MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tahan Gaya Hidup, Bukan Sara Hidup

September 8, 2022

Kos sara hidup tak mahal. Yang mahal ialah kos gaya hidup.

Berapa sangat kos untuk makan kenyang. Dan berapa sangat kos bergerak untuk sampai dari point A ke point B.

Nak minum kopi, buat sendiri di rumah lebih sedap, lebih murah. Tapi bila nak nikmati gaya hidup macam orang lain, maka kenalah bayar harga lebih mahal.

More...

Nak bermewah tak salah. Yang salah ialah membazir (Al-A'raf 7 : 31, Al-Isra' 17 : 26 -27).

Dan yang silap besar ialah bermewah ketika diri sendiri memang belum mampu untuk bermewah.

Belum Waktu Untuk Bermewah

Duit pun masih level "kais sebulan makan sebulan", simpanan 6 - 12 bulan pendapatan pun belum ada, cashflow bulanan pun asyik tercekik sahaja, maka tak cerdiklah kalau pilih hidup bermewah-mewah sedangkan semuanya akan "back to zero" kalau esok hilang kemampuan untuk bekerja!

Jadi tahanlah dulu gaya hidup. Bersabarlah untuk seketika.

Bak kata pepatah, "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Tahan gaya hidup bukanlah selama-lamanya.

Kerja keras dulu. Fokus menabung dan kumpul harta dulu. Hinggalah harta-harta itu cukup untuk menampung gaya hidup tanpa perlu lagi bekerja (mencapai financial freedom), maka itulah masanya.

Tuhan buat segala apa yang baik-baik di dunia ini memang untuk kita nikmati dan syukuri. Tuhan suka kita ambil nikmat tersebut dan bersyukur...

Nikmatilah dan syukurilah... Tapi jangan sesekali membazir...

Nikmatilah dan Syukurilah

Abdullah Bin Amr r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;"Makanlah, minumlah, dan pakailah, serta bersedekahlah tanpa sombong dan boros (berlebihan). Maka sesungguhnya Allah suka melihat nikmat kurniaan-Nya dirasakan (nampak) kepada hamba-hambaNya" (Hadis direkodkan oleh Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Majah) [Tafsir Ibnu Kathier (Pustaka Jiwa), Cetakan Pertama 2014, Jilid 3, Halaman 412]

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Ibrahim 14 : 7)

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
2 September 2022
5 Safar 1444H

#BukuMisiBebasHutang #FinancialFreedom

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >