MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Melabur Dalam Bisnes Sendiri

Labur Masa Dan Duit Untuk Kemajuan Bisnes

Bagi yang ada bisnes, pelaburan yang paling menguntungkan selepas ilmu ialah labur dalam bisnes sendiri.

Ia jauh lebih untung dalam mana-mana pelaburan lain.

Jadikan bisnes kita sendiri sebagai satu keutaamaan. Laburkan duit dan waktu supaya bisnes kita dapat meningkat ke tahap seterusnya.

Labur setakat yang mampu.

Nanti, bisnes kita akan jadi BULLET TRAIN yang akan memintas pelaburan-pelaburan yang lain. Untung 20% dalam pelaburan adalah luar biasa. Untung 200% bahkan 2000% adalah biasa-biasa sahaja.

More...

Jangan Terperangkap Dengan Alasan, Cari Penyelesaian

Kita boleh bagi 1001 alasan kenapa tak boleh grow. Sebab line internet slow, tak ada komputer, tak ada masa, tak ada itu, dan tak ada ini...

Walaupun semua alasan itu betul dan benar sekali. Tetapi malangnya, semua alasan kukuh itu tak menyelesaikan masalah sebenar kita. Ia cuma menyedapkan hati kita supaya selesa dengan keadaan sekarang walaupun hakikatnya kita sendiri tidak selesa.

Alasan itu membantutkan kemajuan kita.

👉 Ketika orang biasa cari alasan, orang berjaya sentiasa sibuk cari jalan penyelesaian.

Semalam saya labur duit supaya "internet slow" bukan lagi alasan yang menganggu saya buat meeting online dan sampaikan training.

Melabur Untuk Penyelesaian Efektif

Terima kasih sahabat lama saya En Azfar Saad yang sudi bantu saya pasang Mesh Wifi untuk dapatkan speed internet sebegini semalam.

Kalau saya nak kena godek sendiri, mungkin berhari-hari pun tak selesai sebab saya tak ada ilmu tentang itu.

 ✅ Lebih baik saya bayar pakar untuk selesaikan dan waktu saya lebih baik saya fokus pada bisnes saya sendiri.

Kita tak mampu pakar dalam semua perkara. Serahkan kepada yang pakar.

Alhamdulillah. 

#BukuBebasKewangan #BukuMisiBebasHutang

Ikuti tip terkini tentang emas, Public Gold dan motivasi kewangan di 𝗖𝗛𝗔𝗡𝗡𝗘𝗟 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗚𝗥𝗔𝗠 saya di link https://t.me/mohdzulkiflishafie .

Zulkifli
Cyberjaya
8 Mac 2021

24 Rejab 1442H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}