MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Berapa Jumlah Simpanan Emas Setiap Orang Patut Ada?

November 1, 2023

Berapa jumlah simpanan emas setiap orang patut ada?

Pada saya, setiap kita patut letak target untuk ada simpanan emas #1kilogram1keluarga sebagai 'benteng terakhir' kewangan keluarga. Sekarang nilainya sekitar RM320,000. 

Kalau 1 kilo terlalu besar, letak target pertama untuk adakan sekurang-kurangnya 100 gram pertama sebagai dana rizab keluarga. 

More...

Emas sebagai benteng kekayaan

Matlamat biar besar, tapi mulakan langkah kecil. Mulakan tabiat simpan #1gram1bulan dulu melalui Akaun Emas GAP di Public Gold. 

Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, setiap kita patut simpan sekurang-kurangnya 10% - 15% daripada jumlah kekayaan (net worth) kita dalam bentuk emas sebagai 'benteng' kekayaan kita. 

Ini disebabkan nilainya terjamin dan tidak terjejas walauapapun keadaan ekonomi ataupun politik sesebuah negara.

Apa yang lebih penting, emas benar-benar aset peribadi. 

Emas tak boleh dibekukan

Tak siapa tahu berapa banyak simpanan yang kita ada. Kalau jatuh bangkrup ataupun nama terpalit dengan kesalahan di bawah AMLA (walaupun kita tak bersalah), ia tak boleh dibekukan oleh kerajaan sebagaimana aset-aset yang lain. 

Ia akan jadi benteng terakhir kekayaan kita dan keluarga. InsyaAllah. 

Langit tak selalu cerah... Ketika masih cerah, inilah waktu terbaik kita sediakan payung sebelum hujan... 

Kisah bagaimana simpanan emas telahpun 'menyelamat' isteri dan anak-anak saya ketika musibah 2 tahun saya ditahan dan dipenjarakan, boleh baca catatan saya di "Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan" .

Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
1 November 2023
17 Rabiul Awwal 1445H

#TipSimpananEmas

Setiap keluarga patut adakan simpanan sekurang-kurangnya 1 kilogram emas. Kalau tak mampu, cukupkan dulu 100 gram pertama sebagai 'benteng' kewangan keluarga. Boleh bermula tabungan emas dengan bajet serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP.

“Kekayaan bukan tentang berapa besar gaji, tapi berapa banyak simpanan. Gaji besar tapi tak ada simpanan, sama macam yang gaji kecil tak ada simpanan. Masing-masing sedang penat berlari di tempat yang sama.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 17 Januari 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>