MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Teknik Berkesan Menabung Hingga Mencapai RM100,000!

March 7, 2024

Dah 14 tahun (sejak 2010) saya menabung emas, boleh dikatakan setiap tahun mesti akan dengar berita "harga tertinggi dalam sejarah".  

Setiap tahun mesti capai puncak harga baru.

Saya tak pernah dengar istilah "harga terendah" (new low) yang baru. Walaupun setiap tahun memang akan ada harga terendah pada sesuatu tahun, tapi harga rendah tahun ni tak sama dengan harga rendah tahun-tahun sebelumnya.

Ia tetap lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya.

More...

Tabungan kalis bocor

Jadi bila menabung emas, saya dah tak kisah pasal harga. Asalkan beli dengan duit untuk simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas), bila-bila masa pun sesuai.

Yang paling penting, jumlah kepingan emas yang saya ada sentiasa bertambah dari bulan ke bulan. Itulah yang saya sentiasa fokus. Bukan pasal harga...

Walaupun hampir setiap tahun emas capai harga puncak tertinggi dalam sejarah, saya tak pernah fikir nak jual. Cuma beli, beli dan beli sahaja... 

Siapa rasa susah nak capai jumlah tabungan ratusan ribu ringgit, cubalah menabung emas (dengan ilmu). 

Saya yakin beberapa tahun akan datang, dia sendiri akan terkejut jumlah tabungan emas dia mencecah 1 kilogram pertama yang nilainya dah lebih RM330,000!

Bahkan tabungan emas tu nanti akan terus bertambah sampai nilainya lebih RM500,000 bahkan RM1 juta! Jutawan emas!... InsyaAllah.

Jangan peduli tentang harga

Sebab tu saya sentiasa ingatkan, bila menabung emas, jangan sibuk nak monitor harga.

Dah 14 tahun didik masyarakat menabung emas, saya belum terima walaupun satu feedback; penyimpan emas yang kaya raya hasil monitor harga. Belum pernah...

Yang sibuk monitor harga selalunya berakhir dengan emas tak ada, duit pun habis!...

Menabung emas fizikal bukan macam melabur dalam saham. Emas tu kita pegang aset fizikal. Selagi emas fizikal ada di tangan kita, kita langsung tak ada risiko jatuh lingkup atau perlu "cut loss" macam main saham.

Beli, beli, beli sahaja...

Ada emas lebih banyak, confirm kita lebih kaya. Harga cuma persoalan masa sahaja.

Sejarah harga emas selama 20 tahun dah membuktikan purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun, lebih baik daripada ASB dan Tabung Haji.

Itulah sebabnya kenapa mereka yang ada ilmu pasal emas, mereka tak sibuk monitor harga.

Now everyone can buy gold

Bila ada duit simpanan jangka panjang, mereka beli, beli, beli sahaja. Confirm dia semakin kaya. InsyaAllah.

Berita baiknya, menabung emas sekarang tak sesusah macam zaman saya bermula 14 tahun dulu. Sekarang sesiapa pun mampu menabung emas pakai mobile apps dengan bajet serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP Public Gold.

Pendek kata, sambil baring pun boleh menabung emas!

Nak lebih mudah, guna kaedah GAP Auto-Debit supaya dapat auto-menabung setiap bulan.

Dan Public Gold pulak ada servis penghantaran emas berinsuran. Kita cuma tunggu emas sampai ke rumah dengan senyuman... 

Dengan kemudahan yang ada hari ni, "now everyone can buy gold!"

Alhamdulillah...

Zulkifli
Cyberjaya
6 Mac 2024
25 Syaaban 1445H 


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>