MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beli Kereta Tanpa Keluarkan Duit Dari Poket Sendiri

December 28, 2021

Kita berbelanja, orang kaya juga berbelanja.

Orang kebanyakkan, mereka berbelanja dengan duit hasil penat lelah mereka bekerja (pendapatan aktif), dan tarah harta kekayaan yang ada.

Makin banyak dia berbelanja, makin kurang kekayaannya.

Tapi lain cara orang kaya berbelanja.

Mereka berbelanja tanpa mengurangkan harta kekayaannya. Mereka membelanjakan hasilnya, bukan mencantas pokoknya...

More...

Bina Harta Terlebih Dahulu

Duit yang mereka dapat hasil penat lelah bekerja (i.e. pendapatan aktif), mereka hanya guna sekadar keperluannya sahaja, dan menyimpan sebahagian besar pendapatannya.

Fokus mereka ialah bina harta dulu. Mereka mahu ada harta yang cukup sampai dapat keluarkan hasil tanpa perlu lagi penat bekerja.

Bila ada simpanan yang cukup (lebih 6 bulan pendapatan), mereka beli hartanah yang boleh mendatangkan hasil (sewaan), dan meningkat nilainya dalam jangka panjang.



Dapat hasil sewaan, itulah mereka gunakan untuk berbelanja. Tanpa perlu tarah sedikit pun pokok hartanah mereka.

Tempat Orang Kaya Simpan Harta

Orang kaya dan hartanah memang tak dapat dipisahkan.

Tapi apa yang banyak orang tak tahu ialah, majoriti orang kaya melabur dalam membangunkan bisnes milik mereka sendiri lebih daripada hartanah yang mereka miliki.

Bisnes itulah harta terbesar mereka.

Mereka hidup biasa-biasa sahaja selagi bisnes yang mereka bangunkan belum lagi menjadi seperti ladang yang boleh dikutip hasilnya secara berterusan.

Bila bisnes dah kukuh dan menjana pendapatan berterusan (pendapatan pasif), itulah waktunya mereka akan sentuh dan menikmati hasilnya.

Cara Orang Kebanyakkan Berbelanja

Mereka berbelanja tanpa perlu tarah sedikitpun bisnes (harta) milik mereka sendiri.

Contohnya nak beli kereta.



Dari perspektif kekayaan, kereta adalah BEBAN (liabiliti), bukan harta (aset).

Ia membuatkan duit keluar dari poket kita, dan tarah harta kekayaan kita - hanya semata-mata untuk membeli dan membelanya...

Beli satu kereta, kita hilang kemampuan menyimpan RM1,000 sebulan. Ia mengurangkan cashflow bulanan kita.

Bahkan dalam jangka panjang, nilai kereta semakin lama semakin menyusut yang menyebabkan nilai bersih kekayaan (nett worth) kita juga turut berkurangan.

Dengan kata lain, ia mengurangkan kekayaan kita.

Orang biasa beli kereta. Orang kaya juga beli kereta.

Tapi orang kaya tak akan beli kereta dengan cara mencantas pokok kekayaan mereka.

Sebaliknya mereka membayarnya dengan buah yang dikutip hasil dari harta-harta yang mereka ada, tanpa perlu mencantas pokoknya.

Cara Orang Kaya Berbelanja

Mereka beli kereta tanpa perlu keluarkan duit dari poketnya sendiri.



Dengan membeli kereta itu, mereka dapat jimat puluhan malah ratusan ribu ringgit daripada membayar cukai kepada kerajaan!

Kereta itu bukanlah beban bagi mereka!

Pendek kata, kalau bercuti setahun atau hilang upaya untuk bekerja sekalipun, kereta itu tetap miliknya juga.

Tapi bagi siapa yang terpaksa hilang segalanya hanya lepas beberapa bulan diberhentikan kerja, maka kereta itu bukanlah “harta” namanya.

Itu adalah beban yang terpaksa dia menanggungnya…

Zulkifli
Cyberjaya
27 Disember 2021
22 Jamadil Awwal 1443H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Orang yang berilmulah yang bisa menguasai dunia, orang kaya ilmu yang akan bisa membeli segalanya tanpa keluar uang

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >