan semuanya kena buat sendiri! Nah, susahnya hidup orang kaya tanpa orang miskin yang membantu.

Samalah juga dengan orang miskin. Kalau semua orang miskin, semua orang akan susah. Orang miskin susah dapat barang keperluan hidup sebab tak ada orang kaya yang berniaga. Orang miskin tak ada tempat berteduh sebab tak ada orang kaya yang buat projek rumah-rumah kediaman kos murah dan sederhana. Orang miskin tak ada tempat untuk bekerja sebab tak ada orang kaya yang boleh gajikan pekerja. Pendek kata, orang miskin akan jadi lebih susah bila tak ada orang kaya.

Si Kaya Dan Si Miskin Saling Memerlukan

Masa itu baru kita sedar, sempurnanya hidup ini sebab Tuhan jadikan manusia yang berbagai. Ada yang kaya, ada yang miskin. Orang kaya perlukan orang miskin, dan orang miskin perlukan orang kaya. Si kaya dan si miskin masing-masing saling memerlukan. Tanpa wujudnya dua golongan ini dalam satu masyarakat, semua orang akan jadi susah.

Harmoninya hidup bermasyarakat, bila si kaya dan si miskin saling berperanan dan saling menghormati. Si kaya yang sedar diri tak tak lokek untuk memberi (walaupun sekadar senyuman atau mengangkat tangan tanda hormat bila berselisih), dia akan hidup bahagia. Kalau dia orang kaya dalam sesuatu tempat, dia akan jadi orang kaya yang dihormati dan dilindungi orang si miskin di tempatnya. Si miskin suka bekerja dengan si kaya yang baik hati. Maka senang dan bahagialah hidup si kaya itu.

Si miskin yang tak meminta-minta, bekerja dengan jujur dan amanah, dia akan disukai oleh orang kaya. Orang kaya tak berkira untuk beri upah lebih atas kerjanya yang terbaik. Ada sahaja ‘projek’ baru, si miskin itu dulu akan dicari untuk diberikan kerja. Ada rezeki lebih, si miskin itu dulu yang si kaya cari untuk dikongsikan rezeki. Bila ada peluang-peluang baru, si miskin itu dulu akan diberikan peluang untuk maju. MasyaAllah… Senangnya hidup si miskin bila bila dia tahu berperanan sebagai si miskin. Dia akan jadi si miskin yang dibela nasibnya oleh si kaya.

Si Kaya dan Si Miskin Yang Bahagia

Itulah realiti kehidupan. Kita semua saling memerlukan. Orang kaya ada tanggungjawab membantu orang miskin. Orang kaya Allah wajibkan zakat ke atas mereka, dan disunatkan bersedekah. Orang miskin, Rasulullah suruh bekerja dengan amanah untuk cari rezeki, bukan dengan meminta-minta.

Kaya atau miskin, itu bukan membezakan kemuliaan kita di sisi Tuhan. Yang membezakan kita semua ialah taqwa iaitu bagaimana kita memanfaatkan posisi kita sebagai orang kaya atau orang miskin untuk surrender kepada Tuhan. Akhir sekali yang tetap akan bahagia ialah orang bertaqwa. Tak kira dia si miskin ataupun si kaya. Kedua-duanya tempatnya di Syurga…

Wallahu a’lam.

“Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya-raya dan setengahnya miskin menderita). Dan juga Kami telah menjadikan setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain, (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik daripada kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan” (Az-Zukhruf 43 : 32)

Zulkifli
Damansara Damai
8 Februari 2015
18 Rabiul Akhir 1436

(Kredit foto : musicandculturecorner)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Ustaz Zul.

    Alhamdulillah…Betul Ustaz, si Kaya & si Miskin memang saling memerlukan. Tapi saya lebih suka menjadi al-Fakir Bahloul yang menghina diri dihadapan Allah & mengelak diri dari dihormati manusia. Kerana kita tidak memiliki apa-apa, semuanya pinjaman.

    Pada pandangan saya, tempat kediaman yang paling baik bukanlah dikawasan kediaman mewah orang kaya bertembok tinggi tapi di kawasan golongan kaya yang berserderhana & ada Masjid @ Surau. Mana-mana tempat pun kalau ada orang yang mindanya kelas ketiga, boleh susahkan kita dan semua jiran tetangga.

    Sabar je lah dalam situasi begini dan berdo’a agar Allah mempermudahkan kehidupan kita & keluarga di tempat baru. Keluargaku Syurgaku In’Sya Allah

    • Wslm En. Syed,

      Bagi saya, kediaman bukan soal status, tapi soal kemudahan. Kalau di kampung, untuk dapat kemudahan yang sama, kita hanya bayar murah. Tapi di kawasan bandar, kita terpaksa bayarnya dengan harga mahal.

      Contohnya, antara perkara penting tentang kediaman bagi saya ialah senang keluarga dan sahabat handai berziarah ke rumah kami. Kalau di kampung, 10 buah kereta datang berziarah serentak pun tak apa, tapi kalau kawasan Apartment yang saya tinggal dulu, sebuah kereta datang pun saya dah pening kepala. Ada sahaja isu ‘berselisih’ dengan jiran hanya soal parking. Ia menyebabkan rumah kami 4, 5 tahun gersang dari rahmat Allah dengan kedatangan tetamu. Saya tak berminat jemput tetamu bila memikirkan soal parking sahaja.

