Cepat-cepat tukarkan duit raya anak jadi emas melalui Akaun Emas GAP Junior.
Itu apa yang kami suami isteri buat setiap kali habis raya.
Bimbang kalau simpan lama-lama, nanti terbelanja duit tu. Kononnya nak ganti balik, tapi sampai ke sudah tak terganti. Lupa...
Walhal haram hukumnya gunakan duit raya anak untuk keperlukan kita.
Kalau terguna, wajib kena ganti.
Risiko Simpan Lama-lama
Kedua, kalau duit tu tak ditukarkan jadi emas cepat-cepat, anak-anak yang dah cerdik ni selalu minta nak belanjakan duit tu.
Nak beli macam-macam. Khususnya mainan yang mereka suka.
Walaupun kami memang belikan mainan apa yang mereka nak. Tapi bila mereka tahu ada duit sendiri (duit raya), mereka nak beli lebih lagi.
Anak-anak kecil belum matang buat keputusan yang betul untuk duit mereka. Kitalah yang kena control duit mereka.
Daripada duit tu dibazirkan, lebih baik tukarkan cepat-cepat jadi emas sebagai simpanan jangka panjang mereka.
Risiko Emas Jangka Pendek
Bagi yang nak tukarkan duit raya anak jadi emas, saya nak ingatkan; emas ada risikonya dalam jangka pendek.
Selain harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, emas juga ada kos berkaitan macam spread (selisih harga), kos premim ataupun kos upah.
Jadi kalau untuk jangka pendek (kurang 2 tahun), duit tu terdedah kepada risiko rugi bila nak jual balik.
Kalau rugi waktu jual emas tu, kita kena bertanggungjawab ganti balik kerugian tu sebab duit raya anak-anak tu amanah untuk kita jaga.
Apa sahaja risiko rugi (tersalah urus duit tu), kita terhutang pada anak-anak.
Itu apa yang saya faham berdasarkan pandangan Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah, salah seorang pakar dalam muamalat Islam, yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis.
Boleh baca penjelasan beliau;
- Tukar Duit Raya Anak Kepada Emas: Adakah dibenar Syarak? - Dr Sufyan (FB)
- Duit Raya Anak Adalah Duit Anak Eksklusif - Dr Sufyan (FB)
Hanya Sesuai Untuk Jangka Panjang
Tapi kalau beli emas untuk simpanan jangka panjang (2 tahun ke atas), itu tak ada masalah.
Walapun harga emas sentiasa naik turun dalam jangka pendek, tapi sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun.
Kalau kita beli emas untuk simpanan 2 tahun dan ke atas, selalunya tak ada masalah.
Dengan kenaikan harga emas 10% setahun, dah cukup untuk cover kos spread (selisih harga), dan kos berkaitan.
Pulangannya jauh lebih baik berbanding ASB, Tabung Haji ataupun simpanan di SSPN.
Bahkan lebih berbaloi bila kita ambil kira kesan inflasi dan risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang.
Barang Kemas Tak Berbaloi
Cuma kalau nak tukarkan duit anak kepada emas, pastikan beli emas yang betul di platform yang betul.
Kalau guna duit raya kepada barang kemas perhiasan, risiko rugi sangat tinggi. Ia tak sesuai.
Kos spread barang kemas sahaja 25% - 40%! Itu belum lagi dikira kos upah yang bukan murah.
Berdasarkan pengalaman saya dalam dunia pelaburan emas sejak 2010, tempat terbaik untuk tukarkan duit raya anak kepada emas ialah melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program).
Anak-anak seawal usia sehari pun boleh ada akaun emas sendiri. Asalkan sudah ada surat beranak, dah boleh buka akaun emas untuk setiap anak.
Cara Terbaik Menabung Emas
Zaman dulu tak mudah nak tukarkan duit raya jadi emas. Bajet nak beli emas selalunya kena besar.
Tapi sejak Akaun Emas GAP diperkenalkan oleh Public Gold pada tahun 2014, kita boleh beli emas dengan bajet serendah RM100. Ada duit RM100, dah boleh terus top-up tabungan emas untuk kita dan anak-anak.
Cara kami, mana-mana duit raya anak yang tak cukup, kami akan top-up untuk genapkan kepada RM100 terdekat.
Nanti bila mereka dah capai usia matang untuk uruskan sendiri duit mereka, kami akan serahkan kepingan-kepingan emas tu kepada mereka.
Atau tukarkan status Akaun GAP Junior kepada Akaun Dewasa bila capai usia 18 tahun untuk mereka uruskan sendiri semuanya.
InsyaAllah.
mantap