Ianya percuma. Tapi nak tulis “impian” hidup sendiri pun rasa takut. Takut “impian” yang ditulis tu tak tercapai.
Itu pengalaman saya dan ketakutan banyak orang bila bercakap tentang "impian hidup".
Walaupun nampak remeh, tapi “impian hidup” yang ditulis dengan jelas akan memberi kesan yang besar pada masa depan kita. Tanpa kita sedar, sub-conscious mind kita akan mula bekerja ke arah apa yang kita fokuskan dan impikan.
Kajian menunjukkan, kebanyakkan orang tak capai kejayaan besar dalam hidup sebab mereka sendiri tak ada target. Mereka tak capai target sebab memang tak ada target! Bukan sebab tak mampu.
Puncanya Tak Ada Target
Mereka tak meletakkan apa yang nak dicapai dalam hidup. Maka hidup cuma ikut-ikut orang sahaja. Akhirnya kecewa sebab tak bekerja kuat untuk capai apa yang bermakna dalam hidup mereka.
Bila toleh ke belakang, kehidupan masih sama sahaja berbanding 5 – 10 tahun yang lalu.
Pendapatan bertambah, tapi harta tak bertambah. Yang bertambah hanyalah hutang.
Pendapatan makin membesar, hidup makin sibuk, kualiti hidup tak bertambah... Masih lagi berlari di tempat yang sama!
Ada satu buku menarik yang pernah saya baca, iaitu bertajuk “The 5 Secret You Must Discover Before You Die”;
Buku tu adalah hasil daripada temuramah seramai 235 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Bukan warga emas biasa-biasa, tapi warga emas yang dianggap berjaya dan bahagia dalam hidup.
Elak Kekesalan Di Hari Tua
Salah satu input menarik yang penulis tersebut dapati, antara perkara yang menjadi kekesalan warga emas tersebut sepanjang hidup ialah mereka tak berusaha untuk mencapai apa yang bermakna dalam hidup mereka, berbanding mereka telah berusaha tapi tak berjaya mencapainya.
Kalau tak capai target sebab tak pernah berusaha, kita akan menyesal.
Sebaliknya kalau dah berusaha tapi tak capai, kita tak akan menyesal. Kita puas hati sebab kita dah buat yang terbaik.
Sebenarnya, apa yang lebih malang daripada itu ialah dalam kesibukan kita bekerja dan mencari kekayaan, kita lupa apa yang bermakna dalam hidup kita sendiri. Hidup macam tak ada arah tujuan.
Jadi untuk elakkan kekesalan di hari tua nanti, ambillah waktu bertenang sekejap dan tulislah “impian hidup” sekarang. Walaupun usaha kita belum bermula, sekurang-kurangnya kita dah tahu halatuju hidup kita sendiri.
Bila dah tahu halatuju hidup, mudahlah nak buat apa-apa keputusan penting untuk masa depan. Sebab kita dah jelas apa yang kita nak.
Bukan Tentang Duit, Tapi Impian
Waktu saya masih bekerja makan gaji dahulu, saya terima beberapa tawaran pekerjaan dengan gaji yang lebih baik. Tapi kesemuanya saya tolak ke tepi sebab bila saya cek balik "impian hidup" yang saya tulis, pekerjaan baru itu akan melambatkan saya capai apa yang saya impikan.
"Impian" saya ketika tu nak memiliki bisnes sendiri. Yang mana kalau apa-apa terjadi kepada saya, ianya boleh diwarisi oleh isteri dan anak-anak saya (yang sedang membesar).
Isteri saya seorang suri rumah yang tidak ada pendapatan. Jadi saya nak berikan jaminan pendapatan untuk dia dan anak-anak.
Setiap kali dapat tawaran jawatan baru, ianya sebenarnya hanyalah melambatkan waktu untuk saya mencapai impian saya. Walaupun dapat kenaikan gaji lebih baik, tapi ia hanya sekadar mencapai impian boss dan majikan baru, bukan impian saya sendiri.
