Duit dalam akaun bank jangan cek selalu. Lagi kerap kita cek, lagi cepat duit tu habis. Tapi emas berbeza... Lagi kerap kita tengok, lagi cepat emas tu bertambah!... Ia jadi motivasi...
Salah satu tip penting nak pastikan tabungan emas sentiasa bertambah; kena tengok selalu emas tu. Lagi kerap tengok emas tu, lagi cepatlah emas tu bertambah...
Macam pelik kan? Tapi itulah realiti yang banyak terjadi kepada majoriti penyimpan emas. Boleh baca banyak #TestimoniPenyimpanEmas sebelum ini.
More...
Fitrah sukakan emas
Emas tu cantik... Logam yang sangat cantik... Fitrah manusia memang sukakan emas. Sampai Tuhan janjikan emas sebagai salah satu ganjaran mahal di Syurga nanti...
Tuhan dah 'built-in' naluri kita sukakan emas...
Kita rasa nak simpan dan kumpul lagi dan lagi... Tak nak keluarkan... Sampai Tuhan bagi ancaman azab yang pedih bagi siapa tak keluarkan zakat emas...
Rasa tak nak jual (walaupun harga dah naik)...
Bila nak jual rasa berat hati... Aduh... Sayangnya... Saya belum pernah jumpa penyimpan emas (yang berilmu) saja-saja jual emas sebab nak tukar langsir atau sport rim! Belum pernah...
Kalau ada keperluan mendesak, biasanya dia akan pajak emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Selesai urusan, dia akan cari duit dan tebus balik emas tu.
Urusan selesai, emas tak habis!...
Rahsia emas cepat bertambah
Bila ada duit, dia beli lagi dan lagi...
Itulah sebabnya kenapa tabungan emas dia cepat bertambah... Dalam tak sedar, penyimpan emas bertambah kaya dari tahun ke tahun.
Itulah sebabnya kenapa yang sudah bekerja bertahun-tahun tak ada simpanan, tapi akhirnya bila kenal emas, jumlah simpanan emasnya sentiasa bertambah di luar jangkaan dia! Alhamdulillah...
Saya nak bagi satu tip penting;
Kalau nak mudah simpan emas atau nak mudah bawa emas tu di dalam dompet, simpan emas tu dalam sarung plastik macam ni. Boleh beli di kedai stationary. Harga dalam RM0.60 jer sekeping. Saya guna sarung plastik ni jenama CBE-3355.
Bila letak dalam sarung plastik macam ni, mudah nak susun emas kalau dah banyak. Boleh susun rapat-rapat dalam kotak kecil. Casing plastik tu keluarkan atau buang saja.
Cara begini lebih mudah, dan jimat ruang...
Siapa nak mulakan simpanan emas, boleh mulakan serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP. Itu cara paling mudah dan paling murah simpan emas sekarang...
Zulkifli
Cyberjaya
12 Januari 2024
1 Rejab 1445H
TUHAN JADIKAN MANUSIA SUKAKAN EMAS
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Surah Ali 'Imran 3 : 14)
ANCAMAN TUHAN BAGI SIAPA YANG TAK KELUARKAN ZAKAT EMAS
“...Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah At-Taubah 9 : 34 - 35)
Coretan FB berkaitan:
- Simpan emas macam kena rasuk! - FB Azlan Abdul Rahman (2024)
Artikel berkaitan:
- Emas Magnet Kekayaan. Ia Tarik Lebih Banyak Kekayaan?
- Inilah Rahsia Penyimpan Emas Bertambah Kaya!
- Memupuk Tabiat Orang Kaya Dengan Emas
- Berapa Jumlah Simpanan Emas Setiap Orang Patut Ada?
- Tip “Happy Sebulan” Setiap Kali Hari Gaji
- Duit Kertas Akhirnya Jatuh Senilai Tisu Tandas. Apa Persediaan Kita?
- Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan