MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Impian, Motivasi Diri Tanpa Perlu Dimotivasikan oleh Orang Lain

January 13, 2024

Tak boleh tidur... 

Hampir setiap kali terjaga tengah malam (ketika dalam penjara), saya teringatkan isteri dan anak-anak...

Setiap kali teringatkan mereka, saya tatap foto-foto mereka yang ada dalam simpanan saya... Rasa rindu membuak-buak tu membuatkan saya lagi tak boleh tidur... 

Waktu tu, impian saya cuma satu... Iaitu nak bebas dan kembali ke pangkuan keluarga...

Terjaga waktu malam

Sebenarnya bukan hanya waktu dalam penjara, tapi di luar penjara pun sama...

Setiap kali teringat impian yang saya nak capai, saya susah nak tidur...

Sebelum tidur, selalunya saya dah plan siap-siap apa kerja yang saya nak buat esok pagi... 

Saya set alarm pukul 5.30 pagi. Tapi selalunya saya bangun lebih awal daripada alarm...

Sebab bila terjaga tengah malam, saya susah sambung tidur... Saya fikir nak terus sambung kerja-kerja yang nak disiapkan walaupun tak cukup lagi waktu tidur...

Rasa bersemangat bila teringat tentang apa yang saya nak capai... 

Motivasi tanpa perlu dimotivasikan

Sebenarnya bila ada impian yang besar dalam hidup, kita akan sentiasa bermotivasi tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain... (InsyaAllah)

Banyak biografi kejayaan yang saya baca, salah satu ciri-ciri yang ada pada orang berjaya ialah mereka boleh bangun tengah malam dengan mudah untuk sambung kerja-kerja mereka dengan happy...

Walaupun orang kebanyakkan nampak mereka bekerja macam tak ada 'life', tapi hakikatnya mereka enjoy dengan apa yang mereka buat...

Orang berjaya, mereka yang sentiasa self-motivated.

Mereka tak perlu dimotivasikan oleh orang lain sebab mereka tahu dengan jelas apa yang mereka nak capai... 

Yang mereka perlukan cumalah peluang dan 'jalan' untuk capai impian mereka sahaja. 

Siapa yang jenis kena 'ketuk' dulu baru jalan, selagi tu dia tak akan capai apa-apa kejayaan besar dalam hidup dia... 

Buat "Dream Chart" sendiri  

Jadi kalau nak capai kejayaan besar dalam hidup, saya sentiasa nasihatkan mulakan dengan kenalpasti #ImpianHidup dulu... Buat "Dream Chart" (Vision Board) peribadi...

Kenalpasti apa yang kita nak capai, cari foto-foto yang bersesuaian, dan tampallah di tempat yang selalu tengok tiap-tiap hari... 

Tak kisah letak di workstation, dalam bilik tidur, di dapur, ataupun dalam toilet sekali pun. Tengok hari-hari sampai masuk dalam otak (sub concious mind). 

Itulah yang saya buat dah lebih 20 tahun. 

Siapa buat buat dream chart dan tengok tiap-tiap hari, suatu hari nanti kita akan terkejut...

Apa yang dia fikir yang nampak macam mustahil (untuk dicapai) satu ketika dulu akhirnya jadi realiti satu per satu... InsyaAllah... 

Itulah apa yang saya alami... 

"Dream is not what you see while you sleep. It is something which doesn't let you sleep " - Dr Abdul Kalam, 11th President of India

Zulkifli
Cyberjaya
13 Januari 2024
2 Rejab 1445H

#TabahHadapiMusibah #TipKejayaan

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}