Saya rasa, kalau saya tak tulis “impian hidup” tu, pastinya saya terima apa sahaja tawaran kerja dengan gaji lebih baik dan hanyut dalam dunia pekerjaan saya...
Apa Yang Kita Tulis, Itu Yang Kita Dapat
Sebenarnya, saya mula menulis impian hidup sejak tahun 2003 lagi, iaitu selepas saya tengok kehidupan orang yang saya anggap berjaya dalam hidup.
Alhamdulillah, sekarang hampir 80% apa yang saya tulis suatu ketika dahulu, Allah rezekikan kepada saya untuk nikmatinya pada hari ini. Dan saya terus tulis impian-impian yang baru supaya saya tak rasa selesa dengan comfort zone sekarang.
Saya tulis impian-impian tu dalam file Microsoft Word yang saya namakan “IMPIAN HIDUPKU”. File tu saya sentiasa review dan update dari semasa ke semasa. Saya cari foto-foto yang sesuai, dan saya buat "Dream Chart" supaya saya dapat tengok dan visualise (bayangkan) setiap hari.
Sebenarnya, kita tak akan mampu capai sesuatu yang masih kabur dalam fikiran kita.
Jadi impian-impian tu sebenarnya tak cukup sekadar tulis, tapi kena tengok, dan feel (rasai) sampai jelas dan melekat dalam fikiran kita.
Tulis Sahaja Belum Cukup
Kalau ada impian nak tinggal di rumah lebih baik, pergilah ke show room. Tengoklah rumah-rumah yang diimpikan tu.
Kalau tak mampu, sekurang-kurangnya cari foto-foto yang berkaitan, dan tampal foto tersebut di tempat yang kita boleh tengok setiap hari.
Dulu saya tampal "Dream Chart" saya di workstation pejabat saya, di pintu toilet, dan dalam bilik tidur.
Dengan cara tu, lama-kelamaan ia akan melekat dalam fikiran (masukkan dalam sub-concious mind ) kita.
Bila dah melekat dalam kepala, kita akan terus bekerja untuk capai impian tu tanpa sedar. Macam kita drive kereta pergi dan balik kerja.
Start sahaja enjin kereta, lepas tu kita tak perlu berfikir lagi nak mana jalan nak pergi kerja (sebab sudah ‘set’ dalam sub-concious mind). Sedar-sedar, kita dah sampai di pejabat!
Kalau nak singgah ke tempat lain dulu pun (yang bukan destinasi utama), kita mungkin terlupa!
Berusaha Tanpa Sedar
Itulah pentingnya memasukkan “impian hidup” itu dalam sub-concious mind. Ia akan membuatkan kita lebih fokus kepada apa yang lebih utama dalam hidup kita.
Impian tu akan memotivasikan kita untuk terus maju tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain, insyaAllah.
Tapi apa pun, semunya mesti bermula dengan "tulis".
Bila tulis, barulah saya sedar apa yang BERMAKNA dalam hidup, dan apa yang tak bermakna dalam hidup saya sendiri.
Bahkan baru saya sedar, sebahagian apa yang saya pernah tulis itu sebenarnya bukan impian hidup saya, tapi sekadar untuk “impress” orang lain... Tak lebih dari itu...
Jadi ‘impian’ itu kena didelete dan gantikan dengan yang lain.
Allahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
1 Disember 2015
19 Safar 1437H
Coretan FB berkaitan:
- Menulis impian hidup - FB Rohaizah (2016)
- Impian bukan untuk diri sendiri, tapi orang yang kita sayangi - FB (2016)
Menulis impian ada kekuatan tersendiri. Tahun lepas saya hanya tiga matlamat untuk dicapai pada tahun 2015, iaitu kumpul 10 dinar, berkahwin dan ada bisnes sampingan.
