MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Fokus Meningkatkan Nilai Diri Kita

Satu Pelaburan Berbaloi

Boleh duduk... Boleh jadi meja latop!

Rasa berbaloi beli...

Masa kami di Stesyen Speedtrain Nanjing tadi, kami masing-masing beli luggage baru seorang satu.

Asalnya cuma nak beli luggage Odah sebab handle dia dah patah. Sambil Odah nak bayar, saya saja tengok-tengok luggage lain.

Tiba-tiba sales girl tunjuk ada satu luggage tu boleh duduk. Dia siap suruh saya duduk lagi atas luggage tu.

Katanya, luggage tu tahan... Memang dibuat supaya boleh duduk. Tak terlalu berat dan harganya tak mahal berbanding standard luggage lain yang kualitinya sama

Terus terbayang dalam kepala saya... Antara perkara yang memenatkan bila travel ni ialah nak kena berdiri lama menunggu di boarding gate. 

More...

Kadang nak dapatkan tempat duduk sementara menunggu pun susah... Lagi-lagi kalau naik flight low cost. Nak kena beratur lama sebelum masuk flight. 

Kadang kalau penat, terpaksa duduk saja atas lantai!

Saya terus tak fikir panjang. Terus buat decision beli luggage ni. Lebih-lebih lagi saya suka designnya yang mudah kalau nak keluar masuk laptop. 

Kurangkan Penat Travel Sebanyak 50%

Waktu tengah tunggu train, orang sangat ramai... seat kawasan tempat menunggu penuh. Saya releks saja duduk atas luggage yang saya baru beli. 

Azim, Odah dan isteri saya tunggu sambil berdiri.

Jadi apa lagi... Dah jelas nampak depan mata betapa bergunanya luggage yang saya baru beli.

Saya pun hasut semua pergi beli sorang satu. Maka masing-masing beli seorang satu!😂😅

Alhamdulillah... Lepas ni rasa penat travel tu dapat dikurangkan sebanyak 50%, insyaAllah...

Sekarang dalam perjalanan ke Beijing (dari Nanjing)

Rehat Dapat, Kerja Pun Jalan

Rupa-rupanya ada lagi satu function yang sangat saya idam-idamkan sebagai seorang frequent traveller dan juga digital nomad.

Iaitu luggage ni boleh jadi meja laptop!

Saya kalau boleh buka laptop, kiranya saya masuk office. Kerja saya boleh jalan di mana-mana! InsyaAllah... 

Luggage ni dapat selesaikan 2 dari masalah dan ketidakselesaan saya setiap kali travel; penat berdiri bila menunggu... dan buang masa menunggu sebab kerja-kerja (hobi) saya tak jalan...

Luggage ni jadi 'rahmat' buat saya dan tambah nilai dalam hidup saya.

Tambah Baik Hidup Orang Lain

Ini salah satu daripada pelajaran yang saya share kepada murid-murid saya (dealer Public Gold di bawah #PGG100Network) dalam live pagi tadi. 

Bisnes ni tentang tambah nilai dalam hidup orang lain.

Nak berjaya dalam bisnes, kena naikkan nilai diri. Kena pastikan diri kita bernilai untuk tambah baik hidup orang lain...

Kalau diri kita benar-benar bernilai, boleh selesaikan masalah orang lain (dengan produk dan servis kita), kita tak akan sesekali mengemis... 

Sebagaimana luggage ni bernilai untuk saya, sales girl tadi tak perlu susah-susah convince saya untuk beli. Dia sekadar tunjuk bagaimana luggage tu dapat selesaikan masalah saya. 

Saya terus beli tanpa fikir panjang.

Malah bukan saya seorang yang beli. Tapi saya pulak tolong promote supaya orang lain pun beli sama, walaupun saya tak dibayar komisyen!

Cari Nilai Yang Kita Miliki

Jadi bila nak buat duit, nak buat bisnes... cuba fikir apa nilai yang kita ada, yang dapat selesaikan masalah orang lain?

Kalau diri kita benar-benar bernilai, pergi cari (buat marketing) dan offer nilai tersebut kepada orang yang benar-benar memerlukannya... 

Kalau 1 juta orang dapat manfaat daripada produk dan servis kita, hampir pasti kita akan jadi jutawan. InsyaAllah...

#MembangunDiri

#PrivateTripNanjing

#PrivateTripChina

Zulkifli
Cyberjaya
2 April 2026
13 Syawal 1447H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}