MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Lagi Rendah Gaya Hidup, Lagi Cepat Capai Financial Freedom

August 28, 2024

Jutawan pun belum tentu capai "financial freedom" kalau kos sara hidupnya tinggi.

Seseorang tu hanya capai financial freedom bila passive income (dari harta yang dia miliki) melebihi kos sara hidup.

Kena naikkan passive income, dan sentiasa kawal kos sara hidup. 

More...

Kos gaya hidup, bukan sara hidup

Kos sara hidup sebenarnya tak tinggi. Yang tinggi tu sebenarnya kos gaya hidup, bukannya kos sara hidup.

Kos sara hidup susah nak diturunkan, tapi kos gaya hidup lebih mudah.

Cuma banyak orang tak sanggup downgrade gaya hidup dia untuk jaga air mukanya.

Takut nanti apa orang kata...

Tapi siapa tak kisah, dia akan capai financial freedom dengan lebih cepat. InsyaAllah. 

Upgrade gaya hidup perlahan-lahan

Siapa yang kos sara hidupnya lebih rendah, dia lebih cepat capai financial freedom.

Nak cepat-cepat capai financial freedom, selain tambah harta dan naikkan passive, kena kawal kos sara hidup, khususnya yang melibatkan komitmen jangka panjang.

Antara kos yang besar selalunya;

  • Kos tempat tinggal (sewaan atau ansuran bank)
  • Kos kenderaan dan pengangkutan yang kita kena maintain

Nak upgrade gaya hidup tak salah, tapi upgrade perlahan-lahan. 

Jangan sampai kos gaya hidup naik lebih cepat dari kenaikan passive income kita. 

Emas tiada pendapatan pasif

Nak capai financial freedom, kena pastikan pendapatan pasif lebih besar dari kos sara hidup. 

Ini termasukkan income dari rumah-rumah sewa, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang boleh berjalan sendiri tanpa kita, dividen dari ASB, Tabung Haji ataupun saham, ataupun harta intelek yang kita miliki macam royalti penulis buku. 

Itu antara sumber pendapatan pasif. 

Bila pendapatan pasif dah lebih kos sara hidup, barulah capai financial freedom. 

Adakah emas termasuk sumber pendapatan pasif?

Jawapannya "tidak" .

Emas tiada pendapatan pasif

Emas adalah aset yang tiada pendapatan. Emas sesuai sebagai simpanan untuk backup 6 - 12 bulan gaji. 

Kalau hilang pendapatan, kita masih boleh bertahan dengan simpanan emas yang kita ada.

Selebihnya, tukarkan emas kepada harta yang boleh jana passive income macam rumah-rumah yang boleh disewakan, tanah yang mendatangkan hasil dsb.

Bila passive income melebihi kos sara hidup, barulah capai financial freedom - tak kerja pun ada duit.

InsyaAllah. 

Zulkifli
Cyberjaya
28 Ogos 2024
22 Safar 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>