Alhamdulillah. Beberapa bulan lepas saya belek buku impian saya, semua perkara tersebut dah tercapai walaupun saya sendiri tak perasan. Saya akan teruskan untuk “tajam”kan lagi impian saya supaya bila dah tua nanti saya tak menyesal.
Terima kasih En. Fahmishah atas perkongsian ini. Saya percaya, ia boleh memotivasikan orang lain untuk menulisnya juga, insyaAllah. Jazakallahu khair…
Saya tidak percaya dengan perkara ini. Tetapi ramai orang yang berjaya katakan “[Apa Yang Kita Tulis, Itu Yang Kita Dapat]” maka saya akan bermula untuk menulis dan saya akan lihat sendiri.
Sejauh mana ia berjaya dan ia dapat. InshaAllah…
Tulis + tindakan, InsyaAllah akan berhasil. Tulislah impian tinggi melangit pun tak apa, kalau kita hanya mencapai awan, itupun sudah cukup bagus bebanding tak menulis apa-apa.
pemerhatian sy,ramai dari kita impian hidupnya mencipta hutang beli kereta atau rumah sebagai aras kejayaan,selepas itu…nothing!
Sama-sama kita beri ilmu dan kesedaran yang betul kepada masyarakat, insyaAllah.
Impian 2015 hampir semuanya jadi kenyataan dan teratur cantik pada tarikh / sela masa yang ditetapkan. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri, hanya satu impian hampir tercapai tapi Allah belum izinkan. Hajatnya nak beli rumah lelong tahun ni dan bank draf sudah sampai ke tangan ejen. Tapi bila baca semula POS sebelum ejen masuk dewan lelong, saya tidak layak dan saya bakal kehilangan duit deposit jika berjaya menang lelong. Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian pengalaman Pn. Emellia.
Terima kasih atas perkongsian dan peringatan yang diberikan. Impian dan matlamat sangat perlu dalam hidup seseorang dan perlu ‘ditambat’ di dalam nota agar setiap kali menelusuri kehidupan, kita tak terkeluar dari matlamat dan impian kita..sekadar pendapat saya 🙂
Sama-sama En. Zahran.
Terima kasih atas pendapat yang En. Zahran berikan.
Saya baru siap tulis impian saya.utk 10tahun akan datang.merangkumi 3perkara.kebebasan kewangan.kebebasan masa Dan impian.
Dan juga target bisnes utk tahun 2016
Alhamdulillah. Bagus tu En. Rizal. Saya doakan Allah berkati usaha En. Rizal. Amiin ya Allah…
Saya berpengalaman menulis impian hidup saya 15 thn lpas. Mostly berkaitan karier, kewangan & family. Kini hampir kesemua impian itu telah tercapai, hanya satu yg masih in-progress (50%). Bila dikenangkan, rs mcm tk percaya, ianya akan tercapai. Dan skrg ini, saya lbh menyedari, bahawa mencari redha Allah dan mengejar syurgaNya adalah impian tertinggi dlm hidup kita.
Alhamdulillah.
Terima kasih En. Mohd Jan atas perkongsian pengalaman.
Betul, akhir sekali kita nak redha Allah dan Syurga-Nya. Hakikat itu kita akan sedar bila kita mula menulis impian hidup kita sendiri, dan kita menilainya dari semasa ke semasa. Akhir sekali, kita mahu kembali kepada Tuhan juga.
terima kasih atas perkongsian..saya rasa nk menangis bila relate ttg artikel ni dgn impian sy..sgt2 membantu menyedarkan saya..
Sama-sama Pn. Nor Zuraida,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
Nasihat terbaik yang saya dapat hari ni.
Alhamdulillah..
Assalamualaikum tuan.. terima kasih atas perkongisian yang amat menarik ini. saya merasakan artikel yang ditulis oleh tuan sangat dekat dengan diri saya. saya baru sahaja hampir setahun berada dalam alam pekerjaan dan masih mencari-cari hala tuju dalam pengurusan kewangan dan kehidupan saya.
saya selalu tertanya2, apa tujuan saya bekerja?. adakah saya puas dengan kerja skrg? dan smpai bila saya harus bekerja?..dan jawapan yg sy buleh katakan disini ,saya bekerja untuk menampung hidup saya didunia ini.,memberi nafkah pada ibubapa dan membantu adik2 yang masih sekolah..walopun saya sgt bersykur dengan pekerjaan sektor kerajaan sekarang,namun jauh disudut hati,sy juga inginkan kebebasan melakukan pekerjaan sendiri suatu hari nnti dimana saya bebas untuk menguruskan rutin kerja saya sendiri.
bukanlah kehidupan mewah yang saya kejari, saya tidak kisah menaiki kereta secendhand, rumah yang sederhana dan income bulanan yang biasa2, asalkan dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarga yang amat saya cinta didunia kerana mereka bukanlah selama-lamanya ada dengan kita didunia ini. sekarang ini, saya bekerja jauh dari keluarga. saya tahu ramai juga berjauhan dari keluarga,namun saya rasa agak sebak apabila mengenangkan diri berada jauh bekerja meninggalkan ibubapa yang semakin tua dikampung.
suatu hari nnti, sya berharap, saya mempunyai kewangan yang kukuh dan perniagaan sendiri yang mantap seterusnya berhenti kerja dan dapat meluangkan masa yang banyak bersama keluarga.
Wslm En. Harun,
Sama-sama. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat.
Apa yang En. Harun catatkan itu, itulah sebenarnya impian hidup En. Harun. Jadi tulis impian itu, dan perincikan dari semasa ke semasa hingga ‘keluar’ Action Plan untuk merealisasikan impian tersebut. Itulah sebenarnya perkara yang bermakna dalam hidup En. Harun.
alhamdullilah terima kasih atas perkongsian tuan sgt menusuk ke dalam jiwa saya.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
Master Zul, saya pernah memasang impian tapi tak pernah tulis dan saya setkan dalam mind dan hati saya saja. Beberapa tahun dulu saya pernah setkan 3 impian untuk saya capai sebelum umur 35 tahun iaitu ada simpanan 100k, ada sebuah rumah dan mengerjakan haji.
Walaupun saya tak tulis tapi apa yang saya setkan itu membuatkan saya berusaha untuk mendapatkannya. Alhamdulillah seperti yang saya target , 2 impian tu jadi kenyataan sebelum umur 35 tahun. Yang paling ajaibnya, saya pun bagaikan tak percaya bagaimana saya boleh terpanggil untuk meletakkan sasaran mengerjakan haji dan impian itu jadi KENYATAAN!!! pada usia saya 36 tahun.
Ya Allah, syukurnya saya. Dari situ, saya akhirnya mula menulis impian-impian saya….
MasyaAllah. Alhamdulillah.
Memang berbeza bila ada matlamat berbanding mereka yang tak ada matlamat.
Masya allah, begitu terkesan saya baca artikel tentang tulis impian. Terima kasih dengan ilmu dan panduan yg begitu bermanfaat ni. Semoga allah membalas en zul sekeluarga dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat
Alhamdulillah… Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Asrul sekeluarga. Amiin ya Allah.
Alhamdulillah impian hidup sangat memotivasikan saya untuk bekerja lebih keras. Tahun 2017 saya mula tulis atas kertas kosong untuk bebas hutang, ada saving dan berhenti kerja untuk ada masa bersama orang tersayang.
Tahun 2021, Allah makbulkan doa dan impian saya tercapai satu persatu. Tq en Zul sentiasa memberi inspirasi untuk saya ubah diri dan kewangan hidup.
Alhamdulillah. Tahniah Pn Hafizah. Mudah-mudahan tulisan ni bermanfaat untuk pembaca yang lain juga, insyaAllah.