      Tempat baru yang kami pindah, datang 10 buah kereta tetamu pun saya tak kisah. Saya sangat mengalu-alukan kedatangan tetamu. Ia soal kemudahan, bukan status. Saya memang tak suka mengejar status.

      Walaupun tinggal di kediaman ‘org kaya’, kereta yang saya pakai lebih murah dari kebanyakkan kerani di pejabat! Tak gah langsung.. Pendek kata, kalau saya nak beli 2, 3 biji kereta yang sama secara cash dalam setahun pun tak ada masalah… Sebab ianya murah.. 🙂

      Kenapa saya sanggup pakai kereta yang sangat murah sedangkan tinggal di kediaman yang mahal? Ia berbalik tentang kemudahan. Kalau beli kereta murah dah cukup untuk kita sampai dari point A ke point B dengan selamat, jadi kenapa perlu beli kereta mahal?

      p.s. dan kediaman baru saya ni lebih kuat dengar azan subuh untuk ke surau atau masjid sebab ia dikelilingi dengan 1 masjid dan 3 surau apartment & perumahan yang jaraknya tak lebih 500 meter. Kediaman lama dulu, sayu2 jer bunyi azan subuh.

      • Saya suka statement ni..

        p.s. dan kediaman baru saya ni lebih kuat dengar azan subuh untuk ke surau atau masjid sebab ia dikelilingi dengan 1 masjid dan 3 surau apartment & perumahan yang jaraknya tak lebih 500 meter. Kediaman lama dulu, sayu2 jer bunyi azan subuh.

        Itu baru betul kegunaan duit.. menjadi “ALAT” untuk lebih dekat dengan pemilik dunia.

  • Assalamualaikum En.Zul..saya sangat setuju dengan pendapat En Zul.Bukan sekadar rumah itu impian kita saja.Tapi juga untuk keselesaan tetamu juga yang datang kerumah kita,rumah yang kita beli bukan saja manfaat untuk kita,tapi manfaat untuk tetamu juga.Senang parking,senang tetamu nak solat atau sebagainya.Rumah atau kenderaan kita untuk manfaat orang lain juga.Bukan hanya untuk kita seorang.InsyaALLAH moga dengan apa yang kita ada kita saling dapat tolong-menolong antara satu sama lain 🙂

  • Org kaya bleh memberi sedekah pada yg miskin. Pemberian kepada fakir miskin (dengan ikhlas). Maksud yang sama ialah membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan atau balasan. Firman Allah:

    Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya Aku dapat bersedekah dan dapat pula Aku menjadi dari orang-orang yang soleh “. (Al-Munafiquun: 10)

  • salam en zul.. sy ada post soalan minggu lps.. mungkin en zul tlepas pandang.. so sy copy paste di sini.. ttg ‘timing akad’ PG..

    assalamualaikum tn zul.. maaf sy nk btanya.. sy tgk dlm website PG ttg purchase order pbelian secara online..
    1. jika purchase order PO sudah keluar (order placed) dan saya sudah mbuat bayaran atas purchase order tsebut tetapi emas biasanya diterima dlm tempoh ttentu (ikut appointment dgn PG).. soalan sy, bilakah ‘timing of contract’ dianggap berlaku sama ada time PG terima PO, time terima notis byrn atau time serah emas?.. sy nmpk ‘masa akad’ berlaku sgt penting sbb mlibatkn soal fiqh lain spt qabd, contract lain spt wadiah yad amanah, hakmilik n dhaman t/jwp dll

    2. jika PO sudah keluar tapi bayrn blm dbuat.. soalan sy, bolehkah sy mbatalkan order tsebut?.. sbb ditulis di situ kalu tiada byrn T+4 akaun kita akan digantung dan caj akan dkenakan utk aktif semula (sbb setahu sy purchase order bukan kontrak jual beli lg.. justeru pbeli/pjual ada hak ke atas wang/emas utk batal dll).. atau adakah penerimaan PO sudah dianggap sbg tmeterai kontrak?

    t.kasih atas pkongsian tn zul

  • Salam En Zul,

    Saya nak tanya pasal zakat memandangkan tak ada entry baru2 sikit pasal zakat so saya tanya kat sini jela huhu. Saya bekerja dan juga ada bisnes sambilan. Gaji kerja saya masukkan dalam maybank dan dah siap register potong zakat bulanan. Tapi duit bisnes sambilan saya masukkan dalam akaun bank lain dan masih lagi tak bayar zakat sampai sekarang (setahun lebih dah). Jadi yang musykilnya saya tanya orang lain (even ayah saya) dia cakap zakat pendapatan tak perlu bayar, yang wajib hanya zakat harta.

    1) Jadi kalau saya nak keluarkan zakat untuk simpanan bisnes saya, adakah saya perlu bayar zakat pendapatan total bisnes itu + zakat harta dalam simpanan bank tu skali?

    2) macammana pula dengan simpanan daripada makan gaji? potongan bulanan itu untuk zakat pendapatan sahaja ke atau harta sekali?

    Harap maaf, masih keliru huhu.

    • Wslm En. Khairul,

      1. Saya bayar zakat simpanan dan zakat pendapatan sekali. Pasal zakat pendapatan memang ada khilaf, tapi saya ambil pandangan yang lebih berhati-hati.

      2. Daripada gaji tu keluarkan zakat pendapatan.

      